Monday, November 30, 2009

NurKasih (Overrated)

(Hanya "sekadar gambar"..alahh..)

Terima kasih NurKasih. Terkesan betul jiwa gua bila tengok lu beraksi dalam drama.

p/s:
Jumaat malam Sabtu minggu depan kita nak layan Nur apa pulak woii?

Sunday, November 29, 2009

Pendidikan Kanak Kanak


Gua sedang melayan Inglourious Basterds dilaptop bila tiba tiba Fateem bersuara dari penjuru kanan sofa berdekatan tivi.

"Ayah nak susu".

Masih menumpukan perhatian pada Diane Kruger yang sedang kena cekik; gua menjawab yakin.

"Fateem pergi amek atas meja dapur.Ibu baru bancuh tadi".

(Meja dapur terletak beberapa meter dari penjuru kanan sofa berdekatan tivi.Tempat fateem lepak lepak).

"Taknak..nak ayah ambik!". - Fateem memberi jawapan macam nak minta didikan.Dia mula buat perangai nak menangis.

Gua pause kan aksi Diane Kruger kena cekik.Ini masa gua amalkan ilmu didikan anak anak yang gua belajar dari pembacaan Internet diselang seli dengan halwa telinga Bullet for Valentine suatu ketika dahulu.

"Fateem kan dah besar.Fateem boleh jalan ambik susu sendiri.Jangan asyik nak menangis.Kan ayah cakap jangan selalu suruh suruh orang.Fateem boleh pergi ambik kan?" - Gua memberi rasional supaya Fateem berfikir lojik disebalik argument yang gua lontarkan.

"Boleh!" - Jawab fateem bernada lemah.nampak gaya dia faham konsep yang gua sampaikan tadi.Gua perlu uji dia sikit lagi.

"Haa..kalau boleh kenapa suruh ayah pulak?"

Soalan susulan penting untuk gua kaji keupayaan fateem dalam pemprosesan situasi.Sejauh mana dia boleh memberi jawapan rasional berdasarkan situasi semasa.Itu kaedah Pedagogi yang Dr Freeman Weems III ajar gua.

"Ateem nak ayah ambik jugak!" - Fateem masih bertahan dengan kemahiran Metacognition yang sedia ujud dalam diri beliau (Budak budak kecik memang ada kemahiran metacognition yang tinggi- Boleh rujuk De Anemia karangan Aristotle).

Mendengar jawapan fateem,
Gua tak cepat melenting.Ilmu pembacaan gua pun bukan sikit sikit, gua cuba tektik "Law of the soggy potato chip" saranan Fitzhugh Dodson.Konsep mendidik dengan mengeluarkan rasional kanak kanak gua rasa amat sesuai dengan situasi yang gua hadapi sekarang.

"Fateem cuba bagitau sebab yang kukuh kenapa nak suruh ayah?,ayah nak tahu sebab, jangan jawab cara emosi.Cuba bagi jawapan secara lojik"

Gua sambung lagi.

"Bagitahu sebab,kalau sebab ok..ayah ambik, kalau sebab yang tak ok, ayah taknak ambik".

Gua tau Fateem paham cakap gua.Bukan sekali dua situasi macam ni berlaku, dah lebih lapan kali.

*********
*********
*********
*********

Penyudahnya,
Gua jugak pegi ambik susu atas meja.Beri pada Fateem.Gua tutup laptop.Gua pergi cari balik buku Tarbiyatul Aulad dekat rak yang dah berhabuk.

Cilaka punya teori orang putih.Haramjadah satu pun tak jalan!.Sia sia gua belajar.

*********
*********
*********
*********

Fateem jawab rilek dan bersahaja:
"Sebab Atem Malas".

Kalau besar sikit lagi bagi jawapan pandai macam tu memang sengaja mintak pelempang!

Friday, November 27, 2009

Qoorban

Sempena Hari Raya Qurban tahun ni,

Gua pasang niat dalam hati nak mengerjakan Haji tahun depan.

Langkah pertama yang akan gua ambil sebelum naik kapalterbang pegi Jeddah ialah pergi isi borang daftar Haji di Pejabat Tabung Haji cawangan Tg Malim.

Orang kata boleh buat potong gaji bulan bulan.Rasanya lima puluh ringgit sebulan sudah memadai.

Kalau duit potongan tak cukup, gua ada bekap plan.
Gua nak jual blog SEMBANG KENCANG secara auction.

Alaahh..
Sarung tangan Maikel Jekson yang takde apa sangat tu pun boleh jual sampai satu juta,
inikan pula blog gua yang dianggap sebai pusat ilmu dan peradaban manusia oleh para ilmuan terbilang seperti Paul Krugman, Edward Murrow, Ozzy Osbourne dan Ustaz Ali Berdakoglu (sekadar memetik beberapa nama dari beribu ribu nama).

Gua jual Lapan juta ringgit senang senang je rasanya.Kehkehkeh.

Orait,
Semoga niat baik gua mendapat pertolongan dan keberkatan.

Assalamualaikum.

NOTAKAKI
Gua ingin mengucapkan selamat hari raya Qoorban pada:
1.Pembaca pembaca blog gua yang beragama islam di Eropah, Amerika Latin, Asia barat, Timur tengah dan benua Afrika.
2. Para translators yang bersusah payah siang dan malam mentranslate entry entry gua ke dalam pelbagai jenis bahasa yang gua sendiri pun tak paham.Gaji lu orang nanti nanti lah gua bayar.
3.Pembaca pembaca di Malaysia.

Wednesday, November 25, 2009

Wawasan Pendidikan


Ni nak setel macam mana,

Kalau dari aliran UPSR nak lompat terus menuju ke puncak boleh?

Gua yang ada PhD ni kalau terus sandang jawatan Pengetua agak agak lepas tak?

Sapa nak tolong jawab ni?

Mawi boleh jawab?, atau gua perlu tanyakan pada akak keregrofer?


Monday, November 23, 2009

Nombor Pelat


WTF sekarang ada di merata rata. Berkeliaran disekitar Kolumpo. Kereta besar besar belaka.Gua saspek pemilik kereta tu mesti orang kaya yang ada degree Medikel dari luar negara.

Gua hairan dengan perangai orang kaya yang kontang nilai nilai ketimuran.Nombor plat kereta pun kerja nak mencarut.

p/s: Dari pagi tadi gua cuba susun ayat sedap sedap guna WTF ni, tapi sampai sudah haram tak menjadi.

"Waa Tak Funky", "Woii tak Fuasa!", " Wan Tahir Fakharudin", ...Arghhh susahnya!!,

Sunday, November 22, 2009

Fikir masak masak dulu


Semenjak gua kecik, ayah gua selalu pesan..

"kalau nak buat apa apa dalam hidup..fikir dulu dia punya baik buruk, fikir masak masak."

Perlahan lahan konsep berfikir masak masak tentang sesuatu perkara sebelum bertindak meresap kemas dalam sanubari gua.Masa gua sekolah rendah, aktiviti berfikir ni gua tak faham sangat. Tapi bila gua dah sekolah menengah dan berkenalan dengan ramai kawan, konsep berfikir masak masak yang ayah gua terapkan mula menampakkan faedah.

Berfikir soal pemilihan aliran kelas tingkatan empat umpanya, atau berfikir samada konteks akedemik di Kolej Islam Klang sesuai dengan jiwa gua atau tidak, semuanya gua lakukan penuh hati hati dan berfikir masak masak. Penampilan diri, pembentukan imej, cara berpakaian, cara bercakap dan bertindak semuanya gua susun setelah gua fikir dengan jelas dan masak masak.

Kalau gua berkenan satu benda, gua akan fikir strategi nak dapatkan benda tersebut. Gua fikir dari pelbagai aspek, implikasi, perlaksanaan, reaksi persekitaran, back up plan, kesan jangka panjang, objektif dan penilaian.Semuanya gua laksanakan atas satu pedoman, Fikir masak masak dulu.

Contoh senang yang gua boleh beri adalah soal makwe dan perkahwinan.
Macam gua, dari awal awal gua dah rancang nak cari makwe orang Tg Malim dan duduk di Tg Malim. Sebabnya senang, Bila mak bapak gua nak merisik,bertunang, hantar pengantin..tak payah jauh jauh sampai ke Arau, atau Johor Bharu, atau Kota Bharu.Buat penat..Naik kereta masuk gear tiga dah sampai rumah bini gua.Cuba tengok dari aspek kos, berapa banyak kos gua dah selamatkan?, tengok pula dari aspek balik kampung masa hari raya, takde nak susah hati kan?, ok..tengok pulak dari segi persepsi orang tua..hari hari sakit demam orang tua gua dan bini gua boleh tengok tengok.Macam tu jugak sebaliknya, kalau gua atau bini gua sakit, ada orang tua nak jaga.Semua perkara ini tidak berlaku dengan sengaja..tapi muncul hasil dari konsep fikir masak masak sebelum bertindak yang gua amalkan.

****

Namun sesuatu yang buat gua hairan...

Sejak kebelakangan ini, gua dapati konsep fikir masak masak yang ujud dalam diri gua dah terpesong jauh dari falsafah yang sepatutnya.

Setiap kali gua sampai rumah dari kerja gua kena fikir masak masak dulu.Tak pernah terlepas.
Apa hal sampai macam tu?

****

"Yeaa ayah dah balik..jom main masak masak?,hari ni ayah masak kat Ateem ayam goreng". - Kata Fateem di depan muka pintu.

Gua geleng kepala.

Yaa..sekarang, sebelum gua buat apa apa di rumah, gua kena fikirkan hal masak masak dulu.

Friday, November 20, 2009

Mai Masuk


Renovation - ni dia hasil dia....
Barang lama ada gua simpan sebagai rujukan generasi akan datang.







Woii mana semua orang pergi ni?