Monday, December 31, 2012

Merenggut Kapitalisma


Salam kepada semua,

Hari ni, kita berada di hari terakhir untuk tahun 2012. Kalau ikut kaum Mayan, kita sekarang mungkin sedang dibangkitkan di padang Masyar, atau dunia masih dalam proses kehancuran total, namun syukur Alhamdulillah, aku dan juga kau orang semua, masih bernafas, dan bebas menghirup rezeki Allah semahunya. Lagi penting, Fateem dapat menjejakkan kaki ke sekolah rendah hari ni, untuk menjalani orientasi. Merasa juga dia bersekolah sebelum Kiamat tiba.

Esok, Dari Jepun sampai ke Amerika, murid sekolah akan menanda 1/1/2013 dalam buku latihan mereka. Masa aku sekolah dulu, bila sampai tahun baru, mesti aku silap tulis tahun. Shit! in fact sampai sekarang pun, dah kerja, aku salah tahun juga bila masuk tarikh satu haribulan satu.
Aku tak mahu berbincang pasal kegagalan aku, atau kejayaan aku, yang aku lalui sepanjang tahun 2012.
Siapa ambil peduli pun, sedang aku tak ambil peduli kejayaan atau kegagalan orang lain, kahkahkah.
yang aku peduli, cuma inspirasi. Ya. Inspirasi untuk melihat masyarakat dan dunia ini menjadi lebih baik, sebelum tibanya kiamat.

Beberapa minggu lepas, aku buat satu tindakan rebel dengan memprotes kapitalis I-City secara terbuka di medan sosial. Alhamdulillah, beberapa hari selepas itu, I-City dengan segala daya kemampuan membuat promosi 50% diskaun lah, masuk percuma lah, ambil kupon di bangunan UMNO Shah Alam lah, dan tidak kurang juga publisiti I-City di akhbar dan rancangan berita mencanak amuknya. Aku tak tahu lah I-City buat semua ni sebagai 'counter measure' untuk seimbangkan balik reputasi mereka atau semuanya takde kena mengena langsung dan kebetulan. Tapi yang pasti, apa yang dah jadi meninggalkan sedikit kesan. Bila aku tengok perkembangan macam ni, aku terfikir 2 perkara.
Satu, lantak kau lah!, satu lagi, Bagus lah!. Aku berfikir macam oxymoron, paradoks. Sebelah pemikiran aku bersikap tak nak ambil peduli, namun yang sebelah lagi, macam mengintai..nak juga ambil peduli, kalau kalau keadaan akan jadi lebih baik dari semalam, sebelum kiamat tiba.

1-2 hari lepas, aku naikkan pula semangat menentang prebet kapitalis. Prebet Kapitalis, dalam terminologi aku sendiri, adalah perbuatan berniaga yang tidak adil dan menipu orang, di mana kesan penipuan itu sangat subjektif dan susah nak dilawan. Prebet kapitalis dalam contoh mudah adalah peniaga gerai tepi jalan yang rip off, menjual karipap inti angin, mee goreng perisa kapur, nasi lemak sambal air, dan pelbagai hal hal asas yang sukar ditentang secara menyeluruh kerana bilangan mereka ini sangat banyak bertebaran atas muka bumi Malaysia. Lebih malang, mereka ini peniaga susah, berniaga cara macam itu untuk senang cepat, lalu menipu pembeli yang rata ratanya juga orang susah. Orang susah, tipu orang susah. Bangang.

Dua contoh di atas, aku beri kata nama KAPITALIS sebagai tanda kejahatan. Dalam konteks definisi ekonomi sebenar, Kapitalis bukanlah tanda kejahatan seperti apa yang ramai faham. Memang kita di ajar, kalau berborak hal ekonomi, bila bertemu penindasan, maka KAPITALIS kita jadikan kambing hitam. Yang tidak tahu menahu apa satu haram pun, dengan menyebut "Kapitalis" maka dia akan kelihatan pandai cerdik. Tidak apa, jangan bimbang kalau kau oranglah orangnya, aku di sini bukan nak merejam isu siapa lebih tahu dari siapa tentang KAPITALIS dan segala isi peghuraiannya, aku di sini hendak bersama kau orang..menandakan Kapitalis, sebagai focal point untuk sifat ketidakadilan dan penindasan.

Masa aku naikkan kes I-City, ada dua tiga mangkuk hayun retaliate dengan mengatakan aku bodoh tak buat study, tak investigate sebelum pergi. Ada juga yang lagi cerdik mengatakan aku ada pilihan, boleh je aku tak masuk SNOWALK, boleh je aku tak bawak anak anak aku pergi main keretapi semua tu.
Yang bercakap ni, aku harap kau buat study dan investigate habis habis dulu sebelum kau beli mana mana karipap gerai tepi jalan. Jangan sampai kau mengamuk sebab terbeli 5 bijik karipap inti angin harga Rm2 lepastu kau menyumpah "aku tak halal duit lah", "aku doa kau masuk neraka" lah. Masa tu aku pulak nak bercakap "Bodo kau tak buat study pasal gerai karipap" dan aku juga akan cakap "kau ada pilihan, siapa suruh kau beli karipap situ". Biar orang kampung tipu kau macam mana kau gelak orang kampung macam aku ni kena tipu dengan I-City.

Nampak?
Isunya bukan Intelligent.
Isunya, bagaimana kita nak menangani ketidakadilan dan penindasan yang halus dan terpelihara sebegini, supaya orang yang tak sekolah pun berasa aman damai untuk berjalan kemana mana, membeli barang makanan apa sahaja, dan faham yang dunia ini banyak lagi perkara baik yang menggembirakan.

Berbalik kepada Kapitalis, diperingkat ini, aku establish satu premis, yang mana makcik jual karipap juga boleh dikategorikan sebagai kapitalis jika dia melakukan ketidakadilan dan penindasan ketika berniaga. Menjual Nesacfe ais di medan selera RM 2 ringgit lima puluh sen segelas, dengan alasan "Sini KL bang" memangla bagsat. Ya aku tahu sini KL. Tapi KL tu di mana? di Pavilion atau di kampug Keramat?

Hal macam ni lebih banyak buat aku bertengkar dalam melaui kehidupan seharian aku. Kalau aku nak kutip balik, entah berapa banyak kedai makan yang aku pangkah, berapa banyk kedai runcit aku bergaduh, berapa banyak gerai kuih muih aku sound balik keesokan harinya beritahu tuan gerai "karipap semalam takde inti".

Aku juga dah terangkan beza antara berkira, kedekut dan membayar bukan pada harga dalam entry dulu. jadi aku malas nak ulang balik. Sekarang ni, aku nak enjoy and let it flow memori aku bertengkar dan berlawan dengan peniaga kecil ni.

Seawal masuk aku ke UTP, ada satu gerai makan di dewan depan bangunan Propana. Satu hari aku beli nasi goreng USA. harga aku bayar RM4 ringgit. Nasinya cuma ada seketul daging. Dan nasinya, tak sedap. Aku makan sesuap. Aku tinggalkan semuanya atas meja, tanda protes. Penyudahnya aku lapar. Antara yang aku ingat lagi, bila aku pindah ke rumah kedai, satu malam makan nasi berlauk, kira punya punya kena dalam Rm8 ringgit. Aku dig further dengan tanya brader tu in detail harga satu satu supaya aku boleh makan dengan aman tanpa rasa terkilan. Kawan aku sound aku masa tu "kau ni makan jangan berkira, masuk perut sendiri juga". Sekali dengar, apa kawan aku cakap memangla betul. Tapi kalau semua orang fikir macam dia, sampai bila bila pun kita tak lawan prebet kapitalis yang bebas berkeliaran membaham mangsa ni.

Lagi yang aku ingat, kedai Chong bawah taman aku tinggal pun aku bergaduh 2-3 kali. Paling aku ingat, top up Maxis Rm10, dia caj 20 sen extra. Memang cari nahas. Aku cakap kedai lain takde caj apesal kau caj. Epik pula dia reply, "Lu pergi beli sana la..jangan beli sini". Hoh! memang aku menyirap. Dia ingat boleh lepas macam tu je. Aku cakap pada dia "Jangan sebab 20 sen ni kau hilang aku dan family aku dan kawan kawan family aku!". Mujur dia faham kuasa pengguna, aku dapat get rid 20 sen, dan dapat beli top up tu RM10. Orang lain, aku tak tahu apa nasib. Aku tak buleh nak lawankan untuk semua. Lagi pun hal kecik, siapa peduli sangat 20 sen.

Pernah juga aku makan kedai tomyam apa ntah nama dia kat Tg Malim, dah tutup pun sekarang. Aku order tomyam seafood, harga stended la dalam Rm4.50. Sampai je tomyam aku kacau kacau ada udang sekor, sotong 2-3 ricih. Pehhh! tak sempat mamat hantar order tu masuk ke dapur aku panggil dia balik, aku suruh dia kira berapa ekor udang ada dalam mangkuk tomyam tu. Tomyam seafood kepala hotak dia. Dalam kes tu, aku teruskan makan sebab anak bini semua dah start makan.Ya. Bila aku ambil keputusan untuk teruskan makan, walaupun dah bagi sebakul, aku tetap bayar dengan hati membara.

Kakak nasi lemak meniaga nasi lemak depan kedai Chong tu juga aku dah cross. Nasi lemak kosong takde sambal, letak telur separuh kau caj RM2.50. Nasib baiklah cikgu yang pegi beli. Kalau aku yang pergi beli memang siaplah!.

Paling latest, minggu lepas. Aku teman Tat Ang pergi tukar car charger iphone kat KKLCC. Kedai Action mende entah tepi SONY. Tat Ang nak balik Paris jadinya dia tak boleh la tunggu warranty bagai semua. Aku bagi pihak Tat, punya la cakap elok elok, sudahnya supervisor tu respon "This is not my problem, you going back to Paris, it's your problem". Itu aku masih boleh bersabar lagi. Yang paling aku hilang sabar, bila supervisor tu dengan anak buah dia cakap kantonis depan aku dan Tat. Pehhhh! memang tempah jahanam la. Aku paksa dia call bos dia aku nak cakap. Dia tak nak call mula mula. Aku paksa jugak dan aku kata, "lepas dapat cakap baru kami blahh". Mungkin rasa tercabar, dia pun call bos dia. Dapat je talipon tu ke tangan aku, aku terus tukar tune, cakap lembut gila babi punya, pujuk habis semua, hahhh ambik..boleh pun tukar charger baru tak payah warranty semua. Siap aku mengadu "Bos, you punya budak cakap kantonis depan saya, tarak ethic ooo..cakap pasal kastemer pakai bahasa kastemer tak faham, mana boleh ini macam, you kedai duduk KLCC tapi staff takde stended KLCC banyak malu ooo". Kahkahkah bila ingat balik, macam gampang punya mengadu.

Ok, apa yang aku cuba nak sampaikan, tentanglah, lawanlah kalau kau rasa benda tu menindas kau. Pakailah cara kau orang sendiri. Tak payah ikut cara aku. Cara aku cara rough. Dan benda benda macam ni kena selalu latih. Bukan latih bergaduh, memaki orang..tapi latih diri kau orang supaya kritis terhadap hak kau orang. Ramai orang tak puas hati tapi depan kedai tak cakap, depan gerai tak cakap. Dah balik rumah baru pung pang pung pang. Cakap straight depan peniaga tu. Memang depan kau dia akan cakap dia betul. Tapi percayalah cakap aku ni, dia mesti goyang dalam hati. Dia mesti fikir, dan dengan sedikit hidayah Tuhan, dia akan berubah, letak harga dan memberi perkhidmatan sepatutnya.

Sempena tahun baru 2013 yang akan menjelma esok,
aku berharap semua peniaga pencari rezeki berniagalah dengan hati yang ikhlas. Berilah makan macam kau masak untuk keluarga kau nak makan, jual lah barang macam kau sendiri yang nak beli barang tu untuk keluarga kau guna. Berurusanlah sebagaimana kau mahu orang lain melayan kau. Berikanlah perkhidmatan yang baik untuk manusia supaya mereka gembira.
Supaya aku, dan orang orang yang bersikap seperti aku..tidak lagi membuat dosa dengan pertentangan, perlanggaran, dan kemarahan yang tercetus bila kita bersemuka. Supaya aku, dan orang orang seperti aku, boleh tersenyum dan berterima kasih dengan kau. Supaya aku, dan orang orang seperti aku, boleh membeli dan membelanja dengan aman damai dan memandang kau semua sebagai manusia baik yang mewarnai perjalanan hidup aku sebelum kiamat tiba.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013.

Sunday, December 23, 2012

DTMKK Ranking ke-2 di Kinokuniya!.



DTMKK mengungguli ranking ke-2 WeeklyBestsellers Kinokuniya!

Tan Sri masih boleh tersenyum minggu ini. Kita dah kalahkan Yahudi dan Zionis. 
Minggu ini, Tuan yang saya hormati, Syed Husin Ali, juga ada dalam senarai berlawan!

Terima Kasih pada yang menyokong, teruskan membeli DTMKK!

*DTMKK juga dijual di MPH seluruh Malaysia.

Tuesday, December 18, 2012

Menongkah


Seorang rakan bertanya;

"Aku tengok kau ni semua benda nak menongkah arus, hal kecik benda senang pun kau nak menongkah arus jugak. Masalahnya brader, tak semua orang boleh terima cara kau tu"


Aku senyum, lalu aku jawab;

"Bukan soal orang boleh terima atau tidak yang kita perlu rungsingkan, yang perlu kita rungsingkan..dalam kehidupan yang pelbagai hal ni, kalau takde yang menongkah, siapa lagi dapat memberi awas dan waspada pada mereka yang hanya menurut arus akan mara bahaya dan celaka yang sedang meluru laju dari belakang?"

Monday, December 17, 2012

DTMKK ranking ke-4 di Kinokuniya



Mari kita bersyukur ke hadrat Ilahi,
Buku DTMKK gua, di bawah pengendalian DubookPress, berjaya menduduki ranking nombor 4 Weekly BestSellers di Kinokuniya.
Buku ini sekarang dalam proses replenish oleh distributor di semua MPH seluruh Malaysia.

DubookPress juga sedang membuat second print!

Woii, lu baik beli cepat!


Gua harap, DTMKK dapat menewaskan Yahudi dan Zionis di minggu minggu mendatang.

Saturday, December 15, 2012

I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit.


Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Sebelum aku bercerita, hendak aku terangkan, bahawa berkira, kedekut dan bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya adalah tiga (3) perkara berbeza. Mari aku bentangkan perbezaannya.

Kalau engkau membebel seperti ini;
"Kedai mamak Khalifa nasi putih ayam goreng dengan sayur RM3.50, mamak Mosen benda sama sampai RM3.60. Padahal kedai mamak sama je, bukan ada bagi service GRO pun mamak Mosen ni".

Yang perangai atas ni, nama dia kau berkira.

Kalau engkau membebel seperti ini;
"Makan nasi putih ayam goreng, dengan sayur RM3.50. Cehh mahal! Ahh aku makan nasi putih dengan telur goreng je lah, baru RM1.80. Sama je, kennyang jugak"

Yang perangai atas ni, nama dia kau kedekut.

Namun, kalau engkau membebel seperti ini;
"Makan nasi putih ayam goreng dengan sayur kat Khalifa sampai RM10.50??, Makahaaiii mampus la kau cekik darah, syaitaan!"

Yang perangai atas ni, nama dia..kau bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya.

Contoh 1 dan contoh 2, adalah masalah sikap. Tidak ada kena mengena dengan masyarakat sekitar. Pergi mati lah dengan perangai berkira dan kedekut kau. kau komplen kau bangang.
Contoh 3 adalah masalah penindasan. Ya. Kau ada upaya menindas dengan licik dan kemas. Setengah orang berkata, "Ahhhh duit banyak RM10.50 pun nak bising..dah makan bayar je laaa". Puiii puii puiii pada kumpulan ini.
Bukan isu duit banyak yang aku persoalkan dalam contoh 3. Yang aku persoalkan adalah isu patut ke tak patut? kalau patut, RM100 pun aku bayar, tapi kalau tak patut, sekupang lebih pun aku mesti mengamok punya.

Bila kau orang dah faham perbezaan situasi kat atas, baru kau orang mudah nak faham marahnya aku dengan I-City malam tadi.
Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.
Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?
Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.
Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panjang.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.