Tuesday, February 28, 2012

Bertemu Kamarul di Teh Tarik KL Sentral


Semalam gua membuat pertemuan dengan seorang kawan bernama Kamarul. Pertemuan ini walaupun berbentuk lepak kawan kawan, namun tersembunyi disebaliknya sikap jatidiri dan professional kedua dua pihak demi mencari kata putus yang mutlak, iaitu samada jadi sain borang Takaful, ataupun tidak.

Setelah membuat sedikit jive talking, maka gua pun membuka bicara kepada topik paling dasar, syarahan Takaful secara one to one.

"Macam ni Kamarul, takaful ni boleh kita bahagikan kepada 3 bahagian..bla bla bla.."

"Takaful ni ibarat makan nasi campur. Kalau banyak lauknya, maka mahal lah harganya..bla..bla..bla.."

"Prinsipnya adalah Perlindungan, bukannya Perjudian..bla bla bla.."

Gua terus bersyarah dengan lancar sambil sesekali mencicip teh tarik buat pembasah tekak.

Satu per satu faedah takaful gua kupas demi memberi kefahaman yang mantap dan solid sebagai panduan untuk Kamarul membuat keputusan.

Sampailah ke bahagian akhir penerangan, bilamana gua perlu memberi penjelasan tentang faedah 'Elaun Hospital'.

"Ok last sekali...Elaun Hospital"

"Elaun hospital ni macam duit poket.. setiap kali kau masuk ward, kau dapat elaun"

"Yang aku buatkan untuk kau ni memang power..elaun kau, dua ratus semalam!"

Maka dengan penuh yakin gua menutup syarahan takaful dengan menujukan pertanyaan kepada kamarul;

"Ada apa apa yang kau kurang faham dan nak tanya?"

Kamarul, yang dari awal tenang, membetulkan postur badannya, nampak gaya dia ada soalan untuk gua.

"Elaun Hospital tu cuba ko terang balik" - pinta Kamarul

Gua senyum kecil. "Soalan senang" - bisik gua dalam hati.

"Macam ni Kamarul..bila kau masuk hospital, Takaful bagi kau duit RM200 semalam, duit poket kau, tunai!"

Sejurus mendengar jawapan gua,
Kini giliran kamarul pula senyum kecil.


"Ok, bahagian ni aku rasa kau punya penerangan tak lengkap.." - balas Kamarul dengan muka serius.

Gua jadi berdebar debar sambil cuba mengingat ingat di mana yang tak lengkapnya penjelasan gua tadi.


"Kau cakap tu elaun semalam, kalau esok macam mana pula, berapa elaun aku dapat?"


Celakaaaaa!!!


"kahkahkahkahkahkahkah" - disusuli ketawa kamarul kepada gua.

_________

p/s:
Kamarul selesai menurunkan tandatangan Takafulnya lebih kurang jam 8.30 malam 27 Februari 2012, dan permohonannya lulus tepat jam 8.00 malam 28 Februari 2012.

Tahniah bro!

Thursday, February 23, 2012

Pengalaman power mesti dikongsi


Gua nak bagitahu ni,
Dalam masa setahun ni, 3 klem kastemer gua Medikel kad Takaful kasi setel,

1. July 2011 - Saf demam, masuk ward di Hospital Pantai, Ampang, 3 hari 2 malam.
Bil hospital : RM2800++
Status : fully covered

2. November 2011 - Ibu gua pula masuk ward di Prince Court sebab sakit perut muntah, 3 hari 2 malam.
Bil hospital : RM1900++
Status : 90% covered ( sebab ibu gua punya medikel kad gua tak taruk elaun hospital)

3. February 2012 - Business partner gua, saufy@mutalib@luca masuk ward di Prince Court juga sebab sesak nafas dan batuk berdarah, 4 hari 4 malam.
Bil hospital : RM7000++
Status : fully covered

Apa yang paling menarik dan unik, terdapat satu persamaan antara ke tiga tiga kastemer gua ni. Ketiga tiganya, semasa membuat keputusan mengambil Takaful, keadaan mereka sangatlah sihat, cergas, cerdas dan tidak menunjukkan sebarang tanda tanda yang suatu hari nanti hospital mewah lagi eksklusif akan memanggil mereka jadi tetamu.

Ya. Orang sakit kena la masuk hospital mewah, baru la sedap, selesa, power dan boleh berperangai ibarat raja.

Kalau nak juga masuk hospital yang katilnya berbaris baris selang sedepa, dengan kipasnya satu di kongsi lima, dengan makanannya macam dewan makan asrama, dengan rawatannya hendak tak hendak mahunya, dengan nursenya seorang menjaga dua puluh lima..
Maka gua mohon tak payah lu orang berasa bangga mendabik dada.

Baik. Sekarang, kalau ada Takaful, apa hospital yang powernya?

Gua bagi contoh hospital Prince Court yang mak gua dan saufy dah masuk.

Tengok gambar.

Tepi katil ada wardrobe. Wardrobe belah bawah tu ada console mini peti ais. Katil dia punya sedap tak payah cerita la.

Atas ni gambar depan katil. Nampak tivi flat screen tu?, nampak?

Atas ni pula layout dari pintu masuk. Sofa biru tu namanya sofabed. Kalau siapa siapa nak teman tido malam buka sofabed tu, terus boleh tido. Ada juga kerusi tamu dan meja bulat buat letak laptop nak main fesbuk. View KLCC..pehhhh!!

Hallway. Senyap sunyi, tenang, damai, power.

Dijamunya orang sakit dengan ikan salmon.

Ewaahhh.. lasagna pun ada!!

Ya Tuhan..hospital bagi Lamb chop makan tengahari??

Sarapan English style!


Ok cukupla gambar sikit sikit ni dulu. Cerita banyak banyak pun, kalau lu orang masih tak ada kesedaran nak meningkatkan taraf rawatan keluarga tak guna juga, ye tak?,

Ini gua belum masuk lagi bab kepakaran doktor, alat rawatan canggih, ubatan moden ternow, internet wifi laju tak patut dan penjagaan rapi nurse yang kita boleh panggil pakai button remote kat tepi katil je. Sambil baring tengok tivi, tiba tiba ada rasa sakit sikit kat tempat yang sakit, terus klik button.

"Ye encik, kenapa?, apa yang saya boleh bantu?" - tanya nurse yang terus masuk kurang seminit lepas kita tekan button remote tu pada pukul 2.30 pagi.

Kita pun jawab balik:

"Ehh sori la..saya tertekan..kahkahkah"

++++++

Jadi, siapa siapa yang inginkan kehidupan mewah macam ni semasa datangnya sakit, mohon hubungi gua macam biasa di:

fird_ahmad@yahoo.com



Faseeh pun pelanggan Prince Court.

Wednesday, February 8, 2012

Membawa Bekal


Pagi tadi gua datang ke pejabat naik kereta. Kawan gua yang duduk Tg Malim kerja KL pun tumpang sama naik kereta dengan gua.

Sejak akhir akhir ni, gua selalu juga datang kerja bawak kereta, laju, lancar dan tak semak kepala macam naik bas.

Pagi tadi, semasa kereta gua melintasi kawasan Rawang, kawan gua yang duduk di sebeleh membuka zip beg nya, lalu dikeluarkan sebekal makanan.

Gua yang sedang memandu sempat menjeling ke tupperware hijau, berisi sandwich.

Lebih tepat lagi, sekeping sandwich.

Melihat sandwich, timbul pula rasa teringin nak sikit. Tapi gua pura pura pandang ke jalan dengan serius.

Kawan gua tiba tiba bersuara:

"Kalau gua makan sandwich ni, dia akan jadi bekal gua pada hari ni"

"Tapi....."

"Kalau gua bagi lu sandwich ni...dia akan jadi bekal gua di akhirat nanti"

"Nahh ambil..."


Tanpa banyak soal,
Gua ambil sandwich, suap ke mulut, lalu terus memandu ke KL sambil menitiskan airmata.