Monday, December 31, 2012

Merenggut Kapitalisma


Salam kepada semua,

Hari ni, kita berada di hari terakhir untuk tahun 2012. Kalau ikut kaum Mayan, kita sekarang mungkin sedang dibangkitkan di padang Masyar, atau dunia masih dalam proses kehancuran total, namun syukur Alhamdulillah, aku dan juga kau orang semua, masih bernafas, dan bebas menghirup rezeki Allah semahunya. Lagi penting, Fateem dapat menjejakkan kaki ke sekolah rendah hari ni, untuk menjalani orientasi. Merasa juga dia bersekolah sebelum Kiamat tiba.

Esok, Dari Jepun sampai ke Amerika, murid sekolah akan menanda 1/1/2013 dalam buku latihan mereka. Masa aku sekolah dulu, bila sampai tahun baru, mesti aku silap tulis tahun. Shit! in fact sampai sekarang pun, dah kerja, aku salah tahun juga bila masuk tarikh satu haribulan satu.
Aku tak mahu berbincang pasal kegagalan aku, atau kejayaan aku, yang aku lalui sepanjang tahun 2012.
Siapa ambil peduli pun, sedang aku tak ambil peduli kejayaan atau kegagalan orang lain, kahkahkah.
yang aku peduli, cuma inspirasi. Ya. Inspirasi untuk melihat masyarakat dan dunia ini menjadi lebih baik, sebelum tibanya kiamat.

Beberapa minggu lepas, aku buat satu tindakan rebel dengan memprotes kapitalis I-City secara terbuka di medan sosial. Alhamdulillah, beberapa hari selepas itu, I-City dengan segala daya kemampuan membuat promosi 50% diskaun lah, masuk percuma lah, ambil kupon di bangunan UMNO Shah Alam lah, dan tidak kurang juga publisiti I-City di akhbar dan rancangan berita mencanak amuknya. Aku tak tahu lah I-City buat semua ni sebagai 'counter measure' untuk seimbangkan balik reputasi mereka atau semuanya takde kena mengena langsung dan kebetulan. Tapi yang pasti, apa yang dah jadi meninggalkan sedikit kesan. Bila aku tengok perkembangan macam ni, aku terfikir 2 perkara.
Satu, lantak kau lah!, satu lagi, Bagus lah!. Aku berfikir macam oxymoron, paradoks. Sebelah pemikiran aku bersikap tak nak ambil peduli, namun yang sebelah lagi, macam mengintai..nak juga ambil peduli, kalau kalau keadaan akan jadi lebih baik dari semalam, sebelum kiamat tiba.

1-2 hari lepas, aku naikkan pula semangat menentang prebet kapitalis. Prebet Kapitalis, dalam terminologi aku sendiri, adalah perbuatan berniaga yang tidak adil dan menipu orang, di mana kesan penipuan itu sangat subjektif dan susah nak dilawan. Prebet kapitalis dalam contoh mudah adalah peniaga gerai tepi jalan yang rip off, menjual karipap inti angin, mee goreng perisa kapur, nasi lemak sambal air, dan pelbagai hal hal asas yang sukar ditentang secara menyeluruh kerana bilangan mereka ini sangat banyak bertebaran atas muka bumi Malaysia. Lebih malang, mereka ini peniaga susah, berniaga cara macam itu untuk senang cepat, lalu menipu pembeli yang rata ratanya juga orang susah. Orang susah, tipu orang susah. Bangang.

Dua contoh di atas, aku beri kata nama KAPITALIS sebagai tanda kejahatan. Dalam konteks definisi ekonomi sebenar, Kapitalis bukanlah tanda kejahatan seperti apa yang ramai faham. Memang kita di ajar, kalau berborak hal ekonomi, bila bertemu penindasan, maka KAPITALIS kita jadikan kambing hitam. Yang tidak tahu menahu apa satu haram pun, dengan menyebut "Kapitalis" maka dia akan kelihatan pandai cerdik. Tidak apa, jangan bimbang kalau kau oranglah orangnya, aku di sini bukan nak merejam isu siapa lebih tahu dari siapa tentang KAPITALIS dan segala isi peghuraiannya, aku di sini hendak bersama kau orang..menandakan Kapitalis, sebagai focal point untuk sifat ketidakadilan dan penindasan.

Masa aku naikkan kes I-City, ada dua tiga mangkuk hayun retaliate dengan mengatakan aku bodoh tak buat study, tak investigate sebelum pergi. Ada juga yang lagi cerdik mengatakan aku ada pilihan, boleh je aku tak masuk SNOWALK, boleh je aku tak bawak anak anak aku pergi main keretapi semua tu.
Yang bercakap ni, aku harap kau buat study dan investigate habis habis dulu sebelum kau beli mana mana karipap gerai tepi jalan. Jangan sampai kau mengamuk sebab terbeli 5 bijik karipap inti angin harga Rm2 lepastu kau menyumpah "aku tak halal duit lah", "aku doa kau masuk neraka" lah. Masa tu aku pulak nak bercakap "Bodo kau tak buat study pasal gerai karipap" dan aku juga akan cakap "kau ada pilihan, siapa suruh kau beli karipap situ". Biar orang kampung tipu kau macam mana kau gelak orang kampung macam aku ni kena tipu dengan I-City.

Nampak?
Isunya bukan Intelligent.
Isunya, bagaimana kita nak menangani ketidakadilan dan penindasan yang halus dan terpelihara sebegini, supaya orang yang tak sekolah pun berasa aman damai untuk berjalan kemana mana, membeli barang makanan apa sahaja, dan faham yang dunia ini banyak lagi perkara baik yang menggembirakan.

Berbalik kepada Kapitalis, diperingkat ini, aku establish satu premis, yang mana makcik jual karipap juga boleh dikategorikan sebagai kapitalis jika dia melakukan ketidakadilan dan penindasan ketika berniaga. Menjual Nesacfe ais di medan selera RM 2 ringgit lima puluh sen segelas, dengan alasan "Sini KL bang" memangla bagsat. Ya aku tahu sini KL. Tapi KL tu di mana? di Pavilion atau di kampug Keramat?

Hal macam ni lebih banyak buat aku bertengkar dalam melaui kehidupan seharian aku. Kalau aku nak kutip balik, entah berapa banyak kedai makan yang aku pangkah, berapa banyk kedai runcit aku bergaduh, berapa banyak gerai kuih muih aku sound balik keesokan harinya beritahu tuan gerai "karipap semalam takde inti".

Aku juga dah terangkan beza antara berkira, kedekut dan membayar bukan pada harga dalam entry dulu. jadi aku malas nak ulang balik. Sekarang ni, aku nak enjoy and let it flow memori aku bertengkar dan berlawan dengan peniaga kecil ni.

Seawal masuk aku ke UTP, ada satu gerai makan di dewan depan bangunan Propana. Satu hari aku beli nasi goreng USA. harga aku bayar RM4 ringgit. Nasinya cuma ada seketul daging. Dan nasinya, tak sedap. Aku makan sesuap. Aku tinggalkan semuanya atas meja, tanda protes. Penyudahnya aku lapar. Antara yang aku ingat lagi, bila aku pindah ke rumah kedai, satu malam makan nasi berlauk, kira punya punya kena dalam Rm8 ringgit. Aku dig further dengan tanya brader tu in detail harga satu satu supaya aku boleh makan dengan aman tanpa rasa terkilan. Kawan aku sound aku masa tu "kau ni makan jangan berkira, masuk perut sendiri juga". Sekali dengar, apa kawan aku cakap memangla betul. Tapi kalau semua orang fikir macam dia, sampai bila bila pun kita tak lawan prebet kapitalis yang bebas berkeliaran membaham mangsa ni.

Lagi yang aku ingat, kedai Chong bawah taman aku tinggal pun aku bergaduh 2-3 kali. Paling aku ingat, top up Maxis Rm10, dia caj 20 sen extra. Memang cari nahas. Aku cakap kedai lain takde caj apesal kau caj. Epik pula dia reply, "Lu pergi beli sana la..jangan beli sini". Hoh! memang aku menyirap. Dia ingat boleh lepas macam tu je. Aku cakap pada dia "Jangan sebab 20 sen ni kau hilang aku dan family aku dan kawan kawan family aku!". Mujur dia faham kuasa pengguna, aku dapat get rid 20 sen, dan dapat beli top up tu RM10. Orang lain, aku tak tahu apa nasib. Aku tak buleh nak lawankan untuk semua. Lagi pun hal kecik, siapa peduli sangat 20 sen.

Pernah juga aku makan kedai tomyam apa ntah nama dia kat Tg Malim, dah tutup pun sekarang. Aku order tomyam seafood, harga stended la dalam Rm4.50. Sampai je tomyam aku kacau kacau ada udang sekor, sotong 2-3 ricih. Pehhh! tak sempat mamat hantar order tu masuk ke dapur aku panggil dia balik, aku suruh dia kira berapa ekor udang ada dalam mangkuk tomyam tu. Tomyam seafood kepala hotak dia. Dalam kes tu, aku teruskan makan sebab anak bini semua dah start makan.Ya. Bila aku ambil keputusan untuk teruskan makan, walaupun dah bagi sebakul, aku tetap bayar dengan hati membara.

Kakak nasi lemak meniaga nasi lemak depan kedai Chong tu juga aku dah cross. Nasi lemak kosong takde sambal, letak telur separuh kau caj RM2.50. Nasib baiklah cikgu yang pegi beli. Kalau aku yang pergi beli memang siaplah!.

Paling latest, minggu lepas. Aku teman Tat Ang pergi tukar car charger iphone kat KKLCC. Kedai Action mende entah tepi SONY. Tat Ang nak balik Paris jadinya dia tak boleh la tunggu warranty bagai semua. Aku bagi pihak Tat, punya la cakap elok elok, sudahnya supervisor tu respon "This is not my problem, you going back to Paris, it's your problem". Itu aku masih boleh bersabar lagi. Yang paling aku hilang sabar, bila supervisor tu dengan anak buah dia cakap kantonis depan aku dan Tat. Pehhhh! memang tempah jahanam la. Aku paksa dia call bos dia aku nak cakap. Dia tak nak call mula mula. Aku paksa jugak dan aku kata, "lepas dapat cakap baru kami blahh". Mungkin rasa tercabar, dia pun call bos dia. Dapat je talipon tu ke tangan aku, aku terus tukar tune, cakap lembut gila babi punya, pujuk habis semua, hahhh ambik..boleh pun tukar charger baru tak payah warranty semua. Siap aku mengadu "Bos, you punya budak cakap kantonis depan saya, tarak ethic ooo..cakap pasal kastemer pakai bahasa kastemer tak faham, mana boleh ini macam, you kedai duduk KLCC tapi staff takde stended KLCC banyak malu ooo". Kahkahkah bila ingat balik, macam gampang punya mengadu.

Ok, apa yang aku cuba nak sampaikan, tentanglah, lawanlah kalau kau rasa benda tu menindas kau. Pakailah cara kau orang sendiri. Tak payah ikut cara aku. Cara aku cara rough. Dan benda benda macam ni kena selalu latih. Bukan latih bergaduh, memaki orang..tapi latih diri kau orang supaya kritis terhadap hak kau orang. Ramai orang tak puas hati tapi depan kedai tak cakap, depan gerai tak cakap. Dah balik rumah baru pung pang pung pang. Cakap straight depan peniaga tu. Memang depan kau dia akan cakap dia betul. Tapi percayalah cakap aku ni, dia mesti goyang dalam hati. Dia mesti fikir, dan dengan sedikit hidayah Tuhan, dia akan berubah, letak harga dan memberi perkhidmatan sepatutnya.

Sempena tahun baru 2013 yang akan menjelma esok,
aku berharap semua peniaga pencari rezeki berniagalah dengan hati yang ikhlas. Berilah makan macam kau masak untuk keluarga kau nak makan, jual lah barang macam kau sendiri yang nak beli barang tu untuk keluarga kau guna. Berurusanlah sebagaimana kau mahu orang lain melayan kau. Berikanlah perkhidmatan yang baik untuk manusia supaya mereka gembira.
Supaya aku, dan orang orang yang bersikap seperti aku..tidak lagi membuat dosa dengan pertentangan, perlanggaran, dan kemarahan yang tercetus bila kita bersemuka. Supaya aku, dan orang orang seperti aku, boleh tersenyum dan berterima kasih dengan kau. Supaya aku, dan orang orang seperti aku, boleh membeli dan membelanja dengan aman damai dan memandang kau semua sebagai manusia baik yang mewarnai perjalanan hidup aku sebelum kiamat tiba.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013.

23 Nasihat Ikhlas:

smbotak said...

...paling babi kalau ada orang kata "tak reti bersyukur, dah duduk dalam negara aman damai".

Anonymous said...

epic entry

Tempayan Pecah said...

Aku setuju. Tapi biasanya bila aku kritik bab makanan, sama ada aku kritik masa nak bayar atau ktitik dan blah tanpa makan. Kengkadang perangai orang bukan kita tahu celaka dia macam mana...

NugRuL SakuRa said...

Saya rase saya pun salah seorang jenis yg mcm kamu....huhuhu kdg2 kwn yg redakan or tarik balik bila sy da start nk bersoal gan org yg jual dgn harga x valid.

Gagak Itam said...

ini adalah masalah yang dihadapi oleh semua orang yang hidup pada zaman 'mass-production' ni..

yelah, kau nak untung cepat, jadi kau minimize cost & maximize profit margin. kau ambik mentaliti ni & kau apply pada setiap benda yang tertera dalam senarai kerja kau.

bile perkara yang berlegar dalam pale otak kau hanyalah 'maximizing profit' maka secara tak sedar kau hanye akan pikir kesenangan kau & poket kau. in the end your ethics hilang dari diri kau, sikit demi sikit, gone with the wind.

fiq said...

family aku dibesarkan macam gaya kau ni lah. cukup puas hati sebab bila aku berdikari dan duduk bujang sekarang aku pandai bawa diri dan tegakkan hak aku sbg seorang pengguna. bapak aku guna cara yg sama bila ada peniaga yg cas 50 sen topup celcom, kami ugut boikot lepastu peniaga tu tak berani cas dah. begitu juga gerai makan yg tak sedap dan banyak dipangkah kami. pasal i city, aku tak pernah pergi. aku pergi air terjun. nature gitu. tapi nak pergi ke tempat air terjun tu kena bayar tol pula.minyak pon mahal skg.jd aku pergi sekali sekala.

kalau orang islam meniaga tak ikhlas tak usah meniaga lah. duit hasil orang sakit dengan servis dan janji palsu. buat malu. kalau pergi hospital prebet, charge memang mahal. tapi servis tip top puas hati tak apa. ada misi lawa, ada doktor pandai amik hati patient. ada doktor yg pesan examination & treatment yg tak perlu (ambil kesempatan) pon ada..

tapi aku pernah dgr ceramah ustaz kat tibi tiap pagi hari tu. ada pemanggil tak puas hati bertanya..kes nya pasal peniaga nasi lemak yg nasi nya tidak berapa nak lemak. Misal kata Nasi Lemak Ani yang harganya 2.50 tapi rasa mcm nasi biasa cuma ada sambal, ikan bilis, telur. ustaz bg pandangan profesionalnya dia kata bukan salah peniaga tu jual nasi lemak yg tak berapa nak lemak sbb peniaga tu tak pernah kata dia nak letak lemak berapa peratus dalam nasinya. paham tak? tapi ustaz tu pandailah reda kan hati si pemanggil.. dia kata setiap peniaga kenalah IKHLAS & sedaya upaya menepati citarasa standard nasi lemak.

ada pon nasi lemak kukus. ingatkan nasinya dimasak secara kukusan (macam WOW speselnya masak scr kukus!). tapi sebenarnya masak dalam periuk nasi karen, cuma dipanaskan menggunakan kukusan.hehh.. mudahnya saya tertipu dgn banner iklan peniaga tu. sekian.

Anonymous said...

aku setuju.aku penah kena dgn kfc.line masa tu panjang gila,tapi memikirkan mak aku nak mkn jgk, aku beratur je la.sampai turn aku, order siap, byr siap, tunggu baki je.aku kira2 baki tak cukup 5sen.aku tanya la budak tu mana baki aku.dgn cemerlangnya dia jawab takde duit kecik.tgk line punya panjang belakang aku tangguhkan dulu maki aku.aritu aku tak tau berapa banyak 5sen dia dah mkn.celaka punya kfc

Anonymous said...

mak aku perangai sebijik macam kau. ada yg tak kena, konfem kena sound. memang bergaduh dgn tuan kedai. dan aku bersyukur aku mewarisi sikap ini.

mana pergi Anon panggil lu bodoh? suruh dia baca sampai habis. natang!

ayobkelubi said...

bila meniaga makan mindset nak pergi haji balik hari tu yg jadi karipap angin, nasi lemak sambal air, mmg celaka bro.

tapi perlu ada orang2 macam lu ni utk mengurangkan prebet kapitalis ni.

prebet kapitalis biasanya intake dia bila mula ramadhan.bapak ramai gile yang muncul. mcm mana nak halang eh?

Anonymous said...

bro.. tolong la tambah butang like kat entry ko.
tolong la.. tolong laaaa...
aku ada hak sebagai pengguna.. ;)

-akuanakcikbob-

Anonymous said...

Lps ni ape kate ko komen pasal legoland pulak? Harge melampau gile. Kitorg duduk johor ni pun xpenah pegi lg. Die bg org singapore je main gamaknye..

Syazwancdm said...

terbaik bro.

aku setuju.
kau try siasat legoland.
hehehe

Raihan81 said...

asalamu'alaikum....
famili mrtua sya mmg aware ttg hak kepenggunaan, sgt teliti dan akn prjuangkan hak mrka smpai dpt. Masa mula kawin dgn suami, sya slalu ckp, dah la tkyah dok brhujah dgn pekedai tu..
Tp..mmg wjr kita bertekak, argue dgn penindad2 sekelian..skrg mmg sya pun mcmtu, wlaupun 1sen pun.
Baru2 ni..p ioi mall puchong, suami masukkan syiling utk byr parking...sekali mesin telan 50sen trus jammed..tp guna wg kertas mau plak. Suami sya intercom komplen, pastu dia suruh ke customer servis..
Suami ckp la ttg mslh yg brlaku..org yg jg kaunter tu mcm mls nak amik tau..trus bg 50sen. Sya kata la..ala 50sen ja, suami trus kata.." 50sen pun, kalau sehari 100 org dia telan 50sen..byk dah dpt"
Sya senyum ja..mmg betoi, kita kena brtegas..tiap kali beli brg, sntiasa check resit..mkn kat kdai pun, kami akn kira siap2 hrga kat menu tu ikut menu yg kami order..klau lari skit..mmg kami tegur..

jd..didik generasi kita agr bertegas dan ada pendirian dlm menentang penindasan kapitalis.
Bak kata firdaus ahmad..smga umat manusia trutamanya Islam akn brtmbah baik sblum kiamat..

Anonymous said...

fiq kat atas tu bagi komen dah macam entri blog. panjang berjela. syabas.

saya budak baru blaja said...

tahla pada aku kalu kedai ke gerai ke mahal... ko g la skali je pastu ko ban ko cari la kedai laen bukan ade satu je kedai kat kl tu.....

faizah said...

salam bro...masih igt lagi pd aku, seorang yg pernah mengecewakan kau sbb xjadi melanggan takaful itu.(lu jgn marah gua a bro hehe)biarpun apa alasannya, lupakanlah perkara yg lepas..aku tetap mengikuti perkembangan logikmu, kerna ia mmg membuka minda org kampung sepertiku ini..aku terpanggil utk meluahkan satu rasa dan mungkin kau boleh memberikan pendapat terhadap apakah jenisnya perbuatan kompeni melayu ini..kesah ini mungkin terpencil n jarang2 kita dengari..terjadi kepada kenalanku, di mana dia telah apply kerja drp sebuah syarikat katering yg supply makanan kepada pekerja oil platform..dengan sekali hantar resume, dia di panggil interview dan terus diterima bekerja..sungguh girang bukan kepalang si pemohon dpat di terima bekerja di pulau besi apatah lagi di janjikan dengan gaji rm 250 sehari(bekerja selama 14 hari).dengan penuh semangat dan terpaksa tebalkan muka dia meminjam rata (of kos la golongan ni bukan berduit sgt) duit modal permulaan utk p buat medical check up dan BOSET (of kos kau tau term ni)dengan harapan sebulan 2 gaji dah boleh bayar hutang..mmg pada masa tu si kompeni ni belum lg bg hitam putih perjanjian, offer letter hanya akan di beri lepas medical check up n BOSET lulus..tp sehingga hari dia nak naik ke laut surat yg dijanjikan masih belum diterima..rupanya apabila mula bekerja, dia di maklumkan bahawa gaji yg diterima hanyalah rm90 sehari..kau bayangkanlah apa perasaan dia ketika dapat tau benda ni(baik dia terus kekal di darat drp menempuh tempat kerja yg berisiko tinggi tu)..padahal seluruh ahli keluarganya sgt teruja bila anak depa dapat bekerja di pelantar minyak dgn gaji yg tersebut semasa interview dulu..walaupun kecewa namun perjalanan tetap perlu diteruskan sebab memikirkan hutang2 yg perlu di bayar..dengan membawa sebintil 2 kudis di hati, parahnya semakin melarat apabila sebenarnya tidak ada apa pun keistimewaan yg dia dapat sebagai seorang staff kompeni tu..travel dr utara ke kemaman (naik bas) yg tidak ber-claim, risiko perjalanan ke laut yg tidak ber-insurans, dan yg paling lekeh medical benefit pun dak tak..untuk diri dia apatah lagi family..mau jadi apa2 mmg mati katak la..kadang2 kompeni mintak extend seminggu lagi dilaut(selepas 2 minggu kerja) dgn alasan utk cover staff yg xcukup, tp bayaran yg di terima hanyalah utk 2 minggu shj..yg lagi seminggu tu dok la carried forward tak tau bila nak bayar..tidak kah di sini mcm ada satu komplot penipuan dan penindasan??agaknya sebab tu la %san pekerja keluar masuk dengan kompeni offshore katering ni sgt tinggi..walau apa pun alasan kompeni2 melayu ni, aku mmg sgt terkilan dgn apa yg depa buat kat bekas2 staff depa ni...aku mmg kerap dengar benda mcm ni sbb husbnd aku pun dlm arena ni, jadi simpati tu mmg ada..depa bagi budak2 ni harapan menggunung dengan menjanjikan pendapatan lumayan, tp sebenarnya ada trick depa di sebaliknya..kesian la kat bapak2 budak, yg harap dapat tingkatkan ekonomi keluarga tp rupanya di permainkan sebegitu...akhirnya kenalan aku ni nekad berhenti kerja(walaupun dia risau takut kena saman sebab main berhenti mcm tu tanpa notis.tp sebab xdak hitam putih mungkin xdak side effect kot) dan ambik keputusan utk juai nasi lemak yg pasti tak menipu dalam bungkusannya..so apa pendapat kau bro?? mungkin kau boleh emailkan kembali pd aku atau kau utarakan pendapat dlm entry berikutnya ka..sbb aku tau kau punya idea mmg power dan mugkin dapat buka mata segelintir pihak..btw tqvm..(aku rasa xperlu publishkan kot komen ni..)

Ibn Aiman said...

aku pun selalu macam ni jugak bro..rasa tak puas hati kita suarakan..kita bebas bersuara, selagi tak memaki..mmg betul kata bro, tiap2 hari kena latih..jgn telan je..level of confident akan naik sikit demi sikit..thx bro atas entry ni

whereisaiman.blogspot.com

Ibn Aiman said...

aku pun selalu macam ni jugak bro..rasa tak puas hati kita suarakan..kita bebas bersuara, selagi tak memaki..mmg betul kata bro, tiap2 hari kena latih..jgn telan je..level of confident akan naik sikit demi sikit..thx bro atas entry ni

whereisaiman.blogspot.com

Ibn Aiman said...

aku pun selalu macam ni jugak bro..rasa tak puas hati kita suarakan..kita bebas bersuara, selagi tak memaki..mmg betul kata bro, tiap2 hari kena latih..jgn telan je..level of confident akan naik sikit demi sikit..thx bro atas entry ni

whereisaiman.blogspot.com

Entahlar... said...

n3 or komen kt atas ni...pening ak baca dlm windows yg kecik ni...hehe

Anonymous said...

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1774.0

Anonymous said...

http://soaljawabsyurgadidunia.blogspot.com/2012/01/sains-dan-agama-adalah-musuh-menjawab.html

Za8 VDSar said...

cantik la entri ni.

aku berazam untuk tidak menjadi sebahagian dari kapitalis yang disebut di dalam entri.

sungguh. tak tipu.