Saturday, July 21, 2012

Terawikh pertama 2012

Malam tadi gua mengerjakan sembahyang Isya dan sembahyang terawikh di masjid Tanjong Malim.

Orang sangat ramai, dan masa gua sampai muazzin dan berdiri siap sedia nak qamat sembahyang Isya.

Semua jemaah juga sudah sedia berdiri dan berpusu pusu memenuhkan saf saf di hadapan. Semuanya kecil besar, tua muda berseri seri muka mereka.

Sejurus imam mengangkat takbir, kami semua pun mengangkat takbir dan khayal dalam khusyu' masing masing.

Empat rakaat berlalu dalam jarak masa kurang lebih 8 minit. Selesai memberi salam seadanya, belum sempat nak beristighfar.. brader yang sembahyang sebelah gua tadi cuit bahu gua.

Umur brader ni dalam lingkungan 20 an dari riak mukanya. Gua agak, mungkin dia ni bekerja di bandar dan balik ke Tanjong Malim untuk menyambut puasa bersama keluarga.

Dengan nada suara berbisik, dia bertanya pada gua:


"Bang..kat sini memang stail terawikh dia straight 4 rakaat ke bang? bukan selalunya orang buat 2 rakaat 2 rakaat ke?"


Gua geleng kepala sambil menyambung:

"Kat sini, kami sembahyang Isya 4 rakaat straight dulu, lepas habis sembahyang Isya, baru la kami sembahyang terawikh yang 2 rakaat 2 rakaat tu".



23 comments:

  1. saya syak klu bulan2 biasa dia ni tak smyg isyak ni..excited terus nk jump buat terawikh.

    ReplyDelete
  2. kahkahkahkah... lupa ingatan seketika tu perkara biasa... buat lawak dlm masjid tu mmg luar biasa...

    ReplyDelete
  3. hahahahha,masya Allah,ada pulak cmtu,hahahaha

    ReplyDelete
  4. Mungkin org tu smayang isya' dah kat rumah. Huhu.

    ReplyDelete
  5. jenis datang nak tarawih je.isyak kat rumah.

    ReplyDelete
  6. Semalam gua pon macam ni...sampai2 masjid tak tahu orang tengah semayang Ishak ke tawareh...

    -_-"


    http://easyunifi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. ya ampunnn malunyaa..

    ReplyDelete
  8. kahkahkah.

    Macam ni la saya mahu abang Firdaus.

    Jujur sungguh brader tu.

    ReplyDelete
  9. gua syak mamat tu pening pening lagi. mungkin makan terlalu banyak lepas berbuka td

    ReplyDelete
  10. tu kes overdose air soya le tu masa berbuka...

    ReplyDelete
  11. Salam... x baik kita persendakan yang salah kita tegur dan perbetulkan, itu lebih baik :)

    ReplyDelete
  12. brader tuh niat dia baguih..suloh jalan kat dia sat...

    ReplyDelete
  13. Confirm brader tu blk kg bini die nk smbut pose, pastu bapak mertua ajak g masjid....first time katenye...haha

    ReplyDelete
  14. misti dia bajet, org masjid dah habis solat isyak tu..hehe

    ReplyDelete
  15. Alala kesiannya.
    Takpe, InsyaALLAH diterima. :)

    ReplyDelete
  16. Alala kesiannya.
    Takpe, InsyaALLAH diterima. :)

    ReplyDelete
  17. haha..post lu bro mmg buat gua gelak gile2....*abes pahala....

    ReplyDelete
  18. apa kata bro tgu mamat tu time solat aidilfitri nanti nk tgk dia tya apa plak hehe :)

    ReplyDelete
  19. x mampu nk komen..hanya, KAHKAHKAHKAH

    ReplyDelete