Wednesday, January 25, 2012

Update kawan kawan


Dalam kesibukan gua menguruskan jadual bulan Januari tahun 2012 ni, tak lupa gua berborak dan ambil tahu cerita cerita update dari kawan kawan seperjuangan yang sama sama berjuang siapa paling handal main Counter strike, Warcraft, MOHAA dan siapa paling banyak ponteng kelas dari zaman belajar UTP dulu.

Sedar tak sedar, sudah 7 tahun gua dan kawan kawan mengharungi kehidupan sebagai pegawai di syarikat yang ibu pejabatnya di KLCC ni (nama syarikat terpaksa gua rahsiakan, kehkehkehkeh). Walaupun sekarang gua masih lagi memegang jawatan pegawai di syarikat ini, tetapi dalam masa yang sama gua juga turut memegang jawatan pegawai dalam bidang ekonomi islam di sebuah syarikat lain. Syarikat yang ini juga namanya terpaksa gua rahsiakan. kehkehkeh.

Dalam masa 7 tahun bergelumang dalam industri kejuruteraan dan pengkorporatan, ramai antara kawan kawan gua yang sudah maju ke depan. Kawan kawan yang maju ini bukanlah sikap mereka suka main fesbuk, atau memiliki blog merepek, tetapi mereka yang maju ini sudah lama berubah dan berhijrah dari kehidupan main main di UTP kepada kehidupan bekerja yang serius dan mempunyai visi hidup yang jelas. Perkara sebegini sangatlah gua cemburui, sikap yang serius dan tidak banyak main fesbuk adalah sikap yang telah lama gua idamkan, tetapi belum tercapai.

Melihat perkembangan kawan kawan, gua rasa berbangga. Ada juga perkembangan kawan kawan yang terlalu power sampai gua nak mengaku mereka sebagai batch sendiri pun naik segan bila melihat diri gua yang jauh ketinggalan dari aspek power bekerja ni.

Seorang kawan yang nama dia Jono dah naik jadi pengurus tahun lepas. Bukan di Malaysia, tapi menjadi pengurus Drilling di negara Brunei. Jono ni satu akedemi dengan gua masa di UTP. Pehh..akedemi..intelektual betul bunyinya. Panjang juga kami berborak masa dia datang melawat 'Abdullah Ridho di hospital dua minggu lepas.

Mat Adib, seorang lagi member satu batch sekarang menetap di Dubai darul shopping. Dia bertindak sebagai Production Technologist, satu posisi yang penting dalam pasukan Drilling yang beroperasi di Iraq. Kalau gua tak silap, dah setahun dia di sana, dengar kata tahun ni kena tukar pejabat ke Iraq pulak. Bersama Mat Adib di bumi timur tengah ialah Duan dan Kendos. Duan dan Kendos kedua duanya menetap di Abu Dhabi. Berbeza dengan Mat Adib dan Jono, Duan bekerja dengan Schlumberger sebagai Directional Driller, manakala Kendos bekerja sebagai Aeronautikel Engineer di syarikat penerbangan Etihad. Rasanya, dah 3-4 tahun mereka di Abu Dhabi, mungkin sekarang dah mahir cakap arab, atau sekurang kurangnya pandai masak kambing.

Paling terbaru, turut menjejaki pasukan timur tengah ialah saudara Alham Johan. kelmarin dia ada sms mintak nombor kendos dan duan, tapi gua tak bagi unless dia beritahu atas sebab apa nombor nombor berkenaan diperlukan. Trade of information. Kahkahkah.
Rupanya Alham dah 1 bulan di Muscat, Oman. Dia kena assigment ke sana. Tapi mungkin beberapa bulan sahaja, lepas tu balik Malaysia. Oman ni matawang dia hilang akal..Rm10 sama dengan 1 riyal Oman. Seorang lagi komrad di timur tengah ialah seorang makwe bernama Syafiza. Syafiza sekarang reside di Doha, Qatar. Dia kerja dengan General Electric, power!.

Selesai kita menjelajah negara timur tengah, sekarang kita tengok pula perkembangan di negara Eropah.

Blood brother, saudara Haidar Zhafri @ Tat Ang telah selamat berangkat ke bandar romantis, Paris atas kapasiti Jurutera proses untuk satu projek petrokimia bulan lepas. Peringkat seterusnya adalah membawa keluarga beliau sekali ke Paris, mungkin March atau April baru selesai semua. Kalau ikut borak hari tu, mungkin kena lepak Paris sampai 2014. Seorang lagi rakan seperjuangan di UTP yang akan turut ke Eropah ialah Fikri. Destinasi beliau adalah Milan, Italy. Lebih kurang sama dengan Tat, Fikri bertanggungjawab menguruskan projek Liquified Natural Gas yang juga memakan masa lebih kurang 2 tahun.

Tidak lengkap kalau mengingat D-Day dan Mussolini, tanpa menyebut Hitler. Maka dengan semangat Nazi, seorang sahabat se-MU, iaitu saudara Koi dengan rela hati mengizinkan isteri tercintanya, Eeja berangkat ke Munchen untuk menyahut cabaran syarikat. Membawa 3 anak kecil ke Munchen, Germany tanpa suami di sisi bukan perkara mudah bagi seorang isteri. Namun kata orang, sayang suami tinggal tinggalkan, ye dok?. Kalau tak silap Eeja dah di sana selama 3 minggu, masih bersisa lagi 21 minggu sebelum melengkapkan program selama 6 bulan.
Rileks Koi...jangan goyang.

Nun jauh di ufuk timur, seorang lagi kawan gua Sheroh@asyraf sedang berjuang di Yokohama mengendalikan satu lagi projek kejuruteraan. Mengikut apa yang gua borak dengan sheroh masa dia balik KL untuk renew Visa, dia akan lepak di Yokohama sampai pertengahan 2013. Sama juga macam Tat, Sheroh juga dalam proses membawa seluruh ahli keluarga pindah ke Yokohama. Tapi rasanya sheroh akan dapat member tak lama lagi. Mamluk@rusydi akan turut serta ke Yokohama bulan depan. Mamluk, dari aspek kredibiliti merupakan seorang projek engineer yang 'stand in his class'. Pernah dianugerahkan Employee of the Year, sudah cukup membuktikan siapa beliau di mata gua.

Kawan kawan batch UTP yang sudah membuktikan keupayaan di luar negara, dan sekarang balik ke malaysia, lu orang pun power juga. Eddy, Gilok dan Idzamani hampir 2 tahun di Vietnam, Todd, Wafi dan Kobeng di Turkmenistan (Kobeng dan wafi stay sana lagi rasanya), Ibab dan Nyamuk di Mauritania (nyamuk sekarang boleh cakap perancis) manakala Pesot pernah menghabiskan masa setahun di USA.

Gua ucapkan tahniah pada kawan kawan dapat posting ke luar negara ni. Yang tak dapat pergi luar negara, mohon bertenang dan jangan rasa gusar atau fikir masa depan karier menjadi gelap. Dengan izin Tuhan, perjalanan kita masih jauh dan panjang. Bersabar dan berusahalah lebih gigih demi membuktikan keupayaan lu orang.

Dan untuk pengetahuan semua juga, nama nama yang gua petik di atas tu, 90% sudah memiliki skim Takaful.

Siapa tahu mungkin untuk ke luar negara perlu ambil Takaful dulu?

So..?

Kahkahkahkahkah!

15 Nasihat Ikhlas:

E`n1x said...

aih @_@. kencang tul batch ku.

Fikri: Kacaknya! said...

Celake, kawan kau pun ada nama Ibab ke? Kah kah kah. #EhSamaLah

cikpia said...

aku tak dapat nak kaitkan isi kandungan dengan penutup entri ni.... he he.......

Rin said...

ending tak boleh blah..

zd said...

bro, aku byk gak perasan ko selalu mention pasal kelebihan takaful. boleh suggest link @ sumber bacaan yg bagus utk aku lebih paham pasal sistem ni. khkh.

MySha said...

yang pegi paris tu mesti projek rapid..

azrul said...

kawan kau ke fikri hariri tu?
mamat tu keje kat tpt aku nih...lame tak nampak da pegi eropah rupanya

LS said...

faking! gua tertipu dgn entry lu kali ni!

Anonymous said...

ending yg boleh bagi mulut berbuih...

ejaa said...

hebat hebatttt! huhu

Anonymous said...

http://www.blogkencang.com/

macam tiru lu punye je bro.. heheh....

HamizaH said...

hebatnye tang ending tu

OrangAkaun said...

gila babi power power kemain..jeles beb

aji said...

unsur pemasaran Takaful di hujung entri tu memang klasik.

along cun said...

kau lupa nak masukkan nama aku

sekarang aku dlm persiapa nak naik ke bulan. cuba2 nak bercucuk tanam kat sana.