Friday, October 28, 2011

Bakal Terbit!!




Akan dilancarkan pada 31hb Oktober 2011, 9 pm di Rasta@ttdi.


Naskah terhad sempena pelancaran : 50 naskah

untuk tempahan online, sila email ke:

sembangkencang@gmail.com

Tajuk email : Nak Buku Plss!

Detail : Nama penuh, alamat rumah dan bukti pembayaran.

Harga : RM22 (pos biasa)
RM25 (pos ekspres)

Akaun Maybank : 158088171683

Penghantaran : Bermula minggu depan, InsyaAllah.


Amacam?

Monday, October 24, 2011

Pengalaman Bekerja

Gua memulakan kehidupan sebagai pekerja yang ada akaun kwsp kira kira 6 tahun 8 bulan yang lepas. Tarikh sebenar gua mendaftar diri sebagai mat kerja ialah pada 15hb Februari 2005. Masa ni gua datang kerja pakai seluar kain lembut dengan baju kemeja baru beli bundle jenama Durban, tak boleh pergi dia punya skema.

Sebagai abang kerja, kerja yang gua pilih pada 15hb Februari 2005 itu bukanlah satu satunya kerja yang gua dapat.

Sebenarnya, pada masa yang sama gua masih lagi melalui beberapa proses temuduga beberapa syarikat lain yang turut berminat mengambil gua berkhidmat dengan mereka. Antara syarikat yang terlibat adalah syarikat bernama Weatherford. Weatherford ialah sebuah syarikat berasakan perkhidmatan minyak dan gas. Pejabat weatherford ni letaknya di bangunan Rohas Perkasa, Jalan P.Ramlee, betul betul depan Modesto, ke depan sikit pula ada Rum Jungle. Jawatan yang ditawarkan pada gua ialah menjadi Jurutera Proses Kontrol ( Process control engineer). Kali pertama gua temuduga ialah dengan brader yang namanya Khazimad. Masa ni gua pergi satu simposium minyak dan gas di UTM Skudai, entah macam mana rupanya ada temuduga walk-in, gua redah saja lah. (Khazimad sekarang menjawat jawatan Head of Drilling di syarikat Newfield).

Beberapa minggu kemudian, gua dapat panggilan untuk second interview. Kali ni di Rohas Perkasa, KL. Gua pun pergi berjumpa penumuduga yang namanya seorang gua ingat seorang lagi gua tak ingat. Yang brader gua ingat ni melayu nama Majdi, brader yang gua tak ingat pula berbangsa Inggeris dan dia ni lah yang beritahu Weatherford nak pakai sorang jurutera bahagian proses kontrol. Secara teknikelnya, gua berjaya dalam temuduga tersebut, gua dapat tahu benda ni bila Majdi beritahu gua lepas interview.

"Kau nak ke tak nak post ni?", kalau nak kau beritahu aku dalam masa 3 hari ni"

Begitulah kata Majdi semasa mengiringi gua ke pintu lift sejurus gua keluar dari bilik temuduga.

Dalam lift, gua berfikir panjang. Berbekalkan ilmu process control yang keputusan periksa gua cuma di paras C, gua mengambil langkah bijak dengan tidak menghubungi Majdi sampailah saat gua menulis entry yang lu orang tengah baca ni.

woii nanti gua sambung balik, bos gua panggil entah apa hal pulak ni...

Thursday, October 20, 2011

Kena sound



Cikgu Taska ni punya amaran memang bikin gua goyang lutut siott!

Thursday, October 13, 2011

Cita Cita


Ini antara senarai cita cita gua sepanjang menjadi orang.

Sekolah Rendah
1. cikgu
2. komando
3. Ahli bomba
4. Pensyarah
5. Jurutera
6. Arkitek
7. Doktor
8. Ahli psikik (ni memang macam gampang sebab baru lepas baca surat khabar pasal psikik, dan rasa cool kalau boleh jadi macam orang dalam surat khabar berkenaan).
9. Ahli Astronomi (masa ni otak dah expose sikit dengan bahan bacaan sains)
10. Ahli nuklear (sama juga macam nombor 6, baru dapat expose pasal WW2 dan bom atom).
11. Ahli pemusnah nuklear (ini cita cita Azli Adnan, dia tak puash hati sebab gua ambil dulu cita cita Ahli Nuklear, jadinya dia terpkasa jadi ahli pemusnah nuklear).
12. Professor (entah apa benda jenis professor gua sendiri pun tak tahu)
13. Petani moden (ni pun sama...malas nak fikir cita cita canggih dah masa ni)


Sekolah Menengah
1. Peguam Syariah
2. Ahli tahfiz
3. Mufti
4. Jurutera Islam yang rajin ke masjid dan boleh membaca khutbah Jumaat.



Universiti
Cita cita menjadi kabur.



Sekarang
Pergi mati lah dengan cita cita.



Wednesday, October 5, 2011

PMR 1997


Sekarang ni sedang berlangsungnya minggu PMR. Jadi demi menghormati pelajar pelajar tingkatan 3 yang bertarung dengan PMR, gua akan menulis sedikit pasal PMR yang gua punya. Gua ambil PMR pada tahun 1997. Masa ni Mark Zucherberg baru berusia 13 tahun dan masih sibuk main kereta hotwheels letak dalam peti ais boleh tukar warna.

Gua menduduki PMR di sebuah sekolah agama tulen yang diberi nama sekolah menengah kebangsaan agama sultan azlan shah (smkasas), letaknya di negeri Perak.

Dari segi sejarah, gua ni boleh dikategorikan sebagai pelajar boleh pergi. Klem sebegini ada asasnya, kerana dari tingkatan 1 sampai la membawa ke tingkatan 3, gua periksa semua dapat nombor 1 dalam kelas dan top 2 dalam tingkatan. Semuanya ada 4 kelas, kelas Bukhari, Haitham, Khaldun dan IbnuSina. Gua duduk dalam kelas Haitham. Kelas Haitham ni boleh la kita ibaratkan macam Gryffindor.

Dalam dunia persekolahan gua masa itu, ada sorang makwe saja yang lagi pandai dari gua, namanya Fatihah Kamaruzaman. Dia budak kelas Ibnu Sina(KISAS 98-99, Medic Uni Scotland). Makwe yang namanya Fatihah ni pandai bukan main, bila periksa overall dia punya markah 800++/900 (Ingat, sekolah agama ada 9 subjek). Memang susah la gua nak lawan, dan bila dah banyak kali tak boleh lawan, gua biarkan saja dia power sorang sorang.

Pelajar pelajar lain bukan la tak power, power juga, cuma power mereka ni masih belum cukup power nak potong gua, apatah lagi nak duduk sebaris dengan Fatihah. Nama nama macam Azimah Mustapha (MRSM Taiping 98-99, Uni Nagoya, Japan), Haslina Khalid (UM, Syariah Islamiah), Rusya Azrina (MRSM Taiping 98-99, USM), Hakim Adnan (MRSM Taiping 98-99, UITM Accounting), Norli Sharifudin (KISAS 98-99, UIA), Salihah Adam (MRSM98-99, Optometrist) dan beberapa orang lagi selalu juga makan makan sipi, tapi tak cukup makan lagi nak cantas gua. Kahkahkah!

Tapi pertarungan gua dengan Fatihah yang gua selalu tewas tu cuma dari segi overall. Kalau kita tinjau dari satu matapelajaran ke satu matapelajaran, takkan la dia nak tapau semua ye tak?. Kalau gua masih ingat dengan baik, matapalejaran yang gua King masa tu ada 3, Geografi, Sejarah dan Bahasa Arab. Geografi dengan Sejarah ni gua tolak tepi dulu sebab dia objektif. Gua nak utamakan Bahasa Arab sebab nak jawab soalan periksa Bahasa Arab takde main A,B,C, D..tak boleh main dadu. Semua kena bertulis menggunakan ilmu di dada. Bahasa Arab gua dari tingkatan 1 sampai naik tingkatan 3, memang semua main markah area 90 dan ke atas. Dapat 95 tu biasa, 100 pun pernah.

Kita berbalik pada cerita PMR 1997 iaitu tahun di mana gua menduduki PMR,
Semasa PMR, gua yang memegang seriel number AJ051K029 duduk 2 baris dari pintu dewan belah kanan. Macam biasa, kertas pertama mestilah Bahasa Malaysia. Gua tak ingat apa yang best ada dalam kertas Bahasa malaysia, atau Bahasa Inggeris atau kertas kertas lain, sebab kurang sentimental value. Gua cuma ingat kertas Bahasa Arab. Tahun tu, soalan karangan bahasa arab dia punya tajuk 'Hafizatu A'la Sihhah' (Menjaga Kesihatan). Gua buat karangan ni dengan level konfiden paling cun. Makan 3 mukasurat juga sebelum ending. Semua power dan ilmu bahasa arab yang gua tuntut dalam masa 3 tahun, gua curah habis atas kertas karangan. Soalan segmen lain macam kefahaman, isi tempat kosong, rumusan, kata sama erti, kata lawan...semua gua tapau takde hal langsung.

Secara keseluruhan, dengan reputasi gua sebagai pelajar boleh pergi pada masa tu, melalui minggu PMR bukanlah suatu masalah yang mendebarkan. Gua laluinya dengan sedikit kesilapan bahasa inggeris dalam segmen comprehension, 3 soalan matematik salah sebab cuai, 3-4 soalan sains pun salah sebab cuai, begitu juga dengan Sejarah dan Geografi, ada 2-3 salah dan subjek lain selebihnya gua takde memori.

Tapi dalam banyak banyak memori PMR1997, ada satu memori yang bila fikir balik macam cool juga. Yang gua cerita gua terer dekat atas tu, sebenarnya keluarga gua di kampung tak tahu pun. Report kad kadang kadang ada, kadang kadang entah ke mana. Keluarga gua tahu la gua belajar tapi takde la mereka mintak gua jadi doktor pakar atau jurutera minyak. Dalam fikiran mereka, asalkan gua tak hisap ganja sudah la. Jadinya, dengan konsep pemikiran yang macam tu, keluarga gua biasa biasa saja dalam meletakkan harapan ke bahu gua.
Sampaila ke hari keputusan PMR diumumkan, lepas ambil keputusan yang tak seberapa dan lepak lepak di Greentown Mall, gua ambil bas last dari Ipoh kira kira pukul 7 malam dan tiba di Tanjong Malim dalam pukul 9. Sesampainya gua dimuka pintu rumah, ibu gua sudah menunggu. Masa tu henfon adalah barangan mewah yang boleh dimiliki oleh anak orang kaya. Jadi gua tak talipon pun gua naik bas pukul berapa, periksa dapat apa, sampai pukul berapa.

"PMR dapat berapa?" - tanya ibu gua.

Dengan hati yang berat gua beritahu . "Takde nasib..dapat 6A 3B je..B semua bahsa. Bahasa melayu, bahasa inggeris dengan bahasa arab".

Ibu gua cuma senyum, seraya ayah gua pula muncul dari dalam rumah.

"Dia dapat 6A 3B, pandai juga anak kita ni.." beritahu ibu gua pada ayah gua.

"Ok sangat la tu..matematik dengan sains boleh dapat A bagus tu" - puji ayah gua pula.

Gua pun masuk rumah terus duduk atas kerusi depan televisyen. Ibu gua ke dapur menyediakan makan malam manakala ayah gua pula sambung kerja dia depan kompiter.

Setelah keadaan kembali tenang, dan masing masing buat kerja masing masing, gua bukak zip beg high sierra yang gua usung ke sana ke mari sejak tingkatan 1 lagi. Gua keluarkan slip keputusan PMR, lalu gua teliti balik satu per satu.
Setelah berpuas hati, gua pergi hulur slip PMR tu pada ayah gua yang duduk selang beberapa meter saja dari tempat duduk gua.


"Ni slip PMR tadi" - beritahu gua.


The rest is history.

Malam itu kami sekeluarga tak jadi makan nasi, ayah gua bawa kami semua pergi makan kentaki.

****

"Anak kau dapat berapa PMR?" - tanya kawan ayah gua yang juga jiran sebelah rumah keesokan harinya. Jiran gua ni anak dia dapat PMR 8A tahun sebelumnya.


Maka jawab ayah gua, "9A".


Ada muka la sikit mak ayah gua nak berborak dengan kawan kawan ye tak.

***

Ok lah geng, cukup lah gua berlagak setakat ini. Molek kiranya gua mohon undur diri dulu. Jam pun dah hampir ke pukul 2. Banyak lagi gua nak cerita ni, tapi rilek dulu lah, cerita banyak banyak nanti takde modal pula gua nak bercerita untuk minggu PMR tahun depan.


Cilake punyala hero gua dalam entry ni, macam gampang bila gua baca balik.

Kahkahkahkah!

Mohon hero!