Sunday, September 25, 2011

Pusat Rawatan


Member gua ada borak pasal sorang member dia yang tengah ada problem laki bini.

Storyline dia simple, mamat ni dah kahwin ada sorang anak umur dalam 2 tahun. Tapi sejak lebih kurang setahun, dia sudah set up satu skandal baik punya dengan sorang makwe yang tinggal di KL ni juga.

Satu hari entah macam mana mamat ni kantoi dengan bini dia. Apa lagi, bergaduh pung pang pung pang la. Namun begitu, kedua dua laki bini ni masih cuba mencari jalan penyelesaian yang baik dan tidak terus bergaduh.

Biasa la, orang kita ni bila ada masalah yang tak tahu nak disalahkan pada siapa (walaupun memang sah sah la mamat ni yang punya hal), maka pihak keluarga kedua dua pihak merasakan yang si mamat ni dah kena buatan orang yang dengki dengan kebahagiaan rumahtangga mereka. Pasangan laki bini ini juga turut merasakan yang ada makhluk halus sedang buat kerja.

Untuk merawat gangguan mahkluk halus si mamat ni, keluarga dia pun bawak pergi Darus Syifa'. Tindakan ini dirasakan paling betul sebab 2-3 bomoh sebelum ni pun kata memang ada mahkluk halus yang buat kacau. Jadi untuk mendapatkan final jurisdiction, mereka pergi darus Syifa'.

Dipendekkan cerita, setelah melaui proses rawatan, tibalah masanya untuk ustaz darus syifa' ni memberi keputusan.

Maka berkata si ustaz pada mamat berkenaan dengan nada serius:

"Setakat ilmu yang saya ada ni..saya boleh konfemkan memang takde mahkluk halus yang buat kacau dalam badan kamu ni.."

"...yang banyaknya dalam badan kamu ni cuma syaitan.."


****
Moral dari cerita ini:

1. Ustaz darus syifa memang power.

Thursday, September 22, 2011

Blonde is Bimbo


Pagi semalam, gua turun pegi level bawah jumpa sorang member. Sebenar halnya nak borak pasal kerja.

Sesampainya gua di tempat member gua ni, kami pun terus berborak hal kerja, kerana itulah matlamat gua datang berjumap dia.

Di sebelah kanan meja kerja si member gua ni, terduduknya seorang makwe melayu yang blonde sedang mengadap kompiter. Nampak sibuk juga situasinya sampai gua tiba di sebelah pun dia tak menoleh.

Ok, sebelum gua meneruskan cerita, lebih baiklah gua beritahu nama member gua ni dulu. Susah gila gua nak menulis sambil merahsiakan nama, asyik asyik 'member gua', asyik asyik 'member gua', macam gampang. Nama member gua ni Hasan, tua dari gua setahun.

Gua dan Hasan pun berboraklah hal kerja, dari masalah etika pemakaian pekerja perempuan, hinggalah membawa kepada cara menangani masalah fesbuk di tempat kerja. Sepanjang kami berborak tidak secebis pun perhatian yang diberikan oleh makwe melayu blonde itu kepada kami. Beliau hanya mengadap kompiter sambil kadang kala jari jemarinya rancak menaip status di muka buku.

Entah macam mana, Hasan yang menyedari harapan gua sejak tadi, terus menyapa rakan sebelah mejanya itu.

"Liz, kalau i beritahu you ni mesti you terkejut" - sapa Hasan membuka kalimah.

Makwe melayu blonde yang namanya Liz ni menoleh kepada kami. Satu tolehan yang gayanya macam terpaksa.

Gua juga terkejut dengan tindakan Hasan yang mengoffer satu berita kepada Liz dengan objektifnya jika Liz tahu berita yang dia nak beritahu ni, mestilah Liz terkejut. Kalau tak terkejut, gua fikir hasan akan berasa malu konfem punya.

Liz memandang kami menanti sambungan Hasan.


"Kawan i ni you tahu dia duduk mana?, Duduk di Tanjong Malim!!, hari hari berulang naik bas dah 6 tahun beb!"


Liz membeliakkan sedikit matanya, pandanganya terarah kepada gua.


"Biar betul you ni????" - Liz meneriak. Terkejut betul bunyinya.

Nampaknya, berita 'mesti terkejut' yang Hasan nak bagitahu pada si Liz memang berbaloi. Terkejut betul Liz ni.

Gua pula cuma tersengih sengih.


"Jauhhhnyaaaa..Sanggup ye you berulang...Tanjong Malim ni yang atas lagi dari Klang tu kan?",


Liz menyambung lagi. Terkejutnya masih belum habis.

Hasan pura pura angkat talipon.

Manakala gua pula tak berhenti beristighfar menanggung terkejut yang maha besar ini.

Power betul terkejut yang Liz bagi pada gua dan Hasan ni.

Wednesday, September 14, 2011

Negara Komunis


Who Currently recognise Palestine?

Recognise?YesNo

SOURCE: UN, FOREIGN MINISTRIES

Permanent Security Council members

  • China
  • Russia
  • France
  • UK
  • US

Non-permanent Security Council members

  • Bosnia- Hercegovina
  • Brazil
  • Gabon
  • India
  • Nigeria
  • Lebanon
  • S. Africa
  • Colombia
  • Germany
  • Portugal

All General Assembly members

122

71



Kahkahkahkah!, Jahat betul negara Komunis ni..

Tuesday, September 13, 2011

Naik Bas


Senja semalam.

Pakcik sebelah seat gua sound : Bas ni lalu jalan salah ni!

Gua jawab : Ehh..betul la jalan yang dia lalu ni pakcik.

Balas pakcik :Adik, dalam hidup aku naik bas, mana pernah ada bas nak pergi Seremban masuk jalan Duta??


Gua cuma mampu geleng kepala memikirkan nasib pakcik ni kejap lagi. Di luar pula hujan sangat lebat.

Saturday, September 3, 2011

Sembang Kencang II


Snippets:

1. Draft pertama Sembang Kencang II sudah selamat tiba ke meja Chief-Editor.

2. Cover muka depan juga sedang dalam proses persiapan.

3. Sedang memilih publishing house yang quote paling rendah.

4. Target print dalam 500 naskah.

5. Target berada di pasaran dalam awal Oktober.

6. Sembang Kencang 2010 juga ada sebuah syarikat penerbitan bumiputera nak terbitkan. Kalau jadi (ingat keyword ni..'kalau jadi'), naskah rilisan kedua Sembang Kencang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dan Popular di seluruh Malaysia. Gua kalau ikutkan memang dah tak nak sambung cetak, tapi syarikat penerbitan sanggup keluar modal semua, ikut suka kau orang lah!.

7. Harapannya, hasil jual buku ni gua boleh beli kondo area Jalan Ampang dan memiliki sebuah kereta sport.