Petang ini, saya dan keluarga saya kan pergi ke Ipoh. Kami akan berada di Ipoh selama 3 hari sampai hari Ahad. Tempat tidor saya sekeluarga adalah di Kg Tawas, iaitu rumah adik saya yang kerjanya sekarang menjadi ahli penguatkuasa ubat ubatan.
Ipoh dan saya ibarat saya dan barang bundle.
Ipoh juga telah menjadi sebahagian dari kehidupan saya. Kita boleh simpulkan begini.
Ipoh adalah tempat saya menimba ilmu
Tanjong Malim adalah tempat saya bermukim dan bermastautin.
Manakala Kuala Lumpur adalah tempat saya mencari rezeki.
Jadi, dalam diri saya 1/3 nya berada di Ipoh. Memori saya, kenangan saya, kawan kawan saya, guru guru saya, tempat tempat nostaljik saya..banyaknya di abadikan di bumi Ipoh.
Dulu di Medan Kid ada kedai jual makan tengahari di kepala jalan berhadapan stesen bas General. Tokehnya seorang Makcik rock, berambut ala tomboy dan sentiasa dengan kaca mata hitam. Setiap kali saya tiba di Ipoh untuk ke asrama, di tengahari buta bersama perut yang kosong..saya akan menuju ke kedai makcik itu untuk melepas lapar.
Dari situ, saya akan menapak menyusur kaki lima roundbout menuju ke Yik Fong. Saya akan berjalan melepasi balai polis di sebelah kiri. Sejurus melalui pejabat pos, saya akan melintas jalan dan masuk ke jalan yang membawa ke masjid negeri. Beberapa puluh meter melepasi masjid negeri, saya akan belok kiri dan masuk pula ke dunia kaki lima melintasi deretan kedai lama yang usia setiap satunya melebihi 50 tahun.
Di situ, saya akan singgah di kedai buku Mubarak bros. Melewati Mubarak bros tanpa menyinggah adalah satu dosa. Selalunya saya kan menghabiskan sedikit masa membelek komik komik Hong Kong, majalah majalah dan ketika peperiksaan hampir tiba, barulah saya akan masuk ke dalam kedai mencari buku rujukan.
Udara yang saya hirup di sepanjang perjalanan zaman remaja saya di Ipoh masih segar dalam kotak ingatan. Cuacanya, mataharinya, batu bata bangunannya semuanya kekal jelas tidak terjejas di satu sudut memori saya.
Stesen keretapi, Taman Kanak Kanak, Super Kinta, pasar Bulat, Stesen bas di Bangunan Tajuddin Ali, The World depan Ocean, Ipoh Parade, Jusco, Medan Kid, Yik Fong,loken, masjid negeri,..mereka ini telah merakamkan detik sejarah diri saya dalam melalui liku liku remaja di suatu masa yang lampau.
Pernah saya terfikir selepas saya tamat belajar di UTP, apakah mungkin saya akan kembali ke Ipoh?,
Saya menunggu hampir 4 tahun untuk mendapatkan jawapan dari ketentuan Tuhan.
Akhirnya, selepas adik saya menamatkan pelajarannya di Otago, dia bertemu jodoh dengan makwenya yang tinggal di Ipoh. Bukan setakat itu, dia juga ditugaskan untuk berkhidmat di Ipoh.
Rutin ke Ipoh seperti zaman dahulu semakin kuat saya hidu. Tambahan pula ayah dan ibu saya suka menziarah adik saya di Ipoh, dan pastinya saya bersama keluarga akan turut serta jika berpeluang.
Oklah..jam menunjukkan hampir ke pukul 4 petang. Saya hendak berkemas untuk pulang dan meneruskan perjalanan ke Ipoh. Kami akan berbuka puasa di rumah adik saya dengan izin Tuhan.
Esok kami sekeluarga akan bersiar siar di Ipoh. Sebenarnya, bersiar siar ini cuma meliputi dua tempat, Greentown Mall dan Kinta City. Tujuannya menengok nengok kalau ada benda yang boleh dibeli untuk meyambut Hari Raya. Ini lebih prektikel pada ibu dan maklong saya, kerana saya dan isteri saya sudah membeli barang raya minggu lepas di Jalan TAR.
ok..kali ni ok yang last.
Jumpa saya di Ipoh.