Wednesday, June 22, 2011

Keputusan Periksa

Keputusan peperiksaan semester 1 Tadika Kurnia Minda bagi peringkat umur 5 tahun telah diumumkan secara rasmi oleh guru kelas, Cikgu Halimah selepas budak budak tadika habis sesi gosok gigi pada pukul 10.30 pagi tadi.

Ada 15 orang pelajar tadika dalam kategori 5 tahun.

Ingat ya..ingat!,
Tahun lepas dalam kategori 4 tahun, Fateem hanya berjaya merangkul tempat ke 13. Ni kes ponteng periksa sebanyak 3 paper.
Baru umur 4 tahun dah berani berani ponteng periksa.

Kali ni punya periksa, gua monitor lebih sikit. Kerja sekolah hari hari gua check, tapi bab mewarna memang bersepah. Entah apa benda dia warna. Taste mewarna langsung tak ada dalam jiwa. Buah durian kaler biru tu dah 3-4 kali gua tegur, tak berubah jugak. Tapi bila gua fikir balik, perkara mewarna ni tak masuk dalam silibus SPM pun, jadi apa yang nak risau sangat ye dok?,

Berbalik pada keputusan peperiksaan yang baru keluar pagi tadi ni,

Keadaan jadi luar biasa sikit,
Secara overall, Fateem berjaya merangkul tempat ke 3!

Oleh yang demikian, pihak tadika telah sudi memberi hadiah berupa bawak pergi makan KFC di KFC cawangan Tg Malim. Gua diberitahu, geng geng dapat nombor 1 sampai nombor 5 saja yang dapat hadiah makan KFC ni.

Tadi tengahari, gua berkesempatan menelefon Fateem. Gua pura pura tanya dia periksa dapat nombor berapa?. Padahal sebelum telefon tu gua dah dapat sms dari cikgu kuala kubu beritahu Fateem dapat nombor 3. Kahkahkah!

Gua teringat masa gua tadika dulu bila periksa dapat nombor bagus, gua mintak ayah gua bagi hadiah DingDang campur Tora sorang dua kotak. Dalam tu ada permainan, Perghh!, dia punya rasa seronok bawak sampai tiga hari.

Jadi mengenangkan giliran gua sebagai bapa telah tiba, gua tanya Fateem perkara yang sama macam ayah gua tanya pada gua 24 tahun yang lampau.


"Nak permainan apa?".

******

Mendengar jawapan fateem, gua senyum dalam hiba. Nampaknya hujung minggu ni gua kena pergi Kuala Lumpur cari permainan. Permainan kali ini bukan DingDang ataupun Tora, tetapi sejenis permainan kanak kanak zaman moden yang diberi nama:


Ipad.

Tuesday, June 14, 2011

Kerja Bermanfaat di Pasaraya Yatt Fong






3 jam.




Aku ulang..




3 jam!




Aku berdiri sampai tergeliat kaki.

Thursday, June 9, 2011

Deep Sleep Theory

Gua ada baca ada satu benda baru baru ni pasal Deep Sleep Theory.

Masa gua belajar di UTP dulu, selama lima tahun, sepanjang mengharungi proses pembelajaran, terutamanya dalam menangani cabaran deadline assignment dan projek, ada satu amalan yang gua amalkan sebagai pedoman hidup.

Ya sebuah pedoman.

Sebuah pedoman ini sudah cukup rasanya untuk membawa adik adik yang kini menuntut di kolej kolej, atau universiti universiti ke gerbang graduasi, dan membuat photoshooting bersama ayah ibu sambil memakai jubah dan topi empat segi.

Pedoman yang gua pegang dengan kukuh ni, konsep dia lebih kurang sama dengan Deep Sleep Theory.
Atau dalam erti kata lain, pedoman gua ni adalah Deep Sleep Theory itu sendiri.

Perghh!

Ok sambung,
Semasa kita menjalani kehidupan yang melalaikan di universiti, atau di sekolah sekalipun, kita tidak terlepas dengan pengalaman cuak, gabra, panik, blank dan tensyen bilamana assigment, kerja sekolah, paperwork dan latihan yang diberikan oleh pensyarah minggu lepas kita tak sentuh apa pun lagi, dan deadline nya esok pagi. Itu pun kawan kita yang perasan deadline esok pagi. Kalau tidak, habis semua ke laut.

Dalam situasi mencemaskan sebegini, ketika semua orang kelam kabut buat itu ini, study itu ini,
ingat nasihat gua: Jangan panik dan jangan sesekali terpengaruh dengan kecemasan.

Gunakan kemahiran Deep Sleep Theory.

Macam mana nak pakai theory ni?,
Macam ni,
Dalam keadaan cemas..pergi baring atas katil dan tidur. Tidur yang deep sleep. Tidur yang deep akan menghilangkan stress dan fikiran kita akan kembali rileks.

Deep Sleep Theory sekarang sedang berfungsi.

Tidur lah sampai kita rasa puas. Bila dah puas dan rasa tenang, baru kita bangun.
Lepas bangun, pergi cari balik budak budak yang cemas sebelum kita tidur tadi. Selalunya budak budak ni la yang kalut ke sana ke mari sambil bising bising masa kita tidur. Walaupun sedikit sebanyak mereka ini mengganggu deep sleep kita, tapi jangan kita simpan dendam atau bengang..jauh sekali ada niat nak tendang mereka. Jangan lakukan apa apa kejahatan terhadap mereka kerana mereka bukannya orang jahat, mereka cuma tidak faham konsep Deep Sleep Theory yang kita amalkan. Ingat..tujuan Deep Sleep Theory cuma satu, untuk mencapai ketenangan dalam situasi cemas dan penuh debaran.

Bila kita dah jumpa mereka ini, terus sound tepat ke muka mereka, sound dengan tegas:


"Woii dah siap?, Pinjam kejap.."

****

Kita tak perlu cemas, masalah akan selesai. InsyaAllah.

Sekian, yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya.

Selamat beramal.