Selama 5 tahun gua berulang alik pergi kerja, perjalanan gua adalah sangat rutin, tetap, dan tak ada jerat langsung dipertengahan jalan.
Keluar pejabat, jalan kaki pergi menara 2, lintas jalan depan Maxis sambil maki teksi yang memandu tak reti perlahan, masuk terowong, jalan kaki sampai ke kaunter LRT KLCC, beli tiket pergi Pasar Seni, turun eskalator, belok kanan lalu meluru ke pintu LRT yang ternganga menelan makwe makwe skirties dan jantan jantan meteroseksual untuk dibawa pulang.
Macam tu lah hari hari suram yang gua lalui setiap kali jam menunjukkan pukul 5.30 petang kecuali Sabtu dan Ahad. Target gua, naik bas pukul 6 di bas stand klang.
Destinasi gua ke ke Pasar Seni cuma melintasi tiga stesen, Kampung Baru, Dang Wangi dan Masjid Jamek sebelum LRT berhenti ke stesen yang gua hormati, Pasar Seni. Perjalanan dari KLCC ke Pasar Seni hanya mengambil masa 8 minit kalau pakai LRT, manakala kalau pakai kaki tak tahu lah sebab gua belum pernah cuba kerja bengap yang semacam itu.
Selebihnya untuk sampai ke Tg Malim, nasib gua akan ditentukan oleh tiket bas yang boleh tak semena mena jadi habis, bas mengalami pecah tayar, bas lambat sampai yang memang haramjadah punya lambat, bas ada sisa muntah, bas tak pasang radio, dan paling gampang sekali bas yang ekonnya barai. Untuk pengetahuan semua, bas ekon barai merupakan kecelakaan yang sukar digambarkan dalam bentuk penulisan.
Kebanyakan penumpang adalah pekerja yang membanting tulang seharian di pejabat, di tapak pembinaan, di pusat latihan dan tidak kurang juga yang membanting tulang di Sogo dan jalan Tunku Abdul rahman.
Semua penumpang bas ini bukannya bekerja di sebelah Bas Stand Klang atau di bawah stesen LRT Pasar Seni. Sama sekali tidak. Ada yang bekerja di Wangsa Maju, di Gombak, di Bukit Jalil, di bangunan ING, di IJN, di menara Maybank, di bangunan KWSP dan di ibu pejabat Utusan Malaysia yang letaknya kat jalan Chan Sow Lin. Bayangkan kepayahan, selok belok, peluh yang memercik, suka duka yang perlu mereka tempuhi untuk sampai ke pusat tahanan bas di bas stand klang sebelum pukul 6 petang.
Berbalik pada perjalanan gua yang dah makan umur 5 tahun, suatu hari..entah apa hal kelmarin gua terlambat turun dari pejabat. Timing lari. Gua berlari laju dari terowong sampai ke kaunter. Jam ditangan makwe yang beratur sebelah gua menunjukkan pukul 5.55 pm. Gua 'shit!' dalam hati tanda protes pada masa.
"Pasar seni!"
Tiket dan duit rm1.60 sen bertukar tangan.
Gua rampas tiket laru berlari ke pagar bermesin macam orang gila. Bunyi deruman train 4 coach jelas kedengaran. Di escalator, indon ramai berpusu pusu. Beratur di escalator belakang indon hanya melambat masa!
Tiada pilihan, gua terpaksa ikut jalan tangga. Gua meluru lompat 3-4 anak tangga sekaligus. Laju sikit sampai ke bawah. Train yang baru tiba tadi dah mula nak tutup pintu. Train silap!, nampaknya gua lagi pantas menyerbu masuk. Yesss!.Selamat!,
kehkehkehkeh!
Gua ketawa dalam hati tanda puas.
Belum sampai 2 minit gua melepas lelah dan berasa gembira, operator train memberi info:
"Stesen berikutnya..Ampang Park...next station..Ampang Park"
Gua geleng kepala.
"Bodoh punya train!!, bodooohhh!!"