Wednesday, January 26, 2011

Pesakit Kecil


Salam rindu untuk pembaca SK semua!
Doakan saya cepat baik dan boleh pergi tadika dengan kelas Iqro' macam biasa.

Dari Fateem,
-Pesakit Influenza A-

:

:

:

:

:

Dan saya juga...


Faseeh,
-Pesakit Influenza A-

Monday, January 24, 2011

MLM


"Dulu kira kira tahun 2003 yang lampau, gua ada berkawan dengan seorang budak MLM Omegatrend yang tak berjaya, nama dia Misai Adham. Misai Adham memulakan operasi meng-approach kawan kawan terdekat supaya melabur dalam program omegatrend beliau, namun hasilnya langsung tak memberangsangkan.

Seingat gua, tak ade seorang pun kawan kawan terdekat Misai Adham yang berjaya dijadikan downline. Semuanya hanya memberi sokongan moral dari segi air liur dan tidak lebih dari itu. Pada mulanya, Misai Adham masih bersangka baik, mungkin ada antara kawan kawan beliau termasuk gua boleh terpercaya dengan kata kata manis dan manja seorang peng-omegatrend, tapi setelah berkali kali mencuba, Misai Adham tetap gagal mencapai target yang diset oleh abang upline-nya, dan jauh sekali untuk mendapat tempat ke Sydney.

Akhir sekali, selepas beberapa bulan mengabdikan diri dengan Omegatrend, Misai Adham mengalah..lalu beliau menyambung kembali hidup seperti kawan kawan lain. Cita cita nak jadi kaya sudah termusnah..dimusnahkan oleh kawan kawan Misai Adham sendiri.

Jadi, kita jangan ulangi kesilapan Misai Adham. Sebab itu lah undang undang pertama dalam MLM, "Jangan promote ke member member sendiri!, jangan jangan jangan!". Undang undang ke dua, "Do nothing, Get Nothing". Undang undang ke tiga, susun strategi dan disiplin. Undang undang nombor empat, fokus!.

Ikut je undang undang ni, Makcik umur 50 tahun pun boleh dapat rm50 ribu setahun, inikan pula lu yang muda sihat tubuh badan?

Hah fikir apa lagi?, taknak pakai BMW 5 siri macam gua ke?
Tengok bank statement gua ni...tengok tarikh tu, tengok berapa banyak masuk, nampak?

So, sainla cepat apa nak fikir lagi bro?"

******

Gua tersengih sengih sambil kepala ligat cari akal nak cabut lari..

Gampang!, patutla beriya sangat ajak gua jumpa!

Sunday, January 16, 2011

Kerja Bangang


Gua dengan marketing bukan sebulan dua..kerja bertahun tahun.

Gua tahu dunia marketing tu luas. Gua tahu kemahiran komunikasi kritikal dalam bidang marketing. Gua juga tahu dalam marketing gua ada banyak 'kontek'. Gua tahu selok belok urusniaga dalam marketing. Gua tahu tugas gua jual produk kompeni yang harga bukan cerita Ringgit Malaysia. Gua tahu semua tektik nak berunding dengan kastemer luar negara, dari Jepun sampaila ke Amerika, semua tektik nak mengencing, teknik nak mintak kesian, tektik nak berlagak, tektik nak poww!. Gua tahu semua tu. Gua master beb...

Kerja gua hari hari. Gua tahu!, tahu!!

Tapi..

Walaupun hakikatnya macam tu,

Takkanla sampai nak jual henpon Nokia hitam putih cabok lu tu pun lu nak mintak tolong gua carikan buyer dengan alasan...gua ni budak marketing??

Bangang tahu tak?, bangang!!

Wednesday, January 12, 2011

Klasik Internet


Gua kenal internet kira kira 12 tahun yang lepas, atau lebih tepat pada September 1998.

Entah macam mana ayah gua setuju masukkan line internet ke rumah atas sebab sebab kerja yang pada waktu itu memerlukan internet. Masa ni, gua masih lagi tinggal di rumah kerajaan dalam kuartes IPSI (sekarang dah jadi UPSI). Pada sesiapa yang pernah datang UPSI, dan lalu di gelanggang futsal (bertentang dengan gimnasium), lu orang akan jumpa rumah Pendita Za'ba yang telah diarkibkan.

Haa, rumah gua duduk dulu rumah Pendita Za'ba ni lah sebelum pindah pula ke Jalan Ketoyong.

Gua start duduk dalam kuartes IPSI pada tahun 1996. Masa tu pelajar pelajar pun tak ramai macam sekarang.Makwe makwe pulak semua main umur 27 tahun ke atas dan beranak dua. Kebanyakannya dah ada pengalaman kerja cikgu dan masuk IPSI sebab nak upgrade gaji kasi sedap sikit.

Untuk pengetahuan lu orang, kerja cikgu dulu tak berapa popular. Kerja cikgu ni jadi popular bila ramai enjineer tak dapat kerja, begitu juga dengan pemegang ijazah IT dan Akauntancy yang turut tak dapat kerja, atau mereka boring kerja dan lebih suka menjadi cikgu walaupun kerjaya cikgu tak pernah ada dalam rekod 'cita cita' ketika melalui alam persekolahan dan peruniversitian. Kenapa tiba tiba kerjaya cikgu ni jadi hype dan sensasi?.

Ya. Jawapannya mudah. Kerana kerajaan bersetuju meng-up kan gaji para cikgu ke status pegawai PTD dan syarikat swasta disamping menaiktarafkan keperluan cikgu berijazah dengan alasan 'Cikgu berijazah akan melahirkan murid murid yang ber-PhD pada masa akan datang'.

Akibatnya, IPSI di upgrade kan ke status UPSI - sama tarafnya dengan UPM, USM, UM, UKM, UUM dan UIA. Namun terdapat satu perbezaan antara UPSI dan U U lain..iaitu UPSI cuma melahirkan CIKGU dan bukan enjineer atau doktor. Dari sini bercambahlah UPSI sebagai sebuah institusi pendidikan unggul. Tempiasnya merebak ke persekitaran...Tanjong Malim mengalami kepesatan pembangunan. Taman taman perumahan muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Peniaga peniaga fotostet buat duit tak ingat dunia, begitu juga dengan peniaga tomyam, pengusaha cyber cafe dan peniaga kain ela Jekel dan kedai Ekonomi Hari Hari.

Kebanjiran Cikgu yang begitu ramai ini pada zahirnya nampak cantik untuk masa depan anak anak milennia. Namun begitu, hakikatnya tidaklah secantik yang disangka. Cikgu yang berjiwa Guru, sama sekali berbeza qualitinya dengan Cikgu berjiwa 'janji ada kerja'. Seperti yang gua nyatakan di perenggan atas, semangat seorang guru tidak boleh terjelma dengan begitu sahaja. Semangat seorang guru adalah semangat yang langsung tidak memandang materi sebagai faktor, apatah lagi menjadikan kerjaya guru sebagai lacuran ketika tersepit dicelah perjalanan hidup dan cita cita yang dianggap gah pada suatu ketika.

Ya.pepatah inggeris ada berkata:

"Those who can, do!, those who can't, teach!"

Gua tak bermaksud nak men disgrace kan inteligent lu orang, tetapi perlu gua jelaskan peri pentingnya pepatah inggeris di atas dengan senario percambahan guru yang negara kita tempuhi sekarang.

Kerjaya Cikgu bukanlah satu kerjaya yang boleh disepak terajang...kerjaya murni ini memerlukan passion dan kesungguhan. Bila kerja cikgu bertukar jadi punching-bag, akibatnya cikgu cikgu lebih cenderong memikirkan soal mencari duit lebih.

Yaa. Mencari duit lebih.

Dalam kata lain, meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Ini tidak salah sama sekali. Yang menjadi salah bila usaha mencari duit lebih dicampuradukkan dengan karier rasmi seorang pendidik terutamanya di sekolah. Bilik guru yang dahulunya dianggap pusat ketamadunan ilmu kini sudah bertukar landscape menjadi one stop city centre. Cakap saja apa yang terlintas di kepala...
Hi Goat?, cikgu Hamzah ada 50 kotak bawah meja. Unit Trust?, cikgu Kamel buat CIMB, cikgu Anis buat Public. Tudung bawal?, kerepek?, Ubat gout?, MLM, jualan cupcake, jualan kismis doa, jualan minuman herba dan segala jenis perniagaan yang tiada kaitan langsung dengan matapelajaran sains atau geografi sebenarnya ujud di sekolah.

Sama juga halnya dengan guru guru yang anak anak mereka belajar di sekolah yang sama dengan mereka. Katakanla cikgu Intan ada anak tingkatan 1 bernama Arif Jamal, yang keputusan UPSR anaknya ni tak berapa nak banyak A sangat. Di masa yang sama, cikgu Asmidar, yang berperanan sebagai penyelia tingkatan 1 telah mengeluarkan senarai pelajar mengikut kelas yang disiapkan semasa cuti sekolah baru baru ni. Mengikut program kelas cikgu Asmidar, Arif Jamal kena masuk kelas 1 YouTube, iaitu kelas ke 3 terpandai dan kategori kelas tingkatan 1. Mengetahui hakikat itu, cikgu Intan terus sms ke cikgu Asmidar:

"Woii..Arif jamal tu anak aku la..bagi la masuk kelas 1 Facebook..kalau kau tak bagi masuk aku tak bayar duit penapis air Hai O kau!!"

Ok..untuk yang tidak tahu, kelas 1 facebook adalah kelas terpandai di sekolah tersebut.

Cikgu Asmidar yang menerima sms tadi pun menjadi serba salah. Kalau tak tukar, nanti cikgu Intan tak bayar duit penapis air, kalau tukar pulak..Arif Jamal ni bukannya bijak..akaun facebook pun tak ada, apa hal nak masuk kelas 1 facebook?.

Ini cuma 1 kes. Yang sebenarnya, cikgu zubaidah, cikgu alip, cikgu mansor, cikgu halimah, cikgu zudin semuanya ada anak di sekolah yang sama. Cikgu Zenab sampai 3 anak dia sekolah sama dia. Naseb baik la anak anak dia semua cun, tak manis pula kalau makwe cun diletakkan di kelas hujung. Beauty without Brain?, apa hal??

Cikgu, yang sepatutnya mencurah ilmu..kini sudah pandai pandai main politik dan penyelewengan. Ya..menukar kelas anak anak sendiri juga gua anggap satu penyelewengan dan salah guna kuasa. Ada juga 1 kes melampau yang terjadi sendiri pada adik gua brader farmasi kira kira 15 tahun lepas. Masa ni dia darjah 4, kawan kelas dia..entah apa nama gua lupa..anak cikgu yang mengajar situ, siap jadi cikgu kelas dia lagi. Kawan adik gua ni (anak cikgu tu..) memang boleh tahan pandai. Pendek cerita, periksa hujung tahun..markah adik gua dengan kawan dia tu overall adik gua lebih dalam 4-5 markah macam tu la. Ok, mak kawan adik gua tadi, cikgu bahasa malaysia kelas mereka dapat tahu perkara ini. Of course la dia dapat tahu sebab dia cikgu kelas yang kumpul semua markah. Oleh kerana subjek bahasa melayu ada karangan, so markah lambat sikit.

Pehhh akhirnya.., alih alih karangan bahasa melayu anak dia lebih 6 markah dari adik gua. Terus anak dia dapat nombor 1.

Apa yang adik gua boleh buat?, cakap apa yang dia boleh buat!!?, nak mengadu pada Guru Besar?, nak tulis surat pada Jabatan Pendidikan?, nak pergi Putrajaya panjat bangunan parcel E?, takde benda..tak boleh buat apa apa..mak gua yang cuma berkerja sebagai kerani am hanya mampu menyabarkan adik gua.

Benda benda macam ni la yang buat gua rasa bengang. Itu belum kira budak budak nak jadi cikgu kena tangkap basah.

Kesimpulannya,
Celaka apa benda sangat yang gua tulis beriya bukan bukan ni??
Mana cerita Internet tadi gua sendiri pun dah lost!!.

Ahh pergi mati lah gua malas nak edit dah!

Sunday, January 9, 2011

Maher Zain minat Yuna


Gambar rembat google

Antara sebab kenapa gua moderatekan komen sejak sebulan ni adalah untuk men-trek komen komen entry yang lama lama. Bukan ada sebab apa pun. Komen komen lu orang gua tak tahan pun, semua lepas tarak hal. Tak rock la tahan tahan komen ye tak?.

Ok ini ada satu komen (sebanarnya banyak, tapi gua pilih yang ni sebab dia baru komen kelmarin) pasal entry Maher Zain. (klik)

Tengok apa dia tulis:

*****
Anonymous said...

FdausAmad dan penyokong-penyokongnya,

Tulisan kamu dan penyokong kamu telah melampaui batas apabila kamu menfitnah Mahir Zain dan orang-orang lain seolah-olah kamu ini hamba Zionis. Apa yang jelas ialah Maher Zain sekarang sedang berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik dan lagu-lagu Islam beliau berjaya menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam kepada Islam tetapi sebaliknya kamu bersifat seperti syaitan yang amat bencikan Islam. Apakah kamu berharap dengan menfitnah Maher Zain, kamu telah berjaya menghapuskan Islam? Kamu akan gagal sebagaimana Abu Jahal dan Abu Lahab yang telah gagal !

Kamu tanpa merasa malu membuat fitnah dengan bebas kerana kamu masih hidup tetapi kamu lupa bahawa pada suatu waktu nanti kamu akan mati dan fitnah itu akan menjadi beban kamu di akhirat nanti.

Tidakkah kamu tahu bahawa Al-Qur'an menyuruh orang Islam memerangi mush Islam seperti kamu untuk menghapuskan fitnah kamu kerana fitnah itu lebih buruk dari membunuh?

****

Isi kandungan komen ni simple je sebenarnya - Dia tuduh gua fitnah Maher Zain dan gua seperti hamba zionis, bersikap seperti syaitan dan gua akan gagal macam Abu Jahal dan Abu Lahab dan juga gua musuh islam.

Kahkahkahkah!!....Kahkahkahkah!!

Benda dah 3 bulan lepas punya cerita..

Woii lu sekolah ke tak sekolah ni?,

Kalau sekolah darjah berapa?, Reti baca ke tak reti baca?, paham ke tak paham?, ke buat buat paham?,

Ni mak ayah tak marah ke baca baca blog orang ni?, kahkahkah..

Ada fesbuk ke tak?, Twitter ada?

Makwe ke balak?, kalau makwe gua nak join lu punya usrah..ajak kakak Naqibah sekali.
kahkahkah..

Kalau balak, pergi la jahanam!, kahkahkah..

Woii woii..Bodoh ni..ada 2 jenis; Boleh boleh diajar dengan Bodoh yang tak boleh diajar..

Lu jenis bodoh yang mana?,

Ke jenis bodoh piaanngg???

Ehh ni haa lagi satu..

Lu ni Syiah ke Sunni?,

Kalau Sunni, lu sunni Jordan ke Sunni Mesir?.

Tapi kalau Syiah..jaga jaga jaga jaga!!, nanti kena serbu woii!

Kahkahkah!...kahkahkahkah!

Dah la..dah la..gua nak pergi mandi,

Konsert AJL25 nak start kejap lagi. Rugi pula kalau tak tengok Yuna menyanyi pakai tudung. Mesti semua penonton perempuan boleh insaf pakai tudung macam Yuna lepas ni ye tak?

Lagi satu hal gua terkilan sangat ni, makwe makwe iluvislam ni mana?, Ambooiii...sorang pun tak datang sini..kalau dengan gua sombong betul lu orang ye..kalau dengan Maher Zain, bukan main lagi..

Kehkehkehkehkehkehkehkehkehkeh.

Wednesday, January 5, 2011

Tanjong Malim di Facebook


Gua baru dapat tahu ada page Tanjong Malim Kini di Facebook dengan jumlah penge-like mencecah lebih tiga ribu orang.

Pantang betul gua kalau buat acara Tanjong Malim ni tak reti nak mengajak gua.

Kalau Manov tahu ni macam mana?, hah macam mana woii?,

Siapa nak tolong buat akaun Facebook kat orang tua tu?, siapa??

Mulai saat ini gua juga kena berhati hati sikit sebab bila gua tengok list nama facebook Tanjong Malim Kini,
Ada 6-7 orang budak Kampung Simpang Empat yang gua pernah bergaduh di stesen bas Tanjong Malim lebih kurang 12 tahun lepas muncul balik.

Celaka!, dah pandai main facebook rupanya budak budak punk samseng bas Mogah ni.