Monday, October 24, 2011

Pengalaman Bekerja

Gua memulakan kehidupan sebagai pekerja yang ada akaun kwsp kira kira 6 tahun 8 bulan yang lepas. Tarikh sebenar gua mendaftar diri sebagai mat kerja ialah pada 15hb Februari 2005. Masa ni gua datang kerja pakai seluar kain lembut dengan baju kemeja baru beli bundle jenama Durban, tak boleh pergi dia punya skema.

Sebagai abang kerja, kerja yang gua pilih pada 15hb Februari 2005 itu bukanlah satu satunya kerja yang gua dapat.

Sebenarnya, pada masa yang sama gua masih lagi melalui beberapa proses temuduga beberapa syarikat lain yang turut berminat mengambil gua berkhidmat dengan mereka. Antara syarikat yang terlibat adalah syarikat bernama Weatherford. Weatherford ialah sebuah syarikat berasakan perkhidmatan minyak dan gas. Pejabat weatherford ni letaknya di bangunan Rohas Perkasa, Jalan P.Ramlee, betul betul depan Modesto, ke depan sikit pula ada Rum Jungle. Jawatan yang ditawarkan pada gua ialah menjadi Jurutera Proses Kontrol ( Process control engineer). Kali pertama gua temuduga ialah dengan brader yang namanya Khazimad. Masa ni gua pergi satu simposium minyak dan gas di UTM Skudai, entah macam mana rupanya ada temuduga walk-in, gua redah saja lah. (Khazimad sekarang menjawat jawatan Head of Drilling di syarikat Newfield).

Beberapa minggu kemudian, gua dapat panggilan untuk second interview. Kali ni di Rohas Perkasa, KL. Gua pun pergi berjumpa penumuduga yang namanya seorang gua ingat seorang lagi gua tak ingat. Yang brader gua ingat ni melayu nama Majdi, brader yang gua tak ingat pula berbangsa Inggeris dan dia ni lah yang beritahu Weatherford nak pakai sorang jurutera bahagian proses kontrol. Secara teknikelnya, gua berjaya dalam temuduga tersebut, gua dapat tahu benda ni bila Majdi beritahu gua lepas interview.

"Kau nak ke tak nak post ni?", kalau nak kau beritahu aku dalam masa 3 hari ni"

Begitulah kata Majdi semasa mengiringi gua ke pintu lift sejurus gua keluar dari bilik temuduga.

Dalam lift, gua berfikir panjang. Berbekalkan ilmu process control yang keputusan periksa gua cuma di paras C, gua mengambil langkah bijak dengan tidak menghubungi Majdi sampailah saat gua menulis entry yang lu orang tengah baca ni.

woii nanti gua sambung balik, bos gua panggil entah apa hal pulak ni...

15 Nasihat Ikhlas:

bact. said...

6tahun 8bulan si Majdi tu tunggu jawapan lu

LS said...

mcmharam tetiba bos panggil

zetty said...

lmenyerr dye mnunggu jwpn..hehehe..cpt smbung...

salam tghr..heheehe

Shaiful said...

Lu mmg sempoi..hahah

phamizah said...

laaaa...ade plak sambungannyaa..[:@]

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Faz Abas said...

nak tunggu sambungan dulu sebelum bagi komen :)

btw, terjumpa blog ni kat blog light shadow td. nak jemput dtg blog www.kisah-dan-kasih.blogspot.com.

durianjawa said...

salam brader.kalau la gua jumpe blog lu 11tahun yang lpas, tentu gua bubuh lu sebagai 'tokoh/idola saya' dalam karangan.very the tau..inspiring.tapi ape nak buat, gua kenal lu dalam blog ni masa tahun lepas kot.tak sempat nk jadikan lu idola.btw, cita cita gua nak jadi engineer jugak. dan kerja dekat twintower.bila boleh dorang kasi meja gua ye?

3di said...

wooit..cepat lah sambung..jap lagi bos gua nak ajak g Jaipur nih..kat sana xada line tenet susah nak ikuti blog lu nih..

Hidemichi said...

Gua pun tak score process control. Dapat kontol je.

kitt said...

ah lu pagi tadi mengeteh kat foodcort ada iras2 durban baju kuning tu gak..

*aku tegelak sebab dua budak yg tgh tunggu aku ckp ada bodyguard laki sblh table dorg.sekali pidomat daa..

zulhilmi said...

15 Februari memang satu tarikh keramat.. sama dengan hari lahir aku..

aiko farahshahida said...

hahaha. lama kot brader tu tunggu.

aiko farahshahida said...

hahaha. lama kot brader tu tunggu.

a little less conversation said...

gua rasa lu tak berkenan dengan gaji dorang offer kan walaupun yang nk offer lu dari kompeni gagah..

j4l4k said...

6 tahun 8 bulan satu tempoh yang lama gua rasa Majdi pun dh join petronas...ermmm