Wednesday, June 22, 2011

Keputusan Periksa

Keputusan peperiksaan semester 1 Tadika Kurnia Minda bagi peringkat umur 5 tahun telah diumumkan secara rasmi oleh guru kelas, Cikgu Halimah selepas budak budak tadika habis sesi gosok gigi pada pukul 10.30 pagi tadi.

Ada 15 orang pelajar tadika dalam kategori 5 tahun.

Ingat ya..ingat!,
Tahun lepas dalam kategori 4 tahun, Fateem hanya berjaya merangkul tempat ke 13. Ni kes ponteng periksa sebanyak 3 paper.
Baru umur 4 tahun dah berani berani ponteng periksa.

Kali ni punya periksa, gua monitor lebih sikit. Kerja sekolah hari hari gua check, tapi bab mewarna memang bersepah. Entah apa benda dia warna. Taste mewarna langsung tak ada dalam jiwa. Buah durian kaler biru tu dah 3-4 kali gua tegur, tak berubah jugak. Tapi bila gua fikir balik, perkara mewarna ni tak masuk dalam silibus SPM pun, jadi apa yang nak risau sangat ye dok?,

Berbalik pada keputusan peperiksaan yang baru keluar pagi tadi ni,

Keadaan jadi luar biasa sikit,
Secara overall, Fateem berjaya merangkul tempat ke 3!

Oleh yang demikian, pihak tadika telah sudi memberi hadiah berupa bawak pergi makan KFC di KFC cawangan Tg Malim. Gua diberitahu, geng geng dapat nombor 1 sampai nombor 5 saja yang dapat hadiah makan KFC ni.

Tadi tengahari, gua berkesempatan menelefon Fateem. Gua pura pura tanya dia periksa dapat nombor berapa?. Padahal sebelum telefon tu gua dah dapat sms dari cikgu kuala kubu beritahu Fateem dapat nombor 3. Kahkahkah!

Gua teringat masa gua tadika dulu bila periksa dapat nombor bagus, gua mintak ayah gua bagi hadiah DingDang campur Tora sorang dua kotak. Dalam tu ada permainan, Perghh!, dia punya rasa seronok bawak sampai tiga hari.

Jadi mengenangkan giliran gua sebagai bapa telah tiba, gua tanya Fateem perkara yang sama macam ayah gua tanya pada gua 24 tahun yang lampau.


"Nak permainan apa?".

******

Mendengar jawapan fateem, gua senyum dalam hiba. Nampaknya hujung minggu ni gua kena pergi Kuala Lumpur cari permainan. Permainan kali ini bukan DingDang ataupun Tora, tetapi sejenis permainan kanak kanak zaman moden yang diberi nama:


Ipad.

30 Nasihat Ikhlas:

Aman said...

Cool la fateem !!! Hahaha

marina anakcikbob said...

kelas ko patem..

Cik Siti Rahmah Bahrom said...

demand giler.. haha

afeeqah said...

bgs Fateem..jgn lupa main Angry Bird tau!!

Qistina Qibtiya said...

hahahahahah...mmg terbaik~

Marcella said...

bnyk pula duit ayah dia nak beli permainan tu..hebak fateem..

warna kaler biru takpe,kreatif..

Rizwan Zainal said...

bapak fatim yg nak ni...alasan jer fatim tuh

light saber said...

pegh..5 thn da pandai mintak ipad...err ke bapak dia yang nak sbenarnya? hehe

Hazwan Arif said...

gua mmg suka kalau lu ckp pasal anak2 ni..perasaan kebapaan tu tiba2 dtg meronta haha

LS said...

anak punya mainan, karang lu yg duk pegang

:D

oranglidi said...

hahahahah! abah dia pun xda ipad kan. memang advance fateem ni. cm adek aku gak. dia mintak laptop.

Dr. Ben said...

dulu aku dapat ATARI

Ain said...

Fateem demand kemain..

syud said...

hahhah..amik ko..tanya sgt..hahha

bagus ar fateeem ni.. xmensia2kan pluang kah kah

neyra shazeyra said...

aku dah agak dia mintak tu

nizamsani said...

wah.barangan orang kaya.
tahniah fateem.

sharizal said...

hahha steady la fateem..... HAHAHHA.

talkIZcheap! said...

ini dah macam kes aku beberapa minggu lepas (2 minggu lepas), aku tak tahu apa nak bagi kat besday anak sepupu aku, memandangkan dia bukan saje ada semua benda yang aku inginkan sebagai semasa aku masih budak-budak, bahkan, benda yang aku nak sekarang, sebagai orang dewasa pun, dia dah ada... Umur belum masuk darjah 6 lagi...

antara benda yang dia ada? Ipad...

Encik Amie said...

alang2 amik ipad 2 terus bro..hahaha...pandai anda mendidik anak

Abi-iRFAN said...

Lu memang pandai gunakan anak dapat nombor 3 sebagai alasan kan..kan..kan..

Orang Akaun said...

advan kemain nak ipad bagai

Afikah Aziz said...

advance tol hehe...ke ayah die yg nak ni :p

afrohead said...

tudia budak-budak sekarang. iPad tu kira tahap permainan ja pada mereka. hahaha!

Farah Ezrin said...

perghh....... 5tahun dah tau mintak ipad...giler ah!hahahaha... kita umo 5tahun hadiah x sampai riban2 beb~

Rine Aziz said...

ok lah tu beb...kena seiring dgn technology :) ....good investment utk anak + bapak...tapi wa rasa bapaknya yg lebih excited kannnnnnn

Mummy said...

tak agak2 budak2 zaman skang nyer permintaan...skali skala apa salhnyer...agak2 baper ari dia hepi dpt ipad tuh..?

JMR said...

men ipad smbil isap btol susu..anak oh anak..

intan.maisarah said...

syabas fateem
anda memang zaman moden

Fiq Vertigo said...

sedih nya aku baca ni.

menusuk nusuk dalam hati!


Kau nak Ipad nak? aduh.

Anonymous said...

akhirnya si abah mendapat alasan utk membeli ipad! tahniah! boleh la mintak cikgu KKB tu tontong duit beli ipad tu ye dok? hadiah fatem la katakan...
bagus stategi aok nii..