Gua ada baca ada satu benda baru baru ni pasal Deep Sleep Theory.
Masa gua belajar di UTP dulu, selama lima tahun, sepanjang mengharungi proses pembelajaran, terutamanya dalam menangani cabaran deadline assignment dan projek, ada satu amalan yang gua amalkan sebagai pedoman hidup.
Ya sebuah pedoman.
Sebuah pedoman ini sudah cukup rasanya untuk membawa adik adik yang kini menuntut di kolej kolej, atau universiti universiti ke gerbang graduasi, dan membuat photoshooting bersama ayah ibu sambil memakai jubah dan topi empat segi.
Pedoman yang gua pegang dengan kukuh ni, konsep dia lebih kurang sama dengan Deep Sleep Theory.
Atau dalam erti kata lain, pedoman gua ni adalah Deep Sleep Theory itu sendiri.
Perghh!
Ok sambung,
Semasa kita menjalani kehidupan yang melalaikan di universiti, atau di sekolah sekalipun, kita tidak terlepas dengan pengalaman cuak, gabra, panik, blank dan tensyen bilamana assigment, kerja sekolah, paperwork dan latihan yang diberikan oleh pensyarah minggu lepas kita tak sentuh apa pun lagi, dan deadline nya esok pagi. Itu pun kawan kita yang perasan deadline esok pagi. Kalau tidak, habis semua ke laut.
Dalam situasi mencemaskan sebegini, ketika semua orang kelam kabut buat itu ini, study itu ini,
ingat nasihat gua: Jangan panik dan jangan sesekali terpengaruh dengan kecemasan.
Gunakan kemahiran Deep Sleep Theory.
Macam mana nak pakai theory ni?,
Macam ni,
Dalam keadaan cemas..pergi baring atas katil dan tidur. Tidur yang deep sleep. Tidur yang deep akan menghilangkan stress dan fikiran kita akan kembali rileks.
Deep Sleep Theory sekarang sedang berfungsi.
Tidur lah sampai kita rasa puas. Bila dah puas dan rasa tenang, baru kita bangun.
Lepas bangun, pergi cari balik budak budak yang cemas sebelum kita tidur tadi. Selalunya budak budak ni la yang kalut ke sana ke mari sambil bising bising masa kita tidur. Walaupun sedikit sebanyak mereka ini mengganggu deep sleep kita, tapi jangan kita simpan dendam atau bengang..jauh sekali ada niat nak tendang mereka. Jangan lakukan apa apa kejahatan terhadap mereka kerana mereka bukannya orang jahat, mereka cuma tidak faham konsep Deep Sleep Theory yang kita amalkan. Ingat..tujuan Deep Sleep Theory cuma satu, untuk mencapai ketenangan dalam situasi cemas dan penuh debaran.
Bila kita dah jumpa mereka ini, terus sound tepat ke muka mereka, sound dengan tegas:
"Woii dah siap?, Pinjam kejap.."
****
Kita tak perlu cemas, masalah akan selesai. InsyaAllah.
Sekian, yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya.
Selamat beramal.

26 Nasihat Ikhlas:
haha nice.aku ad gak ciri2 cmtu tp xamalkan slalu.kami sering bergilir2 dgn kawan2
deep sheep theory. ni pemalas anak kambing!!!!
ye, agak bgus cara ni. tpi dh cuak, camna nk tido haha
ini la golongan org2 yg keje las menet..
cam cilake.
aku pernah prektis theory ni sampai la carry mark aku dapat 20/100...cantikkkkkk
erk! apa ni?
orang baca penuh semangat tau!
-.-"
teori yang boleh menang anugerah nobel.
hahaha
kahkahkah!
gua ingatkan lepas tido nak sambung buat kerja dengan tenang..
kahkahkah!
deep sleep theory..... Terbaikkkk!!!
oo. yang ni aku dah biasa dah. setakat tido x bgn 24 jam xde hal..
hahaha..mmg amalan time study dlu ni
kehkeh..
dah macam Deep Shit Theory..
lu punyer teori aku rasa boleh dpt noble prize dow..terbaik!!!
ini..ini..
langsung tak boleh harap punya teori.
kalau mcm tu sy mmg dh salu amalkan deep sleep theory ni . atau kdg2 deep movie theory :))
mak aku pernah pesan... solat jangan tinggal..
hahha .. macam tu pulak ek?
penah jugak buat saat saat akhir...
tapi ...
tak ada sampai copy and paste ..
teori ni mmg member sebilik ngan sekelas penah pakai dulu.
*** hehe cuba tengok channel 114... ada iklan pasal wanita solehah pulak ... yang ini umor sampai 30 tahun... yang ustazah pilihan tu umor sampai 27 tahun. macam macam adalah ... pening...pening ... dunia... dunia...
bota bota...
chaich..ingatkan penjelesan saintifik ape la tadi
keh3. selalu buat kot. tapi kalu dpt member kedekut memang payah sikit r.
sail aku msa blajaq dlu...gila mujarab...kah3..
gua selalu amalkan..tapi selalunya gua dah booking 3,4 hari sebelum tuh..biasanya gua akan dapat malam dateline, copy paste dan tolong submit untuk tuan punya sekali esok tuh..gua bagi pakej combo
okeh..yang ni memang telah diamalkan time kat U dulu..haha..ternyata ia berkesan :p
SAYA SETUJU!
sebagai junior anda yang masih menuntut di UTP...
gua dah amalkan teori ni sejak sem 1. okbai
Post a Comment