Wednesday, January 12, 2011

Klasik Internet


Gua kenal internet kira kira 12 tahun yang lepas, atau lebih tepat pada September 1998.

Entah macam mana ayah gua setuju masukkan line internet ke rumah atas sebab sebab kerja yang pada waktu itu memerlukan internet. Masa ni, gua masih lagi tinggal di rumah kerajaan dalam kuartes IPSI (sekarang dah jadi UPSI). Pada sesiapa yang pernah datang UPSI, dan lalu di gelanggang futsal (bertentang dengan gimnasium), lu orang akan jumpa rumah Pendita Za'ba yang telah diarkibkan.

Haa, rumah gua duduk dulu rumah Pendita Za'ba ni lah sebelum pindah pula ke Jalan Ketoyong.

Gua start duduk dalam kuartes IPSI pada tahun 1996. Masa tu pelajar pelajar pun tak ramai macam sekarang.Makwe makwe pulak semua main umur 27 tahun ke atas dan beranak dua. Kebanyakannya dah ada pengalaman kerja cikgu dan masuk IPSI sebab nak upgrade gaji kasi sedap sikit.

Untuk pengetahuan lu orang, kerja cikgu dulu tak berapa popular. Kerja cikgu ni jadi popular bila ramai enjineer tak dapat kerja, begitu juga dengan pemegang ijazah IT dan Akauntancy yang turut tak dapat kerja, atau mereka boring kerja dan lebih suka menjadi cikgu walaupun kerjaya cikgu tak pernah ada dalam rekod 'cita cita' ketika melalui alam persekolahan dan peruniversitian. Kenapa tiba tiba kerjaya cikgu ni jadi hype dan sensasi?.

Ya. Jawapannya mudah. Kerana kerajaan bersetuju meng-up kan gaji para cikgu ke status pegawai PTD dan syarikat swasta disamping menaiktarafkan keperluan cikgu berijazah dengan alasan 'Cikgu berijazah akan melahirkan murid murid yang ber-PhD pada masa akan datang'.

Akibatnya, IPSI di upgrade kan ke status UPSI - sama tarafnya dengan UPM, USM, UM, UKM, UUM dan UIA. Namun terdapat satu perbezaan antara UPSI dan U U lain..iaitu UPSI cuma melahirkan CIKGU dan bukan enjineer atau doktor. Dari sini bercambahlah UPSI sebagai sebuah institusi pendidikan unggul. Tempiasnya merebak ke persekitaran...Tanjong Malim mengalami kepesatan pembangunan. Taman taman perumahan muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Peniaga peniaga fotostet buat duit tak ingat dunia, begitu juga dengan peniaga tomyam, pengusaha cyber cafe dan peniaga kain ela Jekel dan kedai Ekonomi Hari Hari.

Kebanjiran Cikgu yang begitu ramai ini pada zahirnya nampak cantik untuk masa depan anak anak milennia. Namun begitu, hakikatnya tidaklah secantik yang disangka. Cikgu yang berjiwa Guru, sama sekali berbeza qualitinya dengan Cikgu berjiwa 'janji ada kerja'. Seperti yang gua nyatakan di perenggan atas, semangat seorang guru tidak boleh terjelma dengan begitu sahaja. Semangat seorang guru adalah semangat yang langsung tidak memandang materi sebagai faktor, apatah lagi menjadikan kerjaya guru sebagai lacuran ketika tersepit dicelah perjalanan hidup dan cita cita yang dianggap gah pada suatu ketika.

Ya.pepatah inggeris ada berkata:

"Those who can, do!, those who can't, teach!"

Gua tak bermaksud nak men disgrace kan inteligent lu orang, tetapi perlu gua jelaskan peri pentingnya pepatah inggeris di atas dengan senario percambahan guru yang negara kita tempuhi sekarang.

Kerjaya Cikgu bukanlah satu kerjaya yang boleh disepak terajang...kerjaya murni ini memerlukan passion dan kesungguhan. Bila kerja cikgu bertukar jadi punching-bag, akibatnya cikgu cikgu lebih cenderong memikirkan soal mencari duit lebih.

Yaa. Mencari duit lebih.

Dalam kata lain, meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Ini tidak salah sama sekali. Yang menjadi salah bila usaha mencari duit lebih dicampuradukkan dengan karier rasmi seorang pendidik terutamanya di sekolah. Bilik guru yang dahulunya dianggap pusat ketamadunan ilmu kini sudah bertukar landscape menjadi one stop city centre. Cakap saja apa yang terlintas di kepala...
Hi Goat?, cikgu Hamzah ada 50 kotak bawah meja. Unit Trust?, cikgu Kamel buat CIMB, cikgu Anis buat Public. Tudung bawal?, kerepek?, Ubat gout?, MLM, jualan cupcake, jualan kismis doa, jualan minuman herba dan segala jenis perniagaan yang tiada kaitan langsung dengan matapelajaran sains atau geografi sebenarnya ujud di sekolah.

Sama juga halnya dengan guru guru yang anak anak mereka belajar di sekolah yang sama dengan mereka. Katakanla cikgu Intan ada anak tingkatan 1 bernama Arif Jamal, yang keputusan UPSR anaknya ni tak berapa nak banyak A sangat. Di masa yang sama, cikgu Asmidar, yang berperanan sebagai penyelia tingkatan 1 telah mengeluarkan senarai pelajar mengikut kelas yang disiapkan semasa cuti sekolah baru baru ni. Mengikut program kelas cikgu Asmidar, Arif Jamal kena masuk kelas 1 YouTube, iaitu kelas ke 3 terpandai dan kategori kelas tingkatan 1. Mengetahui hakikat itu, cikgu Intan terus sms ke cikgu Asmidar:

"Woii..Arif jamal tu anak aku la..bagi la masuk kelas 1 Facebook..kalau kau tak bagi masuk aku tak bayar duit penapis air Hai O kau!!"

Ok..untuk yang tidak tahu, kelas 1 facebook adalah kelas terpandai di sekolah tersebut.

Cikgu Asmidar yang menerima sms tadi pun menjadi serba salah. Kalau tak tukar, nanti cikgu Intan tak bayar duit penapis air, kalau tukar pulak..Arif Jamal ni bukannya bijak..akaun facebook pun tak ada, apa hal nak masuk kelas 1 facebook?.

Ini cuma 1 kes. Yang sebenarnya, cikgu zubaidah, cikgu alip, cikgu mansor, cikgu halimah, cikgu zudin semuanya ada anak di sekolah yang sama. Cikgu Zenab sampai 3 anak dia sekolah sama dia. Naseb baik la anak anak dia semua cun, tak manis pula kalau makwe cun diletakkan di kelas hujung. Beauty without Brain?, apa hal??

Cikgu, yang sepatutnya mencurah ilmu..kini sudah pandai pandai main politik dan penyelewengan. Ya..menukar kelas anak anak sendiri juga gua anggap satu penyelewengan dan salah guna kuasa. Ada juga 1 kes melampau yang terjadi sendiri pada adik gua brader farmasi kira kira 15 tahun lepas. Masa ni dia darjah 4, kawan kelas dia..entah apa nama gua lupa..anak cikgu yang mengajar situ, siap jadi cikgu kelas dia lagi. Kawan adik gua ni (anak cikgu tu..) memang boleh tahan pandai. Pendek cerita, periksa hujung tahun..markah adik gua dengan kawan dia tu overall adik gua lebih dalam 4-5 markah macam tu la. Ok, mak kawan adik gua tadi, cikgu bahasa malaysia kelas mereka dapat tahu perkara ini. Of course la dia dapat tahu sebab dia cikgu kelas yang kumpul semua markah. Oleh kerana subjek bahasa melayu ada karangan, so markah lambat sikit.

Pehhh akhirnya.., alih alih karangan bahasa melayu anak dia lebih 6 markah dari adik gua. Terus anak dia dapat nombor 1.

Apa yang adik gua boleh buat?, cakap apa yang dia boleh buat!!?, nak mengadu pada Guru Besar?, nak tulis surat pada Jabatan Pendidikan?, nak pergi Putrajaya panjat bangunan parcel E?, takde benda..tak boleh buat apa apa..mak gua yang cuma berkerja sebagai kerani am hanya mampu menyabarkan adik gua.

Benda benda macam ni la yang buat gua rasa bengang. Itu belum kira budak budak nak jadi cikgu kena tangkap basah.

Kesimpulannya,
Celaka apa benda sangat yang gua tulis beriya bukan bukan ni??
Mana cerita Internet tadi gua sendiri pun dah lost!!.

Ahh pergi mati lah gua malas nak edit dah!

58 Nasihat Ikhlas:

Pistachio said...

bila jari tak synchronous dgn minda.. keh keh keh!

TIKUS MANDO said...

ada jugak guru yg main bola pasukan Malaysia ye dak.

Deris Alam said...

Assalamu'alaikum...Fuh mantop bai..sebab u tinggal kt rumah Pendita Za'aba.

~udalolli~ said...

hahahah gua siap baca 2x sbb nak make sure gua tak ttggl perenggan lu cerita pasal internet. rupanya mmg cerita internet kat baris atas je. pandai la eleberet cerita internet lu jadi cerita cikgu. ni termasuk cikgu kuala kubu x? ;p

Kazaztan Team said...

sudah lama meyampah dgn slogan asai ada kerja nie...ceegu2 skrg rapuh tunjang ye...

Rin said...

oooo.. aku rasa aku tau lokasi tu.. bekas kediaman rupenyer..

haah... aku pun cari citer internet.suka ati lah kalo malas edit.

Hambali ® said...

"Cikgu suka main bola,
hari-hari cikgu main bola..."

Arwah Ramlee bin Putih dah lama wasiat pasal perkara ni kat kita di tanah melayu ni ....

airaniez wirdani said...

Baguslah termelalut taip (patut psl internet..erk)
Hoho..Sokonglah pendpt encik ye..sbb mak saya yang kena gi sekolah (dr kecik) sampai jadi Guru Besar skrg sgt kesian.Cikgu2 muda yang *separa* ikhlas mengajar kerja tengking2 Guru Besar sesuka hati.diorg tak nak jd cikgu tp terpaksa sbb income *cikgu* masyuk!

sebelas said...

penat gua tunggu kisah klasik internet tu.tak keluar jugak rupernya.

Anonymous said...

gua nak tumpang tanya, taktau la soalan ni cerdik ke tak? buku sembang kencang ada lagi ke? boleh dapat ke kat UYA? terima kasih

wani esa said...

pasai apa sebenarnya... cikgu kat umah kena buat apa? kena tendang ke mana? atau kena dera dek veteran ke? baru berapa tahun kan, cikgu kat umah. rilek la..suruh dia g mintak cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa. 19hb nie dah kuar online. isi besar kemungkinan dpt. psl kpm nak cikgu muda belia. ala tak sampai rm1500 pun 1 semester. berbanding ms free giler yg akan dia dpt nanti..
boleh la, menjual2 lagi .
haha

kuehbangkit said...

Karangan ni Cikgu kasi D, bukan sebab isi atau gaya bahasa, mahupun tatabahasa, tetapi sebab lari TAJUK...jgn si Fatin jangkit sudah...

Nur Sarhanah Rosli said...

Nampak ko la tdi kt lobi klcc, belah tower 1...
laju jer nk pegi lunch...

oranglidi said...

aku pun duk cari mana cerita fasal tenet. dulu pjabat ayah ak pasang benda nama 'jaring'.

bila nak start bukak tenet bunyi bising gile kat telefon pjabat.

"truuunnggg traannng truuuuungg traannngg"

Anonymous said...

aku pun xtau ko manusia ke alien.. yg penting ko pelik.. hahahahahahahaha

Cik Agogo said...

biasa la tu lari tajuk... mujur aku tak pernah buat perangai camni zaman2 sekolah dulu...

Sylarius said...

Haha. Aku yang staff kat sekolah pun rasa benda yang sama macam brader tulis ni. Beza la cikgu dulu dengan cikgu sekarang ni. Materialistik sangat. Habis segala produk MLM pun dijualnya.

Termasuk dengan cikgu Sains sekali. Apa kes boleh percaya 100% produk MLM? Nak kata tak belajar sains, dah ada degree sains, siap dengan major pendidikan lagi.

Benak? Mungkin.

Encik Tikus said...

ahaha wadefakk wa dah pening bacee,,, warghhhh

Anonymous said...

KO PANDAI TULIS JE... KO PENAH JD CIKGU KE? KLU XPENAH RASA CMNA JD CIKGU XPYAH TULIS LE.....KLU NK CARI SALAH DAN NAK KUTUK ORG MMG KEJA MUDAH... BLAH LA.. MCM BAGUS...

Nurul Hidayah said...

haha..kua tajuk..takpe..aku bace gak smpi abeh!! harhar

Hazwan Arif said...

good entri bro walaupun x ikut tajuk haha..

mdikhqoi said...

Anon 3:00 AM
Bini dia cikgu lagi.
Lu apa hal?
Menopaus ke?
Ini sekadar peringatan kepada semua cikgu2.
Mak aku pun cikgu.
Aku tak terasa pun

Muhammad Syahmi Sabidin said...

walaupun lari tajuk tapi tetap berisi...

mangkuk statik said...

Salam.
1. Aku ingat tadi nak citer pasal pengalaman porno di internet, sekali alih2 citer pasal cikgu. Maafkan daku,meragui keimanan mu.
2. Aku sokong apa yg kau citer pasal cikgu meniaga dan conflict of interest. Truth hurts.
3. Kalau kau nak belasah mat anonymous yg kutuk kau pakai tulisan besar kat atas tu, Sabtu ni aku free.

LS said...

Gua pun penah jadi mcm lu.

Isi di otak, tak sync dengan jari yang menaip.

Tapi, gua suka dengan apa lu sampaikan.

Cikgu2 sekarang cenderung dalam mencari duit lebih, salah satunya tuisyen. Let say the teacher own a tuition centre, makanya dia akan mengajar ala kadar. Pastu dia akan promo kat student dia, masuk pusat tuisyen, kononnya boleh berjaya. tapi budak2 yg masuk centre tuh, tuisyen ke mana, duit yuran ke mana, ajar nya ke laut, lastly dapat awek kat tuisyen. dah centre jadi tempat cari jodoh budak2.. tempias kat mak ayah. bayar duit yuran bulan2, anak dapat jodoh, bukan dpt ilmu.

keh keh tu salah satu kes realiti yg gua lihat depan mata jelah. kalau menyimpang maksudnya, gua mohon ampun.

Lady Fine said...

wakaka..ada jugak yang panas..

btw, setuju sangat2..nice entry .

Latifah said...

zaman sekarang...

hohoho...

wei, mana cerita klasik internetnya?

kelaut ke...

Tempayan Pecah said...

lu cerita pasal cikgu ke pasal internet???

Shuhada Shah said...

Bila pendidikan di jadikan sebagai perniagaan ini la yang terjadi. Nak jadi guru bukan mudah. Niat kena murni. Niat kena betul, barulah ilmu itu tersampai ke anak murid.

Tahniah kerana mengupas tajuk ini dengan hebat walaupun dalam karangan confirm aku bagi 3 markah je sebab tajuk tak sama dengan isi.

Hihi

Apit said...

woi..best3...cikgu o cikgu..naseb bek yg xdpt keja,pastu jd cikgu rmai yg lawa2..sejuk mata memandang..haha

Anonymous said...

la bro pernah duduk rumah pndita za'ba ke?tiap kali lalu kwasan situ,mesti ak akan toleh punye kat rumah tu..curios sgt nk tau mcamana suasana dalam tuh,unik ah bgi ak!!..huhu

fatt said...

betul lah..gua setuju..cikgu skrg tak spirit mcm cikgu dulu..dan murid zmn skrg pun terlebih sudah..elok lah tu..nasib baik aku dari zaman lepas..kalau tak aku bleh migrain...

Ariffin Janal said...

aku suke cite ni !
tukar title je sng. takyah edit karangan.

bukan tony fernandes said...

Pengenalan dengan internet=>lokasi kediaman dulu=>kisah guru sekarang beserta 'kisah benar'.

Bukan senang nak kaitkan tu.
...
"apatah lagi menjadikan kerjaya guru sebagai lacuran ketika tersepit dicelah perjalanan hidup"

Ayat itu keras tapi perlu.
...

Abdul Munir Sanusi said...

Ceh, bendalah ini pun nak dipolitikkan bab pendidikan anak masa hadapan. Haram jadah!


Padanlah ramai anak-anak muda zaman sekarang pandai buat anak secara haram. Takde nilai tambah langsung.

Hidayah said...

cikgu berjiwa 'janji ada kerja'. gua sokong statement nie.

Amrul Azmi Mohd Mizan said...

untuk cikgu2 zaman millenia yg terasa: kebenaran itu pedih. haha!

kucai said...

kerjaya cikgu da jadik cam kerjaya lelong plak..x bleh jdik enjineer trus mintak jdik cikgu...gila sedih.

Anonymous said...

Aku setuju jugak dgn statement "janji ada kerja". 3 tahun jadi guru secara kontrak. Bukan semua guru asal dapat gaji ada jugak yg sgt bersmgt dan sungguh berkaliber tapi tak ramai. Tangkap tabik spring aku pada cikgu2 yg mcm tu. Semangat aku time mengajar ada pasang surut. Sebb perangai budak2 tu sama yang mmg aku sendiri jadik bimbang. Last2 aku fikir baik aku masuk kilang handle machine...baik penin pala dengn machine dari layan kerenah pelajar2 yg sangat mencabar kewibawaan cikgu.

lalink7 said...

hahahahah...esei STPM nieeeeeeeeee...panjang giler entri tak puas ati niee...heeehheh =D

ayobkelubi said...

errr

cikgu kuala kubu mmg amik jurusan cikgu pure ker?. kalau betul. tahniah.

kalau amik akaun pastu konbet cikgu. lantak!. malam ni kompom lu tidur dlm waja lu..keh keh keh..

kakiterbang said...

adik-beradik aku sume cikgu.. aku bongsu dan memilih menjadi engineer.. tak berani kot jadi cikgu.. kalau kita silap.. anak murid ikut.. kita dapat dosa.. kalau anak murid tu ajar orang lain benda x elok yang kite ajar tu, kite dapat dosa x2.. fikir-fikir la sendiri...

JAIRO said...

janji ada kerja = aku janji huhuhuhuhuhu tapi mana cerita internet woooiii!!!

ezy said...

mula2 baca nak carik ape citer... sejarah internet ke.. hehe tapi aku sokong gak.. pernah keja kat tanjung malim dulu, malam2 gi pekan tgk awek2 cikgu... hehe terang biji mata... ngorat2 ada sangkut.. tp nk suh masuk minang cepat2.. masa tu mana puas membujang lagi.. hehe

bobp said...

emosi menguasai nih... cikgu kuala kubu mesti banyak kasi info nih... hehehe...

j.amyemeelea said...

terbabas jauh siots but hey! i like th catchphrase of can do and can teach :D

OrenLimau said...

harap-harap nanti tak jadi cikgu seperti itu.ameen :)

entityzone said...

gua peminat pendita za'aba....mat ape yang lu story sume tu real....tapi bukan salah cikgu pun....itulah perjalanan tamadun ilmu di akhir zaman....

Jef Bahari said...

Aku kalau ikut hati aku lempang je ko ni...

pali said...

aduss..
jgnla ada yg bengkek otak la bc nih..nk meradang ka apa ka..
btoi la apa yg dia cba huraikan kt sini..
bkn nk ngutuk or salahkan mn2 jnis reja kt muka bumi nih..
cuma nk suh kita bukak mata sikit..
utk apa tujuan kita reja..
xkira la penyamun ka..cikgu ka..tukang repair henset ka..
apa tujuan kita..apa motif kita?
x kira la gomen ka private ka..
x mcm org dlu2 reja..smgt utk reja tu ada..
bkn skadaq buleh lpas tengkuk n lubang idung sendri ja..
n lagi satu..
nk jd cikgu ni bkn sng..
org ckp..syok jd cikgu..
sbb pa?
pandai2la hgpa pikiaq..
reja nk ajaq org ni bkn sng..
nk bg org cerdik satu hal..nk bg org phm satu hal..
tp..klu la ada hat jd cikgu tu pn xleh phm artikel atas ni...
camna hg nk phmkn org len?hahaha
nice post!!!

Anonymous said...

hehehe... lari dari tajuk tp isi ko tu mmg betul. aku setuju sgt2. kbnykan cikgu GRADUATE skrg = cikgu GILA DUIT...

The Sharkox said...

aku dulu 1 freindster, kelas ke dua terakhir. kelas paling last ialah 1 myspace..hahahahahaha!

cek chun said...

besa la.. yg kalot dok marah tu, kena batang idong sendiri la tu.

benda yg sama berlaku disekolah aku.anak sepatutnya dok kelas kedua, tiba2 masuk kelas pertama. tak hangin ka. penat budak yg lain tu belajar rajin2, tetiba kena duduk kelas kedua. las2 anak dia tak pandai2 gak. salah guna kuasa yg pathetic. nak adu kat sapa? jpn? buang masa..

kalau dalam kepala dok ingat duit saja, hg kerja apapun sama gak.
tapi sebab fdaus citer pasai cekgu, maka aku terpaksa la bersetuju.

sama2 la ambik iktibar, jgn dok buat perangai gila macam ni, jenuh nak menjawab kat akhirat nanti

Anonymous said...

kritikan bernas! apakah cikgu tidak boleh dikritik?

Anonymous said...

menilailah dengan pandangan hati.
jangan mudah menunding jari.

jika entry ini ditulis sekadar untuk renungan,tidak mengapa, sebab ingat-mengingati itu amat digalakkan dalam islam.

TAPI

Sekiranya,niat untuk menulis entry ni hanya untuk menjatuhkan kreadibiliti seseorang yang bergelar guru. harap hentikan.

.chill.

Farah Erwin Kiddo said...

aagaggagaga....entry camni la best... cerita sbnar dah lari topik..gagagagaga

yaya shamsuddin said...

salam . ehh ehh , org tg malim yea ?
pernah tinggal upsi ? kenal ex pensyarah haji hamzah tak ? yang ada restoran ummi and handle kantin upsi ?

Darkk said...

Gua baca. baca baca punya baca. Sampai tak sedar, gua pun buleh lupa tajuk apa mula-mula.