Minggu lepas hari Isnin
Adik Maxis : "Encik dah buat payment outstanding bill rm362.32?, ini untuk bulan Spetember dan October"
Gua : "Dah!, pagi tadi i bayar guna Maybank2u!"
Adik Maxis : "Ok terima kasih encik!"
Minggu lepas hari Rabu
Adik Maxis : "Maaf encik. Kami tak terima lagi bayaran. Masih ada outstanding bil rm362.32 ni dalam sistem"
Gua : " I dah bayar Isnin lepas. Maybank2u punya payment nak ke Maxis selalunya ambil masa 3 hari. You pun tahu kan?, kalau tak hari ni esok ada la tu."
Adik Maxis : "Baiklah. Terima Kasih encik."
Hari Jumaat kelmarin
Adik Maxis : "Encik Firdaus. Saya dari Maxis ni..emmm..kami masih tak terima la bayaran outstanding bil rm362.32. Encik boleh bagi nombor rujukan?, kami akan buat semakan"
Gua: " I dekat masjid nak sembahyang Jumaat ni. Nombor rujukan mana ada sekarang ni, kena bukak internet. Ok macam ni, you boleh tengok track record sebelum sebelum ni semua bil i bayar ikut Maybank2u. Kadang kadang Maybank2u ni pun boleh tahan lembap, cuba tunggu sikit lagi, mesti ada."
Adik Maxis : "Tapi dah masuk 5 hari ni encik. Sepatutnya 3 hari payment dah boleh appear dalam sistem."
Gua : "Bersabar adik. Setahu I maybank tak pernah menipu bab bab pembayaran bil online ni".
Adik Maxis : "Ok lah, encik dapatkan nombor rujukan, nanti saya fon balik".
Pukul 7 petang tadi masa gua di rumah.
Adik Maxis : "Encik firdaus, kami masih tak terima bayaran outstanding bil rm362.32 dari pihak Maybnk2u. Boleh bagi nombor rujukan?"
Gua : "Tak dapat jugak lagi??, Ok boleh takde hal. Orang kata berani kerana benar!. Bagi I 15 mnit?, i kena aksess ke maybank2u. Just 15 minit. Later you call me back".
Adik Maxis : "Baiklah!".
****
Sejurus menyemak Maybank2u, gua terus matikan telefon.
Persoalannya sekarang,
Syaitoon nirrojim dari neraka mana yang tepis tangan gua pegi klik bayar rm362.32 ke Lembaga Air Perak??
Gua bukannya ada kolam ternak ikan keli.
Fakk lah!!






