Friday, October 29, 2010

Gigi


Umur dah 28 tahun,

Tapi gigi susu gua steady ada 9 batang lagi...kecil, kuat dan comel.

That's awesome!


Wednesday, October 27, 2010

30.10.10 - Ini bukan acara bolasepak atau kenduri kahwin

Sila datang untuk makan percuma!

Dan bawa duit barang seratus dua untuk bershoping pakaian yang paling ter-masakini dalam semua jenis pakain masakini yang ada dalam industri pakaian masakini.

Juga, band band yang bersedia menghiburkan anda seperti yang tertera di poster!.

Datang tu pakai smart sikit, mana lah tau muka lu orang dapat masuk KOSMO.


AMARAN KERAS: Sebelum datang, tolong sembahyang Isya' siap siap di rumah atau di masjid.

Klasik Bas 626 - Gua dan brader jual tiket


2009

Suatu pagi macam pagi pagi yang biasa, gua pecut naik moto pergi stesen bas. Masa gua tiba jam dah sedap sedap menunjukkan pukul 6.25 pagi, maknanya lagi 5 minit bas 626 akan bergerak ke Kuala Lumpur.

Setelah memarkir moto di bawah tangga, gua menuju ke arah bas yang di muka pintunya berdiri brader penjual tiket berkemeja segak.

Dari jauh gua nampak kepala kepala manusia membonjol bonjol di dalam bas, tanda penumpang sudah meramai. Ada yang mengangkat tangan kanan memperbetulkan ekon, ada yang merebahkan kerusi untuk tidur dan tidak kurang juga yang mengapdet status fesbuk di henset masing masing.

Brader penjual tiket yang gua tak tahu namanya itu melambai lambai ke arah gua supaya mempercepatkan langkah. Thiva yang duduk di kerusi pemandu sudah bersedia menggenggam kepala gear, cuma menanti masa untuk berangkat. Bunyi enjin menderum derum.

Gua cuma berjalan rilek rilek sebagai isyarat 'orang lama' dalam industri per-bas-an. Sampai dekat brader jual tiket, gua tarik dompet keluar dari poket belakang. 4-5 orang penumpang yang beratur tadi semuanya kini telah hilang ditelan ke dalam perut bas. Yang tinggal cuma gua dan brader penjual tiket.

"Cilake!, macam mana ada 2 ringgit je ni?" - gua membentak dalam hati bila tersedar yang duit dalam dompet cuma ada 2 ringgit.

Barder jual tiket dengan konfiden menghulurkan tiket ke muka gua padahal dia tak tahu duit dalam dompet cuma ada 2 ringgit.

"Bro..tunggu sekejap, gua kol bini gua suruh datang hantar duit..lupa bawak duit pulak" - kata gua bersahaja kepada brader penjual tiket. Jam sudah pukul 6.30 pagi.

"Rumah abang kat mana?, lama ke nak sampai sini?, bas dah kena jalan ni.." - balas brader tersebut pada gua.

Gua jawab pada brader tu : "Sekejap je bro..bagi gua kol dulu.."

"Rumah abang kat mana?, jauh ke dekat?, lama ke bini abang nak sampai sini?" - brader jual tiket masih keras hati bertanya.

Gua dah mula menyirap. Gua dengan Thiva bukannya kenal sehari dua. Masa dengan Manov lagi gua dah jadi abang dalam perkara bas ni. Budak budak atas bas tu pulak bukannya gua tak berkawan. Setakat tunggu sikit dalam 10 minit apa ada hal?. Budak kerja jual tiket ni baru 1-2 bulan dah nak tunjuk besar kepala.

Gua cuba berlakon cool. Namun menyirap di dada siapa yang tahu?

"Sekejap je bro..gua kol kejap lagi sampai la.."

Brader penjual tiket juga nampak cool. Tapi dalam cool cool beliau, tetap memberi tekanan pada gua.

"Rumah abang kat mana?, jauh ke dekat?..." - dan pertanyaan kali ke tiga ni sememangnya mengundang amarah!.

"Woii mat..gua naik bas ni hari hari dah dekat 5 tahun!, setakat tunggu sekejap apa lu punya masalah?, rumah gua dekat ke, jauh ke.. tunggu je la sikit!".

Suara gua keras dan garang.
Budak budak baru ni bila dah tak tunjuk respek pada pelanggan senior memang patut kena ajar.

Brader yang tangan kanannya masih menggenggam tiket bas hanya mampu terkulat kulat menahan suara keras dan garang dari gua.

Dalam kecelaruan emosi beliau menjawab.


"Sebab tu la saya tanya..rumah abang kat mana?, jauh ke dekat?..kalau agak jauh naik je la bas ni dulu..duit tiket esok pun boleh setel. Tak payahla susahkan bini abang datang sini".


+++++


Tanpa membuang masa, gua terajang tayar bas sampai terpelanting. Biar padan muka semua orang tak dapat pergi kerja.

Tuesday, October 26, 2010

Menara Warisan Merdeka


Dalam Fesbuk ada 3 golongan;

1) Menyokong pembinaan MWM
2) Membantah pembinaan MWM
3) Pergi la jahanam apa benda pun..gua apa peduli.

Yaa. Gua adalah golongan yang ke 3. Tapi sebenarnya, sama ada mereka golongan 1 atau golongan 2, mereka adalah sama macam gua.

Tak percaya??,

Kehkehkeh!

nota tambahan:
Entry ini sengaja tidak dipanjangkan demi menghormati slow-pick up-reader.

Sunday, October 24, 2010

Periksa beg sekolah Fateem, bukak buku tulis..kantoi!.


Benda benda macam ni memang bikin gua panass hati!

Friday, October 22, 2010

Hari Jumaat tiba lagi


Kalau tiada aral melintang...

Gua akan tukar kerja baru di syarikat baru dalam masa sebulan lagi.

Kerja baru maknanya hidup baru, hidup baru maknanya cara baru, cara baru maknanya kawan baru, kawan baru maknanya hobi baru.

Dan hobi baru pula maknanya Golf.

Yes!.

Tuesday, October 19, 2010

Peranan Facebook dalam Memperkasa Jatidiri Ummah


Hah, apa lagi?, bagi la 'isi penting' barang sebaris dua....

Kata handal sangat main Facebook.

Kahkahkah!


p/s: Soalan spot karangan SPM 2010, amacam?

Sunday, October 17, 2010

Roti telur kuah dal, banjir!


Pagi semalam, dalam pukul 9, gua tekan minyak kereta menuju ke kedai bekas bini Pak Berahim di belakang stesen keretapi. Fateem ada di sebelah dengan baju baru padahal gosok gigi pun belum.
Matahari agak terik ketika kami sampai. Pukul 9 pagi, tapi dia punya bahang matahari boleh buat jam di tangan rasa tak berguna.

Gua letak kereta sedap sedap depan kedai makcik Semah (nama bekas bini Pak Berahim yang kedainya ada di belakang stesen keretapi). Orang di dalam kedai boleh tahan ramai. Brader meja depan lalai menyuap cebisan roti canai ke mulut sambil tangan kiri tekan tekan henset. Update status fesbuk gamaknya. Satu keluarga, mak, ayah, anak lelaki darjah enam, kakaknya umur 23 tahun, serta seorang lelaki muda dah konker meja tengah. Masing masing mengadap gelas berisi air manis dan sorang sepinggan nasi lemak telur mata kerbau.

Meja hujung masih bersepah dengan cawan, sisa kuah kari, dan habu rokok. Kalau tengok pada gaya macam pukul 8 pagi tadi punya cerita.

"Ayah tu ada kosong!" - fateem tuding jari ke pelusuk kedai belah kiri.

Meja tu ada 4 kerusi, satu kerusi ada brader dah duduk, perjalanan brekfes beliau pula macam dah nak sampai ke penghujung.

Gua dan fateem melangkah laju ke arah meja kosong tersebut.

"Bro ada orang?" - sapa gua.

Bro cuma geleng geleng anak.

Gua dan fateem duduk.

"oder bang?" - tangkas adik pelayan datang memberi servis.

"Roti telur kuah dal banjir, roti kosong, teh ais, teh panas" - gua kasi oder sekaligus bagi pihak fateem.

Atas meja terpampang akhbar mainstream dengan tajuk berita "Bajet 2011". Gua capai.

"Ehh adik kira ni berapa?" - brader depan gua yang dah habis makan menyampuk di hujung oder.

"Bayar kat kaunter bang" - ringkas jawapan adik pelayan sambil berlalu pergi menyambung tugasan.

Gua meneliti berita Bajet 2011 sambil melirik ke brader yang bangun memukul langkah ke meja kaunter. Aksi seterusnya tidak gua perhatikan sebab dia hanyalah seorang brader. Gua sambung membaca perancangan kerajaan untuk rakyat Malaysia di tahun 2011. Banyak betul duit kerajaan simbah ke orang kampung. Tahun depan boleh la makcik felda bergaya pekena handbag berjenama jalan ke pasar mencari ikan.

Selang beberapa ketika, brader yang pergi bayar tadi datang pula ke tempat duduknya. Gua imbas cawannya masih bersisa teh. Dia duduk balik macam baru lepas parking kereta lalu meneguk sisa teh.
"Cilakak!, kenapa tak minum habis dulu baru bayar?" - gua marah dalam hati.
Selesai meneguk teh yang hanya beberapa cebis itu, dia tidak pula bangun, dan tidak pula menunjukkan ciri ciri orang yang nak balik rumah, malah duduk melepak tak buat apa apa.
Ini lebih menghairankan. Tapi gua cuma buat buat tak tahu dan terus menyelak akhbar ke halaman sukan.

Orang ramai. Hari panas. Kipas pulak tak ada. Air pun belum sampai. Gua ulang balik baca suratkhabar. Berita mengarut, berita tipu, berita rogol, semua gua baca. Air belum sampai jugak.

Brader depan gua ni masih lagi duduk depan gua. Rasanya dah 10 minit dia duduk tak buat apa apa. Ada ketika dia pandang tepat ke muka gua, ada masa dia tanya Fateem "adik nama apa?". Keadaan beliau macam tak tentu tujuan. Makin ditunggu, corak brader depan gua ni makin buat gua hairan. Walaupun begitu, gua masih sabar dan terus menyamar baca suratkhabar. Sabar yang pertama tunggu orde yang tak kunjung sampai, manakala sabar yang kedua menengok brader depan gua ni tershuffle shuffle tak tahu dia buat apa benda.

Namun sejenak kemudian, terpacul suara brader di depan gua menyapa:

"err...errr...errr...abang, saya nak balik dah ni.."

Gua sedikit terkejut seraya mengerutkan kening. Apa kejadah budak ni nak balik pun kena beritahu gua?,

"Ehh balik la bro..tarak hal!" - balas gua sambil cuba mengulum senyum.

Fateem turut senyum.

++++++

++++++

++++++


Lepas ni kalau gua jumpa brader tu lagi memang gua belanja dia makan tengahari.
Jahanam sungguh!



"Tarak hal tu memangla tarak hal bang..tapi suratkhabar tu saya punya, lama lagi ke abang nak baca?"

Saturday, October 16, 2010

Reveal Loop (II)



Bergurau gurau jugak..tapi kalau dah tanam alat dalam badan ni susah juga nak buat cara bergurau. Tulis blog ni pun tak tahu la lepas ni apa cerita. Rumah siapa nak kemas?, berak budak siapa nak basuh?, makan siapa nak masak?,

Reveal Loop telah di implant ke dalam badan cikgu untuk merekod degupan jantung terutamanya ketika beliau penat dan lemah yang selalunya membawa kepada pengsan.

Dah baik?,

Nanti dulu...Reveal Loop merupakan langkah pertama dalam proses rawatan. Perjalanan masih jauh dan panjang...dan jururawat di Hospital itu juga masih ramai yang belum gua fesbukkan.

Thursday, October 14, 2010

Reveal Loop


Diperbaringan menuju ke dewan bedah.

Semoga cepat sihat cikgu!

Tuesday, October 12, 2010

Metafora, sarcacsm, sound derek dan institut kefahaman manusia


Dalam pembelajaran Bahasa Arab peringkat menengah tinggi, kita akan menemui bab yang dinamakan Balaghoh, atau di panggil juga ilmu bayan. Di sini kita akan belajar pelbagai perkara indah tentang bahasa arab antaranya memahami Majaz mursal, Jinas (tam dan ghoiru tam), Uslub Khobari dan Insya'i, Isti'aroh, Tasybiih dan Kinayah.

Belajar bahasa arab tinggi memang sakit kepala..betul ni gua tak tipu..dan benda paling sakit kepala ialah benda benda balaghoh yang gua petik kat atas tu. Namun, walaupun belajar balaghoh ni tak boleh membawa kita menjadi angkasawan, tetapi topik topiknya sangat stailo bila kita dah paham. Contohnya, belajar bab Isti'aroh,

"Roaitu asad fil fasli" - maksud dia, "Gua tengok singa dalam kelas".

Apa benda singa dalam kelas ni?, singa betina ke singa darai?

Ok yang sebetulnya..makna 'singa' ni bukanlah singa sejenis binatang..tapi perumpamaan 'singa' ni disandarkan pada 'guru yang garang' atau 'orang yang sedang marah' di mana sifat sifat garang, bengis, ganas dan marah ini disandarkan pada sifat sifat yang ada pada seekor singa.
Dalam bahasa orang putih, kita panggil methaphor..manakala dalam bahasa melayu pula kita namakan dia sebagai metafora. Dalam bahasa tamil pergi la mati, gua tak belajar.

Metafora melayu yang boleh gua jadikan contoh:

"Ibarat melepas kencing di tangga" - maksudnya; kerja yang tidak bersungguh sungguh.

Contoh ayat : Walaupun pendapat Anonimos yang tidak bersetuju dengan fdausamad itu separuhnya boleh pakai, namun ianya seperti melepas kencing ditangga..ini kerana jika anonimos seorang yang ikhlas, jujur dan amanah, letak la nama, link blog, alamat fesbuk dan nombor talipon supaya senang nak kontek kalau apa apa hal.

Jadi, 'kencing' di sini bukanlah kencing kata kerja yang memberi maksud mengeluarkan air masin dari pundi kencing dengan cara berdiri atau bertinggung, ianya lebih bermaksud 'kerja sorok sorok dan penakut' yang akhirnya kerja kerja sebegini boleh juga di metaforakan 'ibarat melepaskan kencing ke daun keladi'.

Bab lain yang tidak kurang stailo ialah Kinayah; ini agak rumit dia punya konsep. Maksud Kinayah ni pulak kalau nak senang paham kita samakan dengan kata bidalan. (sebanarnya menyamakan Kinayah dengan kata bidalan bahasa melayu pun gua rasa tak berapa tepat..tapi tarak hal, lebih kurang dekat).

Contoh Kinayah : "Hazal rojulun, towiiluun najaad"
maksud dia : "Lelaki itu panjang sarung pedangnya"

Oraitt, Kinayah di atas boleh ujud dalam dua bentuk. Satu bentuk 'bloody obvious' manakala satu bentuk lagi 'bloody ambiguous'. Bloody obvious tak payah gua nak terangkan. "Lelaki itu panjang sarung pedangnya", maknanya "lelaki yang dimaksudkan memiliki sarung pedang yang panjang", pedang adalah sejenis senjata berbahaya, kata nama yang semua orang tahu. Pedang la..pedang!!

Bentuk 'bloody ambiguous' ni pulak paling orang kita suka. Intrepetasi terbuka, boleh menjurus kepada pelbagai makna tersirat, diguna pakai dalam konteks bahasa yang sarkastik misalnya, atau dalam komunikasi modern diterjemahkan sebagai "Lu orang paham pahamla sendiri la..takkan itu pun nak kena ajar?".
Tapi menggunakan Kinayah dalam penulisan bahasa bukan mudah. Masalah selalu timbul bila kita berhadapan dengan budak budak yang slow pick-up dalam menghurai perkara 'bloody ambiguous' sebegini. Mereka akan pandai pandai mem-'bloody obvious'-kan perkara yang sepatutnya ditakrif dalam konteks 'bloody ambiguous'.

Celake!, macam rumit pulak penerangan gua ni.

Ok macam ni; contoh:
Bila gua tulis:

"Kalau nak dekat diri pada Allah, pergi la masjid dengar ceramah, sembahyang jemaah..bukan pergi dengar konsert maher zain!..Kahkahkah!"

Yess!, bloody obvious- nya..seperti yang gua tulis tu la.

'Bloody ambiguous; nya pulak:

"Kalau nak dekat diri pada Allah, buatla benda benda yang sepatutnya, lebih afdhol, lebih aula..berbanding pergi melangut di konsert maher zain"

Apa yang sepatutnya?, apa yang afdhol?, apa yang aula? - ikut suka la apa benda pun..asalkan maksud arahan tu sampai.

Shit!, takkan hal macam ni pun gua nak kena hurai??, you can't take everything in straight line..
kahkahkah!, ini la yang gua kata payah bila berdepan dengan adik adik slow pick up. Semua nak kena bantu, semua nak kena terang satu satu. Lotiihhh!!!

Lagi satu bila gua tulis:

"Makwe makwe yang terkinja kinja pergi konsert maher zain sebab nak enjoy, bukan nak belajar jadi ustazah"

Ni pun takkan tak boleh tangkap?, haiiyooo!!;

When someone say to you: "biar la budak budak tu nak beromen, nanti dapat anak buangla dalam tong sampah"

How do you take it?

For fuck sake, are you taking it as it is??;

My dear,
It's an expression of frustration!!, dont you understand??,

Oh my Lord!, Dah mati ke sense of sarcacsm dalam jiwa manusia?

+++++++

Demn..baru Kinayah dengan Isti'aroh rupanya.
Banyak lagi topik balaghoh ni, tapi gua malas tulis..lu orang bukannya minat bahasa arab pun.

Daripada belajar bahasa arab, baik pergi tengok konsert Maher zain ye tak?

Kahkahkah!

Sunday, October 10, 2010

Maher Zain ni Sunni ke Syiah?


MasyaAllah!! Insafnya kami...

Ada budak budak komplen masa Maher Zain bagi konsert dakwah di Gombak kelmarin, terdapat pulak makwe makwe tudung yang tergedik gedik menjerit macam dapat jumpa Hannah Montana.
Menurut kata mereka, Maher Zain ni pekena lagu lagu dakwah islam jadi pengunjung konsert sepatutnya respek la konsert dakwah, bukannya terkinja kinja phewwiitt tak tentu hala.. apatah lagi yang menggedik tu makwe bertudung.

Kahkahkah...kahkahkah...!!

Gua hairan betul la, apa isunya sekarang?, apa isu kalau pergi konsert terkinja kinja?, apa isu?

Dah nama dia pun konsert, artis femes pulak tu.. memangla kena enjoy..pergi konsert artis kalau kena duduk diam baik pergi dewan filharmonik tengok okestra!, apa yang susah sangat?

Ini konsert dakwah islam so kena respek jaga kemaluan?,

kehkehkeh..ini satu lagi benda bodoh!.

Pergi konsert Maher Zain ni buat apa sebenarnya?, buat apa?, nak dekatkan diri pada Allah?, nak insaf?, nak jadi muslim dan muslimah solehah?, nak jadi mam?,

kehkehkeh..kehkehkeh!!

Kalau nak dekat diri pada Allah pergi la masjid dengar ceramah, sembahyang jemaah..bukan pergi konsert Maher Zain!, kahkahkah...

Kalau nak insaf..bangun malam buat sembahyang taubat, sembahyang tahajjud, baca Al-Quran..bukannya pergi konsert Maher Zain!, kahkahkah...!!

Kalau nak jadi budak masjid solehah, sembahyang banyak sikit, baca Al-Quran pederas sikit..bukannya pekena konsert Maher Zain!, kahkahkah...kahkahkah..!

Kalau nak jadi imam, pergi kelas tahfiz..belajar qiraat, belajar tarannum..bukannya berebut beli tiket konsert Maher Zain!...kahkahkahkahkah!!

Habis yang pergi konsert Maher Zain kita nak kira macam mana?,
Senang saja..kira macam pergi konsert biasa biasa la..macam pergi konsert Slash, pergi konsert Dabel Trabel, pergi konsert Mawi.

Jadi apa nak heran??

Ehh tapi bro, Maher Zain semua lagu dakwah..semua lagu ingat tuhan punya, semua lagu ajak beribadat punya, bukan lagu mengarut.

Yess!!

Kalau niat dalam hati nak dengar lagu dakwah, tak payah pergi konsert, pasang lagu Maher Zain di kompiter pun boleh..pekena YouTube pun sedap juga.

Nak dengar lagu ingat tuhan tak perlu keluar duit banyak beli tiket konsert...lagu lagu Nadamurni yang berlambak tu semua lagu ingat tuhan, lagu the zikr semua ingat tuhan dekat internet berlambak..kalau takde internet bukak astro oasis, kalau takde astro oasis, bukak radio siaran IKIM..kalau kat rumah internet takde, Astro takde, radio pun takde..Alhamdulillah!, lu orang dah berada dalam situasi selalu ingat tuhan la tu.

Lagi satu hal geng geng yang klem pergi konsert maher Zain sebab nak insaf, nak dekatkan diri pada tuhan.
Kepala hotak la yang klem pergi konsert Maher Zain sebab nak dekatkan diri pada agama..nak insaf, nak muhasabah. Apa yang susah sangat, cakap je la pegi tengok Maher Zain sebab dia hensem, suara sedap, genre muzik dia lain macam..apa susah sangat nak mengaku?, cuba kalau Maher Zain ganti dengan Rooney..ada lu orang nak datang tengok?, ada?,

Gua tarak hal kalau lu orang pergi konsert Maher Zain sebab nak enjoy. Kalau gua dapat tiket free pun gua mesti rembat punya. Cuma yang bikin panas bila orang pegi tengok konsert Maher Zain bagi alasan nak jadi baik dan nak insaf. Fakof!, cubala jangan menipu diri sendiri..

Yang kaki komplen kata makwe makwe tudung terkinja kinja di konsert Maher Zain ni pulak gua ingin tegaskan.."mereka (makwe makwe berkenaan) pergi tengok konsert sebab nak berhibur..nak enjoy!, bukannya nak belajar jadi ustazah beb..faham?, ke tak faham jugak?"

Dan kepada komplen komplen lain yang bersepah di mana mana:

"Lagu Maher Zain ada kesan rohani"

"Lirik lagu Maher Zain sangat menginsafkan"

"Lagu Maher Zain bagi kesedaran"

Yaa betul..betul..semua tu betul.

Cuma gua nak tanya lu orang secara jujur ni;
"Lepas dengar lagu Maher Zain, berapa banyak tambah baca Quran?, berapa banyak tambah baca Mathurat?, berapa banyak tambah ibadat?"

Jawab la..jawab!, jawab jujur jujur, jangan menyamar jadi orang lain.Kahkahkah!

Kalau ada tambah ibadat sebab dengar lagu Maher Zain, ok gua tarak hal. Tapi kalau setakat tulis tulis statement nak tunjuk up dekat kawan kawan, baik lu orang pergi ambik air sembahyang bentang sejadah sekarang.

Ada juga orang kata; "Dari pergi konsert mengarut ngarut..baikla pergi konsert maher Zain"

Kahkahkah..kahkahkah!

Gua pulak kata; "Dari rasa kecewa sampai nak bunuh diri sebab tiket konsert Maher Zain habis..lebih baik lu orang pegi main fesbuk."

Ohh yaa..lagi satu, ketika rakyat Malaysia berebut rebut beli tiket konsert Maher Zain sebab nak jadi baik dan insaf, yahudi di Palestin juga sedang berebut rebut membunuh rakyat Palestin takde kesian kesian punya. Serius ni gua tak kelentong!

Kesimpulannya gua nak cakap:

1.Konsert tu tetap konsert..konsert tidak boleh bertukar menjadi ceramah agama di masjid
2.Pergi konsert hanya untuk berhibur dan bergembira, selebihnya adalah guilty pleasure pada geng geng usrah, naqib dan naqibah..
3. Maher Zain bijak buat duit. Gua harap lepas ni dia jadi philantrophist.
4. Pergi konsert Maher Zain tak salah..yang jadi salah bila suka buat statement menipu diri sendiri, dan juga menipu orang lain. Ingat!, jangan jual nama agama untuk kepentingan diri sendiri.
5. Konsert bukanlah venue untuk manusia jadi lebih baik dari aspek pemahaman agama. Nak enjoy enjoy boleh la, ye tak?
6. Benda benda merepek ni memang patut kita "kahkahkah!"

101010



"Dalam dunia ni ada 10 jenis manusia. Jenis manusia yang pertama tahu pasal Binari, manakala jenis manusia yang kedua tak tahu langsung apa kejadahkah binatang Binari itu.."



Friday, October 8, 2010

Cara Mendidik Anak


Tengok anak gua punya kerja, tayar walker tu sampai tebarai..

Kaki licin saiz 7 tu pulak kaki gua,
Ingat!, Jangan sangka kaki yang licin tidak mampu menendang orang.

Thursday, October 7, 2010

Mintak benda susah susah..


3 minggu lepas cikgu kuala kubu mintak gua ajar dia buat Blog.

Sampai sekarang gua tak bagi jawapan lagi.

Benda benda macam ni kita kena kawal...

Tuesday, October 5, 2010

1Melayu! (Siri II)


Nasib kita boleh berubah.

Mengubah nasib boleh dibuat dengan pelbagai cara. Tikam nombor ekor dan menang 4D 1st prize umpamanya, juga salah satu cara mengubah nasib. Halal haram kemudian kita cerita. Ada lagi cara lain untuk mengubah nasib, contohnya melalui jalan MLM. Kalau kena gaya boleh jadi kaya, kalau tak kena gaya tahan la bayar hutang Bank Rakyat 20 ribu habuan modal Hai O dulu dulu. Mengubah nasib boleh juga dilalui melaui jalan kejahatan. Mengedar dadah, merompak kedai emas dan menjalankan sindiket menyeludup perempuan China. Tapi kita sebagai orang islam berketurunan melayu kebanyakannya cuma jahat jahat ayam. Kita berani hisap dadah, tapi nak jadi mafia bukak kilang dadah jauh lagi..main mafiawars boleh la berlagak. Jahat main perempuan pun ada, tapi jahat nak jadi toke seludup perempuan China dalam kontena amatlah rare serta jauh panggang dari api.

Contoh contoh di atas ialah jalan shortcut untuk mengubah nasib dalam bidang kekayaan. Ya. Jalan shortcut. Benda benda shortcut ni dalam apa juga bentuk pun sebenarnya tak bagus. Itu lumrah alam.

Kita tengok pula contoh shortcut dalam mengubah ketrampilan dan personaliti. Shortcut nak badan slim dan turunkan berat badan sebanyak 30kg dalam masa 2 minggu, pegi sua kepala kena tipu beli ubat ubat yang entah apa benda. Harga sampai beratus ratus. Habis 2 minggu, gemuk boroi macam tu jugak. Lepastu mengamuk kata iklan penipu. Padanla muka kena tipu. Semua benda nak senang, semua benda nak cepat, kena la tipu. Bersenam malas, kontrol makan malas..Sekali makan macam badak sumbu kebulur..nak kurus kejadah apa?
Persoalannya kenapa ramai yang tak sedar?, Adik adik sekalian, mereka sebenarnya bukan tak sedar...mereka ni sedar, tapi degil nak pakai shortcut jugak, sebab apa nak pakai shortcut?, sebab memang perangai macam tu...perangai siapa ni?, perangai siapa??, perangai orang caucasian?


Nasib kita boleh berubah...

Memiliki ilmu pengetahuan adalah jalan paling true dalam usaha mengubah nasib. Tapi klausa sebegini sebenarnya klise dalam persekitaran Malaysia. Tidak semua orang berpeluang pergi sekolah untuk menuntut ilmu. Kalau ada peluang pun, ramai yang tak suka peluang stail macam ni. Mereka lagi suka peluang pegi main game, main snooker, hisap rokok belakang bangunan, main moto dan angkut makwe kehulu kehilir ketika guru guru sekolah sibuk menjual kuih dan kain baju di bilik guru. Akibatnya, sistem urustadbir ilmu semakin membarai. Budak budak lagi gila buat kerja luar daripada buat latihan trigonometri. Brader brader universiti lebih fokus ke arah championship manager dan warcraft selain meniru assignment daripada seorang kawan yang rajin beberapa jam sebelum dateline. PTPTN menjadi wadah top up keredit, beli kasut baru dan selebihnya buat downpayment bayar kancil secondhand sebagai modal jalan jalan dengan makwe baru. Beli buku rujukan??, kahkahkah..kahkahkah..kahkahkah..
(Ok..Downpayment Kancil tu lu orang jangan ambik serius sangat..)

Nasib kita boleh berubah..

Selain memiliki ilmu, bekerja kuat atau dalam bahasa orang putihnya hardwork juga menjadi kata kunci untuk mengubah nasib. Betul..lu orang belajar masa sekolah menengah ponteng kelas prep tapi dapat SPM 10A. Betul.. kawan lu orang nampak rockers, tak study, malas, kuat melepak, slackers, hari hari tido dalam kelas, malam keluar tengok wayang..tapi bila periksa dapat pointer 3.76. Nampak cool dan genius!. Tapi jangan kita lupa, perkara cool dan genius tidak berlaku dalam kehidupan orang dewasa yang ada tanggungjawab. Hidup dalam dunia sebenar memerlukan kematangan. Kerja keras melambangkan kematangan. Genius masa sekolah boleh simpan dalam reban itik kalau masa kerja masih buat perangai ponteng, perangai rilek rilek, perangai malas, perangai tido dalam pejabat dan segala perangai cool yang nampak best di mata kawan kawan suatu masa dulu. Hidup yang sebenar bukan perkara suka suka dan main main. Kerja kuat bukan bermakna pasti jadi kaya, atau pasti berjaya..apa yang lebih penting, kerja kuat bisa menonjolkan sikap diri kita sebagai manusia bermaruah dan punya harga diri dalam menelusuri ranjau kehidupan yang tak kenal erti kesian.

Nasib kita boleh berubah..

Sunday, October 3, 2010

1Melayu!


Gua seorang Nasionalis!

1. Di kawasan rumah mertua gua ada sekangkang tanah semak. Tanah semak ni letaknya di sebelah rumah seorang cina. Tanah ini milik orang melayu yang tinggal di mana gua pun tak tahu. Tanah ni tanah semak. Orang cina tadi tebas semak, tanam jagung, tanam sayur, tanam pisang. Suatu hari seorang jiran melayu yang duduk di rumah hujung, datang bertemu orang cina tadi.

Katanya pada orang cina:
"Buat apa lu tanam tanam..ini tanah orang lain punya, nanti dia datang mau bikin apa apa, lu tak boleh lawan, penat saja lu hari hari tanam"

Jawab orang cina:
"Nanti kalau itu orang mau bikin, dia bikin la..dia mau ini pisang, ini jagung, ini sayur..pun dia boleh ambil"

Itu cerita tahun 2003. Sampai sekarang, takde sapa pun datang "mau bikin itu tanah". Dan entah berapa kali pula makcik rumah hujung dapat pisang free dari orang cina tadi yang sikapnya suka berusaha dan suka bersedekah.


2. Mael kata, di Papan ada orang nak jual tanah sawit, orang melayu. Nak pakai duit urgent!. Luas tanah dalam 2 ekar. Mula mula nak jual pada melayu, semangat nasionalis. Tapi orang melayu ni bila tahu orang melayu lain terdesak nak pakai duit, dia letak harga 10 ribu saja. Padahal tanah saiwt 2 ekar cikai cikai pun 20 ribu. Brader yang nak jual tanah tadi rungsing..takde melayu nak letak harga sedap sedap pasaran, semua nak murah yang bukan bukan. Akhirnya, bila dah habis jalan..terpaksa la offer pada orang cina. Setel tak payah susah, 25 ribu jalan!. Dapatla orang melayu tadi keluar dari kesulitan, dan dapatla juga orang cina tadi sebidang tanah seluas 2 ekar. Tanah!, yaa..tanah, tempat tinggal dan tempat mencari rezeki untuk seribu tahun akan datang.

3. Kampung gua di Yan. Sana kebanyakan penduduk kerja nelayan. Bila kerja nelayan kerajaan bagi sabsidi diesel dan petrol. Sabsidi diesel dan petrol ni bertujuan membantu meringankan beban nelayan. Tapi ada juga nelayan nelayan yang akalnya panjang dan tahu cara berniaga untuk bikin wang. Kenapa perlu keluar ke laut membuang masa kalau boleh buat duit cepat?, Caranya simple, jual balik diesel dan petrol sabsidi tadi pada harga sedikit rendah dari harga pasaran, atau pergi tukar dengan nelayan Thailand, bagi diesel mintak perempuan.

4. Pusat serenti, penjara, rumah pemulihan akhlak...siapa yang bagi sokongan dan pengisian?

5. Bangsa lain dapat itu, bangsa lain dapat ini...bangsa lain boleh buat itu, bangsa lain boleh buat ini...bangsa lain naik kepala, bangsa lain main duit, bangsa lain tak bagi muka sama melayu, bangsa lain meniaga maju, bangsa kita meniaga jumpa bomoh, bangsa lain buat kerja cekap, bangsa kita buat kerja cincai, bangsa lain rajin cari peluang, bangsa kita rajin conteng tandas awam...

6. Fakingg hell salah siapa benda ni?, salah siapa?, Nak tolong macam mana lagi cakap!!

7. Kalau kita ada ilmu pengetahuan, semua kekayaan kita boleh kaut. Tak payah harap duit ehsan negeri pulau pinang yang berunsurkan judi. Duit gaji kita tak perlu cerita, semua halal jangan bimbang.
Apa dia?, cukai Genting dengan cukai kilang Calsberg?, jangan tuduh kerajaan sebarangan, gua pukul sampai tak keluar suara nanti.

8. Kalau kita rajin berusaha, dan bekerja keras, semua indutsri kita yang punya. Ini tidak, sampaikan makanan sendiri pun harapkan bangsa lain yang buat. Lepastu bila ada 'babi' mula la marah marah masuk suratkhabar sana sini. Bongok!!

9. Hidup ini kena bersaing..bukan tunggu orang suap. Orang boleh suap sekali dua je, lepas tu pergi la mati. Pandai pandai la lu hidup.

Gua seorang Nasionalis!