Tuesday, August 31, 2010

Retro Kerol Faeizi


Sek Keb Matang Gerdu 1993

1 minggu. Ini masa yang gua habiskan untuk selongkar cari gambar kat atas tu. Habis berselerak almari album gua tangankan. Tak jumpa dalam almari album, gua amok pula segala laci laci yang boleh menjadi port simpan barang. Laci almari solek, laci almari buku (nama je almari buku, tapi yang bersusun semuanya majalah Ujang), laci almari surat cinta adik gua, laci almari baju, laci dapur dan juga laci kasut.

Semua tarak!

Selang dua tiga hari gua repeat selongkar balik tempat tempat yang gua syak ada tersorok gambar ni. Tak jumpa tempat yang gua syak, melarat pula cari ke bawah katil, belakang tivi, bawah tilam, belakang meja piala serta medal Johan bolasepak masa dulu dan masa sekarang, pot simpan beg, dalam stor, dalam beg plastik baju lama, belakang lampu tinggi tepi katil, celah celah baju lipat dan celah kusyen.

Pun tarak!.

Namun hari ni nasib gua berubah sikit, gua renung semula ke almari album dalam dalam, sambil mulut berkumat kamit baca doa. Untuk round yang entah berapa kali, gua selak balik album satu satu...selak..selak...selak..selak..ehh apehal satu mukasurat album ni tebal dia lain macam?,

Hampeh!, gambar rare ni terselit dua lapis rupanya..cara jumpa tak dramatik langsung.
Buat penat gua cari macam musang kelmarin.

Ok, apa yang rare nye gambar ni?, rare nye gambar ni sebab dia memuatkan gambar brader Kerol Faeizi. Satu satunya gambar Kerol Faeizi yang ada dalam simpanan gua selama 16 tahun ni. Banyak kali juga gua up kerol faeizi ni selama gua tulis blog.

Kepada kutu kutu yang ikut blog gua dari awal, dan juga kutu kutu yang beli SK, juga tidak lupa kutu kutu yang terlanggar blog gua masa jalan jalan cari blog makwe, atau kutu kutu yang pada awalnya nak cari bahan buat assigment kejuruteraan di Google, lalu Google halakan sumber maklumat kejuruteraan yang lu orang cari ke blog gua, atau para ustaz ustazah yang buat homework di blog gua sebagai material tarbiyah untuk menyedarkan anak anak usrah mereka..pendek kata..sesiapa sajalah..

Hari ni gua nak introduce, yang belah kiri sekali tu lah Kerol Faeizi...budak belah kanan pakai talipinggang cokelat tu pulak nama dia Jali the smart boy. Gua ada cerita sikit pasal Jali the smart boy ni masa puasa tahun lepas. Apa macam?, smart tak dia?,. Yang tengah tu Ucop.

Gua dengar Ucop kerja di MINDEF jadi askar, Jali the smart boy gua tak tau cerita..Kerol Faeizi sekarang kerja cikgu sekolah menengah di Kulim.

Tahun lepas gua dapat cari nombor talipon kerol faeizi ni..Pehh, dia punya teruja masa dapat tu jangan cakap la..
Gua terus SMS:

"Kerol Faezi, lama gila tak dengar cerita, lu buat apa sekarang?"

Gua letak nama penuh dan tulis '6 merah 94' di hujung sms.

Message sent. Dada gua ada sikit berdebar debar. 15 tahun tak pernah tahu apa cerita. Bukan hal main main.

Beberapa minit kemudian..titt titt titt..
Gua tekan butang henset.
Mesej balasan dari kerol faeizi gua baca berhati hati.

"Aku tengah makan pasembor, baru balik terawikh."


Gua jadi patah hati.

***
Itu cerita tahun lepas,
Esok gua ingat nak cuba sms dia sekali lagi, tengok apa pulak dia nak balas...

Semoga gua tak patah hati lagi.

Monday, August 30, 2010

Status Fesbuk


Ini gua punya list untuk 8 status fesbuk paling celaka.
Gua sertakan sekali panduan komen sebagai pedoman lu orang.

Status 1 :"Owhh..boringnya hari ni, sape sape boleh suggest apa patut i buat?"

Komen :"Paling afdhol, lu terjun bangunan"

Status 2 :"Baru bangun tido..so what's next?"

Komen :"Ok, masa untuk lu bunuh diri pulak"

Status 3 :"Tengah down dan takde mood:("

komen : "Boleh pergi jahanam."

Status 4 :"Kejap lagi nak makan ayam penyek..nyamm~~ nyamm~~"

komen : "Makan tapak kasut gua sekali la..amacam?"

Status 5 :"Mari join group Boikot-bla bla bla..sebarkan pada semua."

komen : "My ass keyboard warrior!"

Status 6 :"Tiba tiba rindu masakan mak..dah 2 hari tak jumpa mak"

komen : "Mak kau tak sayang kau la bongok!"

Status 7 :"OMG~! abg burger itewww tadi sangat kiut dan kewl!, LOL!"

komen : "Abg burger iteww tadi adalah gay."

Status 8 :"Cinta ibarat bunga tahik ayam..ohh aku pasrah".

komen :"Pasrah kepala bapak kau!."


Lain lain status bongok lu orang boleh jot-down sendiri..

Gua nak pergi pukul budak kat stesen bas kejap.

Sunday, August 29, 2010

Salam Perantauan II


Kami pelajar pelajar tahun 3 Universiti Perubatan Ibnu Sina, Jeddah, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sanak saudara di Tg Malim, Ipoh, Kuala Kangsar dan Telok Intan, tidak lupa juga kepada sahabat handai di dalam dan di luar fesbuk, serta seluruh kaum muslimin dan muslimat di Malaysia.

Maaf Zahir dan Batin.

Kepada adik adik yang bakal menghadapi peperiksaan SPM/STPM, gua ingin berpesan..kalau nak merasa duduk oversea macam kami ni, jawab periksa tu biar pandai sikit. Kurangkanlah main fesbuk yang tiada faedahnya.

Tidak lupa kepada brader brader dan makwe makwe yang sangap menanggung hutang PTPTN di IPTA/IPTS seluruh Malaysia, jangan cemburu dengan gua di oversea ni. Untuk pengetahuan lu orang, biasiswa kerajaan bagi ni free tak payah bayar balik, banyak pulak tu. Rasanya cukupla buat gua beli rumah teres 2 tingkat di jalan Ampang bila balik nanti.


p/s: Berdiri dari kiri: Man, Aleh, Peng, Apek, Don, Gondol
Duduk dari kiri : Ayan, Gua (neuro surgeon), Azambo, Edz

Friday, August 27, 2010

Setting Melepak.


Semalam, malam sebelumnya.

Gua pesan pada semua yang terlibat:

Pesan asing asing.

Pada Luca : "Pukol 5.30 sharp, Pelita, kita booking table!"

Pada Jorji : "Pukuol 5.30 sharp, Pelita, kita booking table!"

Pada Zan : "Pukol 5.30 sharp, Pelita, kita booking table!"

Pada pipi : "Pukol 5.30 sharp, Pelita, kita booking table!"

Pada Awi : "Pukol 5.30 sharp, Pelita, kita booking table!"

Pada Dingin : "Pukol 5.30 sharp, Pelita, kita booking table!"

Pada shiro : "Pukol 5.30 sharp, Pelita, kita booking table!"


Petang semalam,

Gua keluar pejabat kira kira pukul 4.45 pm,

terus naik KLCC tingkat 3;

"Repo Men...bagi seat paling belakang"

..............

Tepat pukul 7 petang, gua tiba di Pelita.

Baru ada Dingin yang sampai 10 minit lebih awal.

Gua senyum manis dalam hati.

"Budaya Melayu mesti kita pertahankan ye tak?"

Hit Men


Kahkahkah..

Macam lahanaaaatttttttt!!!

Thursday, August 26, 2010

Kad Raya III



Sempena Aidilfitri ni, Ustazah Fateem mintak kad raya sama lu orang..

Kad + setem setakat 2 ringgit apa nak berkira ye tak?


p/s: Ustazah fateem merupakan ustazah peringkat kanak kanak bagi kawasan Taman Bernam dan Taman Malim. Alif ba ta baca berterabur tu kita cerita kemudian. Ustazah doa makan dia ok.


Alamat macam tahun lepas jugak.

Fateem Farhiyyah Firdaus
No 51, jalan Bernam 7/3
Taman Bernam Baru
35900 Tg Malim, Perak.
Malaysia

Wednesday, August 25, 2010

2060


Gua berdiri di depan rumah sebesar Suria KLCC. Di mana kawasan rumah ni terletak gua tak berapa pasti. Di mana bukannya penting bagi gua, yang penting tugasan perlu diselesaikan, tak kira di mana pun. Kerja specialist macam ni lah.

Dari jauh gua lihat seorang orang tua bersama kanak kanak yang ralit bermain pasir di balkoni tingkat atas. Mungkin kanak kanak itu cucunya. Hairan, kanak kanak sekarang buat balkoni tempat main pasir. Main pasir atas balkoni ni kalau zaman gua kecik dulu memang dah lama makan pelempang. Mujur rumah gua dulu tiada balkoni.

"Itu dia.." - bisik hati gua perlahan sambil tersenyum nipis. Tak susah rupanya kerja mencari brader ni.

Gua melangkah menyusur pokok pokok bunga rimbun yang gah menghiasi jalan utama dari pagar ke pintu rumah.

Pintu rumah agam itu semakin gua hampiri.

*******
4 jam sebelumnya.

"Pipiyapong..namanya Pipiyapong!, nah gambar kau teliti..gambar ni dia snap minggu lepas untuk profile picture fesbuk" - tegas suara Nazri M Annuar, seorang penulis buku, tinggal di UK Perdana, belum beristeri, dan memegang rekod 1,264 kali putus cinta.

"Seminggu?, lama juga tu". Balas gua tenang sambil menatap gambar kutu yang namanya Pipiyapong ini. Muka punk habis.

"Belanja teh 3 bulan dengan cash 3 ribu tu aku setuju..asalkan kau dapat bawa dia balik ke sini, dah semiggu sampah bilik dia tak buang. Lucadeketiak pun cari, Lucius pun cari..banyak kerja editing dia tak siap, habis siapa nak siapkan?, takkan lah aku?, aku penulis buku mainstream yang dah masuk pawagam!, apahal buat kerja edit buku indie lagi?..hah lagi satu kalau jumpa beritahu dia deansham, amar, kumprinx dan mael ajak berbuka puasa esok."

Gua senyum nipis. Marah nazri tidak gua pedulikan.

********

"tuk..tuk..tuk.." - pintu rumah gua ketuk 3 kali.

"Assalamualaikum....." - salam pula gua susulkan.

"Waalaikumussalam"

Terdengar suara menjawab salam dari dalam rumah. Gua betul betul kan kaki seluar sambil menanti pintu rumah dibuka. Suara tua yang terketar ketar itu gua syak suara Pipiyapong.

Pintu setinggi lift 2 tingkat dibuka. Luas...

"Cari siapa anak muda?" - tanya si orang tua sejurus pintu dibuka.

Gua mentap semula gambar pemberian Nazri secara curi curi untuk mendapatkan kepastian. Memang betul, muka punk dalam gambar ni sama.

"Err..nama gua Dr Firdaus..gua ingin berjumpa dengan Pipiyapong".

"Hah pakcik la Pipiyapong..baru ingat nak pekena teh, lu pulak muncul..apahal cari pakcik?"

"Mari ikut gua!, kita perlu segera pulang!" - tegas gua seraya menggenggam kuat lengan berkedut pipiyapong.

"Pulang pegi mana?, ni rumah pakcik?..dah 50 tahun pakcik duduk sini, nak pulang pergi mana pulak?" - pipiyapong masih cuba menduga diri sendiri.

"Ini bukan lu punya rumah..cuba bagitau sekarang tahun berapa?" - gua pula menyoal.

"Err..2060".

"Ok fine 2060!..mana deansham?, mana mael?, kumprinx?, amar?" - gua terus menyoal.

"Mereka sudah lama mati wahai anak muda!" - jawapan berirama dan bernada orang tua dilontarkan oleh pipiyapong padu. Terpacul riak sedih di hujung suara.

"Mati kepala hanggokk aok!, dah jom balik!"

Pipiyapong hilang punca.

"Apa semua ni anak muda?, gua kurang paham."

Gua rentap tangan hampir dia terjatuh, namun gua apa pedulik?. Janji kerja selesai. Sambil pejam mata gua berleter ke muka pipiyapong:


"Orang main mimpi 2-3 lapis lu pun nak main mimpi 2-3 lapis..tapi tak reti...dah jadi limbo macam ni tak ke menyusah kawan kawan!"


"Totem mana totem?"


-Tamat-

Entry asal dirembat di sini

Tuesday, August 24, 2010

Rock 1991


Muzium Negara, Kuala Lumpur 1991


Pakai seluar jeans pasar malam lipat bawah dua kali dekat kampung gua memang musim masa ni. Gua test market bawak ke Kolumpo.

Kasut tu nampak kasut gua tu...gua rembat kasut sekolah tu jangan main main!.

Talipinggang pulak kepala besi, memang saja tak nak tunjuk, apa benda JQ?, GQ?

Paling penting jam tangan lah....Boy London boleh tukar warna bai!

Masa ni juga gua hafal lagu Takdir Dan Waktu dan dah pandai main 'kirim salam' sikit sikit.

Amacam? rock ke tak rock?, ke barai?

Monday, August 23, 2010

Surat dari cikgu Tadika


Persoalannya:

Anak gua ni sekarang umur berapa?
4 tahun ke 16 tahun?

+
+

Ini semua tektik cikgu tadika nak suruh gua mengorat la ni, macam la gua tak tahu. Boleh tahan strategic thinking cikgu tadika ni, buli anak untuk tekel bapak.

Demn!

Sunday, August 22, 2010

TRILOGY : The Trankuiliti

Nanti lepas terawikh dan sembahyang malam, gua ingat nak 'wrap up' TRILOGY : The Trankuiliti supaya jadi buku. Itu pun kalau gua tak bertadarrus sampai ke sahur la. Kadang kadang bila asyik bertadarrus hal hal lain boleh jadi lupa.

Di bawah ni terdapat beberapa siri Trankuiliti yang patut di baca untuk dapat feeling puasa:





Gua dah ready peguam apa apa hal!

Friday, August 20, 2010

Trankuiliti Tronoh


Ramadhan terakhir gua di Tronoh, iaitu pada tahun 2004, banyak kali gua berbuka puasa di masjid Tronoh. Masjid Tronoh ni tak berapa jauh dari tempat gua belajar. Kalau naik moto bawak laju dalam 10-15 minit sampai la.

Di awal awal kehadiran ramadhan, gua tak tahu langsung yang masjid Tronoh ni menyediakan makanan berbuka. Sampaila satu petang gua melepak di bilik Malek. Malek dan budak budak rumah dia tengah rancak beborak pasal lauk berbuka di masjid semalam.

Entah macam mana hari tu gua pun ikut sekali Malek pergi masjid Tronoh untuk berbuka. Cun!
Lauk memang piawww punya sedap. Orang pulak tak ramai, ada beberapa kerat saja golongan brader, yang lain semua kepala ic 50. Ini memang paling tersoleh sekali dalam semua semua hal masa tu. Duit pun tak payah keluar tapi dapat makan sedap, banyak pulak tu, dan paling penting..rahsia berbuka di masjid Tronoh jangan sampai terlepas pada kutu kutu lain. Kalau rahsia tebarai, maknanya persaingan untuk dapat lauk banyak akan jadi lebih kompetetive!, Silap silap datang lambat, dapat makan nasi putih kosong je la. Padan muka!

Maka sejak hari itu, hampir hari hari kami berbuka di masjid Tronoh. Kalau waktu berbuka masuk pukul 7.15, pukul 7.10 gua dah bersila menghadap nasi sambil tangan ready pegang sudu gulai. Duduk pula di pot pot orang tua yang tak berapa gelojoh nak suap laju ke mulut, bukan macam Malek.

Aktiviti berbuka di masjid Tronoh berterusan sampaila di suatu senja,

masa gua sedang bersila depan nasi macam senja biasa biasa,

Pakcik ic kepala 50 yang hari hari makan se-hidang menyapa mesra bersama senyuman lebar:

"Moreh sini lagi sedap dari lauk bebuka".

Mendengarkan statement beliau gua jadi teruja.

"Biar betul ni pakcik?" - mata gua renung tepat ke pipi kedut pakcik tersebut.

Pakcik ic kepala 50 berkenaan masih senyum:


"Tapi kena tunggu sampai terawikh la, kalau lepas bebuka terus balik, nak moreh macam mana ye tak?".

****

Belum sempat azan maghrib berkumandang, gua bingkas balik kolej jalan kaki.

Wednesday, August 18, 2010

Nikmat Raya


Dulu...

Masa budak budak dulu, hari raya je hari gua nak merasa pakai smart smart pergi bandar.
Kalau bukan hari raya jangan mengada!

Betul betul sentimental..

Tapi sekarang lain...

Hari hari gua pakai smart. Hari hari gua pergi bandar.

Sentimental apa lagi yang boleh gua harapkan?

Tuesday, August 17, 2010

Usrah Ramadhan


Macam ramadhan tahun lepas jugak,

Tiba masanya gua tarik diri sebentar dari dunia sosial kerana ada tanggungjawab usrah yang perlu gua lunaskan bersama tuan guru di Mekah. Kalau tak pergi nanti, berbirat pula betis ni kena libas dengan pelepah kurma secara ghaib.

Berubah la sikit ye tak,
Ini tidak, siang malam menghadap blog, siang malam menghadap facebook, siang malam menghadap internet,

Kepala ni sampai dah nak pecah!


Err..tapi kalau esok esok gua tukar fikiran, maknanya di Mekah ada wi-fi la tu..

Monday, August 16, 2010

Pot tuang puasa


Dalam banyak banyak pot tuang puasa yang gua pernah tahu, takde satu pot pun yang gua konsider rare atau unik menurut pandangan mata kasar.

Belakang almari, atas tangki air asrama, menyorok dalam bilik beg, pura pura sakit dan melepak dalam bilik sakit, masuk kedai mamak ikut pintu belakang, masak megi dalam bilik, menyorok dalam tandas, makan nasi bungkus belakang lorong gelap, masuk kedai makan cina, atau kalau banyak duit sikit masuk restoran jepun, sembunyi belakang peti ais, paling biasa alasan uzur, ini perempuan punya kerja.

Semua ni klise dan tak rare,

Sampaila semalam bila gua berborak dengan adik gua brader farmasi yang balik bebuka puasa di Tg Malim, pandangan gua sedikit berubah.

Adik gua ni kerja farmasi di hospital besar Ipoh. Menurut dia, dekat hospital Ipoh ada pot ponteng puasa yang rare. Ramai dah cuba dan berpuas hati. Tempatnya selamat dan sangat tenang.

Gua cuba membayangkan apakah lokasi rare yang boleh dicuba di sana?, dalam stor?, dalam wad?, belakang kantin?, dalam tandas klinik?,

Berbekalkan kepercayaan bahawa syaitan, iblis, hantu, jin dan segala jenis makhluk halus dirantai sepanjang bulan puasa,
Gua pun ajukan soalan yang sepatutnya gua tanya sejak awal awal tadi:

"Hah kat mana?"

Maka jawab brader farmasi dengan spontan namun ikhlas:


"Bilik Mayat."


Gua mengangguk tanda rare.

*****

Sebagai kesimpulan, bulan puasa ni mengajar kita satu perkara asas yang simple:

"Brader yang tak takut tuhan, bagi lailatulqadar depan muka pun dia tetap tak takut tuhan."

So amacam?, berani ke tak berani nak join geng Hospital Ipoh?

Saturday, August 14, 2010

Misteri Batuk


Fateem kena batuk dah dekat 3 minggu. Batuk malam.

Siang ok takde batuk. Boleh ponteng tadika macam biasa.

Cuma batuk belah malam. Tapi walaupun batuk malam, sekali layan batuk memang padu.

"Kong kong kong.."...."kong kong kong".."kong kong kong!!"

Kalau tak kena gaya, sambung pulak dengan muntah.

Sekarang ni setiap malam air masak ready tepi tilam.

Macam biasa, orang paling risau, paling ke hulu ke hilir, paling pantang larang..mesti lah gua. Ok bulan puasa tak baik menipu. Bukan gua, cikgu kuala kubu la yang paling risau. Gua jatuh nombor dua. Gua steady je hendel hal hal batuk ni. Budak budak kalau kena batuk maknanya sistem badan dia nak bina antibodi batuk. Seperti kata orang tua tua, berbatuk batuk dahulu, besar nanti mesti pandai mengaji.

Sejak 3 minggu, fateem pekena Brekol, tak jalan Brekol, pekena pulak Hurix. Pantang dia paling utama air ais. Cikgu punya pantang. Menyinga betul cikgu kita ni bila fateem sebut nak minum air sejuk. Jangan harap!.

Di rumah tak boleh ais!. Di kedai kedai makan, tak boleh ais!. Di rumah mak gua pun cikgu pesan no ais untuk fateem. Di tadika juga sama, entah berapa kali cikgu tadika tu kena sekolah dengan cikgu kuala kubu supaya 'no ais' untuk fateem. Tambahan pulak sekarang puasa, orang lain sibuk menogak bandung sejuk masa berbuka, fateem pula terpaksa bersyukur dengan air suam.

Pendek kata, segala langkah langkah pengawasan sudah diambil, tapi batuk fateem masih tak surut.

Pagi tadi masa pergi KL cikgu mengadu pada gua:

"Risaula..dia tak minum air ais dah 3 minggu, tapi batuk tak hilang juga."

Gua hangguk tanda bersetuju dengan kenyataan cikgu.

"Tak boleh jadi ni." - bisik hati gua perlahan.

*****

Lepas balik dari KL, masa cikgu sibuk berkemas di depan, fateem tersengih sengih datang dekat gua.

Gua dah faham sangat, setiap hari kalau fateem dah mula tersengih sengih, maknanya itu bahasa rahsia. Cepat cepat gua bergegas ke dapur.


"Ini last ayah bagi, ingat!, biar pecah diperut jangan pecah dimulut...kalau kantoi jahanam kita fateem".

Fateem hangguk memahami rahsia perlu disimpan kemas, sambil laju meneguk segelas air oren sejuk lagi menyegarkan.

Kesian beb...budak budak teringin.

Friday, August 13, 2010

Sambutan Ramadhan


Apa cerita woii?

Baru 3 Ramadhan,


Kalau sampai 30 Ramadhan?


Cilake,
Terus hilang mood gua nak pergi terawikh.

p/s: Review SK dari Sarina di sini

Thursday, August 12, 2010

Satu hari di bulan Ramadhan 22 tahun lepas.


1988

Hari baru pukul 11 pagi. Tekak dah menggigil mintak air sejuk. Gua cuba cuba tahan tak berani nak tunjuk lemah depan member tadika. Perjalanan masa terasa gampang dia punya lambat. Pukul 9 pagi tadi masih ligat gua main lumba lari dengan Iyas, berkejar ke sana ke mari seolah olah ada nasik lauk ayam tunggu di rumah. Padahal gua terlupa orang kampung sekarang dah sibuk puasa. Budak budak muda yang kerja bendang dah mula rancang pergi bandar tengok wayang di hari raya. Makwe makwe sekolah peringkat atas pula sibuk bergegas ke hulu ke hilir mengepos kad raya pada boifren kampung sebelah, ibu ibu sibuk mengadun kuih muih, manakala bapak bapak yang jiwanya rock, akan beransur perlahan lahan ke kedai Pak Din ikut pintu belakang menjelang tengahari.

Gua punya seronok lari lari tadi tak berapa demand. Kaki nak melangkah jadi berat sampai rasa terketar. Perut jadi lembik dan lemah, tak keras macam biasa biasa. Mulut datang rasa payau, pahit dan semua jenis perangai. Kalau hari tak puasa, hal mulut payau ni boleh tune balik pakai air oren botol, atau nak lagi sedap bilas pakai Fanta hijau.

Rasa nak mintak air kat cikgu Ina, tapi malu!. Mana tak malu, baru sekejap tadi tunjuk hero kata puasa depan kawan kawan. Takkan baru pukul 11 pagi dah tukar cerita lain?. Lagi pun sikit je lagi nak balik rumah ni. Gua congak congak kalau dapat sampai rumah pukul 11.30, pukul 12 lebih macam tu boleh continue keluar main lari lari balik bawak ke petang.

Semalam punya jadual pun serupa tu juga.

***

"Mana ayah dengan ibu tak balik lagi ni kak Boya?" - tanya gua setelah selesai basuh tangan dan lap mulut.

"Tak tahu la..malam semalam kata hari ni nak pergi Taiping beli baju raya" - balas kak Boya sambil rewind kaset pakai pen, cara nak sep bateri walkman lah tu. Tapi yang gua hairan, rumah gua masa tu bukannya ada walkman pun.

"Pergi Taiping beli baju raya?, aku tak tahu pun?, aku nak ikut!!" - suara gua dah merosot lebih ke nak menangis.

Tahun ni henpon belum ada. Kalau ada pun tak mampu beli, gaji ayah gua ada la dalam seribu, gaji cikgu. Nak berhubung memang payah. Bila kena tinggal tu maknanya kena tinggal la.

Seterusnya, gua menangis dan mengamok terajang sana sini sampai tertido atas lantai.

***

Petang sikit, bila gua bangun tido, gua dapati ada kotak permainan, Tora, Ding Dang dan dua tiga lagi keropok yang gua tak ingat apa benda telah tersedia dihujung kepala.
Semangat budak budak ni cepat reda kalau pandai pancing.

"Tengok ni cantik tak baju raya ?" - ibu gua tunjuk baju belang belang ada dua butang saiz sedap sedap badan budak umur enam tahun.


"K.I.K.O ni apa ibu?" - soal gua keriangan. Hati pulak dah tak sabar nak bukak kotak permainan.

Kena tinggal tak apa, janji dapat barang.


***
Dua puluh dua tahun kemudian..

2010

Sekarang bila gua ingat balik..budak budak kecik ni kalau tak penah kena tinggal rumah masa mak bapak pergi bandar, hidup dia jadi kurang pengalaman, takde nostalgia.

Ok,
Senang cerita macam ni.

Hari Sabtu ni gua dan cikgu kuala kubu nak pergi TGV KLCC tengok Inception.

Setel!.

Tuesday, August 10, 2010

Bisnes Lepak


Lepas bulan Ramadhan ni, gua ingat nak bukak satu bisnes iaitu Bisnes Melepak. Modal tak payah banyak, paling besar beli moto kapcai, dan sebiji henset beserta talian tetap.

Modus operandi dia mudah, mana mana individu tak kiralah individu itu seorang makwe hot atau seorang brader kilang, seorang general manager atau seorang kutu jalanan, boleh kontek gua untuk minta khidmat lepak yang gua tawarkan.

Topik melepak boleh apa saja. Terpulang pada pelanggan. Boleh jadi bolasepak, boleh jadi muzik, boleh juga hal agama agama, hal projek juta juta pun gua terima. Pendek kata, nak berborak apa pun boleh.

Untuk permulaan ni, gua caj harga 'early bird'. Kalau siang sejam rm15. Kalau malam mahal sikit, sebab 'prime time'. Jadi gua caj sejam rm30. Nanti bila bisnes lepak ni dah maju dan banyak rangakaian di seluruh pelusuk negara, caj gua kasi up la.

Pusat pusat melepak pula terhad di kedai kedai mamak sekitar Lembah klang dan Tanjong Malim. Pakaian stended yang sesuai untuk program melepak la. Nak kena pakai kemeja dengan seluar panjang kain lembut apa barang?, bukannya masuk pejabat kerajaan.

Kepada peria yang sangap nak berborak kung kang kung kang, boleh hubungi gua nanti.Kita melepak sambil pekena teh tarik dengan roti kosong.

Ini bukan bisnes main main. Gua dah set up sebuah pejabat kecil yang beribu pejabat di Alimaju UK Perdana. Setakat ni Pipiyapong, Zan dan Deansham telah bersetuju untuk menyertai bisnes lepak yang gua anjurkan. Luca pun macam nak join, dan sedang merencana untuk bukak satu lagi pejabat di khas di Balakong Jaya.

Jadi kepada semua orang orang baik dan orang orang skema, jangan ingat melepak ni kerja membuang masa. Kalau kena gaya, boleh buat duit bai...

Gua juga sedang mencari kakitangan sokongan yang boleh kaver topik topik di bawah ketika menjalakan tugas sebagai pelepak.

- Bikin moto dan bikin kereta
- filem dan art
- berkebun dan bertukang
- Politik dan ekonomi
- masalah sosial ( 3 pekerja diperlukan)
- hal hal putus cinta dan cara nak mengorat makwe

Macam mana? Ada berani?

Ohh yaa.. Nama kompeni gua, Dewa Lepak Sdn Bhd.

Bisnes Lepak gua ni konfem meletop menjelang tahun 2015!

Masa tu bila cikgu tanya budak sekolah dah besar nak kerja apa?

Budak budak akan jawab : "Kerja melepak cikgu!"

Ini baru betul betul pekerjaan yang ada style...

Pekerjaan yang ada sekarang ni semua tak berapa style.

Monday, August 9, 2010

Makan di kedai makan


Malam kelmarin, gua dan geng Alza pergi pekena makan kedai di kedai tomyam Perahu Pecah.

"Oder bang?" - tanya pengambil order setelah kami semua duduk dengan selesa.

Lalu gua pun order, cikgu kuala kubu pun order, Fateem pun order. Pengambil order tadi menghangguk hangguk tanda faham sambil mencatit order diatas kertas kecil sebesar aifon. Bab order selesai. Brader pengambil order berlalu pergi ke dapur.

Tak berapa lama dalam 20 minit, makanan yang gua dan geng Alza order tadi pun sampai. Sup sayur taknak ayam, bihun goreng kosong separuh tak pedas, nasik putih dua, daging goreng kunyit, teh O suam, milo ais dan teh ais.

Takde masalah. Order betul. Semua bagus!.

Acara makan berjalan sedap.

****

Lepas makan, kami pun bersiap siap angkat kaki nak balik rumah tengok tivi dan berlatih fesbuk.

Dari jauh gua buat isyarat panggil brader ambik order tadi suruh kira.

Dan brader pengambil order yang gua panggil tadi segera berjalan ke meja gua, steady.

"Kira bro.." - arah gua sambil tangan kanan dah sedia seluk poket belakang ambil dompet.

Brader pengambil order yang kini sudah bertukar status menjadi brader peng-kira kelihatan sedikit tersenyum.

Dengan muka rilek dia soal gua:


"Makan apa tadi bang?"


Gua terkesima sambil cuba mengingat ingat menu apa yang di order sebentar tadi. Satu satu gua cuba ulang dalam kepala.

Bila dah ingat semua, gua pun jawab tenang:


"Pizza super supreme set nombor dua."


Maka terkucar kacirlah brader tadi berlari semula ke dapur mendapatkan hardcopy apa yang patut.

Kehkehkeh.

Ketawa gua dalam hati. Ketawa kecil.

p/s: Ini kali yang entah ke berapa gua hendel situasi di kedai makan degan cara yang halus dan berdiplomasi. Tak baik marah marah orang woii. Tumbuk muka sikit sikit tu takpa.

Friday, August 6, 2010

Perbualan Talifon


UPDATE

Lagi review dari..err.. peminat yang gua tak berapa kenal.

******

Di bawah ini merupakan petikan ringkas perbualan talifon antara gua dan cikgu kuala kubu yang dirakam kira kira pukul 3.30 petang tadi.

Gua mula dulu:

"Dah balik sekolah?"

"Dah.."

"Dah dapat tahu?"

"Hmm..dah.."

"Hahh macam mana??"

"Hmm..nombor sebelas."

"Perghh!, nombor sebelas je?, ada berapa orang semua?"

"Ada dua belas kot..ehh entah..tigas belas kot..atau mungkin lima belas..tak pasti la"



Wednesday, August 4, 2010

Azam Friendster 2003


Masa Friendster tengah naik tahun 2003 dulu, gua melayan juga. Buat testimoni berpakat dengan member memang perkara paling celaka. Lu up gua, gua up lu balik. Sekali sekala teringat rasa malu dengan diri sendiri boleh jatuh keperingkat paling jahanam.

Tadi entah apa gila gua cuba cuba intai balik ke Friendster. Username dengan password boleh pakai lagi rupanya. Sambil taip password sambil tahan bedebar. Dua tiga kali telan air liur tunggu dia loading.

Pergh!

Friendster punya interface sekarang serupa gampang lapan petala langit!. Macam mana nak guna pun gua dah tak reti. Gua scroll ke bawah nampak gambar perempuan bukak baju pun ada. Apa cerita ni Friendster?.

Kodek kodek lebih kurang sampai bosan, gua bersiap nak keluar.

Tiba tiba gua teringat sesuatu...

Terhegeh hegeh gua cari kat mana 'Profile'. Jumpa!.

Gua scroll terus ke bawah. Paling habis bawah. Muncul benda yang gua teringat tadi...

+++

Who I Want To Meet?
Gua pada tahun 2010, dalam keadaan Zuhud, Waro', alim, istiqomah dan takde lagi fikir hal dunia.

+++

Gua sengih.

Sekarang dah nak masuk Ramadhan sesi 2010. Jam di pinggir laptop ni pulak menunjukkan pukul 12.40 malam. Rasanya lebih molek kalau gua pergi sembahyang Isya' dulu apa apa hal.

Monday, August 2, 2010

Jangan buat hal.


UPDATE:

1. Review oleh Pipiyapong

2. Review oleh nur_nj

Terima Kasih.
*****

Kalau lu orang jadi gua,
roti gardenia dengan roti kismis yang solid tak bukak lagi tu kita nak kira macam mana?
Kenapa boleh masuk dalam scene?
Siapa nak kemas balik?

Selalunya bila situasi macam ni Fateem akan pura pura sibuk buat kerja sekolah. Hampeh!


*Buat masa sekarang, kita panggil dulu anak kecil di atas dengan nama 'Adik'...