Friday, April 30, 2010

Jangan lupa beli popia


Petang tadi gua keluar sekejap pergi beli goreng pisang. Gua keluar betul betul sekejap. Adala dalam 10 minit, mungkin lagi kurang dari 10 minit. Pecut moto jenis potong angin punya. Sibuk sibuk macam ni mana boleh keluar lama.

Masuk ke kawasan parking rumah gua brek sampai menyeret tayar belakang, tendang tongkat lalu gua lompat turun menerpa masuk dalam rumah.

Goreng pisang dalam plastik kuning gua hulur pada cikgu kuala kubu tak bersentuh kulit.

"Ehh mana popia?" - cikgu kuala kubu bertanya terperanjat.

Gua renung wajah cikgu kuala kubu dengan kening berkerut. Gua garu kening tiga kali.

"Lu cakap tadi goreng pisang saja..mana ada pesan popia". - Tegas gua bagi jawapan. Otak gua belum barai lagi sampai boleh keliru dengan hal goreng pisang dan juga popia.

Keadaan senyap.

Perlahan lahan cikgu kuala kubu melemparkan se sengih makwe tepat ke muka gua.


"Ada la gua bagitahu ikut formspring tadi, tak check betul betul la tu!"


Gua terus duduk bertahiyyat atas lantai.

"Ayah cepat pegi jawab..rasanya dah ramai orang tanya tu." - Jerit Fateem pula dari bucu tivi.

****

Lepas ni anak dengan ibu memang dua dua gua nak tarbiyah suruh hapal surah Al Baqoroh sampai selesai. Minggu depan kalau gua tasmik ada sangkut, siap gua rotan!

Thursday, April 29, 2010

Hedonisma


Gua punya tanggungjawab sosial makin bertambah sekarang...


http://www.formspring.me/fdausamad


Lu orang tanya benda benda merepek memang gua libas sampai berbirat...

Monday, April 26, 2010

Falsafah Sukan


Disebabkan gua malas nak sambung cerita Liku liku budaya dalam bolasepak, gua buat cerita lain pulak tajuk dia Falsafah Sukan. Gua rasa cerita Falsafah Sukan ni sangat bermakna dan lebih releven dalam dunia sukan Malaysia pada hari ini dan juga pada hari akan datang sampai tahun 2046.

Masa gua darjah lima yang gua cerita semalam, lepas habis semua pertandingan home dan juga away, sekolah gua dapat nombor naib johan kalah dengan sekolah Kuala Kurau. Kira ok la dapat naib johan. Johan dengan naib johan dapat wakil Zon, pergi lawan pula peringkat Daerah Kerian berpusat di Parit Buntar. Sekolah sekolah yang masuk bertanding boleh tahan ganas dengan beg hijau ada conteng Megadeth dan beberapa rangkap tulisan gua syak lirik lagu orang putih spelling berterabur.

Lawan punya lawan, sumbat gol sana sini lebih kurang, akhirnya pasukan sekolah gua dapat masuk perlawanan akhir. Guru besar punya janji kalau champion dareah bukan kecik anak, sate ayam siap ais kacang boleh tambah dua kali. Perghh budak budak masa tu main macam takde jantung. Nak merasa makan sate sanggup bergadai tenaga tendang betis lawan pun tak apa. Tapi kuasa Tuhan lagi hebat, sekolah gua kalah 1-0 dengan sekolah Sungai Bogak. Sate kemana, ais kacang kemana.

Lebih kurang seminggu lepas pertandingan, cikgu Johari yang incharge training merangkap supplier baldi sirap bagitau gua dapat masuk pemilihan wakil Daerah. Waaahh...terus berlagak jalan mendada. Makan laksa masa rehat pun asyik nak cerita hal pemilihan. Hari apa gua tak ingat, kami bertiga pegi pemilihan dekat sekolah Bagan Serai.

Pemegang naib johan, penyerang pulak nak pakai 3 orang..gua dah nampak masa depan nak main untuk negara. Kalau ikut feedback dan rumusan pundit pundit cikgu sukan sekolah rendah, gua memang peluang cerah. Buat gerakan cantik barang sekilas dua cukup dah nak menempatkan diri dalam kesebelasan utama.

Pemilihan pun berjalan. Gua main macam biasa. Macam biasa yang gua maksudkan adalah menendang bola terjah ke jaring dan buat buat biasa macam takde benda penting sangat. Penjaga penjaga gol yang masuk pemilihan semua nak mengaku saudara supaya gua tak rembat kuat sangat. 8-9 bijik gol juga rasanya gua ledak sepanjang pemilihan.

Dipendekkan cerita, masa nak umum nama pemain pun tiba. Jaringan paling banyak jatuh pada gua, jadi dalam dada memang tak risau langsung. Penyerang penyerang lain semua kesat peluh tak berenti. Yang muka nak menangis pun ada.

Ada 3 penyerang, nak pilih 2.

Tapi yang celakanya 1 penyerang yang kena buang tu ialah gua. Gua tahan perasaan dalam dalam. Sedih memang ketara. Mizan dengan siput pun sama nasib dengan gua, barai.

Dalam perjalanan pulang, perlahan lahan gua luah rasa terkilan pada cikgu Johari, jurulatih merangkap pembancuh air sirap.

"Cikgu..kenapa saya tak dapat?"

Cikgu Johari merenung gua penuh kesian. Beliau balas sebak:


"Sebab...ayah kamu bukan pegawai pendidikan daerah".

***

Gua balik rumah terus mengamuk sebab ayah gua cuma kerja cikgu.

Semenjak hari tu gua belajar satu perkara, status saudara mara amat penting dalam menentukan masa depan pengamal sukan di Malaysia.

Sunday, April 25, 2010

liku Liku budaya dalam bola sepak

1993

Gua mula bermain bolasepak secara full-time masa darjah lima. Aktiviti aktiviti petang yang lain gua tolak tepi termasuklah kerja sekolah dan pergi mengaji.

Main bolasepak masa ni dia punya ligat bukan main, kaki gua ni kalau kena bola memang membuahkan sentuhan gol. Disebabkan bakat bola sepak yang gua tonjolkan ni jarang dimiliki oleh budak budak sebaya lain apatah lagi Kerol faizi, maka cikgu Johari pun tak payah nak fikir lama lama untuk lantik gua menjadi striker utama sekolah. Jawatan striker gua pikul dengan beberapa gol cantik membaham sekolah sekolah tepi bendang macam sekolah Kampung Dew, sekolah Sungai Kepar, sekolah Alor Pongsu, sekolah Bagan Serai..semua gua tapau takde kesian. Tapi masa ni cuma lawan persahabatan, gua belum cerita tournament yang betul betul kompetitive lagi ni.

Lebih kurang sebulan lepas menjalani latihan intensif, badan masing masing dah jadi kemas. Masa ni lepas training memang hari hari pekena air paip tepi kantin. Entah macam mana air paip boleh jadi sedap gila sampai gua percaya, air paip ni la yang buat gua senang merembat ke gol dan badan jadi kemas sampai kena bentes keras pun belum tentu kaki boleh tergeliat.

Budak budak sepasukan gua tak ingat semua, yang main striker belah kiri nama dia Fairul, sekarang buat apa pun gua tak tau, gua berdoa Fairul selamat dalam peliharaaan Tuhan. Posisi tengah ada Mizan budak Taman Serai Jaya dengan sorang mamat nama Pap. Pap ni rumah dia dekat Parit Jawa. Line up pertahanan pulak ada Edi dengan sorang lagi gua tak ingat. Siput main keeper. Siput ni badan dia obess, walaupun obess ketangkasan dia menyelamatkan percubaan berbahaya pasukan lawan sentiasa dihormati oleh Cikgu MatAziz, guru besar sekolah gua masa tu.

Setelah menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan yang semuanya berakhir dengan kemenangan, maka tibalah masa untuk pasukan sekolah gua menyertai tournament peringkat Zon pulak. Sekolah gua kena undi masuk zon tiga. Dalam zon tiga ada lebih kurang enam sekolah lain, sekolah Seri Siakap, sekolah Kuala Kurau, sekolah Sungai Baru, sekolah Yu Chai, sekolah Telok Pial dan sekolah india nama Ladang Kuala Gula. Gua ingat betul sekolah Ladang Kuala Gula ni budak budak dia main bola haram tak reti pakai kasut. Tulang kaki sekor sekor keras macam batang kongkrit.

Sampai hari pertarungan, semua sekolah berkumpul di sekolah Sg Baru. Tahun tu sekolah Sg Baru jadi tuan rumah.
Gua bawak beg kaler biru takde jenama. Dalam beg siap ada minyak tomoi, nota 'Good Luck' dari Cik Intan gua bawak jugak simpan buat penaik semangat. Kasut boot gua pulak bukan adidas, bukan nike, kasut kain kelar hitam ada logo kepala harimau dengan stud getah beli di Bagan Serai harga duabelas ringgit. Ayah gua pesan, kehandalan menjaring bukan terletak pada jenama kasut boot, tapi bergantung pada kemahiran kaki kita ketika merembat, dan meloloskan diri dari marking pihak lawan.

Sekarang ni gua tengok budak budak sekolah rendah nak main bola bukan main lagi. Baju latihan pun nak yang jenis berlagak beli supermarket harga mahal merepek. Gua dulu pakai baju pagoda saiz 42 je main sampai tiga hari baru basuh. Main petang petang pulak gua tengok siap bawak bekal air ribena. Cilake kalau la dulu gua dapat minum ribena macam budak budak sekarang, tak tahu la kelab EPL mana berebut nak pakai khidmat gua tahun 2010 ni. Lagi satu hal padang, zaman gua main bola mesti atas padang rumput, bawak bola pun dia punya laju rasa sedap, tendang wajib bola pergi padu menerobos gawang, cuma kadang kadang bila musim lembu lawat kawasan, kalau silap lari sikit memang kaki boleh benam dalam taik. Itu memang gampang!

Zaman sekarang gua perhatikan budaya main bola atas padang dah terhakis. Yang banyak kelihatan budaya main bola dalam dewan kena bayar 100 ringgit satu jam. Benda macam ni tak berapa membantu dalam membangunkan nilai moral budak budak sebab kalau hari hari kena keluar duit nak main bola, apa gila?, lagi bebaloi beli keredit talipon bagi makwe darjah lima kelas sebelah.

(sambung..)

Sunday, April 18, 2010

Tokyo Drif #2


"Fateem nak pesan apa?"


"Pesann..aaa...Hagemaru dengan Fukuchan."


"Haiihh!"

Saturday, April 17, 2010

Blog Tahun 2004


Masa tahun 2004, gua ada buat satu blog. Gua malas bagitahu alamat blog sebab segan. Gua guna template yang jenis bintik bintik kaler hijau tua, ada tiga bijik bulat besar hujung jari kelingking dekat atas belah kanan. Waktu tu, template tu la yang gua rasa paling cool dan boleh cari makan.

Gua buat blog dengan niat saja saja buat blog. Gua ingat lagi entry gua yang awal cerita pasal Che Guevera. Masa tu gua baru habis baca buku The Motorcycle Diaries. Pergh!, dia punya semangat rebel memang tak pandang final exam dah, dalam kepala kerja nak buat revolusi dan mencari kemasyhuran dikalangan makwe makwe universiti dan kolej kejururawatan. Masa tu gua fikir, hidup dalam mainstream ni pendirian boleh jadi goyah dan jadi tak tentu hala, jatidiri boleh merosot, keperibadian pulak bergantung pada social acceptance dan mudah kecut hulu hati bila kena kritik.

Gua ingat tulis blog hal hal nak jadi penggerak revolusi boleh nampak cool dan rare. Bagi pulak pandangan pandangan kontroversi pasal struktur sosial, mencabar status quo, menyalahkan sistem, memberi pandangan mengenai jatuh bangun sesebuah tamadun, berhujah pasal classical liberalism atau modern liberalism, berborak hal gerakan pelajar pro aspirasi dan pro mahasiswa (ini apa benda ni?, kalau ikut sejarah peredaran manusia, ada 2 gerakan pelajar saja yang pernah gulingkan kerajaan, satu revolusi Shah Iran, satu lagi gerakan Taliban Afghanistan..gerakan pelajar di tempat lain, hampehh!, lepas habis universiti dah kawen dan dapat kerja, duduk rumah diam diam rancang nak beli property dan bukak bisnes).

Masa tu juga gua ingat gua ada masuk entry cerita pasal Mafia. Entah apa hal gua seronok pulak dengan budak budak mafia ni. Gua siap hafal Cosa Nostra punya komposisi, siap dengan dia punya klan hieraki, Al-capone, lucky lucciano, maranzano dan macam macam nama lagi gua baca bagi paham. Filem mafia tak payah cerita la, paling klasik On The Waterfront, tapi filem ni payah betul nak ada jual. Kedai video Ravi pun tak berani nak jual sebab mobster sangat. Orang Malaysia pun patutnya buat buku atau filem pasal mafia tempatan, macam Botak Chin, P Kalimuthu atau Geng Mamak, baru stailo.Ini balik balik buat filem merempit, balik balik buat filem dirft skill sama ulang ulang, tak semenggah!.

Pengaruh anime pun masa ni boleh tahan meresap dalam jiwa gua. Masa ni tengah naik anime Samurai X. Dari samurai X bawak pulak ke samurai zaman Akira Kurosawa dan Toshiro Mifune. Habis segala filem Akira Kurosawa yang ada Toshiro Mifune berlakon gua mengadap. Dari Seven Samurai sampaila ke Sanjuro, Red Beard, Hidden Fortress, Yojimbo, Rashomon (paling klasik!, cilake sampai sekarang gua tak tahu sapa yang cakap betul dalam cerita ni...gua saspek filem orang putih Basic ambik idea dari cerita Rashomon ni). Lagi satu, ada satu scene filem Semerah Padi sama sebijik macam scene Rashomon, sape tiru sape gua tak tahu, dua dua pengarah pun dah meninggal nak tanya pun tak boleh. Tapi kalau ikut tahun, Rashomon la keluar dulu. Sekarang semua DVD samurai gua melingkup entah mana. Jenis tak reti jaga barang. Gua ada rangka nak menulis panjang pasal filem samurai masa gua buat blog dulu, tapi cita cita gua terbarai ditengah jalan. Battle of Sekigahara pun gua nak tulis, Musashi Miyamoto pun gua nak cerita, kerajaan Nobunaga Oda, zaman Tokugawa, sampai tahap gua pasang niat nak baca the Tale of Genji, mujur sampai sekarang tak jumpa manuskrip tu.

Bila dah macam macam nak tulis, dengan kerja sekolah pun sama naik macam macam, gua mula perangai tangguh tulis blog. Mula mula tangguh 3 hari, dengan takdir Tuhan gua terus tangguh sampai 3 tahun.

Tahun 2007, rumah gua pasang internet. Gua teringat balik ada banyak benda pengetahuan dan hal revolusi yang gua belum tulis. Masa tahun 2007 ni pengalaman hidup dah kira mantap sikit banding tahun 2004 dulu. Gua bukak blog gua balik, payau...

Apa benda url boleh jadi salah ni?, pegi blogger.com pekena username dengan password sampai sembilan kali haram tak lepas. Akhirnya gua tukar fikiran, dari sambung blog, baik gua isi masa tengok Sinetron Cecep, lagi nyaman..!

Sebenarnya sekarang ni gua dah jumpa balik url lama, sebab tu gua ingat apa gua pernah tulis..kehkehkeh

Amacam Redmummy?, gua tulis blog tahun 2004 ni boleh kira pelopor ke tidak?

Friday, April 16, 2010

Entry Gadis

*Sibuk!*

Rindu lu orang!

Muaahhhss..muahhhhsss

Tuesday, April 13, 2010

Tokyo Drif


Hari Ahad ni gua nak pergi Tokyo, duduk sana barang seminggu.

Siapa nak kirim apa apa cepat!


p/s: Gua harap Internet di Tokyo tak keluar benda benda merepek.

Sunday, April 11, 2010

Masa Depan


5 tahun dari sekarang, gua dah tak duduk di Malaysia. Masa tu Malaysia dah tak 1Malaysia, ada slogan lain yang lagi hype, yang pasti bukan Islam Hadhari. Inflasi sudah hilang kawalan, harga tiket bas Tg malim pergi Kuala Lumpur dah sama naik dengan harga tiket Kapal terbang Kuala Lumpur pergi Pulau Pinang di zaman sekarang. Itu belum cerita harga minyak masak, gula dan beras. Ayam goreng pula dikategorikan sebagai makanan untuk golongan berada dan banyak duit, bukan lagi makanan untuk pengunjung kedai mamak Pelita yang rata rata pakai bergaya tapi duit tak berapa nak ada. Selain itu, budak baru lahir juga tak payah pakai surat beranak, masing masing nurse kasi log in new user Fesbuk sejurus selepas mereka lahir ke dunia.

Orbit di masa depan, tak sama dengan orbit di masa sekarang. Hukum alam pun turut berubah, Malaysia bukan lagi negara khatulistiwa, tapi bertukar status menjadi negara 4 musim macam di United Kingdom zaman sekarang. Manakala di United Kingdom pula, cuacanya berubah menjadi panas terik gila babi macam negara Afrika barat sekarang. Teori bumi berputar mengelilingi matahari pun orang dah tak percaya. Ada teori lain yang lagi gempak, orang islam yang jumpa, nama dia Halim, budak genius umur baru 4 tahun duduk di Indonesia. Tapi gua tak boleh nak beritahu lu orang lagi, biar Halim sendiri yang ceritakan teori dia nanti. Udara bersih pula dah jadi barang dagangan sama macam air mineral di zaman sekarang. Udara ada jual di kedai runcit dan supermarket berdekatan, tak mahal sangat kira kira dua ringgit untuk dua puluh kali sedut. Kalau nak bernafas pakai udara biasa pun boleh, tapi ada risiko mati cepat sebab udara biasa zaman yang gua cerita ni banyak sangat karbon monoksida dan asid arsenik.

Ok, sambung balik pasal diri gua..
waktu ni gua sudah menetap di Doha, Qatar. Gua kerja di sana sebagai eksekutif pemasaran gas. Cikgu kuala kubu dah tak kerja cikgu, gua suruh duduk rumah belajar jadi doktor dan jadi enjineer sekaligus. Gaji gua masyaAllah punya la banyak sampai gua tak reti nak kira pakai matematik. Rakyat Qatar pula dah tak pandang duit atau hal ehwal dunia, mereka semua menghabiskan masa beribadat di rumah dan menerima USD25,000 setiap bulan dari kerajaan sebagai wang ehsan untuk beli makanan sedap sedap. Setiap hujung bulan, gua bawak keluarga gua naik kapal terbang peribadi pergi buat umrah di Mekah. Kalau kerja tak banyak, hari jumaat gua lari kejap pegi masjid Nabawi semayang jumaat di sana. Masa tu gua dah berenti tulis blog, tengok youtube atau apa saja yang ada hubungan dengan internet, semua gua tinggalkan tanpa rasa menyesal. Minat gua lebih tertumpu pada aktiviti usrah, keagamaan dan penyatuan ummah di sekitar jazirah arab.

Oohhh lupa gua beritahu... negara palestin dah jadi seratus peratus negara islam. Penduduk yahudi di palestin pula terpaksa berhijrah ke Amerika kerana ada kepercyaan baru dalam kitab mereka yang bagitau tanah suci bani israel sebenarnya di California, bukan di palestin.

Dekat Amerika, iklim di sana tiba tiba jadi 6 bulan siang dan 6 bulan malam macam kutub utara sekarang, kepesatan ekonomi di Amerika terus terbantut dan terbarai. Ini memberi peluang pada umat islam ditanah arab menguasai ekonomi dunia melalui didikan Al Quran, hadis dan fatwa ulama. Pegangan saham Mekdonald, KFC, Starbucks, Google, Fesbuk, Mikrosof dan Pringles bertukar milik kepada orang islam. Lu orang jangan salah faham, penjualan saham saham ni semua ikut jalan Open market, takde main 'kawteam-kawteam' bawah meja.

Tapi makanan makanan dan applikasi teknologi ini menjadi masalah pula pada orang orang Kristian dan Yahudi sebab pada mereka ianya haram di makan dan digunakan. Mereka takut nanti duit beli benda benda ni umat islam pakai buat beli peluru dan senapang untuk berperang. Padahal umat islam dah lama tinggalkan peperangan. Berperang pun tidak memberi erti sebab orang orang kafir pada waktu tu sangat lemah dan takde kekuatan.

Oleh kerana pada masa akan datang ni orang kafir sangat lemah, dan umat islam pula semakin kuat dan kaya serba serbi, maka gua kena menyelesaikan satu persoalan paling aula dulu, iaitu menyiapkan resume cantik cantik untuk dikirimkan ke Doha.

Kalu resume tak siap, takde la gua kerja di Doha, bila gua tak kerja di Doha, tak dapatla gua pegi umrah setiap bulan. Halim pulak tak tahu la boleh buat teori ke tidak. Semua hal yang gua cerita pun entah entah tak menajdi.

Maka pengakhirannya, dudukla gua di Tanjong Malim tulis blog dan main Fesbuk dengan lu orang macam sekarang sampai tahun 2058. Gila punya masa depan!

Saturday, April 10, 2010

Lepak 2010


Big (brader PPT kawan masa gua kerja di Terengganu) hantar sms:


"Woii jom lepak!, budak budak dah ada 3-4 orang kat sini..lama tak borak dengan lu. Sambil lepak boleh usha makwe."

Gua dalam hati hairan jugak, Big ni duduk di Kemaman..ajak melepak ni dia ada turun Kuala Lumpur ke?,
Gua pulak dah dalam bas nak balik Tg Malim.

Setelah bertanda tanya lebih kurang, gua balas balik sms Big:

"Lepak mana?, gua di Tanjong Malim ni!"

Tak lama lepas tu Big hantar sms balik, kali ni dia punya mesej memang betul betul padu:


"Lepak kat Facebook la brader!"

***

"Heh lepak kepala hanggok lu!, tunggu situ lagi 15 minit gua sampai."

Friday, April 9, 2010

Hari Jumaat


Masa gua kecik kecik, hari Jumaat ni paling stailo sebab boleh pergi masjid bersembang duduk bersandar dengan budak budak kampung sambil pekena pisang emas.

Pergi sembahyang jumaat ni pun boleh kira macam pegi main guli juga la dia punya seronok. Masa sembahyang boleh tarik kain member sampai terlondeh, sorok kopiah Syukoq (budak Sg Dungun) belakang kolah wuduk, siku budak budak yang umur lagi muda sampai menangis, bukak angin tayar basikal budak budak Nibong hangus yang berlagak masa sekolah, siap jatuhkan rantai basikal biar tangan kotor takpe, sorok kasut budak sekolah menengah dalam longkang, jerit Amiiiinnn!! sampai nak tercabut kerongkong padahal ambik air sembahyang pun tidak, dan bila pak imam sampai ke tahiyyat akhir...
Gua cepat cepat duduk tahiyyat bersama orang orang yang bersembahyang macam takde apa apa hal yang berlaku..

Perghh!!

Masa masa macam tu kalau gua ingat balik memang boleh buat mata bergenang..

Thursday, April 8, 2010

Sembang Google


Ada 10:

7 syurga
1 Neraka
1 Dunia

1 lagi gua punya....

Monday, April 5, 2010

Retro Facebook


Contoh status status di wall facebook tahun 80'an:

1. "Pagi ni hujan..tak dapat pegi menoreh"

2. "Alamak!.. Nak rakam lagu Ramlah Ram, tali kaset pulak putus"

3. "Tak sabar tunggu tivi warna sampai malam ni..bayar ansur ansur...yeyy!"

4. "kaki kiri cedera jatuh pokok pelam"

5. "Pakcik datang dari Kolumpo bawak Kentucky..masyaAllah seddaaaappp"

6. "Good Luck Misbun!"

7. "Teh ais warong hj Din dah naik harga jadi 40 sen..cilakak."

8. " Siaran RTM tergendala lagi..apa gua nak buat sekarang?"

9. "Rantai basikal asyik kerja nak jatuh"

10. "Teringin nak jumpa Mr T.."

11. "Perghh!,Baru balik tengok konsert SEARCH dekat fanfer Kuala Kurau..Rockin!"

12. "Tengah fikir nak cipta talipon takde wayar.."

***
Lain lain lu orang tambah sendiri...

p/s: Gua rasa biadap gila bila main 'add as friend' dengan ahli keluarga ni, terutamanya mak bapak.

Sunday, April 4, 2010

Teka Gambar



Fateem tunjuk gua gambar dia lukis pakai pen rembat cikgu kuala kubu punya.

Gua tanya : "Gambar apa ni?"

"Teka.." - Fateem suruh gua teka pulak.

"Gambar orang" - rupa paras macam orang, gua rasa niat dia nak lukis gambar orang.

"Bukan..." - Fateem menafikan jawapan gua.

"Karton Fukuchan?"

"Bukan.."

Ahh gua malas layan sebanarnya hal main teka teka gambar macam ni. Banyak pakai keringat imaginasi.

"Gambar apa ni?, bagitau je la.." - Gua cuba meringkaskan masa.

Fateem tersengih sengih pen hitam masih dalam tangan.

"Gambar botol susu!" - Jawab beliau konfiden.

Perghh!!. Gua tiba tiba jadi tak puas hati.

"Apehal botol susu ada kaki, tangan semua?"

***

"Nama dia botol susu berjalan, dia boleh buat susu sendiri." - Fateem memberi penjelasan.

Cikgu kuala kubu dah gelak gelak.

Gua bingkas bangun pergi dapur bukak tin susu siap air panas.


"Fateem!!, bak sini botol tu cepat!!!" - Gua jerit keras.


Gua nak tanya, suruh bancuh susu main gambar gambar ni menuntut ilmu dari tok guru mana?

Saturday, April 3, 2010

Hilang


Hikmat menulis gua rasa dah macam hilang sikit sikit.

Writer's Block?

Harkk ptuihhh!!

Gua kena pegi berubat cari penawar potensi diri jugak nih.


Thursday, April 1, 2010

28


Lu orang jangan nak buat perangai April Fool sana April Fool sini..

Respek sikit hari jadi gua!