
Masa Maulidur Rasul baru ni, gua ada dengar dekat radio kereta satu ceramah pasal Maulidur Rasul. Gua dengar..gua dengar..gua dengar..
Sampaila pada satu scene, penceramah kata macam ni lebih kurang:
"Sarjana barat, Michael Hart buat kajian..Rasulullah orang paling berpengaruh dalam 100 most influencial people in the world..tengok, orang kafir pun respek Rasulullah".
Michael Hart tulis buku tahun 1992, kiranya sudah 18 tahun hal orang kafir me-respek Rasulullah menjadi bahan ceramah, usrah, halaqoh untuk menaikkan semangat orang orang Islam. Sesetengahnya merasa bangga sebab Jesus Christ, atau Siddartamha Buddha jatuh ke tangga bawah, di bawah Rasulullah.
Gua tak tahu la orang islam terutamanya kat Malaysia ni sedar atau tak sedar, hal meranking Rasulullah bersama orang orang kebanyakan ni adalah silap akbar.
Macam mana kita boleh terima orang mensamakan Rasulullah kekasih Allah yang maksum dalam satu kategori manusia biasa?,tak kiralah nombor 1 sekalipun. lancau bukan?
Ingat, beriman dengan Rasulullah bukan dengan meletakkan rasulullah nombor 1 dalam ranking manusia biasa.Jangan jadi bengap!.
Ok, tu satu contoh je dalam banyak banyak contoh yang ramai tak sedar. Macam hal hal mukjizat Allah yang dibuktikan oleh para saintis demi memberi lojik pada akal. Ini lagi satu benda mengarut. Mukjizat adalah Mukjizat. Tak payah nak beri bukti saintifik supaya orang kafir percaya. Bukti saintifik yang mengarut dan merepek hanya memberi peluang untuk orang kafir berfikir yang hal mukjizat boleh berlaku kalau kena gaya. Geng, Mukjizat Allah adalah Mukjizat Allah. Takde penjelasan saintifik. Ini soal iman. Bukan semua benda boleh pakai lojik. beriman dengan benda ghaib, salah satunya mukjizat. Paham?
Point seterusnya yang paling gua menyampah ialah perangai taksub. Ini selalu gua perati bila datang hal hal berkaitan Hadith. Pantang sebuat Hadith Bukhari Muslim..ok semua percaya!, Bila ada orang persoal Hadith Bukhari Muslim, semua melenting. Ok macam ni, gua menghormati Hadith Bukhari Muslim sebagai rujukan terutama selepas Al-Quran. Gua takde nak pertikai. Cuma bila gua buat sikit eksperimen, gua rasa ada masalah sikit dengan cara berfikir orang orang kita ni. Gua pernah tanya sorang member ahli masjid:
"Lu percaya Hadith Bukhari Muslim, berapa percent?"
Laju dia jawab : "100 percent!".
100 percent ni makna dia apa?, makna dia kepercayaan brader berkenaan terhadap Hadith Bukhari takde cacat cela, solid, perfect dan takde salah langsung.
Gua tanya lagi:
"lu percaya hadith Bukhari, dengan lu percaya Al-Quran, sama level?"
Haaa..dekat sini dia sangkut. Dia kata dia percaya Al-Quran lebih lagi dari dia percaya hadith Buhari. Macam mana pulak tu?, tadi kata percaya 100 percent?,
Jadi, point yang gua nak sampaikan dekat sini ialah, setiap rujukan, tulisan, kompilasi naskah, atau apa saja selain dari Al-Quran Al Kareem, mesti ada kesalahan. Kita orang kebanyakan tak boleh nampak apa yang silap dan tak betul sebab kita orang yang kurang ilmu, orang yang berilmu mungkin boleh nampak. Sebagai orang yang kurang ilmu, jangan lah cepat melenting. Bila kita dengar, kita buat rujukan mana yang kita mampu, tanya ustaz ustaz...buat kajian sikit sikit. Orang yang cepat melenting kita nak kenal senang saja, kalau ada antara lu orang yang kata:
"Ehh brader ni dah macam nak mempertikai Hadith...wahabi ke apa ni?!"
atau,
"Woii mangkuk!, lu ingat yang tulis Hadith tu calang calang?, nak dapat satu Hadith sahih sanggup jalan kaki 1000km tengah padang pasir, lu sanggup?..tak reti apa jangan cakap banyak!"
atau,
"Dia ni pemikiran liberal sangat..semua nak persoal!"
Gua nak beritahu, zaman sekarang mungkin takde ulama yang cukup authority nak mensalahkan Hadith, terutamanya Bukhari Muslim. Kalau ada pun, nanti kemudian hari dia jadi musuh masyarakat sebab menentang status quo. Atau jalan paling senang, orang akan kata sapalah Ulama berkenaan kalau nak di banding dengan ulama dulu?. Isu ini gua tak mahu sentuh, sebab tujuan gua bukan nak mensalahkan atau mempertikaikan. Tujuan gua lain. Gua bagi satu analogi:
Dalam sifat nombor, kalau nombor mula dengan 1, berakhir dengan infiniti. Atau bermula dengan negatif 1, berakhir dengan negative infiniti. Semua orang yang belajar matematik sampai tingkatan lima tahu. Kalau ada yang tak tahu, pegi amek air sembahyang.
Infiniti tu apa?, infiniti tu lebih kurang maksud dia 'tiada pengakhiran'. Lojik ka nombor takde pengakhiran?, dari aspek akal, gua boleh kata lojik. Tapi kalau kita bebalik pada konsep iman, sifat yang takde pengakhiran cuma sifat Allah. Perkara perkara lain hidup atau mati, mesti ada pengakhiran. Secara keimanan, kita kena percaya dalam hati, nombor infiniti ni mesti ada akhirnya. Sama konsep macam Hadith tadi, lojiknya kita tahu takde kesalahan, tapi keimanan dalam hati kena tetap..tiada naskah yang sempurna melainkan Al-Quran. Bila hati dah tetap, fikiran kita akan terbuka dan tak jadi jumud.
Dapat?, ke tak dapat?,
Kesimpulan dia, jangan cepat tuduh gua bukan bukan..gua sepak karang.
Lagi satu contoh, dulu masa gua sekolah, gua ada baca Rasulullah pernah kena sihir selama beberapa hari. Kiranya nak beritahu yang sihir tu betul betul ujud dan Rasul sendiri pernah tekena. Ok, masa gua baca, mula mula gua percaya. Tapi bila gua dah besar sikit, jumpa balik cerita rasulullah kena sihir, gua fikir fikir balik...rasa macam pelik.
Kenapa Rasulullah yang maksum, yang ada beribu malaikat keliling beliau, segala kehidupan rumput rampai, batu bata mendoakan beliau, ada mukjizat, kekasih Allah...boleh kena sihir dari perbuatan kafir quraisy?, apa lojik rasulullah kena sihir?, Apa motif dan implikasi positif yang kita dapat dari cerita Rasulullah kena sihir?.
Sedangkan kalau Imam masjid negara kena ilmu hitam pun kita macam tak percaya.
"Isshh..takkan orang alim ulama kena ilmu hitam?" - lebih kurang camni la dialog dia.
So kenapa bila Rasulullah kena sihir, semua boleh ikut percaya tanpa soal siasat?
Oklah gua pun malas tulis panjang panjang sebab gua tau lu orang bukan baca sangat. Kalau gua tulis hal begurau begurau tu lu orang suka la kan?. Kehkehkeh.
Tapi, kalau ada masa, fikir la balik apa benda yang gua cakap. Kalau salah bagitau, dapat pahala.
Esok ni gua nak pegi Bangkok. Ada nak kirim apa benda bagitau dengan wang, bukan dengan air liur.
Chow!!