
Berehat dari kesibukan kerja facebook dan Blog
Malam semalam, gua beritahu Fateem lepas makan gua nak ajar dia matematik yang susah sikit. Bukan biasa biasa tambah tolak punya matematik.
Fateem macam selalu; Excited!
Dalam pukul 9 .30 itu macam, gua panggil dia duduk atas meja study yang sebenarnya bukanlah meja study, tetapi lebih berperanan menjadi tapak bunga plastik cikgu kuala kubu.
"Malam ni kita belajar matematik susah sikit, nama dia pecahan" - terang gua di awal pembelajaran.
Sebenarnya, dalam hati gua, bukanlah nak ajar pecahan sangat, tapi lebih kepada menguji budak budak dalam memahami ilmu matematik yang serba lojik dan tidak ada unsur khurafat.
"Ada sebijik kek harijadi...kita potong dia jadi 5 ketol." - sambung gua lagi sambil melakar gambar kek dengan 5 lorekan di atas kertas kosong.
"Sekarang ni..ada 3 orang yang nak makan kek ayah potong tadi tu. Seorang Fateem, dengan dua lagi kawan fateem nama Lisa Surihani dan Diana Danielle".
Fateem cuma diam dengan dahi berkerut. Yaa..Gua tahu dia keliru sebab dari tadika mana pula muncul kawan kawan yang nama mereka seksi dan cun yang haram dia tak pernah kenal sebelum ini?,
"Ini kawan reka reka..bukan kawan betul betul..kita buat satu nama Lisa, satu lagi nama Diana." - gua beri sedikit penjelasan tambahan.
"Ok..5 potong kek yang ayah potong tadi...1 potong Fateem ambik..1 potong lagi Diana ambik...3 potong Lisa ambik".
Gambar rajah beserta lorek lorek kek dengan gambar 3 orang lidi yang nama mereka masing masing gua tarok Fateem, Diana dan Lisa tertera di atas kertas tadi.
"fateem faham tak ni?"
Fateem blur habis masa ni. Yess!, memang gua nak uji daya ketahanan mental budak budak dengan subjek pengiraan.
Mathematics is a torture!!
****
"Ok ayah ulang lagi sekali..."
"dengar betul betul..."
"..ada sebijik kek harijadi.."
".. Ayah potong kek ni jadi 5 potong.."
"..1 kek fateem ambik.."
"...1 kek lagi Diana ambik.."
"..yang lebih 3 kek lagi Lisa ambik".
Gua ulang penerangan dengan menunjuk flow lakaran satu persatu. Fateem hangguk perlahan.
"Fateem faham tak?" - gua tanya lagi.
"Faham!" - jawab fateem.
Gua agak terkejut dengan jawapan 'faham' tu. Matematik pecahan ni adalah matematik advance untuk budak darjah darjah ,dan agak mengarut kalau fateem boleh faham konsep pecahan sebegini dengan cepat. Hipotesis ini gua buat berdasarkan keputusan matematik akhir tahun beliau yang cuma berjaya memungut 73 markah.
"Ok kalau faham, cuba bagitau ayah apa yang fateem faham."
Gua makin berdebar.
-
-
-
"Lisa tu dia lapar sangat."
Jawab fateem muktamad!.
***
Yaa. Tindakan matematik paling logik yang gua pulak buat selepas itu ialah pergi log in facebook.

43 Nasihat Ikhlas:
yaaa good! hahaha...
boleh cuba lagi lepas ni.
haha..itulah logik matematik..penakulan..haha
kahkahkah..sebenarnya lisa dengan diana tu kawan ayah la..
pahaman matematik peringkat dewa pula, lisa surihani itu akan jadi gemuk lagi setahun dua sebab pelahap, tapi diana akan menten slim. Oleh itu kahwinilah diana utk kebahagaian ranjang bersama.
Lu rasakan! Anak sudah kasi bapak dia diam. HAHAA!
Hahahaaa!! Lisa pelahap?
Kalau aku sure tanya balik.. abis fateem ngan diana xlapar ke??
hahhaa.bagus punye jawapan
lisa memang lapar sangat tu.. haha !!
tahniah fateem!
perghh aku suruh lisa baca boleh??
hebat fateem.. lu xpayah wat air penerang hati lagi dah..
fateem pon lapar tapi dia tahan tu. ahaha!
haha.. jawapan fateem xsalah pun.. dia guna konsep penakulan tu..
penaakulan mantik terbaik.
gua setuju....
haha....
bagus. fikiran dia saling berhubung. hehe.
terbaik r fateem haha
next year(2011) mmg ada tambahan silibus baru dlm math y1 iaitu pecahan..bila anak ko leh wat kesimpulan gtu,maknanya mmg die fahamla....ok pe..
mntap la fateem!!hihi
hahahahahahahahahahahaha lapo gile gamaknye si Lisa tu ye sampai 3 potong kek die amek~
Mane budak nak faham kaitan kek dengan matematik. Ingat kek, ingat makan le boh..
fateem yg bijak.
hahaha.
sgt kelakar oke.
aigooo... tomey jeh. :P
sejuk perut cikgu kuala kubu baru:)
ok kebarangkalian fateem pandai dari budak darjah 4 ialah 98%...
hhahahhahhahhahaha...
ok.berair mate bace.
jwpan fateem sebenonya plg logik.
jgn pertikaikan.
lain kali jangan ajar guna contoh makanan... ajar la contoh lain. huahua
lisa oh lisa. boleh buat hidung berdarah.
Patutlah lisa bagi aku kek malam tadi. Dari rumah ko rupanya hehehe
kek hari jadi sapa?
kesimpulan yang bernas..
Mathematics is a torture!!
hmm patot la math gua spm dulu2 kantoi
diana danielle dah baca. harap maklum. dia tweet aku pg td kata entry ni so sweet adorable hahaha
gua setuju Fateem
fatem memang bijak..mihaha
ha ha ha.
fateem tu bijak...hehehhe...
hahaha...gelak bace entry ne...
tp bgs gk fateem tu die phm citer tersirat di sebalik matematik tu..hahaha
gua syak nanti dewasa fateem ni mesti jadi blogger hebattt! :D
hahahahaha
kah3.sumpah lawak!
bwahaha.. sempoi! fateem berbakat. ;)
arghh, migrain guwa,
memang lawak....
harharhar.....
Post a Comment