Tuesday, November 9, 2010

Ibu bapa mesti ada ego



Sekarang, setiap malam gua ajar Fateem matematik. Matematik sangat penting dalam hal kewangan, jadi rasanya kita perlu utamakan pengajaran matematik terlebih dahulu mengatasi pelajaran pelajaran lain yang ada dalam silibus tadika kurnia minda.

Sebentar tadi, gua ajar topik tambah dan tolak. Tambah dan tolak ini sebenarnya topik yang sangat kacang kuda kerana tidak memerlukan ilmu pengamiran dan pembezaan dalam menyelesaikannya. Untuk nilai tambah yang kurang dari angka 10, Fateem boleh hendel lagi walaupun makan ulang tiga empat kali juga. Namun bila dah upgrade sikit ke hasil tambah yang main belas belas fateem mula gagap, cemas dan keliru.

Hampir lapan jenis kaedah gua tunjuk supaya dia faham konsep tambah yang melebihi angka 10. Tak cukup jari tangan, jari kaki gua suruh dia kira, tak lepas jugak. Mungkin cara ajaran gua yang lebih ke 'fasilitator' berbanding 'lilin membakar diri', kefahaman lambat nak sampai.

Setelah kesalahan demi kesalahan dilalui oleh fateem sepanjang proses pembelajaran matematik yang up sikit, darah muda gua pula mula menyirap sebab 8 + 9 sama dengan berapa pun nak kena mengira sampai ke kaki. Sedikit demi sedikit suara gua makin menaik, makin garang, makin tegas dan fateem pula makin fragile, makin lemah daya tahan dan makin merosot tumpuan.

Entah berapa kali gua sound;

"Serius Fateem!..fokus!..fokus!, tengok ayah ajar ni betul betul!"

"Shahir tahu semua!..belajar matematik liat!"

Fateem mula demoralize;

Namun ego seorang ayah mesti dipertahankan.

Gua teruskan pengajaran diselang seli dengan suara 'sound direct' bila fateem buat silap.

Akhirnya, setelah beberapa ketika.. fateem give up;


"Ateem nak lari dari rumah la."


Gua dan cikgu kuala kubu berpandangan sesama sendiri.
Dan memegang konsep ibu bapa mesti ada ego, kami membuat keputusan,

Drama melayu dan sinetron Indon memang neraka, mereka perlu dipersalahkan!

36 Nasihat Ikhlas:

foo said...

media kena sedar hal ni.

fareha said...

pengaruh tv kuat sgt ni..

J.E.F.R.I said...

hahaha. comel giler fateem!

whiteCempaka said...

hahaha same kes macam sorang anak buah cempaka..malam tu ayahnye marah dia, esok uminye jumpe surat
"kakak bertaubat...tak perlu kakak lagi...babai ayah umi..."
apakah??

Ryoki said...

gov patut hadkan cter2 dari luar and pantau cter2 kt tv supaya minda kanak2 tidak tercemar ngn budaya luar..

zamdayz said...

.haha.nape salah drama melayu and indon plak? huhu.

Fiq said...

boleh plak main ugut2 ye...

lawak benor tang shahir tu! hehe

Anonymous said...

tips dari saya:

bila nak belajar mengira ala2 zaman 80an.

1. siapkan lidi cungkil gigi

2. potong manila kad saiz daun terup 100 keping.

jadi bila nak suruh dia kira i.e: 8 + 9 =?

suruh dia amik lidi/kad 8 kpg dulu dan letak tepi, pastu suruh dia amik lagi 9 lidi/kad. pastu suruh dia campur kedua2 kad/lidi. mesti dia dpt adapt punyer.


-mrs nazri-

neyra shazeyra said...

comelll...kawaiii

ifah said...
This comment has been removed by the author.
ifah said...

pengaruh tv mmg kuat. krg kan hiburan.

ifah said...

pengaruh tv mmg kuat. krg kan hiburan.

Lann Shaukani said...

yes! pecahkan tv bang!

Apit said...

awat hg x tny dia, nk lari p mana...nk tgk no bas pun x lepas lg..hehe

bobp said...

pedagogi kena kuat brader.. cuba lu try pakai pendekatan multimedia plak.. tak pun upah syahir ngajar...

Datin Lulu said...

Bukan zaman sekarang je, zaman aku kanak-kanak tahun 80-90an dulu adik beradik aku pernah merajuk nak lari rumah. Siap bungkus baju dah dalam beg.

Bukan salah media aku rasa.

Pala Maldini said...

untuk belajar matematik.. kalau korang pernah jumpa seorang pakcik yang memakai tag "Ketua Saintis Dunia".. beliau selalu berlegar2 sekitar wisma yakin sambil mengajar dan menjual 'kitab' matematik nya berharga RM5

Aku dah beli (lama dulu) dan aku dapati teknik nya sangat baik dan mengagumkan.. cari lah "Ketua saintis Dunia" di sekitar wisma yakin..

Anonymous said...

Baru kau tau, ingat senang mengajar anak. Tu baru tadika tu...

Bibik Malaya

I want to lose weight said...

Anak aku asal suruh belajar & buat keje sekolah..

"KALEP KAN ULTRAMAN.. SIBUK SELAMATKAN BUMI!!"

Pegang henger baju.. baru hilang semangat otomen itu..

kucai said...

comel dol anak hang pidaus....gila cute....

.s.o.f.i.a. said...

fatem mesti ikut muka mak dia, cute gile!!!!

Anonymous said...

Salam,sorry bang saya baru follow.
pengalaman best saudara amat meanrik memberi semangat nak ajar anak.
cuma dalam crita ni saper shahir?

dayahyusoff said...

HAHAHA ;D

entry yang berkenaan dgn fateem mesti buat gelak lahh. hehe ;)

lalink7 said...

shahir af ek? hehehe..pndai ateem niee..pilihan yg bijak..aunty pun suka..hahahahha

arejue01 said...

Salam,
baru jumpa blog ni...
ajar anak matematik mmg mencabar..
dah banyak jugak pensil yang patah ditangan saya...huhu..

Pala Maldini said...

baru aku perasan.. Fateem ni kalau bergambar (at least gambar yang nko post kat blog ni).. suka buat sign "peace" eh..

(rujuk entry 'perang' di jalan TAR)

Si Hafiz said...
This comment has been removed by the author.
Hidemichi said...

Mmg patut pun lu up gambar fateem siap2 senang nnt apa2 hal.

ana said...

hahahaha...jawapan spontan!

terbangz said...

rasanya,pengaruh hagemaru pun nak kena hadkan jugak tu...

nisa sudah! said...

hahaha..caya lar adik fateem
mcmne larh die leh kuar ayat mcm tu skali...ayah nyaa...berkerja keras mengajar matematik kat anak..hahhaha

..nOWa.. said...

aku dulu ada tin susu cair yg lekat formula campur tolak darab cikgu suruh bawak pi sekolah..bila time boring2, baca..hahahaa..

ps* tak berkesan kot..hahhaa!!

~aLiYa~ said...

haha.. fateem2. asal terpengaruh sgt ni.. adoi..

fndrocka said...

Haha.dari zamn pramlee lagi lah ada lari2 rumah

Hambali ® said...

jangan lupa telenovela spanyol/mexico sama hindustan .. pun ada lari dari rumah

Fadzlin said...

wahaha,fatem!!!hm mmg dahsyat jg influence dr TV kn!

xpela fier,pelan2..lama2 dia teror lah..dh baka mak ayah teror2,anak msti teror pnya:)