Tuesday, October 12, 2010

Metafora, sarcacsm, sound derek dan institut kefahaman manusia


Dalam pembelajaran Bahasa Arab peringkat menengah tinggi, kita akan menemui bab yang dinamakan Balaghoh, atau di panggil juga ilmu bayan. Di sini kita akan belajar pelbagai perkara indah tentang bahasa arab antaranya memahami Majaz mursal, Jinas (tam dan ghoiru tam), Uslub Khobari dan Insya'i, Isti'aroh, Tasybiih dan Kinayah.

Belajar bahasa arab tinggi memang sakit kepala..betul ni gua tak tipu..dan benda paling sakit kepala ialah benda benda balaghoh yang gua petik kat atas tu. Namun, walaupun belajar balaghoh ni tak boleh membawa kita menjadi angkasawan, tetapi topik topiknya sangat stailo bila kita dah paham. Contohnya, belajar bab Isti'aroh,

"Roaitu asad fil fasli" - maksud dia, "Gua tengok singa dalam kelas".

Apa benda singa dalam kelas ni?, singa betina ke singa darai?

Ok yang sebetulnya..makna 'singa' ni bukanlah singa sejenis binatang..tapi perumpamaan 'singa' ni disandarkan pada 'guru yang garang' atau 'orang yang sedang marah' di mana sifat sifat garang, bengis, ganas dan marah ini disandarkan pada sifat sifat yang ada pada seekor singa.
Dalam bahasa orang putih, kita panggil methaphor..manakala dalam bahasa melayu pula kita namakan dia sebagai metafora. Dalam bahasa tamil pergi la mati, gua tak belajar.

Metafora melayu yang boleh gua jadikan contoh:

"Ibarat melepas kencing di tangga" - maksudnya; kerja yang tidak bersungguh sungguh.

Contoh ayat : Walaupun pendapat Anonimos yang tidak bersetuju dengan fdausamad itu separuhnya boleh pakai, namun ianya seperti melepas kencing ditangga..ini kerana jika anonimos seorang yang ikhlas, jujur dan amanah, letak la nama, link blog, alamat fesbuk dan nombor talipon supaya senang nak kontek kalau apa apa hal.

Jadi, 'kencing' di sini bukanlah kencing kata kerja yang memberi maksud mengeluarkan air masin dari pundi kencing dengan cara berdiri atau bertinggung, ianya lebih bermaksud 'kerja sorok sorok dan penakut' yang akhirnya kerja kerja sebegini boleh juga di metaforakan 'ibarat melepaskan kencing ke daun keladi'.

Bab lain yang tidak kurang stailo ialah Kinayah; ini agak rumit dia punya konsep. Maksud Kinayah ni pulak kalau nak senang paham kita samakan dengan kata bidalan. (sebanarnya menyamakan Kinayah dengan kata bidalan bahasa melayu pun gua rasa tak berapa tepat..tapi tarak hal, lebih kurang dekat).

Contoh Kinayah : "Hazal rojulun, towiiluun najaad"
maksud dia : "Lelaki itu panjang sarung pedangnya"

Oraitt, Kinayah di atas boleh ujud dalam dua bentuk. Satu bentuk 'bloody obvious' manakala satu bentuk lagi 'bloody ambiguous'. Bloody obvious tak payah gua nak terangkan. "Lelaki itu panjang sarung pedangnya", maknanya "lelaki yang dimaksudkan memiliki sarung pedang yang panjang", pedang adalah sejenis senjata berbahaya, kata nama yang semua orang tahu. Pedang la..pedang!!

Bentuk 'bloody ambiguous' ni pulak paling orang kita suka. Intrepetasi terbuka, boleh menjurus kepada pelbagai makna tersirat, diguna pakai dalam konteks bahasa yang sarkastik misalnya, atau dalam komunikasi modern diterjemahkan sebagai "Lu orang paham pahamla sendiri la..takkan itu pun nak kena ajar?".
Tapi menggunakan Kinayah dalam penulisan bahasa bukan mudah. Masalah selalu timbul bila kita berhadapan dengan budak budak yang slow pick-up dalam menghurai perkara 'bloody ambiguous' sebegini. Mereka akan pandai pandai mem-'bloody obvious'-kan perkara yang sepatutnya ditakrif dalam konteks 'bloody ambiguous'.

Celake!, macam rumit pulak penerangan gua ni.

Ok macam ni; contoh:
Bila gua tulis:

"Kalau nak dekat diri pada Allah, pergi la masjid dengar ceramah, sembahyang jemaah..bukan pergi dengar konsert maher zain!..Kahkahkah!"

Yess!, bloody obvious- nya..seperti yang gua tulis tu la.

'Bloody ambiguous; nya pulak:

"Kalau nak dekat diri pada Allah, buatla benda benda yang sepatutnya, lebih afdhol, lebih aula..berbanding pergi melangut di konsert maher zain"

Apa yang sepatutnya?, apa yang afdhol?, apa yang aula? - ikut suka la apa benda pun..asalkan maksud arahan tu sampai.

Shit!, takkan hal macam ni pun gua nak kena hurai??, you can't take everything in straight line..
kahkahkah!, ini la yang gua kata payah bila berdepan dengan adik adik slow pick up. Semua nak kena bantu, semua nak kena terang satu satu. Lotiihhh!!!

Lagi satu bila gua tulis:

"Makwe makwe yang terkinja kinja pergi konsert maher zain sebab nak enjoy, bukan nak belajar jadi ustazah"

Ni pun takkan tak boleh tangkap?, haiiyooo!!;

When someone say to you: "biar la budak budak tu nak beromen, nanti dapat anak buangla dalam tong sampah"

How do you take it?

For fuck sake, are you taking it as it is??;

My dear,
It's an expression of frustration!!, dont you understand??,

Oh my Lord!, Dah mati ke sense of sarcacsm dalam jiwa manusia?

+++++++

Demn..baru Kinayah dengan Isti'aroh rupanya.
Banyak lagi topik balaghoh ni, tapi gua malas tulis..lu orang bukannya minat bahasa arab pun.

Daripada belajar bahasa arab, baik pergi tengok konsert Maher zain ye tak?

Kahkahkah!

46 Nasihat Ikhlas:

soFie LufFy said...

hahaha..punya la panjang..
rupenyer nak pekena anonymous jer..

amirpo. said...

pandai jugak lu berbahasa arab ye..cayalah!
hahah

Insan Kerdill said...

balaghoh tajuk fasohah paling kejam..tibak dan muqobalah pun lebih kurang~

hidupsantai said...

terbaik.. tapi kalo dah lambat pikap, ko hurai panjang lebar pun x guna gak kot.. baik tgk sin chan.. kahkahkah!

bobp said...

show them index, middle and ring fingers, and ask them to read between the lines...kehkehkeh... wa dah terpengaruh ngan english yg lu pakai dlm entry ni lah...

I want to lose weight said...

tinggi ilmu tul ni..
aku setakat belajar Arab kat sekolah kain hijau je

CERITA LEBAT said...

kah3..gua setuju..padan muka anon itu.

mira edora said...

balaghoh tyme skula dulu mmg aku tak paham satu haram pon, tapi bile ko explen sini, bole plak aku paham. hahaha.
anyway, yes, people these days have no more common sense, apetah lagi la sarcasm sense. semua nak suap depan2.
tu namanya generasi malas berfikir!!

- koroe - said...

bese la tu.typical meleis agak nye..asek nk pk mde bkn2 je.dahla lampi.otak tahap budak2 tadika.

jgn la nk di amek ati ye incik pidomat..

org org tak matang mmg mcm tu..

haha

Anonymous said...

ni mesti pasal komen dalam fan page maher zain neh... kah kah kah.. lu dah makin glamouur bro... kah kah kah! macam pas tukar tiub plak gua.. kah kah kah!

Anonymous said...

ni tak lain lanjutan komen dalam fanpage maher zain la neh... kah kah kah!

hentakbelipat said...

gua xtau nk hurai ape..tapi kalau lu ade depan mate gua dah belanje nasi lemak malis dgn lu.....UYA!

rhazes mohamad said...

ouh..

ni pasal "dakwah bertiket" tu la kan?...

hahaha...

zaman dulu dulu orang berdakwah free...zaman sekarang kena bayar tiket baru dapat hidayah dan keinsafan....

yeah!!...sangat kontemporari

AMENG said...

haha...terbaek...ambik kau~

Anonymous said...

'Yatakallamu al asadu 'an Maaher Zain fi hazal internet.'

cuba i'rab skit!
balaghah tang mana?
ni jinas tam ke ghairi tam?
muqabalah ke thibak?
ke iktibas?

ke, simpulan bahasa?

kahkahkah!

anonmouse said...

kah kah kah!

Kazaztan Team said...

gelak tu dah mcm tukar tiub....tdk pernah belajo bhs arab...tp terkenal dgn sarcasm ye...eehehehe peace...

fdausbakar said...

'dari konsert bawak ke cerita alam kubur,'

tiba-tiba brader separuh umur pakai kain pelikat keluar suara kuat,

'budak-budak muda urban sekarang bagus bawak ke usrah tabligh,'

daLyaanoon said...

umpama Rooney main untuk KL PLUS, ni macamana plak?

Helmi said...

Memang susah nak ngajo org yg xmau belajo.ada je alasan nak pangkah kan.lu ble jd cekgu le.

Syed Idid said...

hagemaru pun faham...bodohnya anynomous....
fanatik tak tentu pasal...
ka sajjarun fi tariq....

Fa-T said...

ahahah... tergelak gua bca ulasan lu... sungguh persis!

Maryam Zin said...

Bagi saya nyanyian dan hiburan bukan medium untuk dakwah tapi untuk berhibur saja.
Tak sunnah lah kalau dakwah pakai nyanyi.

Saya sokong encik.

Bila encik nak komen pasal Tragedi Oktober Bas Delima?
Encik kan hari² naik bas.
Komen la sikit.

Takyah nak sensitif sangat dengan Anon.

V

Maryam Zin said...

Ceh. Sejak bila kena ada owner approval?

Pala Maldini said...

Apa2 hal pun.. Maher Zain gak yang kaya.. dan promoter konsert.. lalalalala

Pared Cibik Buruk said...

sekali lagi
kahkahkah!

anon...anon....

ciktembun said...

Patut lu jadi ustad arab wa dulu la brader. mesti gua masuk UIA dan tidak fobia bahasa arab seperti sekarang.

kakiberita said...

disini pidomat cuba merungkaikan bhwa ada sbhgian dr mrk peminat2 dtg adalah krn unsur2 populis artis tersebut, ia termasuklah aset wajah tampannya. Jd abg pidomat menegur bahawa mereka yang nak datang terkinja kinja tu biarlah dorang dengan niat dorang. Dan para peminat atas dasar islamik yang tinggi tu jika terperasan keadaan macam tu korang tegurlah mereka.. dan rasanya mereka yang kinja2 pun akan jawab “kubur lain2”. biasalah budak muda. Berdakwah agresif dan direct dorang tak minat.. jadi aku nak tanye. mane pergi org org yg sgt islamik tersebut time nampak bdk2 terkinja kinja.. xde spe ke yg nak nasihat secare sihat time tu..?

dr point peminat peminat MZ pula. Ada juga betolnya. Cuma masalahnya disini sekiranya penganjur konsert betol2 nak menyemai konsert bercorak dakwah sejati. Kenapa tak pastikan betol2 susun atur kesulurahan knsert tersebut. Kenapa tak pantau unsur xislamik yg ade. Kalau betol serius nak buat konsert ala dakwah. pastikan arrangement konsertnye dihandle oleh mufti perak. Kalo rase mufti perak xbest gunalah nasihat majlis mufti Negara dalam mempersiapkan majlis yang penuh dengan elemen2 islamik dan dakwah ini. Spt mengasingkan tempat duduk. Dilarang bersuara ketika konsert. Tidak berdiri semasa konsert. Duduk atas kerusi. Lepas abes nyanyi xble bersuara. Jdi kita dpt lht penganjor tidak menepati ciri2 terebut. Malah memang tidak serius pn kearah tersebut untuk intipati konsertMZ itu.. simple.. penganjor nk buat konsert biasa2 bukan berdakwah.

Betol kate pidomat. Konsert itu dianjur untuk tujuan berhibur. Kalau dia nak buat versi sarat dengan elemen2 dakwah. Pasti dia akan memastikan perjalanan dan arrangement perjalanan konsert melepasi piawaian Jabatan Agama Islam atau Majlis Mufti.

Disini kalau kita huraikan panjang panjang kesnye same je. Barah sosial dan gelodak jiwa anak muda. Lu orang kalau dah ada anak didik lah anak elok elok jadi orang yang berguna. Jangan terkejut la bila lu orang garang garang dan tegas nak menjadikan anak korang yang terbaik tapi dorang jadi lagi macam jahanam. Ini masalah sejagat ..

semboyan said...

Gua suspect aplikasi istilah 'Shit!' & 'For fuck sake' dlm entry ni, secara balaghohnye mungkin blh mendekatkan diri kepada Tuhan

nurulfive said...

dasyat essay lu!
gua taraf BAK jek haha

gua.kringet said...

Gua reti cakap "Haiwah!" je...

atiQah raDzal! said...

hebat gila arab tinggi. contoh hebat budak azlan :) haha

mereka yang kompelin tu tak belajar balaghoh kot ! kah kah kah .

Luca De Ketiak said...

lain kali kalau ada anon bagi gua hendel je.

anon equal telekom.

telekom equal apa?

cuba teka adik2..

opocot said...

sambung lagi pasal balaghoh ni.. Memang stailo..

fndrocka said...

gua bahasa arab pun tak pnah blajar kat sklolah tpi boleh je paham apa yg tersurat dan tersirat dlm entri lepas lu tu.tp bagus juga lu ajar bahasa arab ni..

Dzuu Haniin said...

bro..gua minta izin share. kah kah kah..

dulu aku Nora said...

dulu blaja balaghah jugak tp idaklah smpai ingat bab2 dlm balaghah. lho ilmu tggi la bro.congrate!hahah
gwe memang mengamalkan sarcatism dlm idup. manusia rendah pemahaman mmg tak kawan ngn gwe.

Qmal said...

dh xingat langsung dh bab2 balaghoh ni..except yg 'singa dln kelas' tu :D

kabakoga said...

biar la belajar sampai konsert maher zen pun,
lau prangai dah terlanjur,,
anak kucing pun boleh pakai spek mata rayban!!

shiela said...

anon tak paham maksud tersirat ngan entry bro lah..ape2 pun mmg terbaik je entry nih..haha..jd isu lak..adeh..

Anonymous said...

untuk tatapan tuan penulis..

http://saifulislam.com/?p=8699#more-8699

pada saya ada pelbagai cabang dakwah dan MH menggunakan muzik sebagai jalannya. Agak segan bila baca prev komen yg kata MH pretentious etc. Lagu-lagu nya semua memuji & mengagungkan Allah.. keikhlasan MH biarlah urusan dia dgn Allah kan? dan memang ada yang mendapat hidayah mendengar lagu-lagunya mashaAllah!

FYI tak perlu kutuk/kondem orang yg ke konsert MH, mungkin mulanya mereka pergi untuk tgk MH tapi ditengahnya Allah bukakan pintu hatinya, Wallahualam..

Di VC ust Saiful Islam kedengaran beramai2 menyanyikan lagu pujian buat Allah, kita patut tumpang gembira!

kucai said...

lu tembak la anon tue bnyak pidomat..kalu brani xyah ltak anon la weh..pengecut ka..brani kerana benar..takut pasai da salah..toksah dok pkai anon2 dah..bt semak pala ja...

Lee Zha said...

err..pa cik pidaus...

sy ta paham. hehehe

(jujur mode)

mdikhqoi said...

sebenarnya
sindiran kepada anon yang bengong.
nk berhujah tp dok belakang pintu, xnk tunjuk muka.

itu penakut makna.
ada certain hujah anon leh pakai. tp ibarat surat layang, xde sign, xde alamat.

so kalau masuk SPRM pun, surat layang mcm ni, leh buang dalam tong sampah walaupun ada fakta

: Marjan Hananie : said...

terbaik..sungguh metafora.. =) thanks share the link...!

cek chun said...

Hg punya sarcasm sama level mcm aidid muaddib. suka aku baca :) memang gian la wehh