Dalam banyak banyak pot tuang puasa yang gua pernah tahu, takde satu pot pun yang gua konsider rare atau unik menurut pandangan mata kasar.
Belakang almari, atas tangki air asrama, menyorok dalam bilik beg, pura pura sakit dan melepak dalam bilik sakit, masuk kedai mamak ikut pintu belakang, masak megi dalam bilik, menyorok dalam tandas, makan nasi bungkus belakang lorong gelap, masuk kedai makan cina, atau kalau banyak duit sikit masuk restoran jepun, sembunyi belakang peti ais, paling biasa alasan uzur, ini perempuan punya kerja.
Semua ni klise dan tak rare,
Sampaila semalam bila gua berborak dengan adik gua brader farmasi yang balik bebuka puasa di Tg Malim, pandangan gua sedikit berubah.
Adik gua ni kerja farmasi di hospital besar Ipoh. Menurut dia, dekat hospital Ipoh ada pot ponteng puasa yang rare. Ramai dah cuba dan berpuas hati. Tempatnya selamat dan sangat tenang.
Gua cuba membayangkan apakah lokasi rare yang boleh dicuba di sana?, dalam stor?, dalam wad?, belakang kantin?, dalam tandas klinik?,
Berbekalkan kepercayaan bahawa syaitan, iblis, hantu, jin dan segala jenis makhluk halus dirantai sepanjang bulan puasa,
Gua pun ajukan soalan yang sepatutnya gua tanya sejak awal awal tadi:
"Hah kat mana?"
Maka jawab brader farmasi dengan spontan namun ikhlas:
"Bilik Mayat."
Gua mengangguk tanda rare.
*****
Sebagai kesimpulan, bulan puasa ni mengajar kita satu perkara asas yang simple:
"Brader yang tak takut tuhan, bagi lailatulqadar depan muka pun dia tetap tak takut tuhan."
So amacam?, berani ke tak berani nak join geng Hospital Ipoh?

35 Nasihat Ikhlas:
dah srupa mayat... tak guna langsung!
takyah susah2 naik van jenazah dah kan?
kreatif betul dorang...
sekali mayat bangun mintak nasik, baru padan muka...
depan mayat pun xingt mati lagi.
elok2 tgh tuang pose, mati tercekik tiba2 lepas tu baringkan je kt tempat2 yg dh tersdia tu. hahahah=D
mmg otai...tabik spring kat Hospital Ipoh
guan nak join. hahaha
hoho...memang rare sangat tempat tu :)
Macam haram.
gila...tempat mcm tu pown boleh lalu makan lagi...haih..hahaha
adik aku pun kerja di hospital ipoh jua.adik aku yang bongsu pernah menginap sekejap dalam bilik mayat tu sebelum dikebumikan.
pergh...bilik mayat memang tenang level gampang punya..
bagi la mayat-mayat tu mkn skli.
errr baru lalu semlam depan hospital ipoh. lupa nak try hee
sgt rare -..-
sekali mayat pun baca, "Allahumalakasumna wabika....
aduhhh...
tak tau nak kata apa.
memang rare.
huhuhu
sunyi sepi je port nak ponteng pose ea...
woi,ko dah bocorkan rahsia besar hospital ipoh beb..aduhh...huhuhu
tgh2 mkn, tetibe mayat idop... korg plak mati tercekik...hahaha
tak rare langsung la
biasa saja...
-Tengku Rak-
member gua keje bilik mayat, slumber x puasa macam mana ? nak kasi ajar ke ?
gua ingat nk report kat pakcik gua yg keje kt sana..
mmg terbaik lah pot tuang posa tuhh. nak makan sambil tgk post mortem pun bolehh.. HAHA ;D
nasib baik tak dalam tandas.
hahahahaha...xtertelan kot klau makan lam bilik tu
kang mayat2 tue join skali..
lagi rare kalau jenis mandi lombong sampai kembung perut
bagi lailatulqadar depan muka tu mende ape?
erk, macam tu mayat takut kat diorang la.
lu punya blog ke ni?
http://fdausahmad.blogspot.com/
-anis-
Anis
Yes. Itu 2nd attempt, pun barai.
rare...
seyes rare!
ha ha..... memang rare habis lah!!!!
ada yg lagi rare dari yg ini..lu tak jumpa lagi....
Post a Comment