Tuesday, May 11, 2010

Kuala Lumpur City Centre


7/05/2010

Gua sampai di LCCT kira kira pukul 4 pagi. Dalam dewan ada beberapa orang putih tengah sedap layan tidur atas papan peluncur air. Papan peluncur jadi tempat lapik tidor gua anggap sedikit tak patut la, orang melayu pun tak pernah buat perangai macam tu. Jos, Awie, tebat dah ready tunggu gua. Awie melawa betul dengan seluar petani Indonesia beli sepuluh ringgit. Masing masing galas beg muka penuh harapan, nak tengok negeri Guangzhou.

Di sebelah kiri yang tadi banyak kerusi kosong sekarang dah tak kosong. Ada 4-5 orang pemuda melepak sambil bergurau tepuk bahu. Jos kata itu kawan kawan abang dia, join sekali pegi Guangzhou. Kami pergi menuju ke arah geng abang Jos dengan niat nak ber taaruf apa yang patut. Mula mula bersembang biasala, kekok. Cerita cerita pun tak berapa nak ngam dengan jiwa. Ada sorang ni kerja kawasan Putrajaya, paling friendly la dalam ramai ramai yang ada. Gua sembang dengan dia pun sebab dia tegur dulu sua tangan nak bersalam. Kalau harap gua tegur memang payahla, perangai gua kan jenis pendiam.Pemalu pulak tu.

Suasana persekitaran dah mula bising, makin ramai penumpang pesawat masuk ke dewan berlepas. Ada bawak beg pinggang, ada yang tarik beg besar macam lari dari rumah, yang makwe makwe pulak bergaya dengan spek mata hitam bingkai tebal, padahal jam baru pukul 4 pagi lebih sikit, cuaca pun panas panas aircond 22 darjah, baju seluar tak usah cakap la, stailo bukan main, gua fikir nak pergi mana stailo sangat sangat ni?, naik AirAsia je pun.

Orang putih yang tadi tidor pakai seluar pendek atas papan peluncur sorang sorang gua nampak bangun menggeliat sambil 2-3 kali tengok jam. Mungkin masa penerbangan ke Langkawi dah hampir tiba. Fokus gua yang dari tadi asyik mengusha gelagat penumpang yang berpusu masuk ke dewan tiba tiba terganggu dengan teguran susulan brader Putrajaya.

"Kerja mana?" - tanya beliau sedikit perlahan.

Dalam hingar bingar manusia gua balas laju, tangkas dan sekali nafas:

"KLCC".

Soalan jenis tanya gua kerja mana ni kalau gua jawab memang separuh hati.

Brader Putrajaya mengangguk kepala tanda respek. Muka macam tak berapa nak percaya. Gua kuntumkan sekuntum senyuman pada beliau sambil mata melirik makwe pakai spek hitam bingkai besar yang tengah buat self-check-in berhampiran tiang sebelah.

"Err..Manager ke?" - Brader Putrajaya masih berusaha berbual dengan gua.

Gua senyum lagi. Kepala gua geleng tiga kali.

"Takla...kerja biasa biasa saja..." - Gua balas acuh tak acuh.

Jam dah mengampiri ke pukul 4.30 pagi. Abang Jos selaku ketua rombongan sound semua suruh gerak sekarang untuk beratur check in masuk beg. Gua berjalan paling belakang seiringan dengan brader Putrajaya.

Dari belah kiri brader Putrajaya bertanya perlahan tepi telinga gua dengan wajah tersengih.

"Errr...nanti bila bila aku pegi bawak family boleh la kau bagi diskaun".

Gua teruskan langkahan walaupun dalam hati ada rasa tak paham. Mamat ni nak pergi mana?, apehal nak mintak diskaun kat gua?.

Gua diamkan diri. Urusan check in berjalan lembab. Hal brader Putrajaya mintak diskaun memang disturb kepala gua yang sedang beratur. Gua pusing belakang sikit pandang brader Putrajaya.

"Ehh beb..tadi lu cakap nak bawak family mintak diskaun tu apa benda, gua tak dapat tangkap la.." - Gua kerutkan kening tak tunjukkan yang gua betul betul tak faham.

+++

Brader Putrajaya tersengih sengih. Mungkin dia ingat gua cuba bergurau. Untuk membetulkan keadaan, beliau ajukan lagi satu soalan pada gua.

"Kau kerja KFC cawangan mana?"

+++

Tanpa ragu ragu, gua tangkas keluarkan pemutar sardin dalam beg galas lalu gua rodok dada brader Putrajaya sampai dia tak boleh bernapas. Padan muka!.


p/s: Sekarang baru gua tahu, kalau sebut KLCC laju laju boleh keluar bunyi KFC rupanya. Memang tak patut!

32 Nasihat Ikhlas:

sevunation said...

ist..ahahaha

sevunation said...

silap..aku nk tulis 1st td..ni sume kerana terlalu excited..arap maklum

stiffler said...

bwhaha..macam celaka perangai..main rodok rodok dada orang..hahahah

jo said...

hahaha...layankan aje la..apa ade hal..glemer tau kerja KFC tu..

LANN said...

MACAM HARAMMMM!

cik gObu said...

hahaha segar bijik mata layan blog lu nie

otak ketat said...

err. nak diskaun gak eh. hahaha.

labizzwkshop said...

gua try 2-3 kali..eh betul la jadi kfc..

Azrul Hisham said...

hahaha...siot je...

pB said...

alahaiiii....

sebelas said...

terbaekk.......hohoho

.::WaNiE::. said...

hahaha ko ampunkanla pagi2 buta tu pendengaran dia tak berapa bagus lahhh

ahahahha

Fa-T said...

gua gelak je laa...
ahahahahaha

gadis sebelah pintu said...

kahkahkahkah. mcm haram punya lawak!

Apit said...

naseb bek brader tu x tny, keja kfc kt mana?haha..

AjuA said...

"kerja biasa..biasa.."

mesti dia ingat lu basuh ayam.. hahah.. tak pun buat koslow..

syat said...

klcc pom ade kfc,2 dia ingt lu keje c2..hahaha

syat said...

klcc pom ade kfc,2 dia ingt lu keje c2..hahaha

siggplus said...

apsal lu tak amek gamba aksi brader putrajaya kena rodok

Khairi said...

Ooo patutla. Memang la kalau jadi manager KFC dapat sebuku kupon diskaun tu huhu.

Kenapa KLCC? Cakaplah I buat MLM. Tengok wajah dia mcm mana haha.

ayobkelubi said...

lu rodok dada watper..rodok 'syhness' dia jek..baru dia tahu..cilakak

Nur Wajdan said...

kata cikgu kuala kubu ikut sekali. manenyer? tak disebut pun dlm entry...

redplasticbag said...

aku musykil apa kau buat sampai bawa pemutar tin sardin prgi lcct

nur_nj said...

oooo baru aku paham, klcc = KFC... hahahha... boleh lak cm tu eh...

NenekPenne said...

kalau gua pegi KFC, lu bagi gua makan free eh... :P

hang nadim said...

Kalau lepak Klcc boleh mkn freee laa lagu nii

hani said...

lawak siotttt....
mmg x bley blah r.....

IbuAzroy said...

kah kah kah. ko mmg klako. aku klau nk hapi kena bc blog ko la. tp aku nk tanye, best x dpt rodok perut org? klau best, aku NK TEST GAK.

Mahadaya said...

Kebangkitan agama tuhan dan takkan melayu hilang di dunia. http://1asalama.blogspot.com

Hidemichi said...

tu KFC tertinggi di dunia..

makcikrehan said...

aku laki bini gelak ampai kuar air mata! hahahaah kehepci peginya!

encikchekodok said...

aku terasa sebab aku keje KFC ,
tp sumpah lawak la dol,
hhahah