Tuesday, March 9, 2010

Iman dan Lojik


Masa Maulidur Rasul baru ni, gua ada dengar dekat radio kereta satu ceramah pasal Maulidur Rasul. Gua dengar..gua dengar..gua dengar..

Sampaila pada satu scene, penceramah kata macam ni lebih kurang:

"Sarjana barat, Michael Hart buat kajian..Rasulullah orang paling berpengaruh dalam 100 most influencial people in the world..tengok, orang kafir pun respek Rasulullah".

Michael Hart tulis buku tahun 1992, kiranya sudah 18 tahun hal orang kafir me-respek Rasulullah menjadi bahan ceramah, usrah, halaqoh untuk menaikkan semangat orang orang Islam. Sesetengahnya merasa bangga sebab Jesus Christ, atau Siddartamha Buddha jatuh ke tangga bawah, di bawah Rasulullah.

Gua tak tahu la orang islam terutamanya kat Malaysia ni sedar atau tak sedar, hal meranking Rasulullah bersama orang orang kebanyakan ni adalah silap akbar.
Macam mana kita boleh terima orang mensamakan Rasulullah kekasih Allah yang maksum dalam satu kategori manusia biasa?,tak kiralah nombor 1 sekalipun. lancau bukan?
Ingat, beriman dengan Rasulullah bukan dengan meletakkan rasulullah nombor 1 dalam ranking manusia biasa.Jangan jadi bengap!.

Ok, tu satu contoh je dalam banyak banyak contoh yang ramai tak sedar. Macam hal hal mukjizat Allah yang dibuktikan oleh para saintis demi memberi lojik pada akal. Ini lagi satu benda mengarut. Mukjizat adalah Mukjizat. Tak payah nak beri bukti saintifik supaya orang kafir percaya. Bukti saintifik yang mengarut dan merepek hanya memberi peluang untuk orang kafir berfikir yang hal mukjizat boleh berlaku kalau kena gaya. Geng, Mukjizat Allah adalah Mukjizat Allah. Takde penjelasan saintifik. Ini soal iman. Bukan semua benda boleh pakai lojik. beriman dengan benda ghaib, salah satunya mukjizat. Paham?

Point seterusnya yang paling gua menyampah ialah perangai taksub. Ini selalu gua perati bila datang hal hal berkaitan Hadith. Pantang sebuat Hadith Bukhari Muslim..ok semua percaya!, Bila ada orang persoal Hadith Bukhari Muslim, semua melenting. Ok macam ni, gua menghormati Hadith Bukhari Muslim sebagai rujukan terutama selepas Al-Quran. Gua takde nak pertikai. Cuma bila gua buat sikit eksperimen, gua rasa ada masalah sikit dengan cara berfikir orang orang kita ni. Gua pernah tanya sorang member ahli masjid:

"Lu percaya Hadith Bukhari Muslim, berapa percent?"

Laju dia jawab : "100 percent!".

100 percent ni makna dia apa?, makna dia kepercayaan brader berkenaan terhadap Hadith Bukhari takde cacat cela, solid, perfect dan takde salah langsung.

Gua tanya lagi:

"lu percaya hadith Bukhari, dengan lu percaya Al-Quran, sama level?"

Haaa..dekat sini dia sangkut. Dia kata dia percaya Al-Quran lebih lagi dari dia percaya hadith Buhari. Macam mana pulak tu?, tadi kata percaya 100 percent?,

Jadi, point yang gua nak sampaikan dekat sini ialah, setiap rujukan, tulisan, kompilasi naskah, atau apa saja selain dari Al-Quran Al Kareem, mesti ada kesalahan. Kita orang kebanyakan tak boleh nampak apa yang silap dan tak betul sebab kita orang yang kurang ilmu, orang yang berilmu mungkin boleh nampak. Sebagai orang yang kurang ilmu, jangan lah cepat melenting. Bila kita dengar, kita buat rujukan mana yang kita mampu, tanya ustaz ustaz...buat kajian sikit sikit. Orang yang cepat melenting kita nak kenal senang saja, kalau ada antara lu orang yang kata:

"Ehh brader ni dah macam nak mempertikai Hadith...wahabi ke apa ni?!"

atau,

"Woii mangkuk!, lu ingat yang tulis Hadith tu calang calang?, nak dapat satu Hadith sahih sanggup jalan kaki 1000km tengah padang pasir, lu sanggup?..tak reti apa jangan cakap banyak!"

atau,

"Dia ni pemikiran liberal sangat..semua nak persoal!"

Gua nak beritahu, zaman sekarang mungkin takde ulama yang cukup authority nak mensalahkan Hadith, terutamanya Bukhari Muslim. Kalau ada pun, nanti kemudian hari dia jadi musuh masyarakat sebab menentang status quo. Atau jalan paling senang, orang akan kata sapalah Ulama berkenaan kalau nak di banding dengan ulama dulu?. Isu ini gua tak mahu sentuh, sebab tujuan gua bukan nak mensalahkan atau mempertikaikan. Tujuan gua lain. Gua bagi satu analogi:

Dalam sifat nombor, kalau nombor mula dengan 1, berakhir dengan infiniti. Atau bermula dengan negatif 1, berakhir dengan negative infiniti. Semua orang yang belajar matematik sampai tingkatan lima tahu. Kalau ada yang tak tahu, pegi amek air sembahyang.
Infiniti tu apa?, infiniti tu lebih kurang maksud dia 'tiada pengakhiran'. Lojik ka nombor takde pengakhiran?, dari aspek akal, gua boleh kata lojik. Tapi kalau kita bebalik pada konsep iman, sifat yang takde pengakhiran cuma sifat Allah. Perkara perkara lain hidup atau mati, mesti ada pengakhiran. Secara keimanan, kita kena percaya dalam hati, nombor infiniti ni mesti ada akhirnya. Sama konsep macam Hadith tadi, lojiknya kita tahu takde kesalahan, tapi keimanan dalam hati kena tetap..tiada naskah yang sempurna melainkan Al-Quran. Bila hati dah tetap, fikiran kita akan terbuka dan tak jadi jumud.

Dapat?, ke tak dapat?,

Kesimpulan dia, jangan cepat tuduh gua bukan bukan..gua sepak karang.

Lagi satu contoh, dulu masa gua sekolah, gua ada baca Rasulullah pernah kena sihir selama beberapa hari. Kiranya nak beritahu yang sihir tu betul betul ujud dan Rasul sendiri pernah tekena. Ok, masa gua baca, mula mula gua percaya. Tapi bila gua dah besar sikit, jumpa balik cerita rasulullah kena sihir, gua fikir fikir balik...rasa macam pelik.

Kenapa Rasulullah yang maksum, yang ada beribu malaikat keliling beliau, segala kehidupan rumput rampai, batu bata mendoakan beliau, ada mukjizat, kekasih Allah...boleh kena sihir dari perbuatan kafir quraisy?, apa lojik rasulullah kena sihir?, Apa motif dan implikasi positif yang kita dapat dari cerita Rasulullah kena sihir?.

Sedangkan kalau Imam masjid negara kena ilmu hitam pun kita macam tak percaya.

"Isshh..takkan orang alim ulama kena ilmu hitam?" - lebih kurang camni la dialog dia.

So kenapa bila Rasulullah kena sihir, semua boleh ikut percaya tanpa soal siasat?

Oklah gua pun malas tulis panjang panjang sebab gua tau lu orang bukan baca sangat. Kalau gua tulis hal begurau begurau tu lu orang suka la kan?. Kehkehkeh.

Tapi, kalau ada masa, fikir la balik apa benda yang gua cakap. Kalau salah bagitau, dapat pahala.

Esok ni gua nak pegi Bangkok. Ada nak kirim apa benda bagitau dengan wang, bukan dengan air liur.

Chow!!

66 Nasihat Ikhlas:

oranglidi said...

wuh, no komen. ni buat wa nak pegi rujuk dengan drH. ni.

Anonymous said...

best entry kli ni..skali skala ad entry cmni bleh muhasabah diri..
krim slm kt bangkok jela..jgn lpe update blog slalu...

Mr K said...

Aku pernah baca buku tu. Abang aku beli. tapi cover dia lain sikit.

fecca said...

infiniti bukan bererti xda pengakhiran...

tapi apa yg saya faham, infiniti tuh seperti pengakhiran yg tidak ditetapkan.. means, limit nya yg buley berubah2...

spt range (1 , +ve infiniti)
nombor '+ve infiniti' buley jadi nombor 1000, 1 juta atau sebagai nya...

pegangan & rujukan kite sebagai muslim ialah Al-Quran & hadis Rasulullah S.A.W... ada kala, hal2 kecil tidak dinyatakan dlm Al-Quran & Hadis nabi... maka, hadith2 selain itu akan dijadikn sumber... berapa % buley dipercayai tuh, perlu diajukan soalan kpd yg benar2 mengkaji Al-Quran, Hadis Rasulullah S.A.W, hadith2 bukhari muslim dan sebagainya... jgn ditanya dgn mereka yg cetek hal agama spt saya, maka jawapan nya pasti mendatangkan ketidakpuasan hati...


sekadar sebuah pendapat dr suara kecil blogwalker spt saya...

p/s: salam kenal saudara firdaus..

=)

nama saya aslina said...

uhh...gua pun macam penah baca je kisah Rasulullah kene sihir tu... tapi diam2 je la antara percaya dengan tak...cuma berat lebih ke tak percaya tu je la...

apapun gua suka entry lu kalini. at least apa gua pikir selama nih, ada jugak orang yang berpengaruh dalam dunia blog macam lu pun pikir benda yang sama...

dila john said...

insap nih...
aku baru nak tau apa yang kau pikir pasal Rasullullah kene sihir.
orang da baca best2 tak nak tulis lak.
hoho

Anonymous said...

aku suker entry camni... bleh bg latihan kritikal kpd otak..

aku ade persoalan yg berlegar, aku aritu dgr ceramah kat oasis, penceramah tu kate klu mazhab shafie bile nk berdoa kne gune bahasa arab, klu tak doa tak diterima... aku terkejut siot.. btul ker??? ade sape2 bleh bagi pendapat pd aku yg cetek ilmu agama ni...

Khairi said...

gua kena wat rujukan la sebelum komen. nnt salah komen.

Rasulullah tu manusia biasa, yang gua tahu.

Mukjizat Allah boleh dilojikkan, tapi bukan pada lojik akal. Kita ada IQ, EQ, SQ, AQ dan mcm2 lagi term lojik.

Selagi kita tak jumpa sempadan dunia, lojik is ilusion hehe.

Kalau time ulama dulu, enjin kereta tu tak lojik. Tapi orang zaman sekarang masih juga taksub dengan ilmuwan lama. bukan gua nak kata mereka itu salah, tapi ijtihad mereka zaman mereka, ijtihad kita? Tak perlu? Heh... kesian..

beloglala~ said...

gua setuju ini post:)
syabas:)
haha

nurulfive said...

gua terpana lalu berpikir ape yg gua nk komen. tapi lu salahh...gua bace sampai abes entry lu neh.

bagus2...meng'aktif'kan balik minda gua dh dok bekuu je.

Mista Blogga said...

tak juga bro.. kita mesti yakin 100% pada hadis, sama dengan kita yakin 100% pada al-quran..

tapi keyakinan 100% kita pada hadis mestilah selepas kita tahu hadis tu hadis sahih yang kuat seperti sahih muslim tu..

ada byk lagi hadis hadis lemah yang boleh dan perlu didebatkan.. tak salah kalau debat hadis2 mcm ni..

ini pendapat aku saja.. orang lain boleh tambah dan tolak mana2 yg perlu..

wallahualam..

Korak0ra @rt said...

aku setuju ngan Mista Blogga. hadis sahaih bukhari dan muslim tu bemartabat tinggi. sebab mereka hanya mengumpulkan hadis2 yang betul2 sahih. mempertikaikannya boleh dikira kafir.

yg pasal Rasulullah disihir tu, aku rase x mustahil, sebab, mungkin ada hikmah yg Allah nak tunjukkan kepada umat manusia. klu difikirkan2, nabi saorang yg maksum, dilindungi, dan mendapat pengiktirafan sebagai rasul yg teragung & kekasih Allah, tapi, knp nabi perlu bersusah payah dlm mengembangkan islam, difitnah, dipukul, dibaling najis dan batu..so, kita berbalik pada kes nabi disihir, x mustahil bukan..sebab nabi manusia biasa. diangkat martabatnya kerana dia saorang nabi dan rasul. nabi juga makan, tidur dan berkahwin seperti manusia biasa..
wallahualam..

Did said...

:)
aku kool.
berfikir takde salahnya.
sifat ingin tahu itu yg penting.
malas berfikir itu masalahnya.

Anonymous said...

Brader Korakora,

Ni apa cerita main kafir kafir ni?,

takkan tak percaya hadith sahih jatuh kafir?,
macam mana nak tau hadith tu sahih ke tak?,

Mazhab mana ni brader?

jo said...

kata nak ilmiah-ilmiah bahasa inggeris?


hehehe...

TerraKota said...

Menarik entry ni..

Wa nak masuk part sihir dan bab susah payah dan baling batu.

susah payah dan baling batu perkara fizikal. Hal yang boleh memberi pengajaran.

Tapi bab sihir ni bab pengaruh ilmu hitam.

Nabi kena sihir, lepastu masa kena sihir tu macam mana nabi punya perbuatan?, percakapan?,

Bukan ke itu boleh menunjukkan kekurangan nabi di mata manusia sejagat?.

Kenapa kita perlu bermati matian nak mengatakan nabi kena sihir, walhal hal tu tak disebut dalam Al-Quran?.

Ok tu je..

-aPi- said...

mayB aku ni jahil skit kalo bab2 agama ni,
tp pndapat aku ats bhan2 bcaan n kte ustaz,sihir tu tak kire sape pon bleh kna,
ape yg terjadi mesti ade hikmah n musababnye,
Rasulullah terkena sihir pon ade gak sbbnye terjadi...


maaf kalo terslah..

api72.blogspot.com

I'M NOT mr_PERFECT said...

gempaQ la entry nih...
gua baca hbis bro...!huhu
sbb gua tahu gua jenis suka membaca...
g bangkok kirim salam dah ler bley???

sEmut said...

biasa gua baca entri lu sebelum sebelum ni sengih sengih sambil jeling jeling gutteruncensored.com di tab sebelah. tapi kali ni gua baca 2-3 kali sampai rasa nak berhenti merokok.

ahmadzulhadi said...

http://drmaza.com/home/?p=1032#more-1032

gua pun malas nak komen, tapi cuba baca pandangan bekas mufti dekat link ni..

Pari Dalam Tin said...

terer ar brader.
susah nak jumpa org mcm lu..
dakwah tak semestinya guna ana enta,
kan?

:)

aripsamat.... said...

"telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara...tidak akan sesat kepada barangsiapa yg berpegang kepadanya...yakni Al-Quran & Hadith"...au kama qal.....lu mmg best bro....tabik hormat skali...

Dany Quecera said...

gua nk bersekongkong dgn brader aripsamat.dari kenyataan beliau jika seseorang hamba itu tidak mahu sesat atau lebih tepat terpesong menjajau berpeganglah kepada Al-Quran & Hadith.Al-Quran di sebut dulu bru hadith.bermaksud rujuk Al-Quran dahulu baru hadith.

contohnya seperti solat.didalam Al-Quran hanya dinyatakan kita perlu bersolat tapi tiada cara untuk mengerjakan solat.dalam hadith ada menceritaka cara untuk bersolat.adakah ini tidak mnunjukkan Al-Quran da Hadith perlu seiring dan memerlukan satu sama lain?wallahualam

Tempat Sembunyi Lipas Kering said...

panggilan haji....
kini tiba lagi....
menunaikan ibadah....
panggilan baitullah....

aku baca entry ni sambil nyanyi nasyid....

don mufasha said...

Salam... bro, kali ni lu punya mantik memang tinggi, terkesima tatkala membaca segala hujjah2 lu tadi. Memang teguran lu ada asas, sebab orang islam mudah termakan tipudaya musuh hanya dengan bku seperti itu, sehingga kita lupa saudara kita di palestin masih berperang dan dianiaya oleh israel laknatullah dan supupu2nya. Tapi gua rasa kurang setuju kalau kita nak komplen berkenaan hadis dari riwayat yang masyhur macam yg lu bagi. Sebab 4 mazhab semua rujukan daripada perawi tersebut, kalau pun mungkin berlaku kesilapan ialah pada hadis dhaif, sebab tu dia ada kategori hadis, ada yang sohih, sohih lagi hasan, hasan, dan ada yang dhaif. selalunya selain dari dhoif kebanyakannya selari dengan Koran.... yang lain gua rasa semua gua setuju ngan hujjah lu... mantap...

janggout said...

ok sudah. jangan gaduh2 lg. nk kne sepak?

kitadanwang said...

tak salah utk bertanya.
tak jatuh kafir pun...

yang penting kita percaya pada rukun iman ada 6, rukun islam ada 5. tolak 1 jadi kosong

caya la lu.
budak KISAS

kakak said...

emm. nasib baik wakil ibu2 datang. boleh bg ceramah. lain kali bagi lagi ye.

ohh. pergi bangkok. jangan lupa beli pulut mangga. kalu beli d airport, mahal. lagi satu, maxi, dress, dan handbag, memang murah, trendy, lagi uptodate compare dengan KL.

tak mau order. bagi tau je, supaya boleh beli untuk cikgu k.k. bharu

pESAwah said...

oh..!
aku setuju dgn Mista Blogga dgn bawah die tu.

Tapi entry ni aku bace je sampai abis. wah. mantap pemikiran. mari la berpiker. berpikir lebih baik dari seribu solat sunat. eheh~

apis said...

salam bro daus.membace entry lu buatkan gua berpk sejenak.biase kalau bace blog lu gua guling sorang2 sambil intai pintu.takut ade org nmpak perbuatan gile gua. nasib bek mlm ni neuron2 kate gua kene bijak sket.Alhamdulillah ade insan mcm lu punye satu kesedaran untuk menyedarkan makhluk yang lain.

bagi gua, kes pasal ranking2 tuh.x menjadi satu isu.jgn salah interpret.ape yang gua nk cakap ialah, itu ranking yang dibuat oleh orang KAFIR.jadinya, diorang memang mengiktiraf sapa sebenarnya baginda Rasulullah. ape yang ulama tuh cakap(dalam ceramah dia la) nk bagi perumpamaan betapa orang kafir pun acknowledge pasal Rasul kesayangan kita. bagi umat Islam, ye, mmg bodoh kalau kite nk buat ranking tuh. sebab baginda Rasulullah memang x de bandingan dengan makhluk Allah yang lain. Bagi gua, kritikan ke atas penceramah tu kurang tepat. dia hanya memperUMPAMAkan bukan mengambil seratus peratus fakta tuh. cuma nak bagi orang Islam bangga dengan apa yang kita ada. lain2...no komen.gua pun jahil lagi.


-blogwalker yang masih jahil-

p/s: gua dah abis bace sume blog lu.blanje gua teh ais satu.!!

Anonymous said...

Nabi da cakap...dia tinggal 2 menda kat kita ni....

Al-quran dan hadis.

So,takda menda nak belit-beli soal 100% ka tak.Percaya al-quran 100%.Tak faham ayat dalam Al-Quran,rujuk hadis yang berkaitan dengan ayat al-quran tersebut.Contoh,pasal solat.Takdenye dalam quran sebut detail macam mana nak solat.Semua tu diterjemahkan oleh Rasullullah dalam perbuatannya.Perbuatannya pula dirakamkan dalam hadis-hadis soheh.Dirakamkan oleh para sahabat rasulullah S.A.W sendiri.Contohnya Abu Hurairah.

Orang yang riwayatkan hadis ni,diorang dekat dengan rasulullah S.A.W.Diorang hidup dengan Rasulullah.Diorang perhati Rasulullah dalam kehidupan dia.Hidup dalam zamannya.

Jadi,siapa kita ni nak pertikai menda macam ni? Dah la jauh dari zaman nabi.Pengaruh budaya lain pun dah bercampur aduk dalam islam kita.Contoh? Bersanding tak ada dalam islam kan? =)

Tugas kita,cari sumber yang paling tepat dan betul.Buang hadis yang lemah.Teruskan mengkaji al-quran berpandukan hadis-hadis soheh tadi.

Simple kan?

Kenapa perlu rumitkan keadaan dengan persoalan yang tidak membantu seperti ini?

Oh ya..rasulullah kena sihir? Hehe..kalau Allah lindung nabi kita sampai semua menda tak boleh cederakan atau sakiti Rasulullah,apa kesannya? Kesannya mungkin rasulullah menjadi sembahan disebabkan 'kehebatannya' itu.

Tuhan nak bagi ujian kepada Nabi.Cuba baca macam mana cara Nabi sembuhkan diri selepas kena menda sihir tu.Kalau kita fikir betul-betul,nabi kena ujian pun,hatinya teguh pada Allah.Fikir ke arah positif.

Ingat.Syaitan gilababi punya tricky.Jangan main-main dengan akidah camni.Syaitan idup terlalu lama.Sangat berpengalaman dalam menyesatkan manusia.

Teguhkan hati.Pegang al-quran,pegang hadis.

Setel.

Anonymous said...

SAYA SUKE ENTRI INI :)) (2nd time komen)

SUXX said...

gua suka lu tulis mcmni. gua tabik.

Anonymous said...

beb bab rasulullah kena sihir tu boleh je nak percaya
rasulullah pun manusia, pun jatuh sakit bukan?
wa pnah baca gak antara hikmahnye utk bezakan manusia dgn malaikat apalagi taraf tuhan

pnah dgr citer rasulullah tertinggal/terlewat sembahyang..? lu pikir sndiri, gua x smpt carik nas2 suap lu

..nOWa.. said...

berpeganglah kpd hadis dan sunnah..semoga mati kita dalam islam..(mana budak2 usul fiqh ni?)

مريم أبو أحمد said...

kena mengaji ulum hadis. erk!

syuhaida abraz said...

bro..
entri ni sgt bagus sekali..
try tgk the arrival kt utube..
bnyak lagi info lu leh baca

hajarr said...

hmmmm.
pada saya infiniti bukanlah nombor yang tiada pengakhiran. ia cuma nombor yang terlalu lalu besar or terlalu lalu kecil secara relatif dengan permasalahan nombor itu.

Jadi, sesiapa yang memang percaya bahawa infiniti itu nombor yang tiada pengakhiran, jaga jaga, itu dah kategori menyamakannya dengan sifat Allah.

yang lain lain, aku tak pandai sangat nak komen. QS waktu spm pon cukup makan je.

GeNgKaPaK said...

just nk bg pndapat..

dlm bab quran n hadis ni kte mmg xleh nk pertikaikn...ni dlm bab naskhah n mansukh..

al-quran boleh tolak hadis,tp hadis xleh tolak quran.sm jgk ijmak ulamak n kias..2 gunanya kte kna tau 4 turutan ni..quran..hadis..ijmak..kias..

xsume persoalan trjawab dlm quran,jd dtgnye hadis sebagai rujukan..klo dlm hadis xde,dtgnye pndapat ulamak lak..cm2 la seterusnya...

jadi kte kna wajib percaya ke semuanye...

lg 1 nk jwb ckt ade yg brtny psl doa dlm bahasa arab 2..doa ni xksh dlm bahasa cmne sekalipun,asalkn ikhlas..sbb allah mengetahui segalanya,kte br psg niat je allah dh tau..2 lom doa lg,jd pikir2 kn la..

sori klo trsilap,hrp dpt tnjuk ajar

.::WaNiE::. said...

sebagai pembaca tegar blog engko dan peminat tegar penulisan engko, baik bergurau atau tak aku baca tetiap patah perkataan ok..

thanks for sharing !

melur said...

serius entry lu kali ni bagus! orthodox mmg kat mane2 even ko pegi amerika pun ada orthodox dari berbagai agama.

kat mana2 pun sama.

sedih kan?

Anonymous said...

Gua ada satu teka-teki.

Sapa yg cipta sistem nombor & teori infiniti, bro?

Kalau lu rasa manusia yg cipta, maknanya manusia mampu cipta something yg takde pengakhiran la, kan?

Lu biar betul , bai.
Manusia yg ada pengakhiran mampu cipta sesuatu yg takde pengakhiran. Apa pendapat lu?

Gua kasi contoh analogi.

Dari segi logik akal,

Lu rasa syurga & neraka ada pengakhiran tak?

Kalau syurga & neraka dicipta untuk tempoh infiniti, lu rasa sama tak dgn sifat Allah yg takde pengakhiran?

Adila Ady said...

aku suka entry ni.
=)
nak lagi.

Anon pemerhati said...

Anon atas Adila,

Gua baca dari semalam..tapi pagi ni rasa nak komen..

Lu dah salah konteks ni,

syurga neraka tu hal ghaib..

Infiniti ke tak infiniti ke kita wajib percaya...Rukun Iman : mempercayai perkara Ghaib.

nombor tu bukan perkara ghaib, bhai?

Anonymous said...

encik tapa mengkomen:

Allah telah berfirman dalam Al-Quran:
"sekiranya kamu dalam keraguan maka kembalilah lepada Allah dan Rasul-Nya" (kalu tak silap aku lebih kurang gini maksudnya).

Nabi telah berpesan:
"Aku tinggalkan kamu 2 perkara yang mana kamu tidak akan sesat sekiranya kamu tidak meninggalkannya, iaitu Al-Quran dan Sunnah ku"

jadi kesimpulannya kita ni yang mahu golongkan diri dalam kelompok Yaa Aiyuhallazii Na Aamanu...


* * * * * * * * *

iris said...

salam en.firdaus...

sile komen pulak bg komen-komen yg diberi...

salamm..

Amrixxx said...

salam..
pd pendapat aku..
nabi saw manusia biasa..
dah baginda pun pernah cedera mase peperagn serta wafat..

so,wpun rasulullah maksum..semer menda2 ghaib adelah dari Allah swt.. dan nabi xkan tahu melainkan dari Allah swt & malaikat jibril..

pasal rasulullah kena shir tu byk gak aku bace dari hadis2.. kesan dari rasulullah kena sihir ni ar surah Al-falaq diturunkan.. wallahualam..

MAKCIK REHAN said...

Gua rasa mcm nak sujud sahwi selepas baca entry ini.

FdausAmad said...

err,

Pertama sekali gua nak bagitahu,
Gua tak jadi pegi Bangkok ini hari..kensel sebab RedArmy protest, tangguh ke hari muka.

Kedua,
Gua tengok banyak sangat komen berbahas sesama sendiri, ada setuju, ada tak setuju,ada mengulas, ada membetulkan.

Perghh!!,

Gua pun tak tahu nak balas yang mana satu.

ketiga,
Malam tadi gua tak tido satu malam sebab tercedera main futsal lalu gua pekena teh pada pukul 2 pagi.

err..ok ke gua bagi respond macam ni?:)

Anak Bapak said...

Bab2 mcmni perlu bersemuka dan berbincg dan berhujah agar kefahaman selari dan mengikut hukum syarak.

1. Jgn cepat melenting dan taksub dgn sesuatu ilmu..meskipun ilmu tu sahih dan benar bilamana berjumpa dgn org yg jahil yakni tak fhm jgn cepat melenting dan panas hati ngatakan org ni teruk org ni jahil...inilah peranan kita utk berdakwah smpaikan apa yg kita fhm apa yg benar...dlm apa2 hal..jgn melenting..sntiasa sbr dan bertindak dgn tenang..

2. Ada riwayat berkenaan Rasulullah kena sihir...kalau tak silap sanadnya betul dan periwayatnya sahih...setiap apa yg Allah turunkan wktu tu adlh sbgai pngajaran..mcm ayat2 Al-Quran..setiap satunya ada asbab nya (asbabun nuzul- bleh cari kitab ni dan baca) berkenaan rasulullah saw kena sihir..Allah nak tunjuk bhwa Rasulullah itu manusia biasa....cuma kelebihan baginda dr segi sifat dan kedudukan berbeza dgn manusia yg lain..wallahu'alam

3. Kalau ada masa lapang....rajin2 la baca hadith..rajin2 la baca tafsir Al-Quran..dan belajar bhsa arab....dan cari guru belajar Fiqh Hadith...

4. Sentiasa berlapang dada dlm menerima ilmu dan sentiasa mengkaji setiap ilmu dan info yg masuk..dan jgn sesekali terima membabi buta.....sbb itu byk kali Allah sebut dlm Al-Quran..agar kita berfikir....

Semoga Islam kembali memerintah dunia....

Qmal said...

salam
sekadar pandangan...

pasal buku:
tu buku org kafir yg punyer...kita jgn buat sudah..penceramah tu guna as perumpamaan jer..bukan nk suh kita ikut buat ranking gitu

Nabi kene sihir:
Rasul kita hanyalah manusia biasa..dlm Quran ada nasnyer
Maksumnya nabi adlh atas sgl dosa bukannya maksum atas sgl kejahatan dunia
Rasul sbg contoh n teladan- so jadikan Surah Al-Falaq pelindung diri dr sihir

hal Hadith Sahih plak:
Rujukan stp muslim:
1st rujukan Quran
2nd Hadith Sahih (Bukhari Muslim)

Kalo nk pertikai mana2 hadith sahih boleh..caranya:
1st rujuk Quran..kalo xder
2nd Hadith Sahih

Simple jer kan
Xyah nk runsing2 percaya 100% ker 200% ker


ada soklan:
alquran kalam dr Allah..tp xditurunkan alquran tu spt quran2 yg ada skrg...ianya ditulis semula..bukan Rasul yg tulis...tp sahabat2...ttp ditulis oleh manusia...mesti ada cacat cela kan??kene pertikai gak ker??

satu lg...kalo sakit kita jumper doktor.knp??sbb doktor la pun yg pakar dlm hal2 sakit ni. Bila doktor bg ubat..kita xtanyer plak'doktor bg ubat ni..mana nas nyer...dr mana doktor tau?buku mana doktor rujuk?'


just pandangan...xnk terima pun xper :)

FdausAmad said...

Err..

Ustaz ke ustazah Qmal ni, nama macam ustazah..

kehkehkeh..

Emm gua cuba jawab sikit sikit ye,

Surah Waqi'ah ayat berapa gua lupa,

"innahu laqur aa nun kareem, fi kita bim maknuun" - lebih kurang maksudnya al-quran TERPELIHARA. Terpelihara dari kesalahan dan kesilapan.Jadi, no issue kot.

Perbandinagn Doktor,ubat dengan perbandingan mencari kebenaran agama..errr, gua rasa macam tak kena. Agama itu Aqidah, Doktor dan ubat..macam takde priority dalam kehidupan beragama.

woii woii sudah jangan tanya gua macam macam..Gua bukannya pandai sangat, Ustaz Mesir tolong la bekap woii!!,

marhaen said...

Pd perspektif gua, sihir adalah perkara yg melanggar normaliti & satu modus operandi serta mekanisme untuk mendatangkan gangguan-gangguan pelik yg didalangi iblis & kuncu2. Tapi sihir hanya berlaku kalau Tuhan izinkan. Tuhan tak izin, jgn harap nak menjadi.

Lu penah baca ayat Quran- Surah Shaad ayat 41?

Lu belek, lu semak tafsir.

Nabi Ayub pun penah kena gangguan iblis & kroni.

Tuhan dan kun fayakun.
Bila Tuhan mau, takde sapa boleh protes. Even Nabi & Rasul.

Mcm la gua ni warak sgt. Kehkehkeh..

GeNgKaPaK said...

ni aku nk backup..haha...

cmni je sng...bab2 quran n hadis ni kte wajib prcaye..cm komen aku kt atas td..quran mmg lengkap dr sume aspek..tp ble dtgnye hadis bkn tuk tolak quran,sekadar tuk mntak'kidkn blk.begitu juga ijmak ulamak n kias,kte wajib prcaye bnd 2..

aku bg cnth sng je..bab rokok..dlm quran n hadis mmg xde bncg bab ni..jd dtg nye ijmak tuk bahaskn bab rokok ni..

kesimpulnnye kt cni..xde perdebatan lngsung psl quran n hadis ni..wajib percaya...ni sngkut paut ngn bab akidah..so xyh bahaskn la...

Syeikh al-Azhar Dr. Muhammad Sayyid al-Tantawi meninggal dunia di saudi tadi..Al-Fatihah...

apai said...

salam..islam ini mudah, dan memudahkan..tapi bukannya kita boleh mempermudah islam..

kalau kita bodoh, kita pergi belajar, nanti jadi pandai, boleh dapt dunia, boleh dapat akhirat, boleh dapat 2-2..

entry ini terlalu banyak aspek yang boleh diperbahas, dan kalau mahu dibahas untuk dapatkan kebenaran, bukan kemenangan..

aku tak berniat nak bahas byk2..

beriman kepada hadith punya tahapnya. memang benar, jika kita tak percaya kpd hadith sohih yang mutawatir lafzhi, maka hukumnya jatuh kafir. yang ni, sesiapa pn kena pergi berguru baru boleh faham. cerita kat dlm blog cuma boleh bagi surface, tapi inti dan pemahaman kena pergi berguru.

berbalik kepada isu logik dan iman. perkara yang Allah tak bagi fikir adalah Zat Allah. yang lain, nak pecah kepala ke hapa ke, kita fikir la..sedang beriman kepad sifat 20 Allah pun, dinyatakan secara dalil naqli(nas) dan juga aqli(akal)..marila kita fikir sama2..(sesapa yang kata sifat 20 tu batal, mintak maaf ya, aku beriman dengan sifat 20)..

Allahu a'lam..

Anonymous said...

pegi bangkok sorangje ke?.kalau sorang, ikut jalan lurus,jangan jalan bengkok2.

Anonymous said...

hah lantak lu bukak bab agama... lu dah bukak pandai2 tutup dgn sempurna

azuwa said...

hmm...

bukan nak cakapla,

tapi saye rasa bangga bila Nabi S.A.W mendapat ranking no.1 org paling berpengaruh dalam dunia.

besar kemungkinan ranking kapiaq tu boleh membuka hati org2 bukan Islam untuk mengenal lebih dekat tentang Rasulullah. tak gitu? :)

nur_nj said...

huhhh... first time dtg sini, terus nak tinggal kesan... hahha...
bagus tul pakcik aku yg inform pasal blog ni.
menggerakkan otak2 yg dah karat, dan menghilangkan gak la tekanan2 maha dashsyat sebab esok aku ada test... hahha..
entri yg best... bermanfaat pada aku... org lain x tau la kan.

adanz said...

daripada komen2 ni baru kusedari, ramai dikalangan alim ulamak duk baca belog ni! huhuhu

mira edora said...

aku setuju dengan adanz. memang berilmu jugak para pembaca blog ni. encik fidaus, saya rasa lebih baik anda menulis entry2 seperti ini, lebih menjana minda, dan tengok, lebih mendapat perhatian masyarakat. :)

NaSiHat said...

pegi tny ahli masjid. xsemestinya ahli masjid ni berilmu..

pergi la menuntut ilmu lebih dlm lg sebelum mempertikaikan ape2.

hadith riwayat Bukhari & muslim ni terbukti kesahihannya. jgn dipertikaikn. kaji la hadith yg lebih lemah sanad die. AStaghfirullah.. Ulamak yg beratus2 tahun xpernah nak pertikai tibe2 kite yg xde buat research ape2 cube nk pertikai.. aku sgt2 ksiankn kau =(

jgn la sampai tergolong dlm golongan anti- hadith.. nau'zubillah... ALLAH please guide us..

djambu puadovich said...

Prinsip Sains:

namanya teori, sebab tak dapat dibukti. kalau dah ada bukti, namanya HUKUM.

kalaupun wujud nombor infiniti, bukan ada guna pun. sebab tu nombor infiniti guna simbol je. simbol 8 yg melintang tu. [xjumpa kat keybod, so xleh taip. hehe]

sy tak mengaji banyak, tapi sifat wujud ALLAH menyatakan:

"wujudnya Allah tidak dimulakan dengan tiada dan tidak diakhiri dengan tiada"

wabillahittaufiq

Abang Ben said...

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=32924689&postID=3891759411444240292&isPopup=true

brat2104 said...

pasal rasulullah kena sihir tu, baru aku dgr dr ustaz wan sohor bani leman kat klfm.. aku xnk pertikai.

sebab, jujur, akupunya ilmu agama xcukup tinggi.. tapi, nabi yahya dan zakaria juga dibunuh oleh orang kafir.. nabi zakaria ketika sedang solat dan nabi zakaria dikerat ketika bersembunyi dalam pokok..

tu dari apa yg aku dengar..

abah said...

http://krenmaut.blogspot.com/2010/03/penjelasan-layman-kepada-artikel-iman.html