5 tahun dari sekarang, gua dah tak duduk di Malaysia. Masa tu Malaysia dah tak 1Malaysia, ada slogan lain yang lagi hype, yang pasti bukan Islam Hadhari. Inflasi sudah hilang kawalan, harga tiket bas Tg malim pergi Kuala Lumpur dah sama naik dengan harga tiket Kapal terbang Kuala Lumpur pergi Pulau Pinang di zaman sekarang. Itu belum cerita harga minyak masak, gula dan beras. Ayam goreng pula dikategorikan sebagai makanan untuk golongan berada dan banyak duit, bukan lagi makanan untuk pengunjung kedai mamak Pelita yang rata rata pakai bergaya tapi duit tak berapa nak ada. Selain itu, budak baru lahir juga tak payah pakai surat beranak, masing masing nurse kasi log in new user Fesbuk sejurus selepas mereka lahir ke dunia.
Orbit di masa depan, tak sama dengan orbit di masa sekarang. Hukum alam pun turut berubah, Malaysia bukan lagi negara khatulistiwa, tapi bertukar status menjadi negara 4 musim macam di United Kingdom zaman sekarang. Manakala di United Kingdom pula, cuacanya berubah menjadi panas terik gila babi macam negara Afrika barat sekarang. Teori bumi berputar mengelilingi matahari pun orang dah tak percaya. Ada teori lain yang lagi gempak, orang islam yang jumpa, nama dia Halim, budak genius umur baru 4 tahun duduk di Indonesia. Tapi gua tak boleh nak beritahu lu orang lagi, biar Halim sendiri yang ceritakan teori dia nanti. Udara bersih pula dah jadi barang dagangan sama macam air mineral di zaman sekarang. Udara ada jual di kedai runcit dan supermarket berdekatan, tak mahal sangat kira kira dua ringgit untuk dua puluh kali sedut. Kalau nak bernafas pakai udara biasa pun boleh, tapi ada risiko mati cepat sebab udara biasa zaman yang gua cerita ni banyak sangat karbon monoksida dan asid arsenik.
Ok, sambung balik pasal diri gua..
waktu ni gua sudah menetap di Doha, Qatar. Gua kerja di sana sebagai eksekutif pemasaran gas. Cikgu kuala kubu dah tak kerja cikgu, gua suruh duduk rumah belajar jadi doktor dan jadi enjineer sekaligus. Gaji gua masyaAllah punya la banyak sampai gua tak reti nak kira pakai matematik. Rakyat Qatar pula dah tak pandang duit atau hal ehwal dunia, mereka semua menghabiskan masa beribadat di rumah dan menerima USD25,000 setiap bulan dari kerajaan sebagai wang ehsan untuk beli makanan sedap sedap. Setiap hujung bulan, gua bawak keluarga gua naik kapal terbang peribadi pergi buat umrah di Mekah. Kalau kerja tak banyak, hari jumaat gua lari kejap pegi masjid Nabawi semayang jumaat di sana. Masa tu gua dah berenti tulis blog, tengok youtube atau apa saja yang ada hubungan dengan internet, semua gua tinggalkan tanpa rasa menyesal. Minat gua lebih tertumpu pada aktiviti usrah, keagamaan dan penyatuan ummah di sekitar jazirah arab.
Oohhh lupa gua beritahu... negara palestin dah jadi seratus peratus negara islam. Penduduk yahudi di palestin pula terpaksa berhijrah ke Amerika kerana ada kepercyaan baru dalam kitab mereka yang bagitau tanah suci bani israel sebenarnya di California, bukan di palestin.
Dekat Amerika, iklim di sana tiba tiba jadi 6 bulan siang dan 6 bulan malam macam kutub utara sekarang, kepesatan ekonomi di Amerika terus terbantut dan terbarai. Ini memberi peluang pada umat islam ditanah arab menguasai ekonomi dunia melalui didikan Al Quran, hadis dan fatwa ulama. Pegangan saham Mekdonald, KFC, Starbucks, Google, Fesbuk, Mikrosof dan Pringles bertukar milik kepada orang islam. Lu orang jangan salah faham, penjualan saham saham ni semua ikut jalan Open market, takde main 'kawteam-kawteam' bawah meja.
Tapi makanan makanan dan applikasi teknologi ini menjadi masalah pula pada orang orang Kristian dan Yahudi sebab pada mereka ianya haram di makan dan digunakan. Mereka takut nanti duit beli benda benda ni umat islam pakai buat beli peluru dan senapang untuk berperang. Padahal umat islam dah lama tinggalkan peperangan. Berperang pun tidak memberi erti sebab orang orang kafir pada waktu tu sangat lemah dan takde kekuatan.
Oleh kerana pada masa akan datang ni orang kafir sangat lemah, dan umat islam pula semakin kuat dan kaya serba serbi, maka gua kena menyelesaikan satu persoalan paling aula dulu, iaitu menyiapkan resume cantik cantik untuk dikirimkan ke Doha.
Kalu resume tak siap, takde la gua kerja di Doha, bila gua tak kerja di Doha, tak dapatla gua pegi umrah setiap bulan. Halim pulak tak tahu la boleh buat teori ke tidak. Semua hal yang gua cerita pun entah entah tak menajdi.
Maka pengakhirannya, dudukla gua di Tanjong Malim tulis blog dan main Fesbuk dengan lu orang macam sekarang sampai tahun 2058. Gila punya masa depan!

32 Nasihat Ikhlas:
kalaulah betul masa depan macam tu. sape tau kan? :)
duh...gitu ker...hoho
mak aihhh... kalau Malaysia jd negara 4 musim, maknanya dunia nk kiamat ler... tetiba jadi insaf lak...
kalau la bnda2 nie jadi....
ish3,gua rasa...
entah lar,gua terlalu muda untuk buat konklusi...hehe
gua suka bab palestin tu..tapi gua rasa time tu gua ada lagi kat malaysia, main2 ngan cucu gua (time tu gua ranggi lagi, maklumla, suami gua orang kenamaan)
yang pasti, gua tak makan kfc dah walaupun itu jadi makanan eksklusif..
cucu : opah, makanla kfc nih..hebat nii
gua : silalah, opah dah puas makan dulu..
i like...!
kewl gila impian. :)
pergh mantap lah imaginasi! hahaha...xmustahil langsunG! hahaha.. best2
faktanya dh ad dh tu.suatu hr nti mmg ngara2 islam akn nek tp time tu dnia dh terlalu hjung dh..
keh keh keh
bayi lahir terus reg facebook
aku da mule membyangkn semua tu...
huhuhu...
kesimpulannya...
masa depan lu adalah masa lampau lu gak sbnrnya...
takkan kedepan pun kan kan kan :P
nice imagination.. hehe ;)
sempat la gak gua msk bersama angan2 lu kejap
pastu kembali ke realiti
hehe
login facebook xley bla
time tu org dah pergi marikh la. lu baru sampai doha pun dah kecoh hahaha.
tinggi cita-cita kau..aku pun terjebak berimaginasi..nak nak tang saham starbuck bagai dah bertukar tangan..walla wei..tyme tu leh ar aku p lepak starbuck tanpa rasa segan silau..
mana nak beli gas perisa strawberi
terbaik!
gua rasa kan, kalo betul benda2 dalam imaginasi lu ni jadi brader,
KIAMAT DAH DEKAT!
kesimpulannya, time2 lu pegi smayg jumaat curi2 di Masjid Nabawi, doa sama2 mintak ampun kot2 kiamat jadik on the spot. ;)
aku dpt tau kt indonesia nme halim dh pupus
imaginasi yg mantap dan ada mesej tersirat walaupun disampaikan dalam btk tulisan yg agak humor
-silent reader-
imaginasi yg mantap dan ada mesej tersirat walaupun disampaikan dalam btk tulisan yg agak humor
-silent reader-
kalau palestine dah jadi Negara Islam,itu bukan tanda-tanda nak kiamat ker? ko biar betul bote.....
kalau dah jadi macam tu, maknenye dah dekat nk kiamat sangat2 laaa, tunggu je matahari timbul dari barat..
mmg laku la entry2 blog awak ni...
sepat2 la buat buku...
td termasuk satu blog( http://yuzz9071.blogspot.com/ )..dia paste kan citer "MAK APAN Hilang"..
hhha,
siyesly penulisan kreatif yang bole masok juara blog,
bro, keje pandangan ko futuristik gilerr doh! gua nak amek boleh. nak letak kat note fb. tp gua bg kredit la kt ko. (bukn topup eh!)
ada rasa terharu, dalam diri... sungguh.
kalu waktu tu ayam naik harga, rasa x logik la, sekarang pun ikan lagi mahal dari ayam, rasanya waktu tu ikan yang jadi makanan eksklusif, orang2 kaya ja leh makan sebab laut dah tercemar, ikan xbanyak yang hidup, ayam lak leh dklonkan, jadi ayam makin banyak dan automatik makin murah...
bangang gile.kahkahkah. tapi aku suka..
seram pulak gua bace entri ni der, part yang last2 tuh
Post a Comment