Tuesday, January 12, 2010

Macam macam

Hari ni gua balik lambat sikit. Hari hujan. jadi terpaksalah gua berenti di masjid jamek dan berjalan kaki pegi Puduraya ikut jalan bawah STAR. Bukan calang calang dia punya adventure bila bejalan kaki atas laluan berukuran pembaris dua puluh inci macam tu, kalau gua tergelincir jatuh menang redho je la mana mana porche carrera nak sodok gua dari belakang takde kesian kesian.

Sampai di puduraya, jam menunjukkan pukul 6.25 pm, Bas eksekutif 626 pacuan dua belas tayar milik Manov nampaknya tidak kelihatan.Selalunya kalau time macam ni bas manov masih tak muncul,maka kesimpulan dia ada dua saja. Pertama, Manov cuti berehat, jadi bas pun cuti berehat sekali. Kedua, takde lain mesti rantai enjin dia barai tepi lebuhraya macam biasa biasa.

Gua tunggu sikit lagi sambil tolong bas Konsortium keluar parking lorong sebelah. Dalam 6.45pm, bas tak sampai jugak lagi.Cilakak nampaknya terpaksala gua naik bas SKS pukul tujuh.Masa gua naik, bas dah padat.Tempat kosong ada sikit lagi dan kebanyakan yang duduk sebelah semua nama Hamid. Ada sorang makwe duduk sorang tepi tingkap belah belakang, gua ambik keputusan untuk duduk sebelah makwe tersebut.

Bas mula bergerak, gua cuba tidor tapi fail. Gua cuba lagi, masih fail.Akhirnya gua amik keputusan untuk berjaga dan menggunakan masa perjalanan berfikir tentang hidup. Mula mula gua fikir pasal Juara lagu kelmarin, apa hal Aizat guna budak sekolah rendah masa buat performance?, gua tengok masa tu dah pukul 11, maka bapak tak marah ke tido lambat?, itu belum masuk gua ungkit hal eksploitasi kanak kanak dalam mengaut kejuaraan. Mengenangkan juara lagu tak berapa penting dan tak berfaedah, gua fikirkan pula hal yang lebih serius seperti kes pembakaran gereja. Sebelum memulakan fikiran gua toleh kiri kanan takut ada tangan yang pegang molotov koktel.Kalau koktel parti tu sedap juga gua nak mintak segelas. Namun hal bakar gereja gua tak dapat nak fikir banyak sebab gua kurang baca akhbar.Masa di opis nak bersembang pun tak berapa masuk.Gua terus bernekad nak baca segala jenis pendapat bakar gereja dalam blogesphere bila sampai rumah nanti.Siap lu orang, esok masuk opis memang gua bagi pendapat paling nampak pandai sekali.Ingat lu orang saja yang boleh bagi pendapat yang nampak pandai?

Habis topik serius, gua ubah pula pola pemikiran pada strategi keusahawanan. Projek pampers yang adik gua lancarkan dua minggu lepas dah boleh beli syarikat bas. Gua ingat nak suruh adik gua beli stesen bas tg malim tu dan jadikan bangunan belah atas sebagai pusat kebudayaan pampers. Bas bas pegi Kolumpo pulak gua nak asingkan lelaki perempuan.Satu bas perempuan, satu bas lelaki. Idea ni mula mula gua rasa cool, nampak ciri ciri agamawan, tapi tiba tiba gua terfikir pulak kalau ramai lesbian dengan gay macam mana gua nak setel?.Ahh gua boleh wajibkan penumpang pakai pampers besi.Bisnes jual pampers besi gua sub pada mana mana kontraktor melayu.Perghh..punyala banyak duit gua boleh dapat.Itu belum masuk projek penjualan kopi peria lagi.

Lepas jadi usahawan, gua fikir pulak pasal kerja menulis blog.Kontes yang gua nak buat memang wasalam dah ni.Tak masuk dalam jiwa.Makwe makwe blog pun gua tak habis mengorat lagi.Baik gua tumpukan tu dulu. Tangan nak menaip dah tak berapa jadi.Kejap kejap berenti masak nasik goreng pattaya.Sekarang ada lagi satu hal, gua kena siapkan kerja tadika si fateem.Baru seminggu masuk tadika dah pandai suruh gua buat kerja tadika sambung garis putus putus.Kerja macam ni 23 tahun lepas gua dah puas buat.

Setelah macam macam gua fikir, bas pun tiba di stesen bas Tg Malim. Gua turun, start moto lalu merempit balik rumah dalam hujan renyai renyai.

+++

Gua lupa beritahu satu perkara,

Nama makwe yang duduk sebelah gua tu Ina.Belajar sosiologi di UPSI, baru tahun dua.Umur pun dua puluh dua.Budak Kelantan.Mula mula gua ingat dia pegi Kolumpo tengok wayang dengan budak lelaki belajar UM, rupanya tak...dia pegi Kinokuniya beli buku pelajaran.Baik betul. Dia minat nak jadi cikgu.Tapi tak nak mengajar di Sabah.Kalau boleh nak balik mengajar di Kelantan. Adik beradik ada empat orang.Kakak sulung kerja doktor.Kakak nombor dua belajar di Jepun.Adik bongsu lelaki..baru form 5, sekolah sains. Ending biasa la...exchange nombor henpon.

Esok gua ingat nak sms tanya pelajaran dia ada masalah ke tidak.

29 Nasihat Ikhlas:

mell aziz said...

pergh. mantap giler bhai. lu pikir hal semasa ke lu borak ngan awek? haha

Cik LeYha~~~ said...

waw! tau kat bini lu mmg hbis la..hhhahaha

Azrul Hisham said...

uik...sempat lagi tu...

morriss said...

ayat last skali tu sgt mengharukan...

Khairi said...

takpe, dia masih bujang tiga. :p

kks.com

crazy_labelle said...

wahaha... lu gune ayat ape lah tu...

jo said...

gua dah bulih agak dah weh ending cerita lu....haha....

Nur Syaza Azrudin said...

gua rasa bukan makan seminggu lu kena tido luar ni, boleh jadi sebulan lu kena tido srg sbb rumah kosong sume balik kg kedah.

CT NORAMIZA said...

bro, lu nak puasa lg 3 bln ke???

ezzati said...

smbil berfikir sambil mengorats..saksspekk

noor afzan said...

pergh..
detail nye..
haha~

dila said...

kui3...
kena kejar ngn alu lesung la sama bini ko..hehe!

da kawen pon gatal.

ateeka amer said...

haa, ini baru betul memamg dasar lelaki. haha.

ayobkelubi said...

macam haram, macam haram. hahahahha

ayobkelubi said...

perghhh! lu pun dah pandai nak buat moderation komen?. lu dah lupa diri ni bang, kembali ke pangkal jalan.

Anonymous said...

bravo bro..mantap la hang...hahah..ayat last tu yg menusuk kalbu..

Apit said...

haha...crita hg mmg siak tui la!adula..hg klaw buat novel, mmg ak bli r..mcm siak pny susunan ayat..cikgu sastera BM pun xleh arrange cmni..a

Anonymous said...

padahal duduk sblh hamid tp kan sembang kencang...tukar je jd duduk sblh ina. :p

fndrocka said...

aku rasa-rasa bini lu mesti penyokong kuat poligami

sambalgesekanaknogori said...

cih..gatai mu nih...heh..bila masa fikir..bila masa ngayat ntah...

zizie ali said...

kalu ina tanya lu pasai taxonomi bloom atau teori skinner, baru birat muka.

IZZARD said...

ceh! ade hati tu...tapi memandang kan bas tu ke tanjung malim,sebab tu ko ade chance.kalo ke wangsa maju tak pun keramat...harapna la.hehheh

kindly visit http://izzardsuhaimi.blogspot.com

deusXmachina® said...

gua dok memantau perkembangan projek pampers lu dr hari 2
erk888

erk888.blogspot.com

Nur Wajdan said...

isk isk isk... mula2 ada sense of agamawan... lepas tu ada sense of cendiakiawan.... lepas tu mai pulak sense of ke-romeo-an... haiii sabo jek bini kat rumah tu... fateem... lepas ni keep both of your eyes on your ayah. or else, selalu dapat adik kembar emak lain-lain.

naematul.ismail said...

hahaha,sengal
kecik hati isteri kau jika dia tau

AjuA said...

ina konon.. ntah-ntah Hamid gak.. gua tau sangat cite lu ni..
haha

eclipse design company said...

plz visit our new company's blog.. e-clipsedesign.blogspot.com

Cik Melur said...

gatai no gatai hang ni.

NenekPenne said...

wahhh kemain gatal lu ya firdaus...