Thursday, December 31, 2009

Azam


Hari ni..

Budak budak dah mula merepek nak setting azam..

Cinabeng, baru ini hari teringat nak setting.

Ahhh..

Esok lusa jahanam la tu.


Azam kepala hangguk!

ye dak?

++++++++



"Gua wakil budak budak pelarian Mogadishu nak wish lu orang
selamat ber-party dan selamat tahun baru yang entah keberapa pun gua tak tahu!,
kalau ada nasik polisterin lebih lebih tu kirim la ke kem pelarian gua.."


++++++

Wednesday, December 30, 2009

Bisnes farmasi

"Kilang pampers yang beroperasi secara haram di rumah gua"

"Berkeupayaan menampung dua kolah air kencing orang dewasa"

Dua tiga hari lepas gua ada tulis pasal bisnes pampers tajaan Ismail yang dengan takde tauliahnya telah membai'ah adik gua untuk jadi runner kawasan Tg Malim.
Rupanya dalam diam Ismail datang rumah gua semalam hantar pampers naik Rusa. Cilakak bisnes menjadi gila!

Gua ingat kalau jahit pampers tu satu satu buat baju kurung Fateem pun macam rare juga. Semalam gua dah rembat satu mamypoko buat sendal pintu jamban.Elok pula gua tengok dia melekat.

Menurut maklumat terbaru yang gua dapat melalui twitter.. tokeh pasaraya TF, Billion, Yat Fong, Grand Union yang pakai rantai besi gambar ular senduk semua dah stand by depan jalan keluar Taman Bernam.

Macam mana adik gua nak setel tak tahu la.Ejas belanja makan tomyam lepas kot.

Orait, gua nak bagi offer kesian sama lu orang..
Sapa nak menjana pendapatan sampai RM8000 seminggu, kerja dari rumah, tak payah pakai talileher, tak perlu ijazah, boleh buat duit pakai siku sambil tengok Sinetron, tak payah downline dan paling penting, tak payah angkut laptop pegi maple...

Sila hubungi adik gua melalui gua....

kawan kawan kita tak berkira sangat.

Amacam?, ada berani?

Tuesday, December 29, 2009

On the way...


Hari Sabtu baru baru, gua lari pegi KL naik kereta. Gua pegi belah pagi. Gua tak bagitau pun pada budak budak KL yang gua turun sana.

Dalam perjalanan pulang kira kira jam 1 tengahari, hadir sepesanan sms ke dalam henset gua:

"Bro lu turun KL tak?" - Meor

Entah apa hal, gua tak boleh nak buat pesanan balas, tekan tekan 4-5 kali mesej tetap tak mahu pergi. Gua cuba talipon, juga barai. Gua beranggapan bukan rezeki meor untuk menikmati balasan mesej gua masa tu. Lebih kurang setengah jam kemudian, dalam keadaan jatidiri tak berapa nak kukuh memikirkan masalah henset yang rebel, hadir lagi satu pesanan sms:

"lu turun KL tak?" - masih lagi dari Meor.

Gua rilekkan diri sekejap.Bila dah bertenang, gua tulis semula mesej:

"Gua baru balik KL la beb, on the way ni dah nak sampai Tg Malim".

...Gua tekan send..mesej berjalan perlahan mencari dimanakah Meor berada.Hah..tekanan send gua kali ni membuahkan hasil. Gua ucap Alhamdulillah dalam hati.

Tak sempat gua nak simpan henset dalam poket seluar, meor mesej lagi:

"Siott turun KL tak sound gua..lu turun ada projek apa?, gua dah on the way ni!".

Gua balas semula mesej Meor memberitahu projek yang gua lalui sebentar tadi:

"Takde projek apa apa..gua ziarah kawan gua meninggal".
"Dia meninggal tiba tiba subuh tadi, masa on the way pegi masjid"

"lu on the way pegi mana ni?".

****
****

Hampir setengah jam. Tiada balasan dari Meor. Gua hairan juga, tadi dia yang tanya gua beriya, sekarang gua tanya dia balik terus tak jawab. Gua hantar lagi sepam sms, kali ni sms gua berbunyi lebih nyaring dan garang:

"Beb, lu turun KL on the way pegi mana ni?"

****
Selang beberapa ketika, henset gua meringing lagi menandakan masuknya serangkap sms dari Meor:


"Gua on the way pegi rock the world la bro..".

--------
Gua balas balik:

"Jaga diri".

Jentera berkualiti Malaysia yang gua pandu memecut padu meninggalkan lori semen terkebil kebil dilorong belakang.
--------

*Al-Fatihah untuk kawan gua, Muhammad Reza bin Zamhari yang telah pulang ke pangkuan Penciptanya.Agar roh beliau dilimpahi Rahmat dan keredhoan.InsyaAllah

Monday, December 28, 2009

Tadika rendah sains mara

"Ahh baru hendel tadika kecil kecilan dah berani nak buli gua"

Esok hari orientasi tadika rendah sains mara cawangan Taman bernam. Gua dari kelmarin bagi nasihat pada fateem supaya rilek dan steady menghadapi hari orientasi. Kalau ada senier senier nak tunjuk terer berdiri atas buaian, jangan pedulik, sebaliknya hulurkan tisu sekeping habuan dia lap hingus yang meleleh.

Alatan menulis rasanya tak perlu bawak lagi hari orientasi ni, bawak ilmu pengetahuan baca doa makan sudah memadai untuk merebut jawatan ketua tadika. Untuk lebih karisma, gua pesan suruh fateem tunjuk kemahiran main bola jaring dan kemahiran masak bubur asyura yang bini gua titipkan semalam. Sambil main, botol susu kena selit celah pinggang, baru la evil !.

Menurut pengetua tadika yang sekarang berada dalam tangga gaji DG48, minggu orientasi ni banyak kepada aktiviti suai kenal secara berebut pensel warna. Gua tak risau langsung sebab ilmu silat lincah peringkat asas pun gua ada ajar pada fateem. Rasanya cukup nak hendel hal hal berebut dengan budak lelaki. Disamping itu, ada juga aktiviti melukis kondo tepi sawah dan acara menyanyi lagu Smell Like Teen Spirit sebagai lagu rasmi tadika. Acara makan makan pula menyusul pada jam 10 pagi. Buku cerita seperti Snow White dan Sang kancil memang jangan harap nak ada, itu sistem tadika tahun 1988. Kalau ikut silibus baru,cikgu tadika kena sediakan rak DVD supaya budak budak boleh santai menonton AVATAR melalui laptop masing masing selepas waktu makan.

Pagi tadi gua pergi mesyuarat PIBG pertama tak sempat mandi. Gua pergi naik moto saja, low profile. Masa gua sampai kerusi belah dalam semua penuh jadi gua mesyuarat dari luar pagar sambil main sms. Pengetua banyak bercakap soal masalah sosial dan kerapuhan sistem kapitalis di Amerika. Sedikit sebanyak beliau menyentuh isu pengambil alihan syarikat bumiputera oleh foreign investors dan masalah Akedemi fantasia yang semakin hilang pengaruh. Sesi soal jawab juga tidak kurang panas bila hal seperti didikan agama dan keberkesanan DHA dalam susu serbuk di pertikaikan oleh 2-3 ibu bapa. Cilake takkan ajar sembahyang pun kena masuk dalam KPI pengetua tadika?, habis mak bapak nak ajar apa pulak?, menulis kat wall Fesbuk?

Walaupun duduk luar pagar, gua sempat bagi cadangan supaya aktiviti main bukit pasir dimasukkan dalam silibus rasmi tadika. Gua perhatikan budak budak kecik sekarang antibodi tak kuat. Kena hujan lima titik dah selsema, main panas sikit dah demam. Itulah akibat bila banyak sangat makan sambal tumis segera jenama ADABI. Benda benda tak true ni kalau boleh kena kurangkan baru anak anak boleh jadi lasak dan keting kaki jadi keras macam anak india. Ini tidak, lembik.. jatuh sikit menangis. Umur masuk darjah tiga pun tak pernah merasa tapak kaki bedarah pijak kaca.

Lepas rebel lebih kurang gua terus balik rumah.Sekarang gua sibuk isi borang PTPTN pulak. Harapnya boleh lulus cepat.
Ada juga niat nak mintak biasiswa Shell, tapi esok esok la gua talipon tanya borang.

Saturday, December 26, 2009

Papago


Adik gua baru rembat seketol Papago dua hari lepas di Ipoh. Entah apa jenis binatang gua tak pernah tahu sampai la dia balik rumah tunjuk depan muka gua. Rupanya Papago ni budak gps. Berlagak betol dia dengan Papago tu.

Selain Papago, beliau juga membawa pulang beberapa berkas pampers jenama bukan bukan yang di packing secara bukan bukan juga. Bab pampers ni gua tak berapa nak peduli sebab adik gua dalam diam dah masuk sindiket Pampers tiga liter tajaan seorang kawan gua,Ismail. Menurut cerita adik gua, pampers yang dibawah jagaan Ismail setiap satunya boleh menampung air kencing sampai tiga liter. Gua dengar pun goyah beb, kalau pampers Ismail boleh sorok air kencing sampai tiga liter, macam mana pula Mamy Poko nak cari rezeki?.
Selain menjadi brader Pampers, Ismail juga bekerja sebagai cikgu tetap di sekolah Cina di Ipoh. 5 tahun lepas dia cuma kerja salesman jam tangan area medan selera sekitar Kajang. Tup tup sekarang dah jadi cikgu dan menjadi hero Pampers indie peringkat Ipoh. Kagum juga gua dengan keazaman Ismail.
Tak pasal pasal juga adik gua dapat jawatan runner Pampers indie kawasan Tanjung Malim. Perghh lepas ni anak gua yang Faseeh tu bolehla buat part time jual pampers dekat kawan kawan rumah pengasuh dia sambil hisap susu jenama mahal sikit.

Gua doakan Ismail dan adik gua boleh beli BMW 5 siri sebelum gua masuk campur.

Kembali pada cerita Papago,
Gua belek dan kerobek sikit sikit, mana lah tahu kalau Papago adik gua ni boleh bertukar jadi home theather jenama Pioneer.Sedap juga dapat letak di ruang tamu.

Nak test punya hal, kelmarin gua sambar dia punya Papago sorok dalam poket seluar. Dimulai dengan bacaan Bismillah,cepat cepat gua start enjin kereta lalu gua pecut kereta ke Kampung Ulu Slim secara Initial D.Papago gua kasi setting menuju destinasi.Gua kasi on dan taip Kampung Ulu Slim. Saja gua pilih Kampung Ulu Slim supaya Papago dapat mencabar dirinya sendiri dengan mengesan tempat tempat jurassic dipedalaman bajaran Titiwangsa. Masa kereta mula bergerak, Papago eksyen tunjuk gua jalan hala ke ulu slim, Gua tahu jalan yang Papago tunjuk tu sebenarnya jalan budak luar. Unutk permulaan, gua pura pura ikut arahan Papago. Nampaknya Papago tak kenal siapa gua, dia ingat gua budak KL.

Tengah sedap Papago menunjuk arah, sampai di persimpangan Behrang Ulu, gua lencong kereta ikut jalan lama pegi ulu slim yang dah kena block. Gua tahu jalan lama ni memang tak masuk peta Tanjong Malim sejak edisi 2005. Sengaja gua nak uji jatidiri Papago. Baru lima puluh meter bergerak ikut jalan rare,Papago dah jadi huru hara mencari jalan kebenaran. Sekejap dia suruh gua ke kanan, sekejap dia 'recalculate'. Peta belagak yang dia tunjuk sebentar tadi dah jadi tak tentu hala dan berunsur khurafat. Arahan arahan yang Papago beri pada gua pula semuanya berbunyi merepek dan menjurus pada pelanggaran pokok getah yang boleh menyebabkan cedera di kepala.

Semakin jauh gua memandu ikut jalan lama, semakin sesat ajaran yang Papago berikan pada gua. Papago masih ingat dirinya betol dan menyalahkan gua.Kehkehkeh...licik juga gua memperdayakan Papago. Sampai di kawasan berhampiran Sungai Bil, gua pusing balik kereta. Tak sampai hati pula gua nak menganjing Papago lama lama.

Sikap Papago sedikit sebanyak memberi pelajaran dari aspek hubungan sosial. Antaranya ialah janganlah memandai kalau tak berapa tahu, respek pada pemandu senier, dan akhir sekali hidup jangan selalu bergantung pada kesenangan teknologi kerana ianya boleh menjerumuskan kita ke jalan kesesatan dan memunah minyak kereta.Sebaiknya, gunakan petunjuk arah angin atau talipon saja kawan lu orang suruh tunggu kat mana mana stesen minyak.

Sambil memandu pegang stereng dua jari, gua hantar pesanan ringkas pada adik gua:

"berapa lu beli Papago ni?"

Adik gua reply:

"Lima rat.."

Gua sengih tajam sepanjang perjalanan pulang.Papago gagal ujian memandu peringkat Tanjong Malim.

+++

"Papago...Papago..area Kolumpo boleh la lu kerek bai".

Wednesday, December 23, 2009

Astro


Lepas balik kerja tadi, gua terus melepak depan ASTRO tengok cerita ulasan bola.Ilmu bolasepak dalam diri gua ni gua rasakan semakin menipis sejak gua pandai berjinak jinak dengan sukan golf.

Fateem tak berapa nak kacau.Dua tiga minggu ni gua dapat berehat sedikit sebab adik gua yang belajar jurusan permainan Dota dekat Universiti Tronoh tengah cuti semester. Walaupun universiti bagi cuti, adik gua masih gigih belajar bermain Dota secara online di rumah. Rajin sungguh dia belajar rupanya.Sebagai kerja rumah tambahan, gua men-subkan tender bermain masak masak, lari lari dan segala jenis permainan merepek bersama Fateem kepada beliau. Jadi dapatlah gua bertenang sikit membuat kerja kerja yang lebih memberi impak kepada rakyat Malaysia, seperti menulis entry blog atau melakukan aktiviti kemasyarakatan di Fesbuk.

Sedang gua baring dengan baju kemeja masih tersusun elok masuk dalam seluar, disalut kemas oleh talipinggang hadiah pemberian tuan guru, datang Fateem menempek di sebelah bersama botol susu saiz besar dan bantal busuk kesayangan beliau.

"Mati tu pejam mata ke ayah?" - tanya Fateem sambil menyonyot botol susu. Dia garu garu kaki yang mula nak tumbuh kudis.Main pasir banyak sangat tu lah akibatnya.

"Mana Atem tahu mati tu pejam mata?" - soalan senang Fateem tadi gua balas tanpa perlu berfikir dalam dalam.Di Astro, pengulas bolasepak yang malas gua petik nama tengah rancak bercakap perkara bolasepak secara berterabur dan main hentam ikut suka.

"Ibu cakap orang mati tu pejam mata." - kata Fateem pula.

Gua hanya hangguk hangguk.Mata gua yang belum pejam melekat kukuh ke arah tivi.

"Semua orang nanti mati ye ayah?" - Fateem punya curiosity tentang hal mati belum habis.

"Haah..semua orang mati" - Ringkas jawapan gua.

"Mati tu macam mana ayah?" - Fateem masih tegar.Ahh, terganggu kosentrasi gua menonton.

Gua tengok muka Fateem. Ikhlas betul dia nak menambah ilmu pengetahuan.
Gua pun terangkan konsep mati pada Fateem. satu per satu. Mula mula gua cerita dari aspek patology, kemudian disusuli dengan penerangan anatomi,lepas tu barula gua ajar Fateem konsep mati dari perspektif kerohanian dan sedikit sedikit hal yang menyentuh kehidupan di alam barzakh. Kung kang kung kang...kung kang kung kang...dan seterusnya.

Fateem dengar saja.

***
***
***

Dalam khusyuk gua berceramah, satu lintasan suara bergema dari belakang sofa:

"Semayang subuh yang lu barai minggu lepas tu dah qadho ke belum?

Zasssssss....tembak curi cari belakang sofa.

Gua diam.
Pengulas bolasepak di kaca Astro turut diam.Kuat juga suara orang belakang sofa sampai boleh masuk Astro.

"Esok gua qadho la" - gua jawab dengan nada yakin.

lalu perlahan lahan gua bangun pegi capai internet dan klik laman Oh Bulan.

***
Sedang gua ralit menikmati Oh Bulan, Fateem datang tanya lagi dekat gua:

"Mati tu sakit ke ayah?"

Monday, December 21, 2009

Sibuk dan Selamat Hari Lahir


Gua sibuk betul dengan aktiviti cuti sejak beberapa hari ni. Kencing pun takde masa.Menulis blog jangan cerita lah, aci guna siku saja. Apa pun,terima kasih pada kompeni kerana bagi cuti Awal Muharram pada gua. Pukul 12 malam gua lalu juga Jalan P Ramlee, senyap sunyi, tiada acara sambutan tahun baru.Pandai budak budak sana bagi respek pada Awal Muharram.Diorang baca doa awal tahun ke tidak gua tak berapa pasti.

Gua mulakan perjalanan dengan trafik jammed peringkat gampang ber enam dekat hiway Seremban menuju ke Johor. Hampir tiga jam gua jalan kaki atas Hiway menggunakan kereta, rasa nak mengamok pada kerajaan sebab tak susunkan jadual perjalanan untuk rakyat malaysia.Patutnya kerajaan kena beritahu melalui Astro geng tanjong Malim kalau nak bermusafir ke Johor pukul berapa patut keluar.Baru la perjalanan jadi cekap bersih dan amanah.

Akibat tekanan perasaan, gua berenti di RNR Seremban basuh muka, kemudian gua teruskan balik pemanduan.Kali ni jiwa gua ada berani sikit nak main gear lima.Setelah dua puluh minit memandu sambil mengunyah keropok udang, gua berenti pula di RNR Machap untuk makan nasik. RNR Machap ni gua tengok dah macam resort peranginan atas bukit.Ada kabus dan penjual strawberi di kaki gerai.Latitud dan altitud dia berbeza dari jalan hiway yang gua lalu tadi. Selesai makan nasik lauk ikan masak pundek, gua campak kunci kereta ke muka adik gua,bagi dia memandu pulak. Sepanjang jalan gua tidor sebab bosan takde pemandangan cantik cantik.

Sampai Johor Bahru kami sesat (gua tengok banyak kereta TopGear alamat Singapore, budak budak Singapore ni kaya betol), gua berenti di stesen minyak tanya jalan, GPS suka menipu, barai dan tak boleh harap, kemudian gua berenti pula di Seven Eleven beli air , sempat gua bertengkar dengan budak Seven Eleven (saja gua nak test budak budak Johor ni). Sesat lebih kurang di Johor Bahru, akhirnya gua sampai juga di rumah kenduri di Skudai.Pergi kenduri kahwen takde hidangan makme makwe, yang terhidang cuma air sirap.

Belah malam kami makan dekat Seafood entah apa tempat dia, jauh nak mampos.Dah la jauh, harga kena katok kaw kaw punya. Gua dah agak, datang tempat tempat pelik ni mesti jadi kerbau kena sembelih. Lepas makan gua bawak kereta laju laju cari Astro yang ada siaran ESPN. Dah dapat ESPN, gua rasa nak nak baling kerusi pulak. ManU main macam haram jadah.Sambil tengok bola sambil gua maki hamun, sambil gua sms kawan kawan demi meyemarakkan semangat maki hamun.

Tidor.Apa apa hal kontek Twitter gua.

***
Pagi esoknya gua begerak pergi Labis pekena air sirap lagi,Gua ikut jalan dalam. Ya tuhan jalan punyala takde pemandangan.Kiri kanan penuh scene kelapa sawit.Nyaris kereta gua tak buat hal dekat kaki gunung Ledang. Gua lintas pakai short-cut tak bagi salam , lalu Johor Bahru - Lima Kedai - Senai - Yong Peng - Chaah -Labis - Gementah - Temu Jodoh - Tangkak. Gua bawak rilek rilek 150km sejam ikut jalan bengkang bengkok. Enam tujuh bijik juga drebar lori kelapa sawit menangis tengok kereta gua memecut pantas di selekoh sukar. Amacam orang Johor?, Gua boleh masuk klik lu orang tak?

Berenti Tangkak, gua pekena cendol sambil bercakap soal kemajuan Tangkak dan kesannya terhadap pembangunan ekonomi negara pada Fateem, bini gua pula sibuk bercakap soal pembangunan ekonomi kain ela di bangunan Tekstil Seng Huat seberang jalan. Alahh kain corak macam tu Tanjong Malim punya Ekonomi pun berselerak.Saja perangai nak bagi kaya cina Tangkak.Habis cendol semangkuk, kami sambung naik kereta potong jalan hiway, singgah pula di RNR Ayer Keroh.Nak kencing di RNR Ayer Keroh kena beratur macam beli tiket bas di Puduraya. Gua berang betol dengan pengurusan Hiway. Dah tahu kapasiti pengguna Hiway ni tinggi, apa salahnya buat mangkuk jamban barang tiga puluh bijik. Ini tidak, memadai dengan tiga bijik, woiii lu pikir ini jamban pejabat ke??,takdak pemikiran strategik langsung. Hal hal kecik macam tu pun gua nak kena tegur.

Mula dari Ayer Keroh, kereta gua beroperasi pada kedudukan gear dua. Dekat dua jam layan gear dua apa cerita?, nak kena pukul?,gua pecut tak peduli keselamatan keluarga, cilok kiri, cilok kanan, langgar bumper lori asikrim sedikit sebanyak, pintas kiri tak bagi signal, cucuk kereta PlusPeronda, akhirnya gua berjaya melepasi kesusahan jam.Terer betul gua.Alhamdulillah..

Gua baru sampai rumah ni.Mata keras.Jet lagg tak habis lagi.

Begitulah secara ringkas dan padatnya gua melalui hari cuti yang sibuk. Ahh gua mengantuk.

Tidor. Apa apa hal kontek Twitter gua.

****

NOTAKAKI
Selamat Hari lahir untuk bini gua!
Macam biasa..takde hadiah hadiah.Kehkehkeh

Thursday, December 17, 2009

Disiplin


Sejak akhir akhir ni gua perhatikan budak budak yang naik bas dengan gua pergi balik Tg Malim dah semakin kurang berdisiplin.

Yang lelaki gua malas tegur. Lu orang pandai pandai la hendel diri lu orang sendiri.
Gua cuma nak tegur pada geng geng makwe saja. Ketara sangat gua tengok. Gua harap teguran terbuka gua ni tak mengguris hati lembut lu orang.

Kepada Ida,Mandy,Sharina Hulu Bernam, Dewi, Ita, Kak Mun, Auntie Kaminis, Kak Dina, Along Cah dan Makwe Public Bank.

Gua nak pesan:

“Bila naik bas..boleh tak lu orang jangan berebut rebut?”

Hari hari pagi petang lu orang berebut.
Ada kes sampai jadi berkelahi. Apa hal sampai macam tu?,Kesian Manov, pening kepala dia tengok gelagat lu orang.

Kalau susah sangat, lantik sorang kepala buat dutyroster.Kan mudah ada strategi macam tu.Tak payah nak berebut.
Lepas ni gua taknak tengok lu orang berebut dah ye.Tak manis orang luar pandang.

--
--

Ok,
Hari Isnin depan gua duduk kerusi nombor 18.
Ingat pesan gua, jangan berebut!.Kerusi nombor 19 ada satu saja.

Kita guna konsep, sape cun dia dapat.
Boleh macam tu?


NOTAKAKI
Esok gua turun Johor. Ada hal sikit.Sapa sapa geng Johor nak belanja minum bagitau gua awal awal.Gua boleh ejas timing. Lu orang jangan pukul gua pulak kat sana.

Monday, December 14, 2009

Ulat


Apa hal budak kerja ulat yang baru tiga hari in charge jual tiket dah berani cakap tinggi suara atas muka gua sambil buat wajah bengis?

Kalau gua buat isyarat 'taknak' tu maknanya taknak la.Gila apa paksa gua beli tiket bas pergi Johor Bharu?
Perangai sama dengan orang MLM.

Nasib baik bahasa keras beliau belum melepasi garisan kurang ajar.
__________

Dan kepada budak budak bas-mate yang berdiri teguh dibelakang gua tadi sambil pegang batang paip, gua ucapkan terima kasih.
Sempat lagi lu orang rembat batang paip dalam longkang tu ye.

Saturday, December 12, 2009

Tora Tora


1988 - Malam


'Tora datang lagi!, dengan permainan terkini bola terbang!!..ngeng ngeng ngeng ngeng.."
(Bola getah sebesar bijik mata orang dewasa ada ekor terbang keliling bilik diselangi dengan suara latar Mat Sentul di kaca tivi hitam putih rumah gua).

Gua yang tengah sedap baring atas riba ayah gua bingkas bangun pegi hulur muka rapat sikit depan tivi.Malam malam ada Tora mana pernah orang buat. Selalunya gua layan ekelan Tora masa petang petang sambil tengok katon Jem, atau cerita jepun merepek tajuk Miss Komet saja.

"Syokkknya bola terbang ni yaahhh!!"

Gua bagi arahan lapan belas lapis maksud pada ayah gua yang masa tu kerja cikgu di Parit Buntar.

"Dia boleh terbang pusing pusing yaahh..syoookknyaa!"

Satu lagi mesej ringkas gua passing untuk perhatian dan tindakan ayah gua.Tapak tangan kecik gua tekap ke muka tivi,mengejar bola terbang yang berkeliaran melantun ke sana sini.Mesej cara fizikal pun gua kena sampaikan untuk kesan 'high impact'.

Ayah gua masih buat buat rilek hirup kopi.Selalunya kalau malam Rabu,lepas makan nasik, ayah gua mesti pekena kopi panas dengan rokok Benson dua batang sambil menonton aksi A Galak beperang dalam Harimau Rimba.

**

"Tengokla kalau sempat ayah beli lepas balik kerja" - ayah gua sembur asap rokok bekepul kepul. Ringkas dan padat.Baru masuk gaji gamaknya.

Kerja gua dah selesai.Gua sambung baring atas riba..cerita Harimau Rimba ni memang syookk.Tak sabar nak jadi askar bila besar.Boleh tembak orang jahat macam dalam tivi.

Entah pukul berapa...gua tertido...atas riba.

-------------

1988 - tengahari esok harinya

"Ayah beli Tora tak?" - Gua meluru ke moto tak payah pakai selipar.Moto pun belum sempat ayah gua nak free-kan gear.Recorder kepunyaan Kak Boya yang gua rembat sebentar tadi gua sangkut belakang seluar getah.

"Baik baik ekzoss panas ni!! Ada dalam raga moto ni haa..sabar la sikit".

Penantian satu jam gua depan pintu sendal sambil tiup recorder lagu entah apa apa amat berbaloi.
Kotak Tora berpindah tangan.Terima kasih pun gua tak sempat nak cakap.Kucar kacir gua koyak dia punya plastik pembalut.Cokelat bulat bulat dalam kotak Tora tu gua campak pergi bawah kerusi kayu.Gua bukan nak sangat makanan tak bekhasiat macam tu.Gua tonggang kotak ke bawah,lambat pula bola terbang nak keluar.

Pelepapp!, plastik mainan dalam kotak Tora jatuh ke lantai.

"ni bukaannn bolaa terbanggg!!!..ini gasing lampuuu macam hari tu!" - Gua jadi berserabut.Masa ni semangat ketengangan tu tak muncul lagi.Masa ni hidup penuh rebel dan rusuhan rusuhan yang selalunya berakhir dengan makan pelempang atau betis bebirat.

Gasing lampu gua lempar ke lantai.Berselerak......

****

(Bersambung...)

Thursday, December 10, 2009

Malam paling rare


10 Disember, 2005 - 9.34 pm


"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

Gua meng-Alhamdulillah dalam hati...(sambil sengih tajam ke pintu bilik!)

****************

10 Disember, 2009

*Happy 4th Anniversary untuk diri gua!!*

++
++

Fakta Kawen:
1. Kenduri belah pengantin lelaki,dan kenduri belah pengantin perempuan..jatuh pada tarikh dan hari yang sama.
2.Barang hantaran paling rendah diri : Seluar Dockers bundle yang baru pecah guni.Bini gua mengamok gila.
3.Album kawen??..lu orang tanya Fateem, dia yang in charge.Last sekali gua tengok 5-6 keping gambar dah selamat tejelupok dalam tong mainan.Cedera teruk.
4.Kos kameraman sebanyak rm150 - Bini gua kata "Kita bagila bisnes pada kameraman kampung Lubok Salak..kesian dia"..dan hasil tangkapan gambar kameraman tersebut memang sungguh mengesiankan.
5.Gua sembahyang Zohor masa bilal tengah ejas mikrofon nak azan Asar.Sibuk bersanding sampai ke laut.Astaghfirullah..
6.Kaler Tema - ..tak terpikir pulak gua nak bertema tema.
7.Stoking gua koyak kat ibu jari - Ahh bukan orang nampak benda dalam kasut.
8.Masa makan beradab..Udang panjat nenas,ayam golek,siakap tiga rasa,daging korma..semua gua suap masuk mulut tak pandang kiri kanan dah.

Ok...nombor 9 ni paling buat gua hampa

9. Gua kumpul duit beli aircond Sengheng potong gaji bulan bulan,bubuh dalam bilik pengantin.Malam pertama gua lepas menikah..gua tutup pintu..petik remote aircond Sengheng..petik petik petik petik!!!.petik lagi...sampai subuh dia tak boleh On.Macam pundek!

++
++

Malam ni,
dah cukup empat tahun gua pegang jawatan sebagai jantan berbini.

Tapi...yang buat gua rungsing lagi hairan,

Kenapa masih ramai makwe makwe dok berebut nak mengorat gua??

Gua tak suka tau....

kehkehkeh..

PESAN BUAT BINI GUA
"Gua nyaris lupa woii!..esok gua bawak lu jalan jalan naik helikopter ye"

Tuesday, December 8, 2009

Hantu Tindih

Dah sepuluh tahun hantu tindih tak datang tindih gua waktu malam.

Mungkin dia ingat gua punya cuti sekolah sesi Disember 1999 tak habis lagi kot.

Kehkehkeh....

p/s: Kalau tidak pantang gua lompat baring terlentang atas katil asrama, datangla dia sibuk nak menindih...tindih pulak bukan jenis ada kesian kesian, sampai gua tak boleh benyawa..Cilake lu hantu tindih..

Tapi bila dah lama lama macam ni..gua rindu juga sama lu..

Sunday, December 6, 2009

Ravi Tanjong Malim

Gua baru nak melayan DVD MTV yang gua baru beli dari kedai Ravi.Lagu lagu disertai translation melayu, atau chinesse, atau Thai, pilih je mana gua suka.

Gua pilih melayu.

Lagu So Damn Cool adalah lagu pertama.Nyanyian Ugly Kid Joe.

Sampai saja pada lirik.."Because You are so damn cool"..

Muncul tulisan di bawah skrin.."Kerana engkau celaka punya sejuk"

****

Gua baling laptop ke dinding.

Alih bahasa serupa gampang!

Thursday, December 3, 2009

Majlis Harijadi


Rumah Banglo Enche Arfan - Proton City

Ahad lepas gua dan keluarga memenuhi jemputan Enche Arfan membuat parti Hari Jadi anak beliau yang gua tak tahu nombor berapa dan bernama apa.Gua saspek parti tu untuk anak bongsu beliau. (mungkin tadika, atau darjah satu).

Enche Arfan adalah kawan bapak gua.Disebabkan bapak gua tak dapat datang, maka gua lah yang menjadi penampan, walaupun hakikatnya gua tak berapa kenal siapa Enche Arfan.

Gua sampai ke sana dalam pukul dua, ada 2 khemah depan Banglo beliau.Gila babi rumah punya besar.Tetamu tetamu yang sedia ada juga kelihatan Eropah dan bercakap melayu campur campur British accent. Ramai antara mereka dalam linkungan umur 30'an,dan bersama mereka anak anak kecil lebih kurang sebaya Fateem. Belum lagi kami melangkah masuk ke halaman, bini gua dah ajak balik.Dia kata tak sesuai langsung baju tshirt HardRock (seperti gambar profail) yang gua kenakan dengan parti hari jadi yang gilang gemilang begitu. Nampak selekeh dan tak formal. Gua rasa ada kebenaran pada kata kata bini gua,yang ketika itu melaram dengan baju lengan panjang jenama pasaraya Ekonomi Tg malim,disesuaikan dengan seluar panjang cokelat, juga berasal dari pasaraya yang sama.

Sedang kami tercegat, Fateem dah terlebih dahulu melulu mengejar belon belon sambil niat dalam hati nak serbu ke meja hadiah.Mungkin dia ingat hadiah tu untuk dia, sebab gua pernah cakap,"kalau (kalau) ayah buat parti harijadi untuk fateem,mesti banyak orang bagi hadiah".Walaupun gua cakap tak serius, tapi fateem amek serius.Itu yang susah bila bercakap dengan fateem.

Tiada pilihan.Gua dan bini gua bersama adik kecik mengekori fateem ke dalam khemah.Kami duduk di kerusi yang kosong.Meja yang kami sertai langsung gua tak kenal.Orang orang dari kota London gamaknya.Hot moms bersama anak anak yang English habis.Gua hanya senyum senyum.Bini gua gagahkan diri hulurkan tangan bersalam.Agak ramah, para Hot Moms bertanya kami lebih kurang,dan entah apa sebab..aksesori wanita menjadi topik perbualan.Salah seorang dari Londoners (minah ni pakai spek hitam besar beb..) bersama anak perempuannya umur lebih kurang fateem,menjadi tekong perborakan.

Satu hal yang gua perhatikan,geng geng hot moms ni kurang sensitif.Mereka melayan golongan marhein macam kami ni ibarat melayan kumpulan borjouis.Itu tidak salah, cuma pada gua kurang sensitif.Sebagai contoh bercerita tentang design baru handbag Louis Vuitton, Channel, Prada dan baju Guess Kids yang 'harga ok' di Pavilion pada bini gua.Jadi apa yang lu orang expect bini gua nak jawab?, Ilmu ilmu yang diutarakan oleh rakan semeja belum tercapai oleh pengetahuan bini gua.Bini gua baru nak berlagak dengan Carlo Rhino, kasut Vincci, dan baju SALES di Sogo, tapi belum sempat nak belagak apa apa..dah kena taji dengan Prada, Jimmy Choo 'harga ok' di Pavilion.Apa cerita?.

Gua sengih sengih.Berdasarkan ilmu KLCC yang gua tuntut hari hari, gua sampuk sedikit sebanyak demi membela ego bini gua.Kelihatan kami kurang memberi input dalam topik koleksi designers,salah seorang rakan semeja cuba mengalih topik.Kali ni bercakap hal anak anak.Bini gua boleh masuk juga sembang sikit sikit.Walaupun dia banyak cakap hal general seperti jenama pampers, dan jenama susu.Kira orait la tu.

Terdorong dengan topik kanak kanak,tekong perborakan sebentar tadi menceritakan betapa beliau melatih anak perempuannya (umur 3-4 tahun kot) bermain piano,membacakan karya Walt Disney, Peterpan,Alice and Wonderland, Robin Hood dan beberapa kisah kanak kanak orang putih yang gua tak reti nak tulis takut salah ejaan.Anak beliau, panggilan Batrisyah (betul ke gua eja ni) turut menyampuk nyampuk sambil bercakap orang putih bila mama nya fokuskan perbualan pada hal kanak kanak.

Kami (gua, bini gua riba adik kecik, dan Fateem) sekali lagi terjerat dengan topik perbualan yang kena tapau.Cinabeng mana la gua pernah bacakan buku buku tu semua pada Fateem masa dia nak tido?.Fateem tido pun main ikut sempat saja.Kadang kadang atas toto, kadang kadang atas kerusi, pernah dia main baring baring dekat lantai dapur terus tertido pun ada.Hah cakap orang putih??, lagi la gua tak pernah didik, gua punya bahasa orang putih pun barai..lagi nak ajar orang. Fateem diam saja bila Batrisya mengulang balik ringkasan cerita pada mama nya lalu berkata mama nya, "very good Trisya".

Perbualan yang berlangsung dari tadi, memang tak adil langsung dan berat sebelah. Bini gua pun tak boleh masuk, apa lagi gua.Laki hot moms tu pulak entah pergi mana tak duduk di meja.Kalau ada geng lekaki boleh juga gua bukak cerita bola sikit sikit. Suasana perbualan masih berlegar pada cerita kanak kanak versi orang putih dan dan segala rancangan kanak kanak orang putih di ASTRO (takde bunyi Tom Tom Bak langsung).

***
***

"Fateem..sebelum tido mama dan papa Fateem suka bacakan buku cerita apa?".

Zaaasssssss...
soalan tekong perborakan yang memakai Handbag Louis Vuitton dilontarkan pada Fateem.Gua diam.Bini gua lagi diam muka naik biru.Haram kami tak pernah bacakan buku apa apa,nak membohong pun tak kena.Sekarang terpulang pada Fateem nak jawab macam mana.Gua sedikit tak sedap hati.Budak budak payah nak menipu, kalau takde tu takde la. Situasi macam mencekik tengkok gua.Tadi bini gua dah kena tapau, nampak gaya Fateem pulak nak kena tapau dengan Batrisya.

Fateem terkebil kebil. Keadaan hening. Gua telan air liur.

***
***
***
Dalam keadaan hati gua tak tenang.Fateem bagi jawapan, rilek serta bersahaja:



***
***

Fateem senyum.Batrisya memandang mama nya.Mungkin Batrisya tak boleh terima jawapan Fateem yang terkeluar dari konteks perbualan sebentar tadi.

NOTAKAKI
Gua pantas bangun pegi ambik nasik tambah lima pinggan,ayam goreng lapan ketul, kuah kari dua mangkuk.Bini gua pulak automatik letak handbag dia yang entah apa jenama atas meja, bersebalahan handbag Louis Vuitton hotmom tanpa rasa segan silu.
Kami pulang selepas makan dengan penuh berselera.Terima kasih Fateem...nanti ayah belanja aiskrim MatKool.