Monday, November 30, 2009
NurKasih (Overrated) 8:24 PM
Sunday, November 29, 2009
Pendidikan Kanak Kanak 4:13 PM
"Ayah nak susu".
Masih menumpukan perhatian pada Diane Kruger yang sedang kena cekik; gua menjawab yakin.
"Fateem pergi amek atas meja dapur.Ibu baru bancuh tadi".
(Meja dapur terletak beberapa meter dari penjuru kanan sofa berdekatan tivi.Tempat fateem lepak lepak).
"Taknak..nak ayah ambik!". - Fateem memberi jawapan macam nak minta didikan.Dia mula buat perangai nak menangis.
Gua pause kan aksi Diane Kruger kena cekik.Ini masa gua amalkan ilmu didikan anak anak yang gua belajar dari pembacaan Internet diselang seli dengan halwa telinga Bullet for Valentine suatu ketika dahulu.
"Fateem kan dah besar.Fateem boleh jalan ambik susu sendiri.Jangan asyik nak menangis.Kan ayah cakap jangan selalu suruh suruh orang.Fateem boleh pergi ambik kan?" - Gua memberi rasional supaya Fateem berfikir lojik disebalik argument yang gua lontarkan.
"Boleh!" - Jawab fateem bernada lemah.nampak gaya dia faham konsep yang gua sampaikan tadi.Gua perlu uji dia sikit lagi.
"Haa..kalau boleh kenapa suruh ayah pulak?"
Soalan susulan penting untuk gua kaji keupayaan fateem dalam pemprosesan situasi.Sejauh mana dia boleh memberi jawapan rasional berdasarkan situasi semasa.Itu kaedah Pedagogi yang Dr Freeman Weems III ajar gua.
"Ateem nak ayah ambik jugak!" - Fateem masih bertahan dengan kemahiran Metacognition yang sedia ujud dalam diri beliau (Budak budak kecik memang ada kemahiran metacognition yang tinggi- Boleh rujuk De Anemia karangan Aristotle).
Mendengar jawapan fateem,
Gua tak cepat melenting.Ilmu pembacaan gua pun bukan sikit sikit, gua cuba tektik "Law of the soggy potato chip" saranan Fitzhugh Dodson.Konsep mendidik dengan mengeluarkan rasional kanak kanak gua rasa amat sesuai dengan situasi yang gua hadapi sekarang.
"Fateem cuba bagitau sebab yang kukuh kenapa nak suruh ayah?,ayah nak tahu sebab, jangan jawab cara emosi.Cuba bagi jawapan secara lojik"
Gua sambung lagi.
"Bagitahu sebab,kalau sebab ok..ayah ambik, kalau sebab yang tak ok, ayah taknak ambik".
Gua tau Fateem paham cakap gua.Bukan sekali dua situasi macam ni berlaku, dah lebih lapan kali.
*********
*********
*********
*********
Gua jugak pegi ambik susu atas meja.Beri pada Fateem.Gua tutup laptop.Gua pergi cari balik buku Tarbiyatul Aulad dekat rak yang dah berhabuk.
Cilaka punya teori orang putih.Haramjadah satu pun tak jalan!.Sia sia gua belajar.
*********
*********
Fateem jawab rilek dan bersahaja:
"Sebab Atem Malas".
Friday, November 27, 2009
Qoorban 2:22 PM
Gua pasang niat dalam hati nak mengerjakan Haji tahun depan.
Langkah pertama yang akan gua ambil sebelum naik kapalterbang pegi Jeddah ialah pergi isi borang daftar Haji di Pejabat Tabung Haji cawangan Tg Malim.
Orang kata boleh buat potong gaji bulan bulan.Rasanya lima puluh ringgit sebulan sudah memadai.
Kalau duit potongan tak cukup, gua ada bekap plan.
Gua nak jual blog SEMBANG KENCANG secara auction.
Alaahh..
Sarung tangan Maikel Jekson yang takde apa sangat tu pun boleh jual sampai satu juta,
inikan pula blog gua yang dianggap sebai pusat ilmu dan peradaban manusia oleh para ilmuan terbilang seperti Paul Krugman, Edward Murrow, Ozzy Osbourne dan Ustaz Ali Berdakoglu (sekadar memetik beberapa nama dari beribu ribu nama).
Gua jual Lapan juta ringgit senang senang je rasanya.Kehkehkeh.
Orait,
Semoga niat baik gua mendapat pertolongan dan keberkatan.
Assalamualaikum.
NOTAKAKI
Gua ingin mengucapkan selamat hari raya Qoorban pada:
1.Pembaca pembaca blog gua yang beragama islam di Eropah, Amerika Latin, Asia barat, Timur tengah dan benua Afrika.
2. Para translators yang bersusah payah siang dan malam mentranslate entry entry gua ke dalam pelbagai jenis bahasa yang gua sendiri pun tak paham.Gaji lu orang nanti nanti lah gua bayar.
3.Pembaca pembaca di Malaysia.
Wednesday, November 25, 2009
Wawasan Pendidikan 9:08 AM

Monday, November 23, 2009
Nombor Pelat 9:49 PM
Sunday, November 22, 2009
Fikir masak masak dulu 5:50 PM
Saturday, November 21, 2009
Mengaji 10:20 AM
Friday, November 20, 2009
Mai Masuk 12:49 AM
Sunday, November 15, 2009
Bangkok 5:29 PM
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 13 Nov. - Jurusan sains robotik mampu dikembangkan ke peringkat lebih tinggi di negara ini apabila ia semakin mendapat tempat di kalangan pelajar sekolah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini dapat dibuktikan apabila pelajar Malaysia muncul juara keseluruhan pada kejohanan World Robot Olympiad (WRO) 2009 di Pohang, Korea Selatan baru-baru ini.
''Saya bersyukur serta bangga kejayaan itu telah berjaya meletakkan nama Malaysia di persada dunia.
''Ini bermakna pelajar Malaysia mempunyai tahap keupayaan yang tinggi dalam bidang fizik dan robotik malah lebih baik daripada negara maju," katanya.
..... ............................
......................
Kejohanan itu disertai oleh 217 pasukan dari 24 negara.
Enam pasukan negara adalah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Francais, Melaka dan SMK, Methodist, Tanjung Malim, Perak.
**************************************
Gua baca lapan kali.Lapan kali!. haram takde langsung nama Manov.Padahal Manov la yang bawak budak budak tu naik bus buruk Optimus Prime beliau masa nak pegi bertanding peringkat kelompok awal awal dulu.
Esok gua ingat nak pegi kompelen dekat pengetua.Patutnya Manov jadi ketua jurulatih, dia lagi berkebolehan dalam selok belok robot ni.Gua saspek mee kari percuma pun Manov tak dapat nak merasa.
Nasib lu la Manov..
Ok,
Esok gua pegi Bangkok, ada bisnes ayam sikit. Budak budak ladang kelapa sawit kawasan Hulu langat lu orang jaga line elok elok.Kontena ayam gua mendarat sana dalam minggu depan.
Lagi satu, lu orang doakanlah gua supaya tak tersesat jalan semasa menikmati pemandangan siam disekitar PatPong. Gua dengar Aquarium kat sana ada ikan besar manusia.Harapnya budak budak ni tak kelentong gua.
Dan pada sapa nak kirim barang, kirim lah bersama duit, setakat kirim guna air liur, gua boleh tolong kirimkan air liur juga la pada peniaga PatPong.Hehehe
Chow..
Sawadikhaap!!!
***************
UPDATED:8.00 am
Gua di KLIA ni, baru gua tahu Kapalterbang gua akan lewat selama 4 jam..
Gua ada 3 pilihan sekarang:
1. Bertafakur di sini selama 4 jam
2. Balik Tanjong Malim pekena tido.
Atau...
3. Masuk pintu sebelah, naik penerbangan pergi Copenhagen yang nak jalan lagi 30 minit.
Gua nampak..pilihan nombor 3 ni paling bijaksana..
Saturday, November 14, 2009
Story Bas 626 : Versi Ugly 12:01 AM
Mula mula gua rasa sedih juga, namun selang beberapa hari selepas itu gua dipertemukan dengan syarikat bas lagi satu, juga menawarkan khidmat pengangkutan Tg Malim – KL, bernama Bas 626. Masa mula mula jumpa, perasaan malu tu ada juga berkeledak dalam hati, tapi bila sudah dua tiga kali gua menikmati service Bas 626, gua perhatikan budi bahasa Bas 626 jauh lebih kurang ajar kalau nak dibandingkan dengan Bas Maraliner yang gua naik dulu.
Bas 626 ni, susunan tempat duduk dia macam jahanam.tempat duduk terpelanting sana sini.Belah kiri ada 20 bijik tempat duduk, 20-20 buat perangai suka menconteng sesama sendiri. Satu kerja pulak gua nak baca "lOoking For felda girl? 012089865" hari hari.Belah kanan pun ada 20 bijik tempat duduk.Gua kira kira ada 18 bijik tempat duduk yang kalau lu orang duduk rasa macam nak bunuh diri.Span span dia ibarat batu jalanan, bila nak ejas sudut melentang terus lu telentang atas lantai.Selalunya kalau gua naik, gua akan duduk belah kiri driver bernama Manov, tempat co pilot.Itu saja tempat yang boleh masuk akal.Lapik suratkhabar sikit,selesai.
Bas 626 ni, gua syak Manov dah beli dia punya share.Ada 6 bijik bas 626,5 bas baru, 1 bas yang gua tengah cerita ni berasal dari zaman retro.Bas yang gua tengah cerita ni la yang Manov bawak hari hari tanpa sedikit pun ada sesalan dihati.Bas dia memulakan operasi pada tahun 1978.Pegawai muzium dari Kuala lumpur sudah beberapa kali menghantar surat supaya bas Manov tersebut dijadikan bahan artifak untuk pameran lawatan budak budak sekolah.Namun Manov buat tak tahu.Itu tak masuk lagi kes beberapa tokeh besi buruk yang sanggup bayar dua juta demi mendapatkan besi bas berkenaan yang dianggap berkualiti tinggi.Juga Manov tak amek pot.Paling rare gua pernah tengok masa Manov bukak tempat enjin, dia punya timing belt ikat pakai tali rafiah saja.Tak payah pening kepala.Gua tanya Manov "boleh kawteam ka itu macam?". Manov jawab selamba "sudah dua tahun ikat ini tali tarak apa". Gua geleng kepala.Kalau la jurutera mekanikal tahu hal ni mesti dia duduk bertahiyat akhir sambil menangis.
Ok,sedikit tentang Manov,
Tua kutuk ni sekarang umur dia 62 tahun.Tapi tenaga macam brader main gym umur 25 tahun.Bawak bas besi buruk dia punya la laju mencecah 60km/j setiap kali masuk highway.Pagi pagi gua kena bertahan duduk dalam neraka bas beliau sebab bas itu saja yang jalan ikut jadual gua iatu pada pukul 7.30 pagi.Dalam negara Malaysia, takdak sorang driver bas pun berani bawak bas yang Manov bawak.Pernah Thiva, seorang lagi driver cuba bawak sebab bas dia masuk worksyop,sekali jalan terus dia melepak tepi simpang Bukit Beruntung tunggu mekanik.Yang lagi misteri, lepas kejadian membawa bas besi buruk Manov, Thiva meracau sorang sorang sampaila sekarang.Ini cerita empat tahun lepas.Baru baru ni hal yang sama jadi pada Pak Haron,tapi mujur Pak haron orang ada pakai ilmu sikit sikit, dia cuma demam saja tak sampai meracau macam Thiva.Lepas baik demam, Pak haron tak payah cakap banyak terus berenti kerja. Gua dengar dia bela ayam sekarang.
Penumpang yang naik bas Manov setiap pagi tak ramai.Ada sorang saja iaitu gua.Penumpang penumpang lain bila tahu bas Manov yang jalan, terus melencong pegi klinik ambik MC.Perangai macam gampang.Gua dan Manov dah macam sepupu tak seagama,kamcing sangat.Tapi yang gua jadi hairan, bila manov bawak bas muka dia gembira macam tengah bawak kapal terbang.
Lagi satu sikap biadab Bas 626 Manov yang gua kena cerita pada lu orang ialah pada ekonnya.Ekon dalam bas ni mengamalkan konsep “cukup sekadar nampak lubang ekon”.Sebagai contoh; kalau gua rasa panas,..secara auto gua akan cakap “harap lubang ekon saja besar”, sejurus mengesan getaran frekuensi suara gua, Manov akan balas bagi pihak ekon, "Ini tingkap kan gua sudah buka separuh" sambil menghembus asap rokok keluar. Pernah juga gua berusaha pusing pusing corong ekon padahal masa tu memang gua dah tahu ekon dalam bas Manov sudah tiga tahun jahanam.Untuk pengetahuan lu orang, takde langsung alatan dalam bas Manov yang berguna untuk meningkatkan taraf hidup penumpang macam gua.
Ok...Walaupun cerita gua mengenai bas 626 Manov semuanya nampak lahanat, namun ada satu perkara lain dalam bas beliau yang buat gua impress.
Hal yang gua maksudkan ialah berkenaan radio transitor yang boleh berfungsi. Radio transitor ini takde tempat kaset, tempat main CD jauh dimata. Agak malang siaran yang boleh dilayan hanyalah siaran dalam bahasa ibunda Manov. Siaran seperti Era, Hitz fm, Hot Fm dan lain lain tidak dapat dikesan oleh radio transitor tersebut tanpa sebab sebab yang munasabah.
Kelmarin, macam pagi pagi sebelumnya, gua duduk tempat co pilot lapik suratkhabar metro gambar fasha sandha.Manov bukak tingkap separuh lalu nyalakan rokok.Pemanduan beliau sangat laju ketika itu, hampir hampir motor EX5 sebelah tak dapat nak potong.Macam pagi pagi sebelumnya juga, Manov tekan radio transitor dihadapan beliau maka berbunyilah pertuturan bahasa ibunda.Dalam hati, gua salahkan zaman persekolahan sebab tak mengajar gua bahasa ibunda Manov.
Entah macam mana, gua teringin nak tanya Manov satu perkara, lalu gua tanya:
"Manov, sudah dua bulan ini bas hari hari gua sorang saja yang naik, kompeni tarak rugi ka?"
--
--
"Lu sudah tua Manov, ini bas selalu rosak, ekon pun tarak, kerusi tak payah cakapla,pergi pun perlahan, naik bukit selalu semput,badan lagi macam besi tutup longkang,penumpang pun tarak!" - Gua cuba sedarkan Manov yang gua syak dah kena tipu dengan kompeni 626 yang dia kerja.
Manov rilek saja mendengar provokasi gua.Dia macam berfikir fikir sesuatu.
"Lu sorang saja suka naik ini bas, lu banyak baik laa tambi"
"Bukan gua baik.Gua terpaksa naik.Kalau tak naik macam mana gua mau pergi kerja.takkan nak amek MC hari hari pula" - Gua membetulkan persepsi manov yang terbabas jauh.
"Dey tambi, mari sini saya tunjuk lu mesti suka" - manov menggamit supaya gua tengok apa yang dia nak tunjuk. Gua macam orang bodoh ikut saja cakap Manov.
Manov tekan radio transitor beliau. Tiba tiba Terpacul suara bergema dari radio transitor.Tiada lagi bahasa ibunda yang sakit telinga macam selalu selalu gua dengar.
"Manov, malam ni teman gua jumpa Megan Fox!"
--
--
Badan gua terkejang, gua sempat menyoal:
"Itu..itu...itu macam suara Optimus Prime!!, Manov bas ni boleh trans..???!!!"
Lalu gua jatuh pengsan.
*Manov sengeh macam cilake!!
Thursday, November 12, 2009
Hikmah Talipinggang 12:08 AM
Sunday, November 8, 2009
SMS Duka 9:17 PM
Saturday, November 7, 2009
Bahasa Inggeris Tinggi 12:36 AM
Thursday, November 5, 2009
Malas II 5:49 PM
Gua kena buat meeting peringkat PBB untuk semua bahagian hal ehwal agama.Ketua Syiah, Sunni, Wahabi dan Tabligh nak buat perjumpaan.Entah apa yang depa nak bincang gua tak berapa pasti.
Gua saspek mungkin berkenaan isu 'tahlil', atau isu 'doa qunut' atau isu ' berus gigi'. Berat macam gampang.
Hal hal remeh macam menyerang negara Amerika, membela kebajikan rakyat Palestin dan melaksanakan Islam hadhari semua serah bagi gua hendel.Mana cukup anggota badan gua nak setel sorang sorang.Tau la perkara remeh tak besar mana.
Mujur guru Mekah gua boleh bantu secara mimpi.Terpaksala gua tido lama lama nak dapat dia punya mimpi.
Ok gua tak boleh lama lama.Chow!!
NOTAKAKI
Tadi gua nampak di KLCC ramai gila orang islam malaysia makan MekDi sambil minum air Kokakola.
Ahhh gua lupa sekarang perang Israel-Palestin berenti rehat makan KitKat, jadi bolehla gua ambik peluang makan Mekdi.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Boycott???...nanti bila perang sambung balik, media bising bising kutip derma sambil tunjuk gambar budak putus kepala..gua sambung Boycott la..
Monday, November 2, 2009
Cikgu baru 10:10 PM
Sebenarnya bini gua disuruh menghadiri taklimat guru guru baru peringkat antarabangsa di situ. Gua perasan ramai juga guru guru perempuan dari negara orang putih sana yang hadir. Ada yang datang dari Buenos Aires, dari Manchester dan ramai juga dari Perancis. Gua dengar dengar mereka ni semua graduan KPLI cawangan Eropah dan Amerika Latin. Kalau ikut maklumat yang gua dapat, guru guru orang putih ni graduate dalam bidang kejuruteraan, tapi disebabkan kerja jurutera tak berapa nak menjadi, terpaksalah mereka masuk KPLI tajaan kerajaan Malaysia yang berpusat di negara orang putih.
Kira kira pukul 8.30 pagi, semua guru guru masuk ke dewan.Taklimat sudah bermula.Kalau ikutkan jadual, program taklimat akan habis pukul 2 petang. Gua fikir mesti banyak sesi diskusi ilmiah sepanjang tempoh taklimat.
Gua yang tak tahu nak buat apa,berjalan menuju bangunan pejabat.Tujuan gua ikhlas, hanya nak bertanya arah tandas pada makwe makwe pejabat yang tengah menaip ‘hari yang biiiizzzziiieee!!’ di Fesbuk masing masing.Ada juga makwe gua perasan tengah penat bercucuk tanam sambil jeling jeling belakang.
Selesai bertukar nombor telefon, dalam pukul 9 pagi,gua pergi order mee goreng di Pelita bersebelahan bangunan misteri berjenama Plaza Masalam.Belum sempat gua habiskan mee goreng, bini gua kirim sms suruh amik dia sebab sesi taklimat dah habis. Gua tengok Jam ditangan, pukul 2 tengahari. WTF???!!..mee goreng pun tak sempat suap habis..baru tadi pukul sembilan sekarang dah pukul dua?..Nampak sangat masa mencemburui gua.
Gua lempar duit ke muka mamak jaga kaunter lalu menten line kanan terus ke pintu pejabat pendidikan.Dalam perjalanan pulang, bini gua tak banyak bercakap.Dia cuma beritahu dia dapat sekolah dekat wilayah Kuala Kubu dalam jajahanHulu Selangor. Gua yang lebih berminat nak tahu hal guru bertaraf makwe dari Buenor Aires mendiamkan diri saja.Mungkin waktu waktu macam tu kurang sesuai untuk gua bertanyakan hal demikian.
Sejurus sampai dirumah, bini gua terus terpa ke intenet.
Gua menjadi hairan.
Pelan pelan gua intai apa yang bini gua sibuk sangat dengan internet sampai tak sempat nak baca doa masuk rumah.
“Lu cari apa kelam kabut sangat ni?”- Gua menegur dari belakang.
“Selipar crocs ” – jawab bini gua ringkas.
“Ehh kan gua dah belikan lu selipar crocs china bulan lepas?” – gua jawab balik cara berhikmah.
---
Dengan tenang bini gua balas:
"Gua nak meniaga selipar crocs kat sekolah"
Belum sempat gua nak bersuara, bini gua sambung lagi;
“Masa taklimat tadi pegawai tu bagitau gua: Dekat sekolah yang gua nak kerja ni,ada sembilan puluh orang cikgu.. bisnes selipar crocs ni saja yang belum ada cikgu buat.Bisnes lain jangan harap, semua dah kena tapau!”
---
---
Hati gua rungsing mengenangkan persaingan sengit dan getir yang bakal bini gua hadapi dalam dunia perniagaan selipar crocs disekolah 1Aliran 1Malaysia nanti.Doa gua, semoga beliau berjaya dalam perniagaan yang diceburi!!.
Kepada cikgu cikgu lama yang jual nasik kerabu, kain ela, kerongsang dan tudung Ekin, gua nak pesan..lu orang jangan main kasar pulak kalau selipar crocs bini gua lagi laku dari barang barang lu orang...Adat main bisnes la.
***
(Baru gua tahu, susah juga kerja cikgu ni rupanya)

