Thursday, October 29, 2009

Mengorat

Gua dengan bini gua, dengan Fateem pergi kenduri kawen di dewan Proton City baru baru ni.

Di sana, bini gua jumpa kawan kawan lama dia.Semua perempuan. (Sebelum ni gua tak pernah dikenalkan dengan kawan kawan perempuan bini gua..kedekut betul!)

Kami duduk semeja.Setelah berkenalan lebih kurang gua mulakan makan.

Sambil makan, macam macam cerita yang keluar.Gua sampuk sikit sikit saja sebab gua tak berapa pandai bersembang dengan perempuan sebenarnya.Ini fakta.

Agak tak lama,seorang dari kawan kawan perempuan bini gua (kalau tak salah nama dia Hawe) membaling seketol soalan pada gua:

"cerita la macam mana you mula mengorat lla ni dulu?, dia tak pernah cerita kat kami pun..dulu selalu kami tanya tapi dia taknak bagitau"

Begitu soalan Hawe pada gua,bercampur sedikit ulasan mintak kesian.

Bini gua duduk sebelah dah main jeling jeling memberi isyarat supaya gua jangan cerita.Mungkin dia segan kalau hal percintaan kami menjadi bahan cerita awam.

Gua berfikir sekejap mencari jawapan sejujur yang gua boleh bagi.

"nak cerita betul ke nak cerita tipu?" - gua pulak main balas secara "abang abang sweet masa bergurau dengan gadis".

"cerita tipu dulu..lepas tu cerita betul" - Hawe makin galak tersengih sengih.

"ok cerita tipu.."

kung kang kung kang..gua bagi hadiah secret admirer, pum pang pum pang..gua talipon..kung kang kung kang..gua beli bla bla bla...gua bagi surat pum pang pum pang.

(Seratus peratus gua tipu sebab nama pun cerita tipu).

"sekarang gua nak cerita yang betul" - Muka gua serious.Takde muka abang abang sweet dah.

keadaan diam.

"Gua tak reti nak cerita"- Pendek jawapan gua.

"Apesal pulak ?" - hawe pantas potong line.Mungkin dia kecewa sebab gua dah janji tadi nak cerita.

Gua kunyah nasik minyak bercampur ayam masak merah pelan pelan. Gua telan elok elok.Dengan tenang gua sambung:

"Gua tak tahu macam mana nak cerita..sebab bini gua yang mengorat gua..tanya la dia"

*******
Fateem kat sebelah gelak gila babi.Kecik kecik lagi dah paham orang tua tua bersembang.

Wednesday, October 28, 2009

'Line' Panas Gila Sekarang

'Line' tengah panas. Gua dah bayar tiga juta tengahari tadi, nak guna gua-lu-gua-lu punya pasal. Itu tak masuk bayar yuran 'gampang' dua juta, yuran 'kucar-kacir' pun dua juta jugak, yuran entah apa apa jenis lagi lawyer gua tengah bincang dengan lawyer pihak berkenaan. Gua harap semua pihak dapat mencapai persetujuan tanpa perlu bertarung lawan takraw...itu jalan penyelesaian terakhir.

Sampai rumah dalam pukul sembilan, dengan talileher masih terbelit kemas dileher, gua melangkah masuk sambil bagi Assalamualaikum. Gua dapati laptop dan internet dah terhidang kemas atas meja.panas berasap.

"laptop tu beb..tengah panas..pegi la jamah dulu, gua jamah kejap lagi..gua tahu lu lapar" - bini gua memberi cadangan sambil bukakkan stoken dari kaki gua.

Gua yang tengah lapar internet,meleleh leleh air liur pegi menghadap. Fateem dan adik dia terkebil kebil memandang gua dengan wajah meminta belaian dan kasih sayang.

Gua bermain kemahiran berhujah:

"fateem pegi set-up meja dulu..pinggan mangkuk susun elok elok ikut warna..pegi beli ikan kembung,sayur bayam..bawang jangan lupa..dah siap semua baru panggil ayah..malam ni kita masak siakap stim" - teriak gua sambil melahap internet bersepah sepah.

'Line' Panas yang kawan gua sms dalam bas tadi gua pegi tengok.Cilakak memang dah kena bayar yuran copyright rupanya.Mujur gua siang siang selesaikan cara elok dengan pihak berkenaan.Boleh la gua berlagak pakai gua-lu-gua-lu sambil ber-gampang ikut suka hati gua lepas ni.

Ahh sedap betul makan internet cicah kuah Fesbuk, lauk Blogspot gua cubit sikit sikit.Sedap sangat takut habis cepat pulak.Gua kalau menikmati internet, lauk tak payah banyak banyak..cukup kuah fesbuk dengan lauk Blogspot.Bini gua kata gua tak banyak karenah.Lauk sedikit takpa..asalkan makan puas.

"Dah setel ka lu punya hal semalam?,..gua tengok mamat tu dah mintak maap." - bini gua bersuara dari belakang.

Sambil mulut penuh blog gua membalas:
"Alah..gua bukan jenis simpan dalam beb..lu tau kan cara gua.Gua diam kira setel dah la tu.."

Tangan kiri gua tak berenti menceduk fesbuk.Laju je gua belasah..tecekik juga makan fesbuk laju laju ni rupanya.

Bini gua datang duduk sebelah.Perlahan dia bertanya:

"Gua tengok dalam entry lu ada email email rahsia, lu main hubungan sulit dengan makwe mana pulak?"

Ohookkk ohookkkk!!! - Gua tersedak.cepat cepat gua teguk air youtube.Dalam peti ais rumah gua takde air lain.semua air jenama Youtube.Ada macam macam perisa, ada perisa Indonesia, perisa Orang putih, perisa yang ada nama melayu melayu pun banyak juga.Paling gua suka melayu 3gp lah..

"Itu bukan hubungan sulit lah beb..itu kawan masa buat bisnes dulu dulu..takde apa apa lah...Cemburu jugak lu nih ye" - gua menyakat memberi penanda puasa 100 hari bakal berakhir anytime dari sekarang.

"ehhh..sejak bila lu buat bisnes pulak?, tak pernah haram sepatah lu cerita kat gua pun?" - Bini gua bersuara terkejut gila babi.

Gua diam sekejap.Tangan yang penuh sisa fesbuk dan saki baki blog gua biar basuh cepat cepat.Orang tua tua kata lepas makan terus basuh tangan. Tak baik biar kering.Sambil menoleh pandang ke bini gua..gua tarik napas dalam dalam.

*Gua senyum penuh keikhlasan..
*Keadaan tenang macam duduk dalam masjid..

"Sayang...kadang kadang dalam hidup ni..tak semua benda kita boleh Sembang Kencang..ada perkara perkara yang kita kena diam,simpan dalam hati elok elok..
Paham?, ke tak Paham?"

Bini gua tunduk diam.Dia dah termalu pada diri sendiri sebab mengesyak gua yang bukan bukan sebentar tadi :)

"Ayaaahhh..cepatttlaaa masaaakk!!"

NOTAKAKI
Lagi satu gua nak cakap:
kehkehkeh

Sunday, October 25, 2009

Dua campur Satu


Dari kiri:


Kat bawah tu ada gambar Shabir, tapi gua tak reti nak crop bagi masuk muka dia..lain kali gua cuba lagi.

Hanip punya markah pengajian gua saspek 3.75/4.00.Sekarang dia kerja Enjineer, gaji sekarang dalam rm empat ribu sebulan.

Malek putu mayam punya markah pengajian 3.64/4.00.Brader ni kerja Engineer juga, gaji sekarang anggaran dalam rm empat ribu lebih sikit.

Ok, seperti yang kita semua maklum..Ibab adalah salah seorang dari tiga orang pelajar yang paling curut dalam kelas. Dia punya markah pengajian rasanya 2.33/4.00 sahaja. Ketika budak budak lain seronok menerima ijazah sambil membaling topi empat sagi ke atas, Ibab masih rilek main Championship Manager dalam bilik beliau tanpa sekelumit pun rasa bersalah.
Dia tak puas lagi belajar MEB rupanya.

Tapi...

walaupun Hanip dan Malek seolah olah nampak lebih suksess dalam kerjaya, tiba tiba Ibab muncul ligan dari belakang.Ligan dari belakang yang gua cerita ni kes empat tahun lepas...

Sekarang Ibab kerja di negara Mauritania. Gaji dia, kalau Malek dan Hanip tahu konfem mereka menangis sebab tak score 2.33 masa belajar. Ibab punya pendapatan sekarang US dollar lapan ribu sebulan.Setakat kereta Nasional Hanip dan Malek tu dia langgar buat tak tahu saja dengan kereta Caldina yang dia baru beli masa balik raya itu hari.

Kesimpulannya; sapa sapa nak kerja gaji puluh puluh ribu, lu orang tak payah la belajar hero sangat.Rilek rilek sudah la beb...

p/s: Yang gua hairan, gua pun belajar melingkup juga, tapi tak dapat gaji puluh puluh ribu macam Ibab pun??,ahhh..masa gua belum sampai kot.

*Gambar tu gua rembat dari Fesbuk norman,gambar norman gua crop kasi buang.Kehkehkeh...

Friday, October 23, 2009

Catatan Pergi Kerja

Pagi tadi gua bangun lambat…

Pukul 7.25 pagi

Gua bawak haluan hidup bersama moto ex5 menuju ke stesen bas Tanjong Malim secara agak kelam kabut.Kad kerja, pen kilometrico tiga batang,talileher beli bundle, baju masuk dalam, duit lima ribu dalam dompet,pakai helmet dan seketul henpon, (henpon selalunya tak charge.. gua akan pow sapa sapa punya charger dekat opis, yang jadi mangsa selalunya Queensyams lah).

Gua baca Bismillah…tendang besi starter, enjin menderooommm..Gua pecut 100km/jam tak pedulikan lampu isyarat.Cilakak gua dah lambat gila babi.Gua kena kejar bas pukul tujuh stengah pagi!!,sambil layan korner tak putus gua berdoa semoga bas 626 tak buat perangai kurang ajar begerak awal tak ikut masa.Pengurusan bas 626 ni pun satu hal, takde rasa nak amek inisiative ke talipon kejut gua tido awal awal.Dah tahu jadual bas gua pukul 6.30,talipon la tanya kenapa gua tak muncul.Benda macam tu pun pihak pengurusan tak boleh nak pikir.

Pukul 7.30 37 saat pagi

Gua berentikan moto di tempat sepatutnya dalam keadaan kepala kucar kacir, gua masuk kunci bukak seat moto,sangkut helmet lalu gua hempas semula kerusi moto tu buat buat macam tengah marah sebab lambat.Padahal gua lambat bukan salah seat moto tu pun.

Gua lari mengejar bas yang mula nak masuk gear undur.Brader tiket juga mengejar gua dari belakang mununtut duit tiket,Tanpa budi bahasa gua campak duit tambang tujuh ringgit yang gua simpan dalam stoken ke muka penjual tiket, lantas gua lompat masuk dalam bas menuju ke kerusi dibahagian tengah.Berguna juga rupanya ilmu pesilatan lompat yang gua tuntut masa bertapa di Indonesia dulu.

Baru gaya gua nak tido, datang sorang makwe lawa nak mampos duduk sebelah gua.Dia pun lambat macam gua juga.Tak sudah sudah gua menyumpah dalam hati, pantang nampak lelaki hensem segak bergaya naik bas, ada la makwe makwe yang teringin duduk sebelah.Selalu sangat gua kena macam tu.Ahh gua nak tido, takde masa gua nak bersembang sembang dengan makwe lawa tersebut.

Pukul 7.31 sampailah Pukul 9.05 pagi gua tak tahu apa yang berlaku sebab gua tido.Yang gua tahu, sekitar pukul 8.35 gua terjaga sekejap angkara bunyi hon lori kontena yang buat perangai macam baru kali pertama masuk jalan duta. Baru jammed sket dah menggelabah.Tak reti bersabar langsung.

Pukul 9.05 pagi

Gua turun di Masjid Jamek.Perjalanan ke opis sudah hampir.Jadi kena rileks.

Gua pekena baca suratkhabar METRO muka depan di kaki tangga LRT.Hari hari gua buat macam tu.Brader India jual suratkhabar tak berani nak tegur sebab cara gua berpakaian memang nampak macam orang kerja pengarah urusan yang pandai berbahasa inggeris.Padahal dia tak tahu ilmu bahasa inggeris yang tersemat dalam dada gua ni lebih berat pada bidang mencarut sahaja.

Pukul 9.13 pagi

Gua dah terpacak depan kaunter membeli tiket LRT.Tiada makwe hari ni, cuma seorang brader muka ketat.

“KLCC!” – Gua bersuara tegas.Tegagap gagap brader berkenaan nak bagi barang panas yang gua mintak.Bukannya gua mintak beli ganja, setakat beli tiket LRT je..itu pun dia boleh jadi menggelabah tak ketahuan.

Gua seluk poket ambik note seratus.Itu saja duit paling kecik yang gua ada.Tadi ada tujuh ringgit dalam stoken gua dah baling pula kemuka brader jual tiket bas.

Pukul 9.20 pagi (7 minit brader tadi ambil masa nak pulang duit baki gua)

Gua masukkan duit dalam poket.Tapi macam ada benda halus kacau fikiran bijak gua.tak sedap hati betul.Gua selok poket kiri kanan.Takdak benda yang gua cari..Setelah berfikir lima saat, gua buat keputusan.

Berbekalkan bekalan henpon dengan kuasa bateri yang nak barai, gua buat panggilan hangit kepada bini gua:

“beb tolong gua sikit “

“Tolong apa?”

“Macam biasalah..pergi stesen bas sekarang”

“Laaa..buat perangai lagi..??”

Henpon mati.Gua berjalan ke pusat penempatan LRT masjid jamek sambil berkelahi dengan diri sendiri.

Untuk rekod:

Sepanjang tahun 2009, masuk hari ni dah masuk kali ke empat (4) gua tertinggal kunci moto dekat tempat bukak seat masa nak gantung helmet.Ciri ciri hero seperti otak bijak, duit banyak sampai hari hari bawak lima ribu pergi kerja, hensem serta bergaya, rupanya masih tak cukup nak selamatkan gua dari perangkap lalai dan lupa.

*********


Wednesday, October 21, 2009

Astaghfirullah....


Gua malas nak mencarut...penat..baru balik kerja.
Jadi gua nak passing tanggungjawab mencarut ni kepada lu orang...






Entah banyak mana lagi brader ni goreng gua punya entry tak tahu la...Tak larat gua nak semak satu satu.

p/s: terima kasih Luca kerana memberi kesedaran kepada gua...lu punya lagi parah beb..

Monday, October 19, 2009

1Malaysia

Budak budak berketurunan India datang rumah mak ayah gua siang tadi. Mereka datang beraya.
Nak suruh balik tak kena, nak suruh masuk pun tak kena. Inikan negara 1Malaysia.

Cilakak tak pasal pasal keluarga gua terlibat dalam perayaan Deepavali secara 'hand's on'.Mental tak bersedia. Salah kami juga, hal hal 1Malaysia sapa suruh tak ambik berat.

"Makcik ini 1Malaysia la makcik..kami raya, makcik pun raya la" - salah sorang brader berhujah.

Kalau ikut konsep 1Malaysia, memang boleh pakai juga kepala otak brader berkenaan.

"Ok..lu orang masuk..apa apa hal kita cerita kat dalam" - Ibu gua bertindak menjadi tekong keluarga.

Masukla tiga orang budak India sekolah rendah Methodist. Tiga tiga budak lelaki.Gua saspek umur mereka dalam darjah lima atau darjah enam.

Nak jamu tart jem, macam tak kena tema.Inikan Deepavali, bukan Aildilfitri.
Nak jamu maruku, macam tak kena juga. Mana ada kami beli maruku??.

Maknanya, gua kena berfikir untuk jamu makanan yang syarat dia adalah 1Malaysia.

Gua pegi lari kedai Chong dekat bawah:

"Bagi Maggie kari tiga bungkus!".

****
****
****
p/s: Lepas rumah gua, budak budak tu pergi pula rumah nyonya Memei sebelah rumah mak bapak gua.Belum sempat bagi hujah, semua semua kena halau dengan nyonya Memei. Nyonya Memei memang haram tak paham konsep 1Malaysia. Malas gua nak terangkan kat dia.

Saturday, October 17, 2009

Brader Kebel

1)Kepada brader brader sumber manusia, dan brader brader penemuduga di Kementerian Pelajaran Malas-sia, gua dah ampunkan dosa lu orang.

2)Duit tol, duit minyak, masa, tenaga, cuti rehat dan duit belanja rumah tumpangan yang gua sembelih buat korban beberapa bulan yang lampau, gua halalkan. Gua kira kira guna kalkulator henset ..modal nak mengusung bini gua pegi interview di Putrajaya, di Melaka dan di Ipoh semua sekali kawteam rm2140. Di mana duit sebanyak itu kalau gua guna buat beli beras, cukup nak bagi zakat pada asnab asnab di masjid Zahir Aloq Setaq selama tiga tahun berturut turut.

3)Perangai malas angkat talipon,perangai "encik kena tanya bahagian pengurusan porno..saya bagi nombor ye", perangai pegawai takde pegi mesyuarat (padahal gua tahu dia pegi pekena roti canai), perangai tak reti balas email, perangai cakap biadab mak bapak tak ajar dan segala jenis perangai yang boleh menyebabkan gaji yang halal menjadi haram,yang dianiayakan kepada gua dan bini gua..Gua maafkan.

4)Antara semua semua..paling gua rasa nak penerajang ialah bila gua talipon kementerian, haram jadah sapa pun tak angkat. Sehari gua talipon tiga puluh dua kali, cuba kira kalau hari hari gua talipon dengan kadar macam tu selama lapan bulan?,tak apa..gua maafkan juga.

5)Bila semua saluran halal yang gua usahakan tak mendatangkan inzal, gua mula cuba cuba jalan yang sesat. Gua amalkan pula prinsip Kebel. Sayang kebel yang gua guna jahanam di tengah jalan.Mujur gua belum belikan lagi kereta Mercedez untuk Kebel Kebel berkenaan. Jadi sapa yang rasa diri dia brader Kebel, gua dah redhokan perbuatan lu orang pada gua.Gua nak pesan,Penuhkan konektion di dada dulu, baru la klem diri tu brader kebel.

6)Dan hari ni, setelah setahun gua dan bini gua menjadi pemintak sedekah dan penyembah kaki di kementerian pelajaran, akhirnya bini gua dapat juga sedekah yang dia nak sangat sangat..Sedekah yang boleh bagi nama dia ada tajuk CIKGU kat depan. Terima kasih brader kementerian kerana membangsatkan kami selama satu tahun.

NOTAKAKI
Gaji cikgu sebulan dua ribu, bini gua dah rugi sepuluh bulan...gua kira balik guna kalkulator henset, bini gua dah rugi dua puluh ribu.Beritahu gua dengan pihak mana gua boleh klem hal hal macam ni?

Wednesday, October 14, 2009

Menjawab test di universiti

2001

Masa ni gua belajar dalam tahun dua kelas kejuruteraan kimia.Dalam kelas,ada tiga pelajar yang kategori mereka adalah paling bengap.Mereka ialah Haidar@lim tat, Ibab dan gua.Jika ada budak budak batch gua berani klem terdapat calon yang lagi bengap dari senarai nama yang gua bagi,sila tampil ke depan supaya senang gua terajang.

Subjek subjek Kejuruteraan Kimia memang palat punya susah.Pada kami bertiga lah.Paling palat subjek yang gua nyatakan di perenggan awal.Budak budak lain seperti Hanip,Norman,Amit,Malek dan Harikrishnan pun cakap susah juga.Tapi susah mereka cuma dibibir,bila keluar result test atau exam sekor sekor markah macam syaiton.Gua?,alah..kadang kadang lima per empat puluh,kalau ada rezeki dapatla sembilan per empat puluh.Itu pun sebab tiru orang depan.Memang macam tu lah...kalau dah setiap malam melapak maple Tronoh bersembang kung kang kung kang,apa jadah nak jadi pandai..

Suatu hari ada ujian subjek Material Energy Balance (Jisim Tenaga...gabungan Jisim dan Tenaga..nama pendek dia MEB).Entah siapalah punya kerja tak berfaedah pergi cipta subjek mengarut macam tu.Gua memang tak minat langsung,belajar pun takde rasa ghairah.Ibab mungkin handal sedikit dari gua dan Tat dalam subjek ini,jadi masa ujian dia duduk tempat jauh dari kami supaya kami tak dapat nak meniru.Kawan perangai macam tu gua dah biasa.Nak nak pulak Ibab,pantang boleh paham sikit masa lecturer ajar dia mula buat belagak dengan gua.Macam gampang...gua dengan Tat malas nak layan sikap 'berangan pandai tapi akhirnya bengap' yang selalu ibab tonjolkan.Semuanya nak bikin hati gua panas.

Bebalik pada ujian MEB, gua duduk belah belakang tepi dinding.Belah kanan gua brader terer iaitu Hanip.Brader depan dengan belakangam gua dah tak ingat.Hanip ni bekawan bekawan juga,cuma tak berapa rapat.Hanip memang hero,muka tak hensem tapi ramai makwe.Setiap minggu tengok wayang dengan makwe makwe yang bermacam macam jenis.Kadang kadang dia tangkap makwe ustazah,kadang kadang makwe yang dia tangkap macam whore pun ada.Gua saspek Hanip ni spesis rare.Makin dia galak dengan makwe makwe,makin geliga kepala otak dia sedut pelajaran.Jenis tak reti nak ikut hukum alam.

Gua duduk atas bangku bagi sedap sedap bontot.Pen,pensel,pemadam,liquid paper,kalkulator..semua ada.Yang tiada hanyalah ilmu di dada.Gua dah bersedia mendapat markah sembilan per empat puluh atau kurang dari itu.Pn Suriati (lecturer) meriliskan sekeping kertas soalan setiap seorang.Kertas kosong nak tulis jawapan pun dia bagi juga dalam tiga empat keping seorang.

"Ok..kamu semua ada masa satu jam..sila jawab sekarang".

Gua perati kertas soalan.Macam gua cakap awal awal tadi,subjek Material Energy Balance ni memang palat dia punya susah.semuanya ada empat(4) soalan,wajib jawab dua (2) soalan saja.gua baca semua soalan,semua semua gua tak reti nak jawab. Macam mana gua nak menten rekod dapat sembilan per empat puluh??,Ahh sudaaahhh....

Selalunya..sebelum sebelum ni,kalau gua dalam keadaan tak reti nak jawab soalan periksa,gua akan mencarut carut dalam hati dengan mulut berkumat kamit.Mencarut dalam hati dah jadi macam rawatan terapi untuk mencapai ketenangan masa gua terkial kial nak jawab kertas periksa.
Macam macam bangsa mencarut yang keluar,"fak!","palat","gampang","pundek"..dan pelbagai lagi aneka carutan yang gua hamburkan lebih galak dari berzikir sesudah sembahyang.Gua nak tulis perkataan mencarut masuk entry ni pun sorok sorok takut orang belakang baca.
Tapi itu dulu..sebelum sebelum. Untuk kertas soalan yang gua tengah cerita ni, gua tak mencarut langsung. Gua tukar strategi.Gua menyanyi dalam hati sambil toleh kanan curi curi dengan niat nak meniru Hanip.

"Hanip..gua taktau apa jadah langsung nie..gua tak reti!!" - gua merayu separa deras supaya Hanip boleh dengar suara ikhlas gua. Gua tunjukkan sekali kertas jawapan yang gua conteng conteng sebagai bukti yang gua tak reti nak jawab langsung.

Masa entah tinggal bebelas minit saja lagi masa tu.

Hanip pandang wajah ikhlas gua yang menagih sekelumit jawapan periksa dari beliau. Hanip tak menunjukkan apa apa simpati.Dia buat tak tahu dengan orang bengap macam gua.Takde pun rasa nak sedekah sedikit ilmu dalam keadaan gua terdesak macam tu. Gua tengok Hanip pulun jawab sorang sorang.Habis penuh kertas kosong dia tulis jawapan jawapan.Gua perati meleleh air liur. Yang lagi buat hati gua membara, Hanip siap angkat tangan mintak kertas kosong tambah.Tak kenyang kenyang rupanya dia menjawab soalan.

"Hanip tolongla bagi gua nak tiru sikit..gua kosong betul ni" - gua tak jemu jemu mintak sedekah dari Hanip.

Hanip memberi sekilas pandang pada kertas gua yang terbarai.Tapi dia masih buat tak tahu.Dia terus bertungkus lumus untuk diri sendiri tanpa memikirkan nasib diri gua.

****
"Ok masa dah habis!!..tulis nama hantar kertas jawapan ke depan SEKARANG!" - Suara Pn Suriati bergema.Beliau kemudian sibuk mengawal keadaan supaya Ibab, Tat dan gua tak terjun keluar bangunan. Dengan kertas kertas yang gua conteng dua tiga formula kimia tingkatan lima, beserta beberapa baris lagu Korn...gua tulis nama, ikat kertas dengan benang lalu passing kertas ke depan.Gua baca sikit selawat memohon pembelaan Yang Maha Esa.

******
Lebih kurang seminggu kemudian..masa kelas MEB, Pn Suriati bagi balik kertas jawapan beserta markah.Dia panggil nama sorang sorang pegi depan.
Gua jadi tak tentu hala.Dada bedebar ketepi ketengah.Fikiran jadi meracau.Jiwa gua kucar kacir.Muka ibu dan ayah yang menggalas harapan ke bahu gua muncul silih berganti.

"Firdauusss!!" - mata Pn Suriati meliar mencari brader nama gua.Dia bukan kenal sangat gua ni muka macam mana.

Gua bangun lalu mara ke depan dengan gagah.Langkah kaki gua kontrol supaya tidak tersanduh depan makwe makwe.

"Bagus yee markah kamu..tapi saya kena potong dua markah sebab kamu tak tulis nombor ID...
Aaaa..lagi satu...lenkali tak payahla hantar kertas conteng, menyemak!" - Pn Suriati hulur kertas jawapan pada gua.

Gua tengok kertas jawapan tu.Tertera markah 38/40.
Cilakak!!, ini bukan kertas jawapan yang gua jawab..takde baris baris lagu Korn pun,apesal boleh ada nama gua pulak???

*****
*****
*****

Lepas habis kelas,Hanip menyapa gua:
"Sori la beb..gua tak tahu lu punya nombor ID"

Kebingungan gua akhirnya terjawab.

Jasa Hanip, sampai sekarang gua tak reti nak balas macam mana.

Lu orang ada kawan macam Hanip?

Lagi satu gua nak pesan.Kalau buat apa apa benda tak lepas, janganla mencarut.
Kehkehkeh....

Sunday, October 11, 2009

Story Bas 626

Lebih kurang dua bulan yang lepas, gua ada beritahu lu orang syarikat Bus MaraLiner Tg Malim-KL terpaksa tutup kedai sebab disantau oleh kedai kedai bas bersebelahan.Sampai sekarang, penyantau berkenaan masih menyembunyikan diri.Polis cari pun tak pernah jumpa.

Mula mula gua rasa sedih juga, namun selang beberapa hari selepas itu gua dipertemukan dengan syarikat bas lagi satu, juga menawarkan khidmat pengangkutan Tg Malim – KL, bernama Bas 626. Masa mula mula jumpa, perasaan malu tu ada juga berkeledak dalam hati, tapi bila sudah dua tiga kali gua menikmati service Bas 626, gua perhatikan budi bahasa Bas 626 jauh lebih manis kalau nak dibandingkan dengan Bas Maraliner yang gua naik dulu.

Bas 626 ni, susunan tempat duduk dia macam kapal terbang jenama MAS 747.Belah kiri hanya ada ‘single seat’ sebanyak sepuluh buah, manakala sebelah kanan pula tersusun ‘couple seat’ juga sebanyak sebuluh buah. Selalunya kalau gua naik, gua akan duduk belah kiri.Tempat duduk dia punyala sedap rasa macam dapat teguk air oren masa bebuka puasa.Tempat duduk bas 626 berkaler hitam (lambang elegent), seratus peratus kulit lembu rodeo diimport dari Amerika, dia boleh ejas kasi baring secara flat Sembilan puluh darjah, tak payah risau perasaan orang belakang sebab ejasmen tempat duduk dijamin tidak menggangu penumpang lain. Kocek sebelah dinding ada tersimpan bantal wangi buat lapik kepala, selimut juga disediakan.Ahh,bantal dengan selimut kalau nak bawak balik pun boleh, takde masalah.

Gua jenis naik bus pergi kerja tak suka baring , waktu pagi gua lagi suka melayan HD flat screendua puluh sembilan inci yang boleh terpacul keluar secara intenet dari tempat letak tangan belah kanan. Bila gua tekan butang ‘on’..pelan pelan screen dia terjulur. Kalau nak tengok movie, gua pilih guna touch screen saja. Ada lapan belas ribu movie semua sekali. Semua movie Amerika dengan Britain. Movie Perancis ada sikit sikit.Gua baru layan dua puluh lima. HD flat screen tersebut juga mempunya fungsi intenet.Selalunya gua lebih senang browse intenet melalu HD flat screen. Kalalu rajin, gua update blog,kalau malas sikit gua bukak Fesbuk atau menikmati talkshow Dick Cavett di Youtube.Kalau malas tahap gampang baru la gua menonton movie. Ada juga kes kutu sebelah buat perangai barua pergi donlod movie Porno.Gua kat tepi cuma terdaya geleng kepala mengenangkan sikap penumpang yang suka menyalah guna kemudahan awam.

Ada juga masa selera gua lebih berat nak baca suratkhabar orang putih atau menikmati lagu lagu Janis Joplin yang klasik.Oleh yang demikian, apa penumpang macam gua perlu buat hanya tekan ‘on’ kat tempat letak tangan belah kiri pulak.Terpacul pulak Screen lain yang saiznya lebih kecil berbentuk empat sagi. Screen belah kiri ni digunakan untuk memilih lagu dan membaca suratkhabar. Ada beribu ribu jenis suratkhabar mewakili negara masing masing. Bahasa suratkhabar pun ikut bahasa ibunda masing masing. Gua paham sikit sikt bahasa inggeris, jadi gua lebih gemar baca suratkhabar Amerika atau Britain.Pernah juga tekak gua nak merasa baca suratkhabar Jepun.Cilaka baru nak eja tajuk utama gua dah tertidor.

Selalunya sambil baca suratkhabar, gua akan mendengar lagu untuk halwa telinga.Namun begitu, dalam hal lagu ni gua ada masalah sikit.Kat situ ada lebih kurang enam juta lagu.MasyaAllah lagu punyala banyak!!, kalau HitzFm tahu hal macam ni gua rasa syarikat dia boleh jadi malu.

Untuk cari lagu lama yang gua tak tahu tajuk, gua kena meredah masuk dalam screen yang menyimpan enam juta lagu tersebut. Banyak kali juga gua sesat tak berjumpa dengan lagu yang gua teringin nak dengar, akibatnya gua jadi fedap lalu tertidor dalam kesesatan lagu yang berjuta juta itu.

Lagi satu kecanggihan Bas 626 yang gua kena cerita pada lu orang ialah pada ekonnya.Ekon dalam bas ni mengamalkan konsep “cukup sekadar kata kata”.Sebagai contoh; kalau gua rasa terlebih sejuk,..secara auto gua akan cakap “uish sejuk sangat ekon ni”, sejurus mengesan getaran frekuensi suara gua, ekon bas 626 akan mengejas suhu badan beliau supaya boleh diterima dengan aman oleh suhu badan gua. Pernah juga gua buat perangai menyakat dengan nada marah marah, saja gua cakap “Woii ekon, lu dah terlebih sejuk ni”. Padahal masa tu memang suhu dah sedap sedap untuk tido tak payah selimut.Rupanya teknologi ekon bas 626 ni bukan bodoh bodoh boleh kena tipu, dia ada teknologi boleh kesan keikhlasan hati penumpang.Gua pun baru dapat tahu hal ni kelmarin.Patutla gua cuba tipu banyak kali haram tak menjadi.Malu gua buat hal tipu tipu macam tu dengan ekon yang inteligen.

Ok...Walaupun pada asasnya, gua cerita semuanya nampak seronok, namun ada juga satu perkara lain dalam bas 626 yang selalu buat gua kecik hati.

Hal yang gua maksudkan ialah berkenaan sikap pramugari bas 626 yang suka tanya gua “nak makan apa encik?” setiap sepuluh minit. Ada sekali mulut gua sedang sarat mengunyah French toast, atas tray masih terbentang Pasta Bolognese haram gua tak usik lagi, makwe pramugari datang tanya gua sambil berlenggang :

“nak makan apa lagi encik, ada lagi kami sediakan Beriyani gam, LambChop, Nasik bukhari?”.

Lu orang tengok.. macam mana adik pramugari ni tak reti nak hormat langsung kat gua yang tengah mengunyah rezeki penuh mulut.Mujur la pramugari tu lawa dan sedikit seksi.Bekurang sikit perasaan nak melempang tu.kalau ikut rasa marah,boleh jadi berkelahi juga atas bas 626.

Pernah hari tu jadi sekali dalam perjalanan pulang dari pudu ke tg malim,tekak gua terasa gatal nak menenguk air kokakola,Gua pun tekan butang ‘order air kokakola’ dekat HD flat screen.Tak lama lepas tu,adik pramugari datang hulur gua segelas air berjenama Virgin Kolada. Gua terkejut..panjang gua bersyahadah…

Brader brader sebelah dah pandang gua lain macam..mula la tu pikir gua minum alkohol.

Berterabur juga gua caci mesin HD flat screen yang silap hantar maklumat ke dapur.Siap dengan adik pramugari gua tegur sekali.

“Gua kan melayu-islam, takkan la gua minum air cam gini?”- gua kasi gertak.

“maaf kan saya encik,saya ikut arahan kompiter sahaja.lagipuuun…..” – suara adik pramugari terhenti di situ.

“lagi pun apa??” – gua gertak kuat lagi.

“Lagi pun…muka encik tak macam melayu, saya tengok berat ke muka pemain bolasepak Italy, mana la saya tahu encik orang Islam” – bergetar suara adik pramugari.

Gua terdiam. Gua tak salahkan beliau. Memang dah banyak kali kesilapan macam tu berlaku. Yang gua hairan, masalah besar sangatkah kalau muka gua macam orang Italy?,

_______

Begitulah serba sedikit rutin kemewahan gua selama berulang alik naik bas 626 dari tg malim ke kuala lumpur dan balik semula ke Tg Malim.hari hari.

Minggu lepas, gua cerita hal ni pada budak budak department gua.Mereka semua ada sembilan belas orang.Esoknya, sembilan belas sembilan belas kawan gua tu termasuk pengurus kanan angkut kain baju pindah ke Tg Malim.

Macam gampang!

*Gua ada bagitau tak kerusi bas 626 tu ditaja oleh OGAWA?*

________

NOTAKAKI

“Ane, gua sudah tulis apa lu suruh!”

“Hahaha..bagus bagus”

“Ketawa ketawa juga..gua naik free tiga bulan tu lu jangan lupa”

“Free free..mesti free punya kawan”

“Lagi satu..esok lu repair itu ekon bocor, kerusi patah kasi skru balik, sama langsir hantar cuci..bau busuk nak mampos!”

“Ok ok”

Thursday, October 8, 2009

Binari

Entry gua semalam..gua cerita sikit pasal binari.Dalam bahasa orang putih dia eja binary.
Ramai juga menyalahkan gua sebab gua cerita 2 jenis manusia saja, dan bukan 10 seperti yang gua bangkitkan..

Macam ni lah..

Binari ni ilmu dia ada dalam buku matematik tingkatan lima.Matematik moden, bukan matematik tambahan.

11000111
10100
1001110

ok, dah ingat?,
cuba ingat balik pelan pelan...

Bila kita tulis 10 dalam binari,maksud dia dua (2)..

Sekarang gua dah tahu, lu orang ni semua belajar sebab nak lulus periksa SPM saja kan?Astaghfirullah...

p/s: Gua tak larat menaip dengan gaya mengaki macam ni,nampak sangat takde adab.Sapa sapa yang ada buai elektrik tu bagi la sedekah dekat gua.

Tuesday, October 6, 2009

Teori Gua

Teori Satu
"makwe lawa - balak dia haram tak hensem"

Teori Dua
"brader hensem - makwe dia biasa biasa saja"

Gua buat survey di Emerika, bini gua buat survey di Australia.Gua buat pHd dalam Human saikologi, bini gua buat pHd dalam Genetik Manusia. Gua bertapa di banjaran Andes, bini gua bertapa di lembangan Mesopotamia. Gua pergi Harvard berdebat dengan professor Matematik, bini gua pegi Oxford berdebat dengan ahli Kimia. Gua bukak kita kitab budaya, bini gua menelaah kitab kitab agama. Gua belajar konsep ‘love is blind’, bini gua belajar konsep ‘love is money’. Gua suntik teori ‘geografi mempengaruhi cinta’, bini gua lawan dengan teori ‘kasih tersemat pada DNA’. Gua baca buku Shakspeare, bini gua baca buku Ayat Ayat Cinta (buku utk percintaan secara rakan masjid).
Setelah lima tahun, ilmu pengetahuan gua bersama bini gua yang luas bergabung tenaga.Gua bentang kertas kerja di PBB, bini gua bentang kertas kerja di OIC.

Keputusan: Dua dua teori tu macam cilake dia punya betul!!

Hujung tahun ni gua terbang pegi Venezuela terima hadiah Noble Prize.

NOTAKAKI
Setelah berbincang dengan gaya intelektual tinggi, gua dan bini gua sebulat suara bersetuju..kes kami jatuh tersungkur dalam teori nombor dua. Apa nak buat, dah naseb gua jadi hensem.

Lu orang jangan mengada ngada kata gua kelentong.Nak kena baling dengan selipar?

Saturday, October 3, 2009

Honda City

Penghujung 2006 - Aprtment Ukay Perdana

"Lu rasa kalau gua pakai honda city ni orait tak?"

Matdan mengajukan soalan ketika beliau membelek majalah kereta di suatu malam.Gua yang tengah duduk sila panggung tak pakai baju tak berapa nak melayan.mata ralit menghadap EPL weekly hilite.

"Woii, gua tanya ni..kalau gua pakai city ni orait tak?"

Sekali lagi soalan dia ajukan.Kopi sejuk stock pagi tadi gua hirup pelan pelan.Rasa lazat bila air kopi berlari lari melintasi anak tekak tak dapat gua bayangkan dengan kata kata. Surut sedikit suhu panas yang membahang macam orang gila dalam rumah gua.Rumah sewa gua tu,satu ayat Kursi pun tuan rumah tak gantung.Macam mana la rumah nak sejuk.

"Orait la kot" - jawab gua acuh tak acuh.

Matdan, kerja macam gua, gaji macam gua, malas macam gua,boros macam gua, mak ayah dia punya harta kekayaan yang tak seberapa tu pun sedikit sebanyak macam mak ayah gua.Pergi kerja,naik moto Kriss modenas beli seken hen, sama macam gua juga. Kadang kadang pinjam duit gua lagi nak bubuh minyak.Jadi bila dia ada hajat nak pakai honda city, lu orang ingat gua nak amek serius?

"Gua betul betul nak beli ni beb..gua tengah tengok tengok review pengguna je ni" - matdan cuba myakinkan gua dengan cerita erotis beliau.

Gua rilek rilek saja.Pada gua, kalau matdan dapat pakai kereta wira berlakon evo pun dah cukup kembang hidung tunjuk kat orang kampung.Gua pun tumpang bersyukur.Tak payahla sampai ke city, angan angan tu garang sangat.

"Lu ada duit ka matdan?, jangan gebang saja" - gua bagi sedikit provokasi bernada friendly.

"Ada la sikit sikit..woih sapa geng kita biasa main dengan honda city ni hah?, gua nak tanya sikit"- matdan semakin beriya iya.

Gua cuba mengingat ingat.

"Kalau ikutkan ilmu kereta yang gua tuntut dari mahaguru di indonesia dulu, gua tahu abang ipar Zool memang pakai city ni,kaler biru" - gua memberi semangat kepada matdan.

"Hah..gampang!,macam mana gua boleh tak ingat abang ipar Zool ada city dulu..
Woii Zool keluar cepat gua ada hal nak tanya ni!!"- matdan siap jenrit suruh Zool keluar cepat dari jamban.

Zool juga salah seorang dari ahli rumah sewa gua.Beliau sedang berak ketika perbualan matdan dan gua berlangsung di ruang tamu.
Ok, sebelum gua teruskan cerita..ingat isi penting entry ini, matdan nak beli honda city,gua cuba membantu dan Zool sedang menikmati berak di jamban.

Kepala matdan terjenguk jenguk ke arah jamban menanti kemunculan bergaya Zool.
Muka matdan berseri seri.Sebentar lagi, hajat beliau hendak menemuramah Zool berkenaan honda city kepunyaan abang iparnya akan tercapai.

Zzrraaappp...zzrraapp...

Pintu platsik yang direka secara buka tutup sliding berbunyi lancar.Matdan sudah tidak sabar sabar nak mengajukan soalan soalan. Zool dengan muka kepuasan terpacul menuju ke arah bilik,namun bunyi flush jamban tak pula gua dengar.Cilaka dia lupa flush lagi!.

"Zool gua nak tanya sikit!"

Zool bersama tuala membalut separuh badan,memberhentikan langkah.Beliau memandang matdan sambil mengangkat kening memberi isyarat "Wussup bro?".

Lalu matdan mengalunkan pertanyaan dengan lantang:

"Lu tolong tanya abang ipar lu, dia biasa main dengan city kan?,performance dia sedap tak?, cerita sikit"

****
Zool menyambut soalan matdan dengan muka terkulat kulat.Dalam situasi kepala kucar kacir beliau membidas:

"Pundek lu lah!!, apehal tanya abang ipar gua?, lu pegi tanya datuk K la..laki dia,cibai punya soalan!!".

****
Matdan terkebil kebil hilang arah.

Zool pula terus menerpa ke bilik takde nak cerita banyak.

Manakala gua, hanya mampu mengucap panjang...

Thursday, October 1, 2009

Keroncong untuk Kereta gua

Setelah tiga tahun gua dan keluarga gua terseksa menunggang kereta dengan radio yang jahanam, gua akhirnya disuluh jalan taubat untuk menghantar kereta pergi pebaik radio kat kedai aksesori di sekitar Taman Anson. Itu berlaku semalam, hasil usaha adik gua yang mengatakan “ gua tengok kereta lu dah macam gua niah..berubahla beb”.

Tercabar dengan kata kata nista sebegitu, gua mintak dia bawak kereta pegi pebaik dengan muka pahit. Dalam hati dah bimbang, paling cikai kedai aksesori mesti kapak gua seratus dua.Takpa lah..pandai pandai la gua bancuh teh o bubuh dalam botol susu Fateem nanti, gua harap dia tak perasaan.

Sedang gua bekerja di Kuala Lumpur, adik gua mengirim salam secara sms dalam format tekno:

“Yo dude..radio kereta lu dah setel..rm150 kaw team!”

Dengan hati penuh sebak, gua reply salam beliau, juga dalam format tekno:

“Yo dude, Terima Kasih”.

*****
Derita keluarga gua yang tidak memiliki radio kereta selama tiga tahun kini sudah berakhir dengan kos rm150. Lepas ni tak perlulah gua mendera diri sendiri menyanyi sorang sorang macam orang gila.
Mungkin gua boleh cerita juga kecacatan kecacatan lain pada kereta gua yang belum jumpa penawar:

1) Sudah dua tahun setengah tingkap kereta gua depan belakang tak boleh turun naik. Setiap kali masuk amek tiket tol dari makwe makwe, terpaksa gua buka pintu.Tak gentleman langsung sikap macam tu.
2) Masalah pintu.Sudah dua tahun pintu belakang belah kanan tak boleh buka dari luar.Macam haram jadah!, gua nak salahkan sapa ni?, inilah akibat kalau kilang pasang kereta buat kerja tak baca Bismillah.
3) Ekon..yaa..ekon. Gua saspek pengedar kereta sudah salah Negara. Ekon kereta gua sepatutnya untuk pasaran negara beriklim Alaska.Pengguna di sana perlukan ekon yang boleh bagi badan berpeluh.Sapa nak selesaikan masalah ekon gua yang bersifat heater ni?.Kerajaan boleh bantu gua tak?

Ada lagi beberapa kecacatan yang gua tak gamak nak cerita kat sini. Semuanya menyakitkan hati.

*****
Adik gua mengirim lagi sms:
“Cine tuh kata radio lu ada hantu jaga, hantu tingkap, hantu pintu, hantu ekon…semua ada. Bagi dia empat ratus semua hantu dia boleh halau,amacam?”.

Gua balas balik:
Lenkali saja lah.
XoXo.

*****

p/s: Ohh yaa..alang alang ni gua nak tanya..XoXo tu apa binatang?, gua rembat masa mengendap blog blog gadis di luar sana.Maaf kalau penggunaan XoXo gua tak kena tempat.Gua juga berharap ianya bukan perkataan yang mencarut.

Lagi satu gua nak bagitahu..nama samaran kereta gua adalah Proton waja.Nama betul rahsia.kehkehkeh