Monday, September 28, 2009

Banyak Sungguh Rumah Terkangkang

Taman Bernam Raya ke-8

Gua tengah lalai menyusun jadual waktu rumah terbuka yang gua kena ajak. Bulan Syawal ada lagi dua puluh dua (22) hari tapi kutu kutu yang bekeras ugut gua datang rumah terbuka mereka sudah menjangkau angka empat puluh (40). Sambil tengok tengok tarikh dan lokasi, sempat lagi gua membina kilang marijuana di selatan Cuba di Fesbuk guna tangan kiri.Rumah terbuka, rumah terbuka juga, tanggungjawab jadi mafia tetap gua laksanakan.
Tiba tiba ada suara menegur:

Bini gua : Lu buat apa tu?.

Gua : Susun jadual nak pergi rumah terbuka.Start esok, hari hari gua kena pergi rumah terbuka.Makan free,semua rumah dekat dengan opis, senang kerja.

Bini gua : Hari hari ada rumah terbuka?

Gua : Ya.hari hari.Banyak sangat yang menjemput sampai tak menang tangan.Tapi gua cuma utamakan rumah makwe makwe saja.Rumah kutu kutu lain tengok keadaan, kalau sempat gua terjah juga lah.

Bini gua : Semua dekat KL ye, Tg Malim takkan tak ada?

Gua : Tg Malim gua kasik slot sabtu ahad bagi mudah cerita. Gua set nak tapau kawasan Tg malim start tengahari sampai malam.Sabtu kaver tiga rumah, Ahad kaver lagi tiga rumah..ok la tu,ada lagi tiga kali sabtu ahad ni selesai la semua rumah.

Bini gua : Kiranya lu nak rembat makan free dua tiga minggu la ni?,

Gua : Haa..bijak pun..kalau lu nak folo area Tg malim gua takde hal.tapi kalau area Kl tu susah sikit la.Takkan gua nak patah balik Tg Malim lepas tu angkut lu pegi KL pulak?,itu kerja orang kurang pandai. Lu makan pun bukannya banyak mana.

Bini gua : Gua bukannya nak makan sangat macam lu, taknak bawak pun gua tak kecik hati lah.

Gua : Bagus!.Senang kerja gua.Lu readykan semua baju seluar gua yang hensem hensem.Pergi rumah terbuka kena la pakai hensem wangi wangi.Baru la boleh makan semeja dengan gadis gadis manis.

Bini gua : Gua ni bukannya apa..Gua tak berapa kisah kalau lu nak pakai hensem hensem pergi rumah terbuka makwe makwe.Pergi la...Lu nak melahap sampai kena kencing manis pun gua bukannya boleh buat apa apa.
Cuma gua ada sedikit kurious nak mintak penjelasan....

Gua : Apa yang lu kurious?

Bini gua : Macam ni..kalau lu bantai segala rumah terbuka dekat rumah makwe makwe dengan baju hensem,beserta makanan yang lazat lazat sampai dekat tiga minggu tak reti nak bertaubat..

Lu punya puasa enam nak kira selesai macam mana?, lu nak puasa bila?, lepas Krismas?,ke lepas raya cina?,cuba bagitau gua...

******
Tanpa banyak bunyi, gua terus bergegas pergi amek air sembahyang lalu duduk bertahiyyat akhir.
Hajat berpakaian hensem untuk disajikan kepada makwe makwe rumah terbuka gua simpan elok elok dalam hati.Ahh..tahun depan saja la gua tunaikan...

Sunday, September 27, 2009

Hari Ini Di Sebuah Hospital

27th september 2006

**************
Hari Itu,
Gua bangun tido awal,
Tapi bukan dari tilam TOTO rumah gua
Gua bangun dari tilam hospital,
Dada gua berdebar debar keghairahan..

Hari Itu,
Gua mandi cincai,
Fikiran kucar kacir,
Ada naluri kerisauan,
Hati gua gundah gulana tidak ketahuan..

Hari itu,
Gua cakap dekat bini gua,
hampir seribu kali..
"Rilek beb..rilek"
Walau gua sendiri, sebenarnya tak berapa nak rilek..

Hari itu,
Gua prektis baca baca selawat mana yang gua tahu,
Gua tulis sms siap siap bubuh dalam draft
Jiwa gua ada cakap:
'Lu kena doa banyak banyak brader'

Hari itu ( masa ni dah tengahari)
Gua Azan
Gua Selawat
Gua cakap Alhamdulillah banyak kali
Debaran gua lebur,
Hati gua tenang
Jiwa gua aman,
Gua hantar sms..
"Geng,bini gua dah selamat beranak..anak perempuan,anak dan ibu sihat..lu orang datang sini nanti jangan lupa bawak hadiah"

Hari itu,
Gua memeluk jawatan baru,
Menjadi Bapak!

*Amacam sajak gua?, ada bunyik sajak tak?
*************

27th September 2009
Selamat hari jadi yang nombor tiga unutk FATEEM FARHIYYAH.Dah umur tiga tahun ye anak ayah ni.Semoga menjadi anak yang baik baik.
Ayah nak pesan,
Kurangkan isap susu Dugro, kurangkan Tom Tom Bak, kurangkan Hagemaru, kurangkan Putera Shazlan, kurangkan Kepten Bolehh..dan kurangkan main masak masak.
Banyakkanlah berzikir dan membaca buku..baru boleh jadi cerdikk,paham?

Ok,
Mai kita nyanyi ramai ramai:
"Selamat hari jadi...Selamat hari jadi..Selamat hari jadi Fateem Farhiyyah..selamat haaaarrriii..jaaadiiii!!"

p/s:Besday parti??, tak payah la..makan kuih raya je pun cukup, banyak lagi tak habis ni

Friday, September 25, 2009

Mencari Gardenia Jumbo di Seven Eleven

Gua balik semula ke kota metropolitan Tg Malim pada hari raya ke tiga.Kenderaan di jalan raya masih belum ramai.Sikit sikit saja.Semua masih ketagih makan tat jem agaknya.Atau mungkin juga mereka belum puas bertanding kereta Myvi siapa paling segak balik beraya?. Gua tak berapa pasti.

Pada hemat gua, pulang ke kota besar ketika orang lain masih duduk di kampung merupakan satu rancangan genius, namun ianya ternyata tidaklah se genius mana pun. Gua mengalami kelaparan nasik putih bersama lauk lauk yang tidak terselesaikan.Sampai tengahari raya ke lima, kedai kedai makan ususal suspects masih kunci dia punya pintu grill, minyak kereta gua susut tanpa sebarang hasil.Gua gagahkan diri melahap bekalan ketupat sambil menangis. Malam tiba, situasi tetap sama.Nampak gaya brader brader Tomyam juga masih seronok makan lemang di Pattani tanpa mengendahkan hati dan perasaan gua di Tg Malim.

"lu beli je lah roti gardenia apa patut dekat seven eleven". - Bini gua membalas sms.Beliau ada bagi cadangan makan nasik putih dengan telur goreng, tapi gua tolak.Itu menu fateem, bukan menu gua. Cadangan membeli lauk di kedai mamak lagi la awal awal gua tolak.Kedai mamak adalah tempat tengok bola, bukan tempat makan nasik.

Gua yang ketika itu sedang melilau mencari sisa sisa kedai Tomyam, dengan separuh hati mem-parking kereta di depan Seven Eleven.Gua cuba berfikiran positif.Roti gardenia kalau gua peralatkan untuk dicicah dengan air milo panas sedap juga.Otak pandai gua memberi ilmu.

Malangkah ke dalam premis Seven Eleven sambil mata melirik ke arah adik manis bertudung pink di kaunter.Kurang manis sebenarnya.Muka dia masam.Gua saspek dia bengang dengan bos sebab tak bagi pakai baju raya pergi kerja. Di dalam seven eleven ketika itu, selain adik kaunter bertudung pink yang bermuka masam, hanya ada gua dan seorang brader mendukung anak kecil yang berumur dalam setahun.Jadi semuanya ada empat orang, seorang dari kami belum mumayyiz.

Brader ni mundar mandir depan kaunter dengan sebelah tangan berisi junk food, sebelah tangan lagi dukung anak.Riak wajah menunjukkan beliau masih mencari barang lain yang hendak dibeli tapi tak jumpa.Gua perhatikan umur brader ni macam sebaya gua.Muka beliau masih berbekas air sembahyang isya'.Cara berpakaian segak dengan seluar slack lembut pergi kerja bersama baju melayu butang penuh.Ilmu firasat gua memberitahu, beliau tak pernah ponteng kapur kasut masa sekolah rendah, atau kena tulis nama dengan pengawas, hatta kantoi spot check lepas perhimpunan pun konfem beliau tak pernah. Aura akedemik makam tinggi yang memenuhi ruang seven eleven juga menguatkan lagi hujah gua, kerana pastinya aura tersebut milik brader seluar slack lembut, bukan milik gua.Adik kaunter pun bukan.

Gua menuju ke rak roti roti yang lokasinya tak berapa jauh dari kaunter.Terdapat bermacam jenis gaya roti di situ dan separuh dari mereka sudah expired. Fokus gua terarah pada roti gardenia jumbo saiz.Nama saja jumbo saiz, tapi saiz roti dia lagi kecik daripada gardenia saiz biasa.Gua tak berapa berkira, sebab roti gardenia jumbo yang kecik tampak seksi serta lebih lazat dikunyah.

Sedang gua meng-inspect tarikh luput, gua terdengar adik kaunter berkata sesuatu pada brader sebentar tadi yang sudah tercegat di depan kaunter.

"Kami takde jual stoken bang" - amat jelas gua dengar pernyataan adik kaunter.

Gua yang cepat kurious, memiliki daya refleksi tinggi, serta berpewatakan hensem...memasang telinga sambil mata curi curi usha. Konfius juga gua bila ada orang nak beli stoken di Seven Eleven.Ini memang rare.

"Belakang awak tu bukan stoken?" - dalam dengar tak dengar, gua tangkap butir butir pertuturan brader akedemik berseluar slack lembut kepada adik kaunter.

Deria pendengaran saja belum cukup memberi maklumat lengkap.Gua terpaksa mendapatkan sokongan dari deria penglihatan. Gua toleh pandang kaver kaver.

"Yang mana satu stokennye bang?" - Adik kaunter pusing belakang meminta kepastian binatang apakah yang disifatkan sebagai stoken oleh brader berkenaan.

"Hah dalam kotak hijau tu..stoken lah tu..Bagi satu" - lancar saja arahan beliau pada adik kaunter.

*****
Selesai brader tersebut berurusan, gua pulak berdiri depan kaunter. Dalam tangan dah genggam kemas gardenia jumbo saiz. Gua cuba mengawal diri supaya tak ketawa macam orang gila. Gua cuma kontrol sengih yang dah masuk kategori ketawa sunat.

Cilake, adik kaunter yang tadi muka tensen pun gua tengok sengih juga macam gua!!

Tiada perbualan antara kami.masing masing bersikap professional.Lepas bayar gua blah.

Dalam kereta.Gua bantai gelak sampai barai.

NOTAKAKI:
"Woii brader..binatang dalam kotak hijau tu nama dia KONDOM la!!!, KONDOOOMM!!, bukan stoken bai...stoken tu pakai kat kepala kaki!,K.E.P.A.L.A K.A.K.I paham??,lu punya berkias macam lahanat punya misleading!,sapa ajar ni?, jenis takde agak agak langsung...

Tuesday, September 22, 2009

Kad Raya hari raya ke 3

Gua baru sampai Tg Malim. Peti surat penuh dengan kad raya Fateem. Gugup juga gua melihatkan kad raya yang berhimpit himpit dalam peti surat semua untuk Fateem.Gua punya nama haram takde langsung.Lu orang bagi kad raya ikut lunas diskriminasi ye, ingat gua tak kecik hati?

lagi satu, sapa yang belajar phD pandai sangat bagi kad raya letak sekali duit raya sampai seribu?, ...terpaksa gua simpan dalam poket gua.Gua tak berapa harap budak kecik pegang duit ramai ramai.Baru kelmarin gua teguk air milo panas sambil terjumpa duit sepuluh ringgit dalam gelas.Pandai betul Fateem sorok duit dalam air milo supaya orang tak curi.

Bercerita hal kad raya Fateem, gua nak cakap la terima kasih banyak banyak kepada insan yang mengirim kad. Ada kad dari johor, dari kedah, dari Kuantan, dari Putrajaya, dari Kuala Lumpur, dari Perak, dari Perodua pun ada. TERIMA KASIH yee....

p/s:Posmen talipon gua tadi, hari ni dia nak hantar lagi tujuh karung kad raya semua nama Fateem. Gua dah buat matematik, kalau satu kad ada selit seratus ringgit, dalam sekarung mau ada lima ratus kad raya, kalau tujuh karung?,...Astaghfirullah punyala banyak...gua nak pegi order kereta BMW sebelum zohor!

Saturday, September 19, 2009

Projek Balik Kampung


Projek balik Kampung atau brand singkatannya PBK adalah proses pembalikan gua ke kampung.Bermula dari stage mengemas baju ke dalam bag sambil terkial kial mencari butang baju melayu yang misplaced, sampailah gua memunggah semula bag yang sama untuk mencari ubat gigi..ahh gua nyanyi sepam lagu DEWA 'Ubat gigiku tertinggal di Tanjong Malim'..suara gua pun jammed tak boleh nak tune ke ahmad dhani..dia punya alunan berat hala ke Anuar Zain yang menyanyi nak mintak makan kerna perut kosong.Pantang dekat Hari raya, dengar la suara Anuar zain mintak makan,macam takdak hari lain dia nak mintak makan.

Perjalanan dari Tanjong Malim ke Sg Limau Yan bukan kerja ringan macam naik moto pergi pasar ramadhan.Dia punya tahap rumit macam gua interview nak kerja Google tahun 2004 dulu,bangsat punya susah!.Sedang gua berada di atas hiway SammyVelu, belum sempat gua khusyuk berzikir, gua dapati dah ada kereta MyVi berkelahi dengan kereta Viva di kiri jalan dekat exit Sungkai.Patah riuk juga gua tengok si Viva kena balun. Jenis perangai tak reti nak bermaaf maafan dihari raya.Atas jalan raya pun masih lagi nak bergaduh. Gua malas leraikan.

Perjalanan diteruskan lagi dalam cuaca panas rembang hampir memasuki waktu sembahyang jumaat. Radio di kereta adik gua tengah syok petik Rock kapak.Untuk rekod, kereta adik gua adalah gabungan teknologi Mivec dan Mitsubishi, lalu lahirlah Satria ber-ekon barai yang hanya menyakitkan hati penumpang macam gua dan anak bini. Panas rembang di luar langsung takde nak bagi kesian kesian.Kalau gua tahu macam ni punya hal, baik gua pandu moto ex5 saja, dapat juga gua merasa libasan angin luar.

Keadaan jalan Hiway yang tak sihat juga mendukacitakan rakyat marhein macam gua.Pembedahan Hiway berlaku di sana sini tanpa ada kawalan.Gua tak tahu lah apa sebab Hiway utara selatan ni kerap kena bedah.Gua nampak dia sihat saja.Lepas bedah tampal semula.Minggu depan bedah lagi,tampal balik.Takda rasa kesian ke?.Akibatnya, bermasam mukalah kawan kawan Satria adik gua seperti Toyota Alphard, BMW coupe, Mazda 6 dan Honda Transformer kerana terpaksa memandu macam kena Q roadblock di kelajuan 50km/j.Pakai kereta besar,gagah,kukuh,laju,ada DVD player,ada Triptonik segala jenis...tapi hebat mana pun kereta,dalam situasi balik beraya, tak boleh juga bertarung dengan moto Yamaha 125 yang merempit tak payah pandang belakang. Gua jadi insaf memikirkan hal demikian.

Walaubagaimana pun, dalam keadaan rumit macam tu, masih ramai bastard bastard berkeliaran. Gaya pemanduan mereka lebih bertemakan perjalanan ke neraka jahanam berbanding tema perjalanan balik ke kampung.Otak manusia ni, bila letak dalam usus besar, jadi macam tu lah..banyak tahik.Hasilnya, lahirlah pemandu bengap yang hanya ada kote atas jalan raya namun gagal bereksi di atas ranjang.
Untuk pemandu pemandu sebegini, gua ucapkan 'Selamat hari Raya, moga roh lu orang nanti dicucuri Rohmat'.

Hampai mencapai destinasi, gua berasa sedikit kecewa kerana makwe makwe tol di Sg Dua bukan lagi makwe makwe yang hendel.Ramai brader brader saja.Menangis juga gua dalam hati.Pakai smart smart dengan spec mata hitam haram takde makna.Cilakak!, buat penat beratur panjang terkial kial.balik nanti sumpah gua paksa adik gua beli kad sentuh dan berambus, senang cerita. Gua pun nak pergi laju juga.

kira dalam pukul empat petang, kami tiba di Sungai Petani.Gua singgah menginap di hotel mewah.Memang gua rancang malas nak tunjuk muka awal awal dekat orang kampung.Biar saspen sampai pagi raya sampai depan rumah naik lori eskrem.Iklan boring takde stamina..cehhh..

Selesai membereskan hutang tol di Tol sg Petani selatan,
Gua jengok jengok ke Pelita nasi kandar, macam tiada pelanggan..hah, ini peluang drive thru!

"Mamak kasi lauk ayam goreng sama kuah campur..bungkus dalam plastik hitam aaa.."

(Ketika entry ini ditulis, Projek Balik Kampung gua masih sekerat jalan..tesangkut di sg Petani)

Tuesday, September 15, 2009

Gua mana ada buat salah

Gua dekat opis ni, baik pulak CEO bagi kompiter gua menerjah masuk blogspot.Alhamdulillah.

Sebelum internet konektion diputuskan tanpa belas kasihan, gua nak amek kesempatan membuat sedikit ucapan hari raya pada lu orang:

Keluarga Gua
Adik gua yang menetap di Otago, balik la tengok kami yang sangap di Malaysia ni.Tak kesian ke tengok ibu dan ayah yang semakin tua?,(Kalau balik bawak sekali jersey jersey Rugby yang melambak gua pesan, jangan buat buat lupa!) Adik gua yang belajar di Tronoh..rilek rilek sudaaahhh. Bini gua, Fateem,Faseeh - Tahun depan je la kita beli baju raya ye?,Kuih tart gua dah belikan dua balang.Jangan makan sampai habis!, tinggal untuk raya sama.

Kawan Sekolah Rendah Matang Gerdu
Kerol Faezi, Azli Adnan, azli Hisyam, mazniati, Alif Aizeck, Jali thesmartboy, siput belitong, Mizan, Shahrizan Haron, faezah, zawiyah, Chaon, egoi dan sapa sapa budak Matang Gerdu yang baca blog gua.
Ucapan: Jangan jadi macam Kerol Faezi, gua baru dapat nombor telepon dia dari cikgu Saejah minggu lepas.Lima belas tahun gua tak pernah jumpa Kerol faezi nih. gua sms dia tanya "Kerol Faezi, lama gila tak dengar cerita,lu buat apa sekarang?". Dia balas sms gua dengan pantas "Aku tengah makan pasembor,baru balik terawikh". Sumpah gua taknak sms dia dah sampai bila bila.Perangai menyakitkan hati.

Kawan Sekolah Agama (SMKASAS)
Ramai gila..gua tak larat nak petik nama sorang sorang.Semua baik baik dan beriman lagi menjawat jawatan Ulama' belaka.Pada kaum perempuan, ramai juga gua dengar jadi Ustazah.Alhamdulillah..berkat kepimpinan gua dulu, menjadi juga lu orang ye?.
Ucapan: Majlis Berbuka Puasa tahun ni tak jadi.Jangan salahkan gua, salahkan orang lain.Tour De Raya pulak macam mana?, sapa pulak nak buat tumpah air sirap dekat rumah makwe makwe?, Jenis pegi beraya macam nak pegi merompak.Patula ada kes kawan kita kunci pintu tahun lepas.

Kawan Sekolah Agama (KISAS)
Pargos, Tareng, Paknan Dalbasalbada Merican, Muhaimin, Roshaimi, Radhi, Bob, Gaban dan ramai lagi penjenayah penjenayah yang berjiwa besih, juga tidak lupa pada makwe makwe tudung labuh kelas Agama 9.
Ucapan:Gua tak dengar lagi budak budak KISAS batch gua ni yang jadi Mufti.Apa lu orang buat ni hah?, belajar Sijil Tinggi Agama bukan main semua yee..semua nak pulun 'Mumtaz'. Yang jadi ustaz dua tiga kerat saja,AstaghfirullahalAziem...

Kawan University Tronoh
Pun sama juga macam kes kat atas atas, gua tak larat nak petik nama.Nanti kalau ada tertinggal kecik hati pula.Sapa sapa duduk belah utara, tunggu gua datang sana raya nanti.Jangan buat buat sibuk bakar lemang pulak masa gua datang beraya..
Ucapan: Jono mana kad kawen lu gua tak dapat lagi?, macam taknak gua datang kenduri saja perilaku lu nih.Budak budak Liverpool, Arsenal atau Chelsea (mesti ada cendawan baru yang sokong Man City,), selamat berebut tempat ke dua.Alahh macam season season lepas jugak la.

Kawan Bloggers
Ini lagi ramai..pengsan gua kalau tulis nama sorang sorang. Sapa sapa yang lalu lalang Tg Malim, gua ada rumah hari raya ke tiga.Datang saja jangan nak segan segan.Gua jamu keropok.
Ucapan:Ahh..fateem kecik hati dengan lu orang.dah dekat seminggu satu haram kad raya pun tak sampai kat dia lagi.Haritu bukan main lagi ye lu orang, gua kira kira ada dekat empat puluh orang kata nak kirim kad raya, itu tak campur lagi kawan kawan orang putih gua.Ada tiga hari lagi posmen boleh kerja.Lu orang dengan Fateem ni nak kira macam mana sekarang?

Apa pun,secara Overall, gua nak kata:
SELAMAT HARI RAYA... gua mana ada buat salah kan?

Sunday, September 13, 2009

Berbuka Puasa II

Semalam...,gua, bini gua, bersama anak anak gua dijemput berbuka puasa di Rumah En Husein dan Pn Fatimah. En Husin dan Pn Fatimah tinggal di Kampung Berop,hanya tiga belas rantai jaraknya dari rumah mentua gua di kampong Ketoyong. En Husin dan Pn Fatimah adalah parent saudara gua, lebih senang gua bagitau..panggilan untuk mereka ialah Pak Usu dan Mak Usu.Keluarga pak Usu besar,ada sembilan anak, tapi semalam yang ada cuma anak dia Puad.

Puad, anak mereka yang nombor tujuh, nak kahwin lepas raya. Jadi masa scene melepak sambil berbuka puasa, isi penting perborakan lebih terjurus pada perihal perkahwinan beliau.Beriya betul gua tengok si Puad menggelabah pikir bukan bukan dekat dekat nak kahwin.

Risau catering tak sedap lah, risau orang tak datang sebab sibuk beraya lah, risau jalan sempit susah kereta nak parking pun dia juga, risau demam lah,paling gua tak boleh hendel..bila dia berserabut risau kalau hari kenduri tu jadi hujan. Jenis kerisauan yang macam gampang,dah buat kenduri dalam dewan..apa kejadah yang jadi masalah hujan nya?. Gua nak menaik darah juga, tapi mengenangkan waktu maghrib, lepas makan gua pegi sembahyang dulu bagi hati sejuk.

Selesai menunaikan fardhu sembahyang, dalam pukul lapan, gua sambung melayan Puad diruang tamu sementara tunggu waktu isya’. Pak Usu sambung berzikir, manakala kaum Ibu ibu pula galak bermain air sabun di sinki dapur.

“Lu best gila dapat bini bagi pakai stoking” – Puad bukak cerita lain.

Mujur, kalau dia sambung cerita risau hari hujan lagi memang gua baling remote ASTRO ni kat kepala.Biar bedarah.

“Mana ada,..biasa biasa saja lah..macam bini bini orang lain jugak” – nada suara gua ejas bagi sederhana.

Buletin Utama baru mula masa tu.Risaukan dosa fitnah, gua cepat cepat tukar pegi cenel 811.Lepas makan kenala bersukan bagi badan keluar peluh.

“Ala gua tau la brader, mak gua cerita macam macam..lu pergi kerja bini lu kasi pakai stoking, lu balik kerja bini lu bukak kan stoking, baju kerja.. seluar kerja lu semua tip top bini lu arrange kan..itu belum masuk bab pegi pasar, kemas rumah, masak, basuh kain, jaga anak..lu memang betul betul jadi King ye duduk dalam rumah, lu haram tak buat apa apa..mengadap laptop saja kerja.” – Puad puji puji sambil kutuk gua.

Gua senyum sikit sikit.Budak Puad ni mentah lagi.Baru nak mula hidup ,umur pun baru dua puluh tiga.banyak lagi dia belum paham.

“Bini lu ikut je ye lu suruh buat apa.lu punya makanan gila babi punya cerewet,itu pun bini lu boleh hendel rilek rilek tak banyak cakap. Lagi satu yang gua pelik, lu boleh pulak hidup macam brader bujang, lepak minum teh malam malam, ke hulu ke hilir ikut kutu kutu rayau, main futsal sampai satu dua pagi, mengorat makwe makwe UPSI..perghh!, apa ilmu lu pakai ni beb?, macam mana lu didik bini lu jadi rilek sampai macam tu?” – Puad menunjukkan kagum pada gua pula.

Dalam diam,gua berfirkir sejenak.Patutkah gua turunkan ilmu dan teknik didikan yang gua amalkan pada Puad?, mampukah beliau menghendel bebanan nanti?,

“Gua nak bini gua jadi macam bini lu nanti. Turut perintah gua, bagi gua pakai stoking, bukak stoking bila gua balik kerja..gua nak duduk atas kerusi hulur kaki saja..gua nak dia pegi pasar sendiri tak payah menyusahkan gua, masak sedap sedap..waahh, memang heaven!, lu kasi gua lu punya teknik, jangan tanggung tangguh lagi!.

Puad yang cepat terpengaruh dengan kata kata orang tanpa mahu menyelidik lebih dalam semakin eksaited.

Sebagai orang yang berbudi bahasa, gua seboleh boleh tak mahu menghampakan Puad.

“Lu sanggup terima ke kalau gua pecah rahsia didikan gua ni brader, berat ni bukan hal main main?” – gua pulak kasi counter attack.

“Gua sanggup biar sampai terguling!!”

Tak menyempat nyempat si Puad menjawab. Gelojoh betul.Tak tahu la gua macam mana dia punya terkam malam pertama nanti. Gua harap dia tak lupa baca bismillah.

“Ok..”

“Kalau gua bagitau, belanja gua makan lambchop lepas terawikh malam ni”

“Setel!!”

----

“Lu nak bini lu bagi lu pakai stoking sambil lu duduk rehat atas kerusi?,lu nak jadi King?, Lu malas pegi pasar?, lu nak main suruh suruh saja?,Lu nak kebebasan bersosial?”

“NAK NAK NAK!” - (Macam gua cakap tadi..Puad cepat eksaited)

“Macam ni..dengar betul betul …teknik gua mudah tapi rumit” – Tune suara jadi serious.

“Gua dengar ni..gua dengar”

“Gua bagitau sekali saja..takdak ulangan ulangan”

------

------

“Setiap tiga minggu…bawak bini lu pegi jumpa Poh Kong...amacam?"

Gua bocorkan rahsia penting kepada Puad demi kebaikan beliau.

------

------

"Babi!!..gua pakai stoking sendiri je lah kalau macam tu" - Puad bagi respond kasar tanpa memikirkan hati dan perasaan gua.

NOTAKAKI

"Lambchop gua jangan buat lupa!"

"Lu pegi makan bayar sendiri,jangan mengada ngada...gua takdak selera!!".

"Cilake buat penat gua bocor rahsia".

Thursday, September 10, 2009

Kad Raya II


Hari ini masuk hari ke dua puluh (20) gua (GUA) berpuasa. Anak gua, Fateem, langsung haram tak puasa.Setengah hari pun melilau dia nak dapat.Kerja dia minum susu saja buat macam bukan bulan Ramadhan.Tapi bila gua tanya, laju saja dia jawab "Ateem puasa".Terang terang nak membohong dengan gua.Entah sapa la yang ajar..Kalau besar sikit lagi memang gua tangankan dah.

Semalam Fateem tanya gua, dia boleh dapat Kad Raya tak?, gua jawab senang.Kalau dapat pun bukan dari gua, sebab gua sendiri dah dekat sepuluh (10) kali Hari Raya tak merasa bukak sampul Kad Raya sambil dada debar debar.Ni dah masuk sepuluh (10) kali Hari Raya, sepuluh sepuluh gua bagi layanan sama.Tiada Kad Raya dari insan bernama gua untuk sesiapa pun. (ok gua ada kelentong sikit ..bini gua dan gua ada tukar kad raya masa dia mengorat gua dulu..lama dah masa zaman muda muda, bukan isu besar sangat).

Oleh yang demikian,kalau ada sapa sapa kesiankan anak gua yang mengidam Kad Raya tu, lu orang boleh la berbuat demikian dengan menghantar Kad Raya pada alamat dibawah, kalau bagi duit raya sekali lebih bermakna:

Fateem Farhiyyah Firdaus
No 51, jalan Bernam 7/3
Taman Bernam Baru
35900 Tg Malim, Perak.
Malaysia

Tak payah bubuh bedak, atau minyak wangi dekat Kad Raya tu, anak gua bukan nak bercinta.Dia cuma nak merasa dapat Kad Raya.Lagi satu..Pesanan ikhlas pada gadis gadis, jangan gunakan medium Fateem untuk mengorat ayah dia ye.Tulis biasa biasa sudah la..anak gua pun bukannya pandai membaca sangat.

Kepada kutu kutu yang SMS gua pagi tadi mintak alamat,gua dah langsaikan hajat lu orang.Jangan mengada ngada kata gua tak reply SMS.Lu orang siap ugut gua yee suruh petik nama dalam entry kalau nak dapat kad raya.Macam tu pulak.Manis betul perangai.Baiklah..bagi pihak Fateem, dengan ikhlas gua petik nama mana yang gua ingat.

Atok Fergie, uncle Noel Gallagher,uncle Ashcroft,atok Osbourne,makcik Dolores (nak kad raya yang ada lagu Linger), abang Paul Pogba,abang Frusciante,abang Cavalera,kakak Cyrus,kakak Ivanovic dan nenek Oprah.

Gua ucapkan terima kasih dengan pesanan, jangan buang keredit gua tanpa hasil.Nak kirim kad,kirim kad betul betul..Gua takdak masa nak main main.

NOTAKAKI:
1. Sapa yang mintak sangat, tu haa gambar Fateem.Bagi la kad raya dekat dia kalau kesian.

2. Gambar di atas telah dipetik oleh Paparazzi masa gua bercuti di Rhode Island bulan lepas..Kalau bukan Rhode Island, mungkin masa pekena pantai di Bahamas, dua minggu sebelum tu.Gua tak berapa ingat, banyak sangat gua punya kes percutian luar negara.

3. Jangan harap balasan kad raya dari anak gua sebab dia belum tahu menulis.Menconteng pun dia belum kemas.Pegang pensel macam pegang botol susu.Entah apa apa.

Wednesday, September 9, 2009

Pembalasan Komen Komen

Malam ni gua akan balas lu orang punya komen komen untuk dua entry yang lepas.Harapnya terawikh gua tak barai.
Maaf kerana terlewat.

Gua sibuk sikit dengan aktiviti Halaqoh bersama mufti Saudi di Mekah 1-2 malam ni.Betis kaki gua jangan cakap lah..dah bebirat kena sebat dengan batang kurma sebab malas mengaji.

"Enta ni kerja berblog saja!".

Begitu gaya marah tuan guru mufti sejurus melibas batang kurma ke betis gua yang licin bersih.Pedih jangan ceritalah.Ahmadeenejad tersengih sengih tengok gua kena sebat.Cinabeng bukan dia nak tolong.

Malam ni gua nak skip Halaqoh.Hahaha..

Gelak gelak juga..dalam hati debar debar ni..Ahh harapnya tuan mufti lupa nak browse SEMBANG KENCANG.Kalau dia browse...Hahh bebekas lagi la jawabnya betis gua yang lawa ni malam esok.

Lu orang doakan gua lolos dengan aman yaa.

Choww!!

*************
Kemaskini 8.15 pm

Gua boleh balas yang entry bawah ni saja..celake migren kepala gua main scroll bar tu naik turun naik turun..macam orang gila.Kejap ke laut kejap ke Kokdiang dia punya melalut..menyesal pulak gua berjanji siang tadi.
Gua tak larat nak sambung dah.Mulut pun dah keluar darah.Gua nak pegi sambung makan laksa pulak.

p/s:Nih terawikh malam ni tak tahu apa cerita..kalau barai gua nak salahkan sapa ni?

Monday, September 7, 2009

Salam Perantauan

Kami dari University of Belfast, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakyat Malaysia, terutamya pada member member yang belajar di univeristi bukan oversea macam kami. Jangan panas tengok muka kami masuk suratkhabar ok?..sape suruh lu orang tak nak belajar pandai pandai lepas tu dapat belajar dekat University of Belfast macam gua dan brader brader sebelah gua.. salah lu orang la kan?,..kan?

Dari kiri:Muhammad Nizar (Electrical Engineering), Haidar Zhafri (Comparative Religion
), Gua (Medik specialist bahagian Neurologist),Afifuddin (History and Philosophy)

********
Gua dah hantar gambar oversea gua seperti di atas untuk ruangan Colgate Salam Perantauan.Akhbar akhbar lain pun gua hantar juga macam KOSMO,BHarian, Sinar, Malaymail, Nanyang SiangPau dan Tamil Ilam.Ada beberapa akhbar lagi gua tak berapa nak ingat.Start esok rajin rajin la beli paper ok..

p/s: Mula mula gua nak letak nama universiti Al-Azhar, Mesir..tapi kawan sebelah gua kata "jangan libatkan universiti Ulama dalam pembohongan kita".Gua malas nak bangkang...

**Gambar itu dipetik masa kenduri kawen kawan gua disekitar kawasan Pantai Dalam pada tahun 2003.Lu orang tak payah kecoh kecoh.Nak kena lempang?

Saturday, September 5, 2009

Kerja Bastard

Pagi tadi dalam pukul sepuluh:

Gua sekeluarga dalam per-musafiran ke Kolumpo.Tujuan kami ke Kolumpo amat murni iaitu ingin membeli baju raya gua,seluar raya beserta kasut.Gua memandu kereta waja voltron di lorong paling kanan dengan kelajuan skala sedap sedap pecut.Jarum meter kelajuan menten dekat angka 120km/h.Kalau ada 'speed trap' pun gua tak debar dada.Boleh saja kalau gua nak tarik pegi 200km/h..tapi mengenangkan gua dilebuharaya PLUS,dan bukan di litar lumba, gua batalkan niat.Rasa hormat dekat menteri kerjaraya masih bersisa dalam jiwa gua.

Sedang gua memandu sambil berzikir,entah kereta siapa dibelakang main angkat lampu dengan gua.Tak sempat gua nak usha cermin belakang,kereta tersebut, iaitu Toyota wish kaler biru makin mendekatkan diri dengan kereta gua ketahap beberapa sentimeter.Cilakak dia nak langgar gua ka?.Sudahla datang dekat tak bagi salam,takdak budi bahasa langsung.Agak terganggu juga fikiran gua dengan provokasi macam tu punya gaya.Gua saspek brader dalam kereta tu kena kejar dengan Jabtan Agama sebab tak puasa.

Gua memperlahan kelajuan,signal kiri pun gua petik sekali.Tapak kasut crocs china gua sedikit sedikit mengenakan daya pada pedal brake.Sebagai pemandu lebuhraya yang ada akhlak,gua juga memberi respek pada lori bawak mercun yang berlari lembab di lorong kiri.Jadi gua tak boleh menerkam masuk kiri macam orang gila.Nanti boleh jadi berlaga dengan lori mercun.Strategi disitu, gua tekan balik minyak, idea gua nak potong dulu lori mercun tersebut barulah gua boleh masuk kiri tanpa merisikokan diri dan keluarga.Toyota Wish biru dibelakang dah tak segan silu lagi sekarang, dia main Hon pula dengan gua. Sedang elok gua melepasi lori mercun dan bergerak ke kiri dengan budi bahasa...

Tiittt...tiiittt...titttt...Zaaassssssssssss..

"Bastard punya kereta!!" - serentak gua switch dari zikir kepada makian yang berhak.Kucar kacir pengendalian stereng bila ada laknatullah yang buat perangai potong kiri tanpa memikirkan hati dan perasaan keluarga gua.Bawak kereta macam nak pergi neraka jahannam dia punya laju!.Gua dah ready nak tekan butang NOS serentak butang Turbo.Gua nak kejar sampai dapat.Mujurla DNA ketengangan muncul saat saat macm tu.Maka berlawanlah DNA ketenangan dengan DNA gangsterism dalam jiwa gua.DNA ketenangan akhirnya menang.Walaupun menang, tapi dalam hati masih ada bara!.Pengendalian kereta gua stabilkan semula dengan kelajuan rendah dilorong kiri.Dada masih berdebar debar.

"Bastard tu apa ayah?" - tanya Fateem stended semua dia nak tahu.

"Bastard tu drebar kereta tadi..kita panggil dia bastard" - Gua menjawab sambil melepas panas dihati.

*****
Petang tadi dalam pukul lima setengah

Gua sekeluarga dah sampai Tg Malim.Kedaan jalan antara pasar ramadhan dengan Masjid tg Malim memang gampang dia punya sesak.Kereta gua ejas dia punya kelajuan ke level siput babi.Kenapa la ramai sangat orang nak membeli beli?, masak sendiri diam diam di rumah tak boleh kah?.Gua merungut entah apa apa.

"Ayah tu bastard tadi" - Fateem beriya tunjuk hala ke masjid.

Gua nampak ada Toyota Wish biru baru selesai parking dalam kawasan masjid.Kelihatan seorang pak haji dengan pakaian ulama' ulama' turun bejalan ke masjid.Gua tinjau tinjau,nasib baik nombor plate tak sama.

"Ayah bastard tu nak pegi mana pulak ayah?" - Fateem begitu rilek mem-bastard-kan pak haji berkenaan tanpa ragu ragu lagi.

Gua jadi bingung nak eksplen.Betul bendul pun susah juga.Tanpa pikir tapis tapis gua jawab cara mantik:

"Bastard tu nak pegi taubat dekat masjid".

Bini gua disebelah geleng kepala memikirkan teknik didikan gua yang semakin menyempang dari skema 'Tarbiyatul Aulad".

Ahh..esok esok lah gua ejas balik!

Notakaki:
"Ayah taubat tu apa ayah?"
"Taubat tu makan eskrem".
"Ateem nak taubat ayah".
"Jangan harap..!"

Friday, September 4, 2009

Mencari LailatulQadar

Ramadhan 1994
"Nama malam tu,kita panggil LailatulQadar"
"Kalau buat ibadat masa LailatulQadar,hah ibadat kamu tak stop dia punya pahala sampai seribu bulan..bukan kecik kecik amal Tuhan bagi nikmat" - Ustaz Samsuni punya cerita pasal LailatulQadar makin mencapai klimaks.

"Masa malam LailatulQadar,Pokok kelapa boleh sujud, air parit jadi beku,angin berenti tiup..langit jadi cerah macam waktu petang,binatang binatang berzikir..Tak ramai orang dapat tengok malam Lailatulqadar,orang orang terpilih saja yang dapat.Kalau sapa sapa dapat jumpa macam yang ustaz bagitau, cepat cepat la doa..mintak apa saja Tuhan mesti bagi".

Saat ini hampir semua budak kelas enam merah muka macam menikmati orgasm. Hebat gila malam lailatulQadar.
Mungkinkah Kerol Faezi yang perangai tak matured boleh dapat?, atau Tuhan pilih Azli Adnan?,peluang juga terbuka kepada Jali the thesmartboy, begitu juga dengan gua,gua pun ada chance nih!.

Dalam hati...
Gua pasang azam..gua mesti nak tengok Malam LailatulQadar.Ya Allah..pilih la gua.Begitulah lebih kurang doa yang gua sematkan dalam hati.Gua sangat berharap.

****
Dua atau tiga hari lepas mempelajari kehebatan LailatulQadar,batch budak darjah enam mengalami kegemparan.Kegemparan yang dashat,kalau masa sekarang macam tu punya gempar konfem masuk Utusan. Kegemparan itu menular ke peringkat kelas darjah bawah bawah,juga merebak ke bilik guru dan bilik guru besar,makcik kantin juga merasai kegemparan,turut serta para tukang kebun dan peon sekolah.Sekolah Kebangsaan Matang Gerdu Gempar!!

Kegemparan itu datangnya dari kelas gua.Kegemparan itu milik Jali the smartboy.

Beliau sudah menemui malam LailatulQadar!!,

Malam yang sepatutnya gua yang dapat jumpa,atau Azli Adnan, atau Kerol Faezi.Tapi Jali the smartboy yang bertuah.

"Aku bangun nak kencing dalam pukul tiga pagi,aku tengok air kolah jadi beku!!,aku nampak pokok kelapa bengkok sampai ketanah,angin pun tak rasa..kat luar cerahh macam siang!..betol tak tipu!".

"hang mintak doa apa?" - Mazniati juga sibuk nak tanya.

"Aku mintak doa nak jadi alim ulama" - Kemas betol jawapan beliau.

Begitulah pengkisahan Jali the smartboy pada seluruh warga Matang Gerdu.Gua dalam hati simpan kecewa.Kenapa bukan gua yang nak terkencing malam tu?,Kenapa mesti Jali the smartboy?,Arghhh...

Kenangan Jali the smartboy dapat jumpa lailatulQadar terjahit kukuh dalam hati gua selama bertahun tahun sampai gua besar.Gua yakin gua mesti dapat jumpa lailatulqadar satu hari nanti,walaupun tak tahu bila.Bila tiba Ramadhan,atau mendengar kisah LailatulQadar muka Jali the smartboy akan muncul dalam kepala otak gua.Rasa jeles dalam hati tetap menebal.Jali the smartboy dapat pahala seribu bulan,siap beliau dapat jadi alim ulama'...Ohhh indahnya!

Sekitar tahun 2005
Setelah sebelas tahun,gua terserempak dengan Jali the smartboy dekat William Kelana Jaya.Tak banyak yang kami berbual.Jali the smart boy makin smart gua tengok.Lepas ni gua akan panggil dia Jali the smarterBoy pulak.

"Best la lu, pahala lailatulQadar dok berjalan tak habis habis..siap gua tengok ni dressing dah macam Ulama" - Gua ungkit sikit cerita legend beliau.

"Babi lu !" - Tegas jawapan Jali the smarterboy sambil sengih.

Gua pun sengih sama.

NotaKaki:
Terasa nak dye rambut kaler maroon macam Jali thesmarterBoy pun ada.Begitu smarter!!
Cuma part tindik telinga tu gua tak berapa nak ikut lah.Nampak tak semenggah.

Lepas pada perjumpaan bersejarah itu, Jali the smarterBoy tidak lagi ujud dalam mana mana kisah lailatulQadar yang gua dengar.
Cukupla sebelas (11) tahun gua kena kencing..nak banyak mana lagi?

Wednesday, September 2, 2009

Fateem,baca Juhama!!

Gua, bini gua yang tengah pantang, heroin gua Fateem dengan adik dia Faseeh,kami berempat menumpang kasih berbuka puasa di rumah mak ayah gua kelmarin.Fateem paling thrill sebab dia tak pernah puasa langsung tapi emo kalau tak kejut dia bangun sahur.Mujur umur baru tiga tahun,kalau lepas masuk tadika pun buat perangai tak puasa memang gua sebat betis dengan rotan.Jangan main main cincai dengan ayah!,main masak masak, main masak masak jugak...masa serius kita serius.

Gua dengan muka letih tahan lapar bersandar di sofa menunggu waktu bebuka.Jam baru pukul enam lima puluh petang, ada lagi setengah jam.Ibu gua dan bini gua lepak kat bawah jaga budak kecik.

Fateem datang kat gua bawak buku lusuh kulit warna oren.

“Fateem tau ini buku apa?”

“tatau”

“Ini nama dia Juhama.Nama glemer dia Muqaddam.Tapi budak budak zaman sekarang dah canggih.Budak budak sekarang tak belajar baca Quran dengan Juhama,derang baca guna Iqro’.Ada Iqro’ 1, 2 sampai entah berapa siri”.

Fateem dengar saja.Tangan masih pegang Juhama gua yang dah masuk umur dua puluh dua tahun.Ada koyak sana sini.

“Kita belajar baca Al-Quran mesti baca Juhama dulu.Macam baca surat kabar, kena baca A B C dulu bagi lancar,baru boleh jadi pandai baca surat kabar.Ayah dulu belajar guna Juhama ni la.Fateem kena rajin baca Juhama macam ayah,hapal alif ba ta kasi handal.Hari hari kena baca Juhama ni bagi cepat habis.Lepas hapal alip ba ta..fateem kena mengeja,baca pulak surah surah pendek,kalau boleh hapal sekali. Ayah dulu masa besar Fateem hari hari baca Juhama ni.

Mendalam juga cara gua eksplen dekat Fateem.Ibu gua sama bini gua senyum saja.Munkin mereka kagum dengan cara gua memberi didikan pada Fateem.Baru diorang tahu, gua ni merapu merapu juga.Hal hal pendidikan anak anak, gua sentiasa tekankan tanpa kompromi.

“baca Juhama kena hari hari, baru boleh baca Quran.Baca Quran kena lancar. Nak lancar baca Quran, mesti lancar baca Juhama.Nanti ibu dengan ayah ajar Fateem hari hari bagi pandai.Kalau fateem malas baca Juhama memang ayah talipinggangkan kat belakang badan kasi bebirat.,”.-Gua selitkan unsur ketegasan.Nak didik anak kena tegas la..

Fateem masih mendengar.Gua dah suntik pemahaman Juhama dan kepentingannya dalam kepala beliau.Hah,macam ni baru ‘Ayah’ brader.Bertanggungjawab.Orang Emereka kata ’Meet Expectation’.Gua puas.Susah juga jadi ayah, bukan hal anak bilis punya kerja.

Ayah contoh, macam ni lah....

******
Dalam senyum, ibu gua memecah keheningan senja.Lembut dan penuh kasih sayang suara beliau bertanya:

“Puasa dah nak masuk dua minggu. Dah berapa juzu’ Quran kamu baca?”.

Soalan itu ditujukan pada anak sulung beliau,

.. iaitu gua.

Ohhh…Soalan itu untuk gua.

“Beberapa Helai jugak lah” – Gua kasik jawapan paling jujur.

Dan..

..jawapan jujur yang gua lontarkan bukanlah satu pilihan yang tepat.

****
ASTAGHFIRULLAHHALAZIEM!!!..Beberapa HEELLAAAAIII saja???!!!”
“Fateem!! pegi amek talipinggang atas meja tu biar MakTok libas ayah kamu ni!!..Astaghfirullah punyala pemalas puasa dah dua minggu apa ibadat yang kau buat ni ??!!!!!.”

Fateem terkebil kebil.Mata dah ke talipinggang ayah gua atas meja tepi Tivi.

Jangan goyah Fateem, ayah lu tetap ayah yang great!!,Lu kena backing ayah.Gua sambung menasihat Fateem dalam hati.

Bini gua sengih sambil tambah nasik beriyani kasik kaww punya:
“Bulan puasa ni dia banyak beribadah depan laptop saja.Ibu cuba tanya Terawikh dia ada barai ke tidak?”

Dua lawan satu.Perdebatan yang tak ikut hukum alam.
Fateem masih pegang Juhama dengan kemas lalu berlari terketek ketek ke arah meja tepi Tivi:
Dia amik talipinggang;

“Nah MakTok!”

Hati gua luluh.Gua bingkas pegi amek air sembahyang tanpa sebab sambil berniat dalam hati:

Akan gua suspend eskrem lu Fateem sehingga diberitahu kelak.Gua seriuss!”.