Friday, July 31, 2009

Perbualan Separa Merepek

2005,dalam pukul 9 malam - Apartment Sri Baiduri,Ukay Perdana.

Gua sedang pekena lepak tak pakai baju sambil tonton cerita HOUSE.Air teh panas yang MatDan bancuh gua teguk sikit sikit.Kalau gua redah minum laju laju orang kata gua Mutant pulak.Sambil gua layan HOUSE dengan gaya bebaring mengiring,jari gua pantas menaip pesanan ringkas pada makwe gua "gua tengah sibuk buat kerja opis,malam ni tak payah mesej gua".

MatShah,rakan kongsi rumah gua selama dua bulan juga melepak bersama gua di depan Tivi.Beliau hanya beraktiviti membaca surat khabar.Mencari kerja yang lagi baik agaknya.Gua tak berapa suka cerita HOUSE,tapi itu sahaja cerita yang masuk akal,cerita cenel lain lebih berat ke hiburan,serupa gampang.Tak membina jatidiri gua langsung.

Gua tak pasti apa penipuan yang si MatShah ni baca di dada akhbar,dia mula mengkomplen sorang sorang secara perlahan.Desibel suara beliau rendah dan kedengaran seperti beliau sedang bermonolog.Apa la nak dibebel dengan penipuan akhbar,akhbar dengan penipuan kan macam saudara mara.Mereka akrab.Gua sempat getus komen sendiri dalam hati.Tangan kanan gua buat tongkat kepala,kaki bersilang,gua gedik gedikkan kaki tanda menikmati rehat yang aman.

"Lu rasa kalau nak kawen belanja dia berapa haa?''-MtShah bersuara dengan nada pertanyaan.Gua jeling kiri kanan.Cilakak takdak orang.Soalan untuk gua rupanya.Tanpa bereaksi,gua jawab rilek -"Gua rasa cincai cincai makwe Kokdiang pun tak lari tujuh ribu.Campur kenduri puk pak puk pak lekatla dua puluh ribu".

MatShah kembali bermonolog.Entah apa benda gua tak berapa dengar.Mungkin merungut sebab angka dua puluh ribu yang gua tarok tadi baru stended budak Kokdiang.Kalau makwe Kolumpo?,anak Datuk pulak?,apa cerita?.

"Lu rasa kalau makwe yang agama agama tu mahal tak?"-Lagi sekali soalan jenis "lu rasa" dia kasi kat gua.

Gua pun jawab lagi ikut sedap rasa gua -"Bukan kira agama ke tak agama MatShah,memang market price kawen macam tu..payah lu nak discount discount ni"

"Lu rasa ada tak makwe makwe yang hantaran dua tiga ribu sahaja?,kenduri pun buat ala kadar saja..ada tak?"- MatShah tak putus asa mintak gua sokong benda merepek yang mengganggu fikiran waras dia.

Gua tak sampai hati nak biadab dengan kawan serumah.Lalu gua jawab lagi dengan cara yang lebih objektif.-"Harga kucing kat pet shop pun makan empat lima ribu MatShah,inikan pula harga manusia.Paling koman pun keluarga dia mesti letak tujuh lapan ribu punya".

Gua jelaskan pula dari aspek perbandingan.Bagi nampak bijak sikit.
MatShah masih lagi tak puas hati.Benda merepek dalam kepala dia dah makin menjadi jadi.

"Lu rasa..kalau gua nak cari jugak yang kos kawen paling rendah macam mana haa?"

Gua tarik napas pelan pelan.Kipas dah pasang 5 pun gua rasa tak cukup lagi nak sejukkan badan gua yang jadi panas tiba tiba.Gua cuba juga cari jawapan untuk puaskan nafsu merepek si MatShah.Cerita HOUSE yang gua cuba hayati dah jadi tak tentu hujung pangkal.
Kali ni gua gunakan otak untuk berfikir mencari jawapan lebih logis.

****
"Macam ni lah MatShah..esok lu ikut gua kita pergi cari makwe makwe kat rumah anak yatim dekat area Gombak.Gua rasa kalau anak yatim mesti hantaran tak mahal.Dapat cari makwe yatim piatu lagi terbaik.Silap silap lu dapat kawen free..Apa macam?, ada berani?"

****
Akhirnya,dapat juga gua menikmati HOUSE disaat saat Dr House menjumpai punca penyakit si pesakit ketika semua doktor tidak mempercayai diagnosis beliau.Ini pun lagi satu merepek!!
Gua teguk teh panas laju laju walaupun kerongkong rasa pilu.

Wednesday, July 29, 2009

Gua dan Bisnes

Gua dan Bsines memang ada hubungan.Dah lama..gua suka tukar tukar hubungan Bisnes.Dari satu bisnes,kepada satu bisnes yang lebih awek dan anggun.Gua rasa patut sangat gua dedahkan sejarah hubungan gua bersama ex-bisnes gua kepada lu orang,baru la playboy.

1989(retail)
Darjah satu.Gua bersama bisnes jual pemadam tikam.Gua tikam kat kedai O'ie,esok gua jual runcit pada kawan kawan yang berduit.Satu pemadam modal seposen,gua boleh jual seringgit.Bergantung pada gambar,kalau gambar lawa,laju dia pegi.Cuma pemadam Superman saja yang gua sayang tak jual.Bisnes tak lama..long term dia jadi rugi macam gampang.Yalah..unsur judi bergabung dengan unsur halal..mana boleh nak bergabung,bergaduh ada la.

1992(service)
Belajar matematik dah mula kacau bilau.Sifir sembilan bergabung dengan teknik bahagi,lalu akibatnya budak budak ramai yang terkulai.Dapat pulak cikgu Azham Aduk yang mengajar gaya MRSM,lagi la punah."Saya ajar sedikit..lebihnya kamu usaha sendiri".Gua saja yang mampu bertahan.Setakat sifir sembilan,bahagi angka genap,apa gua nak heran..macam Evo 9 dia punya rempit bila gua baca.Otak gua masih cerdas masa tu,lalu gua nampak peluang Bisnes,kerja sekolah..gua boleh bagi tiru,tapi bayar gua!!,Bisnes tak bertahan lama..Bapak gua kantoikan beg gua yang ada buku latihan matematik kepunyaan Sahrizan Haron,Abidin,Fairul Azmi dan ramai lagi.

1995(trading)
Buat Bisnes jersey bolasepak.Gua baru menceburi bidang trading,jadi awal awal lagi dah kena tipu dengan brader tingkatan lima.Betol betol cilakak!!,Omar Din kalau gua jumpa lu siapp...!
Tak lama lepas tu gua dapat sub-bisnes dengan brader tingkatan lima juga,nama dia Mandela.Gua hanya makan komisyen.Bisnes dia simple.Gua kena cari budak budak tingkatan satu yang nak tengok Muvie Muvie orang putih di asrama secara haram pada malam Ahad.Bisnes nih pun tak lama..operasi bilik bervideo kena serbu sebab tayang Muvie separa lucah.Yang lagi gampang,video porno pun terselit juga.Gua terselamat sebab gua tiada waktu kejadian.Alhamdulillah.

1997(runcit)
Gua tinggal di Dorm Uthman bin Affan.Uthman kan peniaga yang soleh.Lalu ketua dorm gua,Fakharudin hatta nak meniru gaya Uthman.Kami buat Bisnes jual RotiSegar.Sambil sibuk nak PMR,sambil gagah meniaga.Untung boleh tahan,bubuh dalam tabung bersamamu Dorm Uthman.Sampai hujung tahun,duit semua hilang kena curi dengan barua mana entah.Rugi empat ratus.Selesai usaha setahun!.

2001(retail)
Gua buat bisnes jual Dockers bundle dan baju baju bundle yang rare.Gua ada cerita panjang lebar pasal bisnes ni dekat sini.

2004(retail+trading)
Bisnes buat baju jurusan jurusan di kolej.Rakan Bisnes gua Kirul Akmal.Sambil bisnes, sambil berkenalan dengan makwe makwe.Gua paling suka bisnes buat baju.Untung dia sangat kencang.Modal sepuluh ringgit,untung lima belas ringgit.Rasa nak berenti belajar saja masa tu.Mujur otak gua belum jahanam.

*******
1)Gua dah hantar resume macam kat atas pada Tan Sri Syed Al-Bukhari,ada jawatan CEO kosong dia nak somebody yang ada latarbelakang bisnes yang pelbagai.Gua la tu..:)
Gaji sebulan USD100K + Rumah bunglow + Jet pejuang

2)Gua juga hantar satu copy pada Bill Gate,dia nak diversify bisnes ke cabang Dockers bundle.Dia tengah cari orang..cehh,cari orang pejadah..,padahal kelmarin email gua merayu suruh kerja ,apa barang?
Gaji seminggu USD150k + mansion di London,Paris dengan sebijik PentHouse dekat Manhattan + Airbus380

3)Gua juga hantar satu copy pada sahabat gua Luca.Gaji tak menentu,kerja tak menentu.Rumah sewa bayar sendiri.Minyak kereta isi sendiri.Dia belum reply...

****
Gua rasa..gua pilih nombor tiga.Apa macam?,Zuhud tak gua?

Monday, July 27, 2009

Kelucahan yang Ikhlas

Gua jumpa sekor pelacur.Gua bawak balik rumah.Gua tak jumpa dia sebenarnya.Gua beli dia senyap senyap siapa pun tak tahu.
Tadi gua cucuk dia kat opis,masa orang takdak,waktu lunch biasa lah..Lampu opis semua tutup.Gua nak cuba..sedap juga..laju saja dia pegi..Perghh..lazzaaatttt!!

Begegas gua bawa dia pulang petang tadi.
Sekarang gua cucuk dia kat rumah pulak..sama juga nikmat dia,perghh!!

Gua amat puas dan lega!!

Ya ya..nama..gua patut berikan nama untuk dia..

Broadband..nama dia Broadband..

Gua harap Broadband sentiasa bertaubat dan tak buat kerja porno di tengah malam.Gua akan pantau tingkah laku dia.
Gua juga akan didik dia cara hidup Islam.

-Selamat Tinggal SaiberKafe Ah Chong-

Misteri Warna Kuning

*******************
Bila Kuning itu Warna
Maka Kuning itu cantik

Bila Kuning itu bermakam
Maka Kuning itu Raja

Bila Kuning itu handal
Maka Kuning itu Panglima

Bila Kuning itu budaya
Maka Kuning hidup dalam erotisnya

Bila Kuning itu diKanvas
Maka Kuning itu asanya

Bila Kuning itu Penyakit
Maka nama dia Jondis

****************

Sajak yang sekali gua baca macam cilakak,mesej sajak pun entah apa dia.Haram gua tak paham hujung pangkal.Gua kutip dari buku latihan cokelat sekolah rendah adik gua masa dia darjah empat,tahun 2000.Cikgu bagi dia B.

Budak darjah empat buat sajak stended macam ni gua boleh terima lagi.Tapi kalau gua jumpa sajak gaya macam ni dekat mana mana buku KBSM Bahasa Malaysia memang gua lempang penerbit dia.

Cuma yang gua pelik, macam mana adik gua boleh hendel perkataan erotis masa dia darjah empat?

Ohh..gua lupa,budak darjah empat Millenium...waktu tu zaman Millenium.

Astaghfirullahal azieemm..

Saturday, July 25, 2009

Sindiket Bawah Tanah - Dalam Siasatan

*************
Hari ni I dan hubby tercintaz (muahh muahhh!!) pergi jalan jalan di pasar b0r0ng Selayang .

Attach:
#gambar 1: bangunan pasar borong selayang di ambil dari dalam kereta
# gambar2: tulisan pasar borong selayang.Ini bukti kit0wang betol betol pegi taw.

Kit0wang pegi bersama Haikalish Razafiqkh Qabil, baby kami yang suka menyakat mummy dan daddynye..0uchhh,teng0k tu dia sakat lagiJ

Attach:
# gambar 3-7: 5 keping gambar baby bernama Haikalish Razafiqkh Qabil dalam pelbagai posisi
#gambar 8: baby meletakkan tangan ke muka I dan hubby
ßini yang I maksudkan Haikalish Razafiqkh Qabil sedang menyakat kit0wang

Pasar Selayang itew xlah jauh dari rumah kit0wang, ab0ut 3 km….

Attach:
#gambar 9: signb0ard Pasar Borong Selayang 3km berwarna biru,juga diambil dari dalam kereta

Walaupun just 3km,tapi U0lsz jangan salah sangka..perjalanan tetap jaauuuhhhhh!!!.Skunk nie jalan ke sana dah jadi lambat..always traffic jam..BENCiii TAAWWW!!!!

Attach:
#gambar 10: kereta yang banyak..sedang traffic jam
#gambar 11: muka tengah bengang sebab traffic jam

0hhh..banyak yang I nak k0ngsi with U0lsz actually..tapi I g0t t0 g0 n0w..Nak bawak baby jalan jalan naik str0ller baru yang kit0wang beli di SOGO last week.

Attach:
# gambar 12: str0ller baru bersama tag SOGO

***********

Gua jumpa entry ni dengan status draft dalam list post SEMBANG KENCANG.Sebijik gua copy-paste balik.Gua saspek ada unsur unsur sabotaj.Bini gua anti-blog,dan beliau juga baru lepas besalin,nak jalan pegi jamban pun kena berpapah.Gua rasa bini gua tak terlibat.Lagi pulak rumah mak mentua gua takdak internet,yang ada cuma ASTRO tanpa ESPN.

Gua akan tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat hal ni.Mentang mentang intenet gua kena catu!.

Di sini gua nak tanya lu orang dengan tiga (3) soalan sopan;

1.Sapa yang pandai pandai buat kerja gila pegi curi username dengan password blogger gua?

soalan kedua..

2. Haikalish Razafiqkh Qabil ni anak sapa dia?

soalan terakhir..

3. 'Uolsz' tu apa jenis binatang?..dan beberapa kosa kata lain yang gua rasa mistik dan sukar difahami.Juga,kenapa perlu warna warni dan ada BOLD?

*******
-“Ah Chong,ini screen cakap gua pakai empat puluh enam minit..tadi lima kali putus gua sudah rugi sepuluh minit dia takdak kira,apa ceritaa?,Gua mau bayar lapan puluh sen saja!”-

Choww!!

Thursday, July 23, 2009

Konsep Kenegaraan yang Sempurna

"Lu dengar sini gua nak cerita..jangan Tanya apa apa.habis gua cerita baru lu tanya.."

****
Konsep kenegaraan itu luas meliputi pelbagai aspek. Negara adalah rakyat,rakyat adalah Negara. Rakyat dan Negara adalah satu unsur yang bernafas dalam nucleus yang sama.Jatuh bangun sesebuah Negara bergantung pada kukuh dan ampuhnya asas manusiawi yang pelbagai.Ketaatan beragama,kesempurnaan siasah,kemurniaan akhlak,keteguhan undang undang dan perlembagaan, kemasyhuran ekonomi, kesantunan sosio-budaya dan kekuatan technology merupakan struktur utama yang mendokong letak duduk sesebuah Negara. Rakyat dalam konteks ini menjadi penggerak dan pemacu yang berfungsi mengawal asas manusiawi tersebut supaya ia terdorong kearah ketamadunan yang tinggi nilai dan akal budi.

"Lu dengar lagi gua nak sambung..."

Ketaatan beragama,Kesempurnaan siasah dan kemurniaan akhlak dalah kombinasi unggul yang sewajibnya disisipkan dalam hela nafas rakyat yang hidup dalam sesebuah Negara. Ketelusan pentadbiran dan pengurusan, system perundangan yang bebas pengaruh, fahaman politik dan pelbagai ragam gerakan harus berkolaborasi bersama sifat sifat mulia sang manusia.Jika demokrasi menjadi akal,maka diktatorlah otaknya..jika liberalisasi menjadi piagam,maka komunis dan kapitalis menjadi imbangannya,lalu islam pentadbirnya..jika keadilan menjadi puisi, maka kesaksamaanlah pendeklamasinya. Namun haru lu ingat..atas segala yang terbit dari proses kemanusian itu,maka Agamalah pelindungnya!!.Tanpa spiritual agama yang susok,lupakan saja kerajaan Nabawiyah, kerana yang bakal muncul tidak lain hanyalah Negara Firaun berakyatkan yahudi.

Begitu juga hal yang sama mesti diwar warkan dalam konteks pembangunan ekonomi, sosio-budaya dan kemajuan teknologi.Rakyat dalam sesebuah Negara berdaulat perlu bertanggungjawab menggembleng tenaga, menjana idea idea segar lagi bernas dalam merealisasikan kecemerlangan kerajaan bertamadun,lalu menepis ancaman kolonialisma moden yang semakin gedik menyelinap ke dalam seluruh batang tubuh.Budaya hedonism,kefahaman agama yang bersifat pluralis ditokok dengan kebejatan akhlak muda mudi yang tak terbendung,harus dilihat sebagai ancam penjajahan pasca alaf baru yang sangat membimbangkan.

Oleh yang demikian…….

Ehhhhh..lu dah tido?,Bedtime story gua belum habis lagi woiihh…

****
Gua alihkan posisi badan anak gua bagi dia tidur sedap sedap.Gua cium dahi dia supaya aman tidor dia walaupun atas TOTO saja.

Gua hairan,kenapa pula bini gua kata malam malam sebelum ni bedtime story beliau haram tak jalan?,

Untuk menajwab kehairanan gua,gua teks bini gua yang tengah bertungku kat dalam bilik.Pukul dua belas malam bertungku apa cerita gua pun tak tahu la.

“Cerita apa lu kasi sama Fateem malam malam?”- Jari gua pantas tekan ‘send’.

Tit..tit..henset gua bunyi perlahan tak lama lepas tu.Malam makin dingin bersama nyamuk nyamuk liar yang ganas cuba menggigit kaki gua.

“Cerita biasa biasa saja..’sang kancil dalam hutan’,kadang kadang cerita ‘pari pari dan Puteri raja’..kenapa?”

Gua pikir sebentar..kalau gua balas,nanti terguris pulak hati bini gua.baik gua diam dan tido sambil membalas dalam hati saja:

“Patutla fateem tak mau tido..lu cerita hal hal dongeng..dahla dongeng..primitif pulak tu..macam mana la dia nak percaya…grow up my darling!!, plss grow upp!!”

p/s: sapa ada intenet lebih tolongla sedekahkan pada gua satu wehhh...

Tuesday, July 21, 2009

Ujian Ujian Yang Gua Kena Hendel

Ada tiga perkara yang merungsingkan gua sekarang ni:

1. Anak sulong gua buat perangai cemburu tahap guling guling terhadap rival baru dia yang baru umur tiga hari.Sikap cemburu yang amat memenatkan gua dengan tektik cemburu yang gua konsider berat kepada sifat kejam dan sadis.

2. Internet konnection.Gua sudah dipindahkan ke rumah mak mentua gua.Di sana takdak internet.Gua mati kutu.Tak kan lah gua nak berulang alik ke rumah gua hari hari?,gua belum gila nak buat kerja macam tu.

3. Gua dah habiskan puasa tiga hari.Lagi sembilan puluh tujuh hari.Pergh lama sungguh!!,kurus kering la badan gua.

Kalau lu orang jadi gua,apa jalan lu orang nak selesai?,

*****
p/s: Gua kena blahh dulu..tak boleh lama lama.Tadi gua cakap pada bini gua nak keluar pegi beli gula sekejap saja.Dahla intenet sini pakai dial-up 1515, kerja jurassic tak masuk akal di tahun 2009.Sebijik macam gampang!

-SaiberKafe Ah Chong,Jalan Ketoyong-

Sunday, July 19, 2009

Entry KemasKini Penuh - Gua nak Mintak Maap..

12.55 pm

Ayah dan ibu gua baru tiba di hospital.Di luar,Jalan Tun Razak sudah sesak semenjak subuh.Jalan Binjai pulak di tutup.Polis dan FRU ada dimerata rata tempat sekitar hospital Prince Court.Orang terlalu ramai.Pelawat pelawat yang datang ke hospital terpaksa menjalani pemeriksaan ketat di luar bangunan hospital.

Bini gua yang masih lemah jadi risau.Kes bom seperti di Jakarta mungkin sedang mengancam salah satu bangunan disekitar bangunan hospital yang gua duduk.Gua bagitau dia,jangan menggelabah..takdak apa yang seriuss.Gua tak bagitau hal sebenar.Gua tak bagitau yang orang ramai dah besesak sesak memenuhi jalan Binjai sana.Doktor yang sepatutnya bertugas shift tengahari pulak dari tadi tak sampai sampai, sangkut jammed sejauh Jalan P Ramlee.Itu cerita dari nurse yang yang menguruskan bini gua.

Pengarah Prince Court panggil gua depan Labor room sejurus gua selesai meng-Azankan anak perempuan gua yang baru jenguk dunia.

"Lagi ada Fax urgent untuk Encik Firdaus ni".

Gua teliti isi kandungan kertas fax tu.Gua buat nota sedikit atas kertas fax tu lalu turunkan tandatangan.

"Lu tolong pegi fax semula to that number now!"-Arahan yakin terbit dari mulut gua.Ada berbunyi Inggeris.

Keadaan di luar masih agak kelam kabut dan tak tentu hala.Gua tarik napas dalam dalam.
kepala masih ligat berpikir macam maca gua nak selesaikan masalah yang gua langsung tak terduga ni.Ibu dan ayah gua yang letih mengharung kesesakan manusia sebentar tadi tak berapa nak bercakap.Gua paham mereka penat.

"Lu dah post gambar baby kita di Fesbuk?,post dalam lu punya blog sama jangan lupa"- Bini gua dalam lelah gagah bertanya secara mendadak.

Gua diam sekejap.Nampak gaya gua kena berterus terang.

"Gambar baby kita tak boleh masuk Fesbuk..tak boleh masuk Blog"- jawab gua bersahaja.

"Kenapa?,tolongla pegi update,tadikan lu dah amek pakai kamera henset?,"-Bini gua tanya lagi penuh kurious.Mungkin dia berasa pelik mendengar jawapan tergantung gua.

****
Gua sambung lagi..kali ni jawapan gua lebih terang dan bercahaya.

"Gambar baby kita..gua dah jual dia punya hak eksklusif pada OK! magazine kejap tadi..OK! nak beli USD10 juta" - Lancar gua susun jawapan.

Maka pahamlah bini gua,kesesakan yang sedang menggila di luar sana bukanlah kerana Bomb,bukan juga kerana pasukan ManUtd atau apa apa hal bercorak hiburan,ia disebabkan keghairahan orang awam,stesen stesen Tivi,stesen stesen radio,wartwan,journalist dan paparazi dari seluruh dunia yang datang ke KL semata mata nak tengok baby perempuan gua secara live sambil mencuri snap gambar beliau barang sekeping dua.Perangai yang memang merimaskan gua..brengsekk!!.Masa baby pertama gua tiga tahun lepas macam ni juga dia punya liputan.

Ini yang buat Gua malas jadi artis tarap antarabangsa!

Saturday, July 18, 2009

Entry KemasKini Pendek - #1

2.15 am

Gua sedang berada di Prince Court Medical Centre.
Pagi Ahad gua nanti gua nak santai di Bilik Besalin. Gua harap gua tak mengantuk sangat masa lepak di sana.

Gua juga sedang bertarung dengan kesejukan penghawa dingin yang tiup gua kuat sangat walaupun gua sudah kilas punat dia sehabis 'low'.
Kalau gua tutup terus,nampak kurang ajar pulak.Tak manis lah...

Dengan Izin Tuhan..mulai esok,gua kena puasa dua bulan.Silap silap seratus hari.Lepas seratus hari nanti bolehla gua buat pengumuman mansuhkan cukai jalan.Itu pun kalau kabinet setuju.

Gua dah mula nak merepek bukan bukan ni...
Bedebar woii!!!

PERBUALAN SINGKAT (Kemaskini pendek #1.5)

6.10 am

Gua :Lu tak payah takut takut sangat..buat macho sket!,tak heroin la kalau lu takut.

Bini Gua :Gua tak takut la..Gua steady saja..Lu ingat tak nak buat apa lepas gua besalin?

Gua : Ingat..lu nak gua masukkan gambar baby dalam Fesbuk macam semua orang selalu buat tu kan?,Jangan risau dalam bilik tu ada wi-fi,taula gua buat macam mana nanti.

Bini Gua : AstaghfirullahalA'zieeem.. bukan Fesbuk laaa....Azan la, Azaannn!!!

Thursday, July 16, 2009

Nasyid Kontemporari - Go To Hell!!

Akhil Hayy sah becerai - Ape nak pelik??

Gua nak jadi Ustaz sekejap..

*****
I first listened to Haddad Alwi's "Astaghfirullah" last few months when i was in the car with my family heading to Kuantan. The Nasyid really catched my attention as Haddad performs it well, touching my heart.It was very sentimental moment i've experienced. I reserve this particular song from my severe sickness towards contemporary Nasyid in malaysia.

Actually i don't give a shit about contemporary Nasyid anymore.I simply give up . People pretext themselve by claiming the nasyid is an 'alternative choice' replacing other music genre,and the nasyids protectively serve the right platform to justify 'Music In Islam'. Yeaahh you are so damn right Assholes!!

So,
Tell me how you gonna give the verdict on strings instrument applied in most of contemporary Nasyids when most of Ulama' prohibiting such?
Tell me how the Nasyids benefit you when they collaborate with mainstream artists,performing the 'song with full of religious messages' in mega concert at Stadium Bukit Jalil?
Also tell me..What's on earth Nasyid is doing at Anugerah Industri Muzik (AIM), immersing with those 'red carpet morons'?,
Dear Nasyeed-superstar-wanna be..
Who do you think you are?, Hollywood pablum?
You piss me off to no end.Put it that way..

Geng,
You may want to educate me with thousands of reasons corroborating your judgements,condoning the mindset of 'feeling innocent' and 'soothing heart' when listening to the Nasyids.Yes.. my pleasure dear friends.Kindly put up front your nasyid intrepetation in context, answering the qeustions as stipulated above and explain how the scenarios could ever promote prosperity and improve the faith in our muslim community.Go ahead as you like. I really want to know....come on,bring it up dude!!

And to share with you, the funniest thing i've ever heard about contemporary Nasyid is - It has been regarded by many as the medium for Da'wah.WoW..another bullshit fact...i'm impressed!!

Dude,
Let me tell you..

By stripping off all the technicalites,
Anything with religious message is called Da'wah.In broader perspective, anything with GOOD message is Da'wah.
It doesn't have to be Nasyid.Rock,Punk Rock Kapak, Jiwang,Traditional and Hip Hop also can serve you Da'wah if they bring good message.
So dont get confuse when the idea cross your conventional values.Likewise, do not jump when Nasyid brothers or Nasyid Sisters are caught doing something 'unpleasant', which is not in accordance with the code of conduct for Nasyidees. Dont curse them..because they are commoners just like you.
They are exposed to the wrongdoings and unnecessary sins.They are all humanbeings.
Jadi Jangla lu orang poyo poyo nak marah marah Akhil Hayy like crybabies..if you get what i mean..So Shut The Fuck Up!!

I'm not condemning the contemporary nasyids per say,i'm just sick with the environment that surrounds people mentality towards nasyids.Today's nasyid is totally dilluted and contaminated.They are mainstream and less value added for Ummah. They are there to make money and to be famous on stage.Today's Nasyid can no longer make you tremble and frighten.

They are nothing compared to NadaMurni and TheZikr.
Tell me who was not crying or get shaky when 'Selimut Putih' song played on the radio?,
How about Sepohon Kayu - i bet you can still get the deep feeling huh?

Then what is so great about contemporary Nasyid??

Anyone??

****
p/s: Ini sesi Tazkirah..bukan apa apa.Gua dah cc kepada semua tokeh usrah didalam dan diluar negara.Sila ambil tindakan.

Tuesday, July 14, 2009

Don't Look Back In Anger Versi Etnik Kreative


2003 - September

Gua dan beberapa rakan kongsi terpaksa menghambakan diri bekerja di beberapa kilang sekitar Kerteh,Terengganu.Kerja sama macam CEO,tapi dapat gaji lima ratus saja sebulan.Pundek sungguh!. Gua memang tak puas hati, tapi apakan daya,pengurus sumber manusia dikilang gua bekerja bagitau yang gua bukan kerja betul betul,gua kerja sambil belajar..jadi dapatla gaji ala ala budak belajar.Apa hal,sama juga kerja?,Gua kecewa..tapi semua kecewa itu gua simpan kemas kemas dalam hati.Sampai masa yang sesuai nanti,gua libas lu orang sekor sekor..

Rakan rakan kongsi lain juga senasib dengan gua.Mereka ialah Ibab,Lim Tat,Mesye,Asroy,Amit,Kirul dan Giloque.Kami merempat disebuah rumah lipas di Paka.Di rumah tu ada Tibi, gua bawak untuk keselesaan kawan kawan.Lim Tat pulak bermurah hati mensedekahkan PS2 kepunyaan adik beliau.Gua saspek Lim Tat amek PS2 tu dengan cara paksa,tapi gua tak pernah tanya.Sapek saja.Ada juga seketul peti ais mini.Peti ais mini ini Ibab yang punya.Dapur masak,sama sama kongsi beli di Pasaraya SamaMaju.Bengap jugak gua rasa pegi beli dapur masak di pasaraya. Rumah lipas gua juga diliputi Astro.

Di Terenganu ni,jumaat dia bagi cuti.Niat kerajaan Terengganu murni,nak suruh umat islam pegi masjid awal awal.Berzikir mana yang patut,baca Quran mana yang mampu.Tapi niat murni tu tak berapa nak sampai ke rumah lipas yang gua diami.Mungkin sebab penduduk rumah gua semuanya jenis membesar di Paris.Daripada berzikir di masjid mereka rasa lebih afdhol bermain Winning Eleven di rumah saja.Dalam tujuh orang rakan gua,yang paling sekolah agama sekali ialah Giloque.Berbanding gua,sekolah agama Giloque didikan dia lagi solid.

Di suatu tengahari jumaat yang damai..dalam pukul dua belas,pemain pemain Winning Eleven sedang asyik berentap sesama sendiri.Giloque sorang sorang saja yang tido dalam bilik.Dia dah pesan pada gua,kalau nak pergi masjid nanti kejutkan dia.Gua yang tengah berpeluh bertarung dengan Lim Tat hanya angguk angguk saja.

Ok.Dipendekkan cerita..gua lupa kejut Giloque bangun tido.Semua budak pun tak tau Giloque ada tido dalam bilik.Kereta Ibab dah jalan dulu,gua kemudian.Bila jumpa Ibab di masjid Paka,barulah gua sedar Giloque tertinggal.Nak patah balik,konfem tak sempat..sempat apa jadahnya kalau sampai masjid pun orang dah Qomat.Seronok sangat main Winning Eleven, itulah jadinya.

Gua sembahnyang jiwa tak tenteram.Gua tengah buat pahala,dirumah Giloque tak tahu apa nasib.Habis saja sembahyang gua cepat cepat sms Giloque.Keredit yang ada pun cukup sedap nak sms saja.

"Giloque,gua mintak sorry beb..sumpah gua lupa kejut lu tadi..bukan saja saja tinggal"-sms gua ringkas.

Dalam lima minit,Tit tit tit..henpon gua berbunyi menandakan ada sms menerobos masuk.

"Lu pegi la sembahyang dengan jemaah Paka,gua sembahyang dengan jemaah masjid negara"- Giloque balas balik. Jiwa gua terasa sarkastik lagi pedas.

Gua rasa dalam hati,Giloque marah gua ni..sebab dia dah pesan,kalau dia tak pesan lain cerita..macam mana la gua boleh jadi lupa.Nak tebus salah punya pasal,gua tapaukan Giloque nasi ayam.Kesian Giloque mesti bangun tido perut lapar.

Sampai dirumah,gua tengok tilam di ruang tamu dah berubah tempat.Tibi gua jugak beralih sudut.Ehh..apahal ni??,takkan Giloque mengamuk pulak?.Gua dan rakan rakan masuk rumah buat rilek.Giloque siap pakai kain pelikat berkopiah lagi lepak lepak buat milo didapur.

"Giloque,nih gua belanja lu nasi ayam..sorry beb..gua betul betul lupa tadi" - skali lagi gua mintak sorry.

"Takpa..gua pun sembahyang jumaat juga..tapi tak ikut jemaah Paka la,gua ikut jemaah masjid negara" - Giloque balas simple sama macam ayat sms dia tadi sambil sengih sengih.Takdak langsung riak kecewa diwajah beliau.

Gua diam seketika.Kenapakah Giloque mengulang ayat yang sama?.Ini bukan nada sarkastik lagi..ini dah bunyi bangga lagi berlagak.

Gua cuba berfikir...dan berfikiirr...
Shiittt!!!,gua dah dapattt!!,patutla sudut Tivi gua berubah..cepat cepat gua beristighfar sambil geleng geleng kepala,Giloque sambung sengih sengih.Cilakak lu Giloque,apa punya budak sekolah agama lu ni!!.

"Darurat beb..darurat"-kata Giloque lalu sengih lagi.

NOTAKAKI
Gua dah kirim lima surat kepada mufti mufti negeri dengan soalan ringkas,tapi Dato mufti belum jawab lagi.Mungkin mereka tengah refer kes Giloque dekat ulama international kot:
"Dato,kawan saya nama Giloque dia sembahyang jumaat di rumah saja.. ikut siarang langsung dari Masjid Negara kat TV1.Tivi tu dia alih mengadap kiblat.Kira dia jadi jemaah sama la..Boleh ke tak boleh?

p/s:Lu orang rasa kes Giloque ni nak kira macam mana?

Sunday, July 12, 2009

Ilmu Jampi Serapah yang Gampang punya Hebat!!

Sekitar 22 tahun yang lampau.

Nak beli eskrem perlukan duit,paling koman seposen.Gua perlukan seposen setiap hari buat modal beli eskrem.Selalunya eskrem kacang seposen di kedai O'ie saja.Cuma kalau dapat dua posen gua lajak beli kacang potong sekali.
Mintak duit dari kakak sedara gua yang gua panggil kakboya memang selalu gua buat.Kadang kadang kalau angin baik,gua dapat sampai tiga puluh sen.Kadang kadang dapat sepuluh sen saja.Ada juga masa yang gua langsung tak dapat apa apa.Itu selalu jadi.Waktu petang petang,dekat rumah takdak orang,yang ada cuma kakboya.Dia sajalah harapan gua.

Satu petang seperti biasa,gua lakukan amalan rutin setelah penat bermain kejar kejar di rumah makngah Ani.

"kakboya..mintak duit nak beli eskrem..nak beli keropok cikedies sekali" - Gua mintak macam biasa biasa gua buat.Tangan kanan dah genggam erat senapang kayu.Lepas pekena eskrem gua rancang nak main askar askar pulak dengan Iyas dan Alan.Tadi setakat main kejar kejar tak berpeluh sangat.

"Aku takdak duit..tapi aku boleh ajar kau satu jampi"-Kakboya buat muka seriuss.

Gua terkebil kebil,jampi pejadah pulak ni?."Jampi tu binatang apa?"-Tanya gua jujur.

"Ini susah cakap dengan budak kecik..jampi tu macam baca baca la..macam baca doa doa..kalau nak halau hantu selalunya kita kena baca jampi..kalau nak berubat orang sakit pun kita pakai jampi".-Kakboya eksplen panjang lebar.

Gua jadi makin serabut kepala."Nak beli eskrem pun ada pakai jampi ka?"

"Itu yang aku nak ajar ni..kalau kau baca jampi,kau boleh dapat eskrem free..keropok chikedies pun free..tak payah bayar duit,baru la jadi hero betul betul"-KakBoya terang sungguh sungguh.

Gua dah rasa ada semangat magis.Gua jadi suka tak boleh nak tahan tahan.

"Ajar Ajar ajar ajar ajar..nak buat apa?nak baca apa?,bagitau bagitau!"-Gua dah eksaited tahap cipan.

KakBoya sambung."Mula mula baca Bismillah dalam hati..Macam ni jampi dia:..............................." <--ayat jampi ni gua kena potong,ianya amat berbahaya dan menyesatkan!

Dua tiga kali Kakboya ajar gua ayat jampi serapah yang amat magik itu.Jenuh juga gua nak menghapal sebab kata kakboya bila baca depan O'ie tak boleh silap.Kalau silap payah nak menjadi.Terkinjat kinjat gua menghapal.Gua ulang ulang kasi lancar.Ayatnya tak lah panjang sangat.Tapi sebab ayat jampi serapah,kena la gua hapal dengan seriuss.Takut tak menjadi.

Kakboya sambung lagi sesi pendidikan jampi beliau:
"Lepas kau amek eskrem, tunjuk eskrem tu depan O'ie,sambil tunjuk sambil baca jampi yang aku ajar tadi..bagi O'ie dengar ayat ayat jampi tu".

Belum sempat apa apa, laju gua berlari terpa ke kedai O'ie.Selipar pun gua tak pakai.Senapang kayu gua lempar entah ke mana.Gua dah ada ilmu jampi sekarang.Mesti magik habis ni.mesti Alan dengan Iyas cemburu sama gua nanti.Hati gua berbunga bunga.

Sampai di kedai O'ie,gua tangkap eskrem kacang.Duit dalam poket memang lima sen pun haram gua tak bawak.Bedebar debar gua menuju kaunter berjumpa O'ie.Dalam hati gua ulang ulang jampi yang kakboya ajar gua tadi.

Gua pandang O'ie.Gua tunjuk eskrem,baca bismillah dalam hati, lalu gua alunkan jampi serapah yang kakboya ajar gua.Gua alun penuh keyakinan.O'ie jadi macam tersentak lepas gua jampikan dia.Muka dia jadi tak berapa nak percaya.Keliru semacam.O'ie hanya angguk angguk macam orang tengah bercelaru.Mungin dia tak percaya budak kecik macam gua dah memiliki ilmu hebat.Gua keluar kedai sambil pandang O'ie takut takut dia nak mintak duit pulak dari gua.Gua memang takdak duit, gua ada ilmu jampi saja.

"Lu balik jalan baik baik aa.."-kata O'ie pada gua penuh ihsan.

-Wahhh!!!!!-Jampi serapah sudah menjadi!!-

Habis sebatang eskrem.Gua ulang semula pegi kedai O'ie.Kali ni gua angkat dua batang eskrem jenama mahal sket.Kacang potong tiga,keropok Bon Bon,keropok Chikedies,gula gula sugus,air Fanta hijau pun gua rembat jugak.Gua letak semua depan meja kaunter.Tunjuk depan O'ie.
Syarat jampi gua kena ikut.sambil tunjuk barang yang kita beli,sambil baca jampi bagi O'ie dengar.Gua baca lancarrr..O'ie diam sekejap..dia macam kena pukau.Tiba tiba dia bersuara:
"Lu amek la lagi apa lu suka..itu kelopok jagung balu mali.Itu kacang tumbuk pun ada..amek lagi banyak banyak kasi Alan,kasi Iyas..makan sama sama loo".Gua turutkan kemahuan O'ie.Nampak gaya O'ie dah tunduk dengan jampi serapah gua.Dia dah jadi macam orang bodoh.

Esoknya,gua bawak sekali Alan sama Iyas saksikan ilmu baru gua.Beli eskrem dan gula gula tak payah bayar.Barang barang dikedai O'ie gua perlakuan sesuka hati.Bila terkena saja jampi gua,O'ie akan suruh gua amek barang barang lain sama.Alan dan Iyas amat kagum dengan kebolehan gua.Tapi gua tak boleh ajar mereka sebab kakboya tak bagi gua ajar ilmu tu pada orang lain.

Sejak itu hidup gua berubah dari seorang kanak marhein kepada kanak kanak yang memiliki magik hebat lagi unggul.
++++

NOTAKAKI:
Dah dekat dua puluh dua tahun gua tak amalkan jampi serapah keramat yang hebat tu.Tapi gua tetap ingat jampi tu tak pernah lupa.Takpalah..sebab lu orang baca blog gua..gua kongsi jugaklah sama lu orang walaupun jampi ni diiktiraf sangat berbahaya oleh ibu gua dulu.

Pandang O'ie..tunjuk eskrem..sambil alunkan jampi dengan keyakinan:
"O'ie..kira ni berapa?,masuk dalam buku tiga lima ibu gua..nanti hujung bulan ibu gua setelkan!"

DISCLAIMER
Ilmu magik gua kekal berfungsi dengan baik sebelum ibu gua mansuhkan balik ilmu tu dari diri gua.Kiranya ilmu ibu gua lagi tinggi dari ilmu kakboya.Ibu gua kata jangan guna dah jampi tu dekat O'ie,sangat bahaya!..boleh makan diri dan keluarga.Ibu gua jugak turut mengamuk pada kakboya sebab mengajar gua ilmu bukan bukan yang amat berbahaya dan mencemaskan beliau.
Lepas pada tu, ilmu jampi dah tak menjadi.O'ie dah mula geleng kepala,bukan lagi hangguk hangguk macam selalu.Gua saspek apek O'ie dah guna ilmu lagi hebat yang boleh patahkan ilmu jampi yang gua pakai.Mesti ibu gua yang ajar O'ie ni.

Saturday, July 11, 2009

Gua nak komen: Ni Kerja Sesat!,..Nauzubillah..


Dah banyak kali Encik Shitter buat perangai dengan gua masa gua nak naik LRT di Masjid Jamek.Hari ni gua nyaris hilang ketenangan...

+++

(Saya dulu kerja Kerani Am gaji 700 je sebulan..Tapi setelah saya menemui bisness yg amat menguntungkan ini,saya sedar rezeki tuhan amat luas..dengan sekeping azam,berkat pelaburan sebanyak rm100 dlm bisnes ini, saya mendapat pulangan lumayan.Hanya tak sampai 2 minggu, sekarang saya menjana 2 ribu dlm masa 1 hari..anda juga boleh berjaya seperti saya,mari saya tunjukkan caranya..hubungi saya Encik Shitter di 012-4456xxx)

+++

1)Gua nak cakap satu saja:"Encik Shitter..Pungkoq hang lah woii!!"

2)Hari ni dah seratus kali..Sekali lagi lu buat kerja tahan tahan gua tengah jalan kaki kat Masjid Jamek semata mata nak suruh gua baca kertas kertas lahanat macam kat atas sana..sumpah gua lempang lu depan orang ramai!,

Apa masyarakat Malaysia ni dah hilang akal semua berangan boleh dapat duit senang senang macam tu?,Hangpa gila..?

Tapi gua rasa..ramai jugak yang dah masuk geng gila ni..
Tolong jangan jadi bengap sangat!

p/s: Entry ini agak emosi..Tapi gua tengok society hari ni memang dah screw-up tahap gampang,otak semua korrupt, pikir nak kaya esok lusa.. tapi malas kerja..berangan saja yang banyak!
Lagi jadi bengap,ikut pulak hasutan setan macam iklan kat atas.Kerja Sesat!!

Friday, July 10, 2009

Kisah Gua dan Ubat Nyamuk FUMAKILA


Malam semalam.Agak larut.Fateem dah tidur.Gua sedang melayan kelembapan Youtube mendonwload Iklan iklan Farrah Fawcett,Noxzema yang paling gua suka.Bini gua pulak lalai menonton Tivi cerita indonesia tajuk dia SEKAR.Apa yang seronok sangat tengok Nasela Merdad tuh belakon gua tak tau la.Asal gua jengah tengok ke Tivi scene dia menangis.Asal jengah saja scene menagis lagi.Apa hal..?

Sambil gua layan youtube,tangan dan kaki gua digigit nyamuk.Menepis nepis gua disini sana sambil membebel marahkan nyamuk.Gua teringat satu cerita masa gua kecik kecik.Perihal nyamuk.Gua dah gatal tangan nak menulis entry pasal hal yang gua teringat,tapi gua tahankan sebab dah lewat malam.Gua rasa gua patut cerita pada bini gua dulu sebelum gua masukkan cerita gua dalam entry.

Gua panggil bini gua duduk sebelah gua dekat laptop.Bini gua datang tak banyak soal.Taat..macam tu lah perangai.Gua pun mulakan cerita:

*******
1987

Gua dah masuk tadika kemas depan rumah makngah Ani.Baru umur lima tahun tapi gagah jugak nak bertadika.Masa tu gua dah reti banyak perkara.Gua dah boleh kayuh basikal dua roda.Tak payah ada roda plastik kecik apit kiri kanan.Gua jugak dah pandai basuh berak sendiri.Walaupun kadang kadang ibu gua buat spot check tak berapa nak lepas.Masa tu juga gua dah boleh mengira satu dua tiga sampai belas belas.Sifat sifat duit pun gua dah kenal.Huruf huruf rumi tak payah cerita.. gua boleh selambe baca pejam mata.Pegi rumah makcik wah sorang sorang beli eskrem asam boi pun gua dah pandai.Pendek kata..semangat Hero dah mula menyerap dalam diri gua dengan hebat.

Setiap hari lepas main petang,salur esophagus gua akan terasa nak makan eskrem.Dekat sini gua ada masalah sikit..ibu gua belum balik kerja,ayah gua pun belum balik kerja..jadi gua takdak duit nak beli eskrem.Satu satu manusia yang gua boleh harapkan ialah KakBoya gua.Dia dah besar, sekolah menengah,mesti ada duit.Pada gua,sapa sapa yang dah dewasa mesti ada duit.Ini cerita masa gua belum lingkupkan lagi kaset Ramlah Ram beliau.

"KakBoya mintak seposen nak beli eskrem?"-Gua mintak dengan muka kesian.

KakBoya yang memang suka buat ujian untuk gua sebelum dia bagi apa yang gua mintak.Selalunya dia suruh gua eja eja.Ada eja RUMAH, eja LIPAS..paling susah gua kena test eja FALSAFAH.Bersembur sembur air liur gua punya nak eja perkataan bangsat sebegitu.Mujur lepas."Kali ni tak nak test eja eja dah"-kata kakboya.Gua panik sekejap,apahal takdak eja dah ni?,."Kali ni kakboya nak test tahap Hero engkau".Wahh..gua teruja.Gua cepat cepat balas:"Nak aku buat apa?,kayuh basikal?,basuh berak sendiri?..cakap saja"-Gua jadi sedikit ego.

"Tak.Kali ni lain sikit..kenal tak ni apa?"-KakBoya tunjuk gua kotak empat sei kuning ada gambar kepala gajah.

"Kenal..itu ubat nyamuk FUMAKILA..ibu baru beli semalam tak bukak lagi!"-Gua jawab panjang.Siap gua ejakan kemas kemas perkataan FUMAKILA tu.Soalan senang nak mampus.

"Ok..ujian dia macam ni.Engkau bukak kotak ubat nyamuk FUMAKILA tu..amek satu ubat nyamuk,cucuk dekat tempat besi dia macam KakBoya buat selalu tu..dah siap, cucuh ubat nyamuk tu dengan mancis api ni"-Lancar saja arahan KakBoya pada gua.

"Ini kerja senang"-Gua pun jawab lancar jugak.

Praapp..patah selingkar ubat nyamuk akibat kegagalan gua menanggalkan lingkaran yang tercantum dua.

Gua cuba lingkaran satu lagi pulak.Prraapp..sekali lagi patah patah ubat nyamuk tu.

Sekali lagi..Praappp..praappp..dan prraap.Akhirnya..habis sekotak ubat nyamuk baru tu patah patah gua kerjakan.

"Hah..baru peringkat satu dah tak lepas..hero apa benda..?"-KakBoya mengunjing gua bersahaja.

Duit eskrem gua tak dapat sebab tak lepas ujan.Petang tu,ibu gua mengamuk pada kakboya sebab kebengapan beliau menyuruh gua buat kerja yang bukan makam gua.Ibu gua jugak memberi arahan pada gua,"Jangan main ubat namuk dah lepas ni..habis patah patah!,buat rugi saja".

Sejak hari tu.Gua kekal gagal memisahkan lingkaran ubat nyamuk yang bercantum dua.Pernah sekali dua berjaya..tapi salah satu mesti patah jugak.
*******

Bini gua mendengar cerita gua dengan khusyuk.Dia tak sampuk langsung.Dengar sahaja.Cerita SEKAR tu pun dia tutup nak dengar cerita gua punya pasal.
Lalu gua bagitau dia:

"Cerita dah habis..sekarang gua pulak nak uji lu..cuba pikir,walaupun gua Hero, kenapa sampai sekarang gua masih gagal nak bukak ubat nyamuk yang melekat dua tu?" - Gua tanya sambil tepis tepis nyamuk di kaki.

Bini gua diam sekejap,kemudian beliau bangun dari kerusi sambil menjawab soalan gua tadi dengan nada lemah lembut:

"Sebab lu pemalas".

Gua senyum..satu minit kemudian ubat nyamuk yang sudah befungsi muncul berhampiran gua.Taat..macam tu lah perangai:)

Wednesday, July 8, 2009

Gua rasa macam nak melepak dengan Sabri lagi..


Selasa minggu lepas,gua bercuti.Ada urusan bisnes dengan Luca di opis beliau dekat area Balakong.Janji nak jumpa celah celah pukul tiga petang.Sebagai langkah keselamatan,gua awal awal dah sms "InsyaAllah gua sampai dalam area pukul tiga". Jadi kalau gua sampai sedikit awal,atau sedikit lewat,atau tak sampai sampai langsung pun gua masih di konsider tidak berbohong pada Luca.Itu strategi..

Dalam kepala ada juga rancangan lain,menonton wayang di MINES umpamanya.Tetapi keutamaan gua tertumpu pada urusan bisnes dahulu,dan potensi potensi kerjasama yang pelbagai bersama Luca.Kalau perbincangan tak berapa rumit,barulah ke tempat lain.Perlu diingat,Luca adalah bisnesman..takdak harapanla kalau gua setakat jumpa dia hari Selasa nak sembang kung kang kung kang cerita hal Gondol saja.Jiwa gua cepat cepat tune hala ke bisnes bila dah dekat nak sampai Balakong.Entah apa jenis bisnes gua belum pasti,yang gua tahu setiap tutur kata mesti disaluti unsur unsur bisnes atau dalam bahasa glokalnya-perniagaan-.Baru ada wawasan.

Sampai diopis beliau,gua panjat tangga pelan pelan.Opis beliau bersifat metropolitan dilengkapi mesin pembancuh kopi dan sedikit hiasan dari Bandung.Beliau menggaji dua orang kuli, seorang gadis sunti dan seorang lagi brader sasa bernama Ali.Gua malas nak tanya Luca kenapa dia memberi kerja kepada Ali?,Ali pada gua..ahhh..tak perlu lah gua luahkan pendapat kontroversi dalam jiwa gua ni.Biarkan dulu..

Gadis sunti yang kerjanya sibuk,memang sesuai dengan citarasa Luca.Gua paham.Patutlah Ayan dan Gondol selalu sangat melepak di opis beliau.Gua paham itu.Gua pun pandang pandang juga,tapi sepintas lalu sajalah.Nanti malu pula si gadis sunti dipandang pandang si abang hensem.Baru gua memulakan borak,masuk pula seorang brader.Luca kata nama brader tu Sabri.Kami bersalaman.Sabri rupanya ejen tunggal Luca bagi Wilayah Persekutuan.Orangnya bersahaja,tak berapa nampak karisma,separa kemas,semestinya tidak hensem,umur dalam likungan lewat dua puluh'an.Sabri menujukkan gua botol Sambal Belacan.Projek baru katanya.Rupanya Sabri mengusahakan pembuatan sambal belacan secara runcit.Jenis jual pada jiran jiran.Gua beli sebotol.Jaga hati Sabri.Seterusnya..Gua,Luca dan Sabri berborak..kami mengabaikan Ali.

Sabri banyak bercerita visi beliau untuk projek Sambal Belacan.Bisnes bisnes lain pun ada beliau ceburi,tapi semuanya kecil kecil.Nampak kesungguhan."Lu boleh berjaya!"-doa gua dalam hati.

Empat puluh lima minit berlalu.

"Jom berThaqwa".Luca bersuara mantap, kedengaran bunyinya macam nak belanja makan kari kepala ikan.Tapi gua memang tak berharap sampai ke situ.Segelas teh panas percuma sudah memadai.

Kami sambung perbualan di Thaqwa.Luca seperti biasa,gaya Marlboro..dua tin KokaKola.Sabri pula gaya ahli sukan,setin hundred plus..dan gua,tidak mahu menjatuhkan imej Thaqwa sikedai mamak,teh panas gelas besar.Gua ada pesan makanan,juga ber imej mamak,meggi goreng.

Perbualan bersambung..tapi gua rasai kelainan.Luca dan Sabri lebih banyak bercakap hal filem filem kontemporari Malaysia.Apa hal pulak ni?,.Filem Congkak lah,Filem Jangan Pandang Belakang,Jangan Pandang Belakang Congkak pun ada.Paling gua terperanjat..cerita cinta mengarut Syurga Cinta pun mendapat perhatian.Apakah gerangan semua ini?.Gua fokus makan meggi..sedikit sedikit tersenyum,sedikit sedikit menyampuk.Gua bukan 'deep' sangat dengan arena filem melayu,setakat tahu sikit sikit tu boleh lah.Hajat nak jadi bintang filem tu pun ada lintas juga masa remaja dulu.

Mula mula cerita tajuk tajuk filem,melarat pula cerita hal hal set pengambaran,kesan pencahayaan,karenah pelakon pelakon,studio studio penerbitan,pengarah pengarah popular,hal politik dalam industri filem,politik dengan stesen Tivi,Bajet buat filem,bajet promosi.semua tentang Filem dan lakon Layar.
Wahh!!!,kejadah apa ni Luca?,Gila apa lu layan filem filem melayu sampai ke situ?,gampang apa lu yang kadang kadang berkarektor Arel dan kadang kadang berkarektor Ahmad Dhani,boleh terjebak secara seriuss dalam perbualan filem anak wayang Malaysia?.Dan yang lagi gampang..gua punya perancangan bisnes pulak apa crita?.Ini sudah kira cilakak!

Gua hanya bersabar.Bertenang.Buat buat bersahaja.Rileks.Pura pura menyumbang sekali dalam perbualan.Tapi secara licik gua nak potong perbualan,dan ingin cepat cepat berambus.Bagaimana?,mudah saja.
"Mamak..datang kira sini!" -Gua bayar takpa.
Sabri ucap terima kasih dan berambus.Gua tangkap Luca,mintak dia cerita sket apa potensi bisnes untuk gua mula.Marah pun ada sebab gua macam dipinggirkan tadi.Namun gua tetap bersabar.Gua start kereta bersedia masuk gear satu.Luca masih menyebut nyebut nama Sabri dan mengaitkan beliau dalam bisnes yang mendatang.

Dan cerita Luca kali ni buat gua senyum.Mujur.Sangat sangat mujur.Gua free kan gear lalu menarik napas penuh impian.

"Jadi pelakon MalayWood..hmm".

NOTAKAKI
1.Gua ada bagitau tak bini dan anak gua ikut sekali pegi Balakong dan melepak skali bersama Luca dan Sabri?
2.Gua rasa..hasil perbualan yang umpama dihasut setan masa minum di Thaqwa sebenarnya memiliki potensi besar.
3.Sabri??,ohh Sabri..gua lupa beritahu..masa gua nak start kereta,Luca inform gua..Sabri adalah adik kandung brader Ahmad Idham.

p/s: Sapa sapa nak terlibat dalam filem Syurga Cinta II sila bagi nama pada gua atau Luca.Watak watak sampingan banyak lagi yang kosong.Awal Ashaari dah tak jadi hero,ganti hero baru yang lebih tampan..siapa lagi yang lebih tampan??,dapat tak woihh?

Monday, July 6, 2009

Entry ini Agak Emosi - Gua Seriuss


Dua tiga hari lepas gua dengar ada kes seorang perempuan merendam anak haramnya dalam tong cat berisi air paip di dalam jamban busuk, di Kuantan.Lebih kurang masa yang sama ada sorang lagi perempuan mati bersama anak haramnya di dalam bilik sebuah kolej di UTM, Skudai.Ini Semua bikin pannnassss....

Dulu,masa gua masih pandai berbahasa inggeris,gua ada masukkan satu note dalam fesbuk memberi pendapat gampang tentang hal hal romen sebelum kahwen.Gua cuba sedaya upaya mem-blog dengan daya ketenangan tanpa menyentuh isu isu semasa.Gua nak kongsi kisah runcit runcit sahaja.Tapi bila dua kes keparat kat atas tu muncul,gua rasa nak masukkan balik entry tu.Terpaksa jugak gua memberi pendapat.

Gua sedang Seriuss!!,takdak niat langsung gua nak main Poker atau MafiWars dalam keadaan seriuss macam ni.

Ok.Tak nak meracau banyak.Lu cuba baca perenggan inggeris kat bawah ni.Pada sapa sapa yang pernah menggeledah blog gua arkaif bulan April,sila lah baca sekali lagi.Yang mana bijak pandai bahasa inggeris,maafkan kerosakan bahasa inggeris gua.Asalkan lu dapat mesej, gua sudah kira mencapai klimaks.

************
I advocate the supreme solution for an obstinate disturbing polemic of our curent society, specifically for the college students and teenagers.

1)
Obstinate disturbing polemic of the society is - Makwe kolej bertudung separa muslimah berbaju long sleeve agak sendat dan berjeans Levis thailand bekepit dengan brader poyo rambut dye dan memakai henpon ringtone lagu 'one sweet day'.

2)
Supreme Solution is - Get them Married!!

I do not want to talk about DBKL garbage containers which one of its reason of existance is to gracefully sheltering a newborn baby.
I also do not want to discuss about ABORTION and how destructive the impact it carries into our society.
*But if you read Freakonomic,ABORTION ACTIVITY is actually a blessing in disguise.
1000 abortions today = eliminate 1000 crimes in 2030.
The idea is stimulating yet unethically convincing.
(I'll discuss it in separate occasion)

What i want to convey is a part of solution that we can nurture into our society, drastically..

ENCOURAGE COLLEGE COUPLES TO GET MARRIED - so what?,

For Parents:
Pls and Pls..this is not the right moment to argue like "masih belajar,belum kerja,nak makan pasir jerlus?,macam mana nak beli susu anak?,nak duduk bawah jambatan MRR2?"..You moron..!No.This is not the time for such orthodox idea!
And if conventional parents keep thinking like that, you bet with your ass the last thing those parents learn is their daughter's great DBKL garbage container story will appear in METRO or KOSMO.

Get to know your daughters and and sons very well. If you notice they have falling in love, offer them the good news..FREE MARRIAGE, you sponsor..if you are not afford to sponsor, 'doa selamat' will do.
Stop denying the fact.
Pakai tudung, tutup aurat,semayang and perangai baik are not the ticket for your daughters to become a saint.
LOVE is there to unveil all protections you armored them since the childhood.
LOVE is so powerful to defy logic,to reverse believe, to change a character or to certain extent it can make one's life destroyed.

Anyway,most of the sinful plays acted by tudung girls, am i right?

For makwe makwe college:
If you cannot control urself;ask your boyfriend to marry you. Tell your parent what are you doing in college; ie pagi-ptg-siang-mlm dating,weekend outing,watching a cinema,supper sama2 and so on.
Tell them how terrible your life would it be if you do not see yr BF pimple face in 1 hour.Tell them you are so in LOVE with him. Tell them everything and convince them you are ready to get married.
Grow up and take charge of your actions.Be a better person.. Be responsible, at least to yourself!!

For married couples elsewhere in the world,eventhough the daily meals they have is nothing more expensive than your cat's WHISKAS,they would never thrown their newborn babies into DBKL garbage container.Mark my words!!!

***************
Kepada Roger Federer, jangan kata blog gua takdak bahasa inggeris.Ni gua dah selitkan sedikit.

Ok gua nak sambung main masak masak.

p/s: Lu Fateem, kalau dah pandai menggatal ada boyfriend..gua kasi kawen terus saja!,jangan buat perangai sama ayah.Main masak masak,masak masak jugak.

Sunday, July 5, 2009

Buat Penat Saja Gua Bersoal Jawab..


5.05 pm Petang Semalam
***
Pada jam itu,ketika gua menaip dilaptop..sesi bersoal jawab bersama bini gua berlangsung:

Gua: Lu nak account Fesbuk tak gua buatkan?

Bini Gua: Tak payah.Tak suka Fesbuk.Itu kerja Liberalist atau Kapitalist.Yahudi mungkin?

Gua: Guna la untuk jalan kebaikan.Cari kawan kawan lama.Buat album sikit sikit pun boleh juga.Kalau boring boleh main game dia yang macam macam.Dapat rehatkan pikiran.

Bini Gua: Tak payah.Gua tengok lu Fesbuk pun gua dah lelah.

Gua: Ni gua nak bagitau..Drebar teksi kat Kolumpo pun ada Fesbuk la.

Bini Gua: Biarla.Gua bukan drebar teksi.

Gua: OK Lu nak Blog tak gua buatkan satu, lu boleh cerita hal baby baby cute macam blog blog di luar sana?

Bini Gua : Tak payah.Hal baby pun kena cerita secara global kah?.Tak payah.

Gua: Lu nak makan Tomyam gua belikan Tomyam malam ni?,masak sendiri pun rasanya
boleh.

Bini Gua: Mengarut!.

Gua: Lu nak set meja makan baru?

Bini Gua: Yang lama elok lagi.Apahal nak membazir.Setan saja suka membazir.

Gua: Hujung minggu ni lu nak jalan jalan kat SOGO ada SALE.

Bini Gua: Tak suka SALE SALE.Gua konservative.Anti establishment.Cukup apa yang ada.

Gua: Lu nak dengar Cradle of Filth main sepam?,gua boleh pasangkan..

Bini Gua: Apa hal Cradle of Filth,tak masuk langsung metal dalam jiwa ni.

Gua: Semua tak nak?.Cuba bagitau, lu nak apa sebenarnya?.Cakap terus terang.

Bini Gua: Tak nak apa apa lah.Gua cuma nak tanya satu soalan;

Gua: Jangan tanya satu.Tanya lima,gua nak jawab balik sepuluh.

***
Bini Gua: Lu boleh imamkan gua sembahyang Asar tak?,

Gua: Erkk??

Bini Gua: Gua dah tunggu lu lama kat sejadah ni, lu lagi tanya hal dunia macam macam.Kalau gua sembahyang sorang sorang nanti lu kata gua derhaka pulak..Boleh tak ni?ke tak boleh?,ke lu nak sembahyang mengadap laptop bersama makwe makwe Fesbuk?

(Lagu Venus is Fear yang baru nak mula gua pause cepat cepat..Fesbuk pun gua close window)

***
++Huh!!..Patutla bini gua tak suka Fesbuk.Cilakak punya Fesbuk!++

Friday, July 3, 2009

Karenah anak gua yang sentimental


Semalam gua sampai rumah dalam pukul macam biasa.Pukul lapan malam.

Gua paking moto pelan pelan senyap senyap.Dari luar rumah gua dapat dengar bunyik Tivi kat dalam.Gua cam sangat suara Tivi tu.Suara atok Toranida sama kakak Busu dengan 'Perangai Pelik Minggu Ini" yang sebijik macam gampang. Habis laa..Jahanam lagi program menarik yang cenel lain tawarkan untuk gua tonton setelah penat pulang dari kerja.

Belum sempat gua salin baju mandi apa patut, anak perempuan gua (rujuk gambar sebelah) dah ajak gua duduk kerusi VIP tengok Hagemaru sama dia.Bepeluh gua pujuk bagila gua semayang maghrib dulu paling koman pun.Habis semayang gua tonton hagemaru dengan muka kepahitan.Dalam kepala gua dah berpikir,"Lepas Hagemaru ada cerita Ninja Boy pulak.Ini tak boleh jadi..gua kena ambil langkah pencegahan".

Dekat nak abis Hagemaru, gua ajak anak gua main.Sementara main bolehla Tivi tu di cenelkan ke mana mana rancangan selera orang dewasa.Anak gua bersetuju dengan rancangan licik gua.Dia terketek ketek pegi punggah bakul mainan.Gua tengok ada mainan mainan memasak.Gua pun bagi cadangan:"jom kita main masak masak..tapi sekejap saja tau..ayah ada
kerja penting nak buat kat laptop lepas ni".Padahal MafiaWars kat Fesbuk dah ligat dalam kepala.Cita cita murni nak update blog pun ada juga gua terpikat.

Ok main masak masak dulu.Mula mula gua ajar anak gua susun alat memasak.Susun pinggan,periuk,mangkuk,senduk, sayur tipu tipu,ikan tipu tipu dan sebagainya secukup rasa tekak.Gua mulakan dengan memasak benda paling asas dalam kehidupan rakyat Malaysia.Masak Meggi.Belakon belakon lebih kurang akhirnya terhidanglah sepinggan Meggi untuk santapan tipu
tipu gua dan anak gua.Bini gua yang paham tektik gua masuk 'scene' tokok tokok sedikit dengan ayat power "Dah makan meggi..pegi basuh pinggan,lepas tu teman ibu hidang nasi betul betul".Anak gua beralih ke bini gua pulak.Maka selesailah permainan
masak masak gua untuk sesi itu.

Makan malam selesai.Gua dah di depan laptop mengkonect intenet.Tak sabar gua nak jadi
Michael Corleone tipu tipu.Mafia Wars dah seru seru nama gua.

Dalam menyahut cabaran Mafiawars,gua dengar jugak seruan lain dibelakang:

"Ayah..jom main masak masak lagi?"- anak gua buat muka kesian, tapi bersuara tanpa belas kasihan.Lancaarr saja arahan dia pada ayah dia yang berjiwa suci ni.

"Ayah ada kerja penting kena buat ni"- Gua pura pura buat suara sibuk,Fesbuk dah log in..tinggal nak klik klik saja.Satu window lain brader blogspot gua sudah panggil jugak.

"nak masak lagi"- Tenang dan halus saja suara dia.

"Nanti esok pulak kita main" - Gua pujuk pelan pelan.

"Taknak..nak masak masak lagi" -anak gua dah main tarik tarik tangan.

Main tarik tarik tangan ni sudah kira kes berat.Penipuan gua nampak gaya tak berhasil langsung.Fesbuk sama blog sedang memanggil manggil,Kalau gua cuba berunding lagi, mesti anak gua buat tektik makam paling tinggi iaitu rebah badan guling guling atas lantai sambil nangis hentak kaki.Satu hal pulak gua nak kena bawak naik moto pegi beli eskrem kacang kedai Chong dekat rumahkedai bawah sana.Kalau setakat eskrem kacang saja boleh tahan jugak,mau dia rembat konetto Walls perasa vanilla,apa macam?, itu tak masuk lagi air kotak oren bersama keropok keropok.Belum cerita lagi tangan kecik dia capai BlackForest harga sembilan ringgit lapan posen tak nak lepas lepas itu hari.Nak kira macam mana pulak?

Gua amek jalan penyelesaian berhemah.Menjadi ayah yang budiman tanpa fesbuk dan blog.Huh!!

***

NOTAKAKI:
Cita cita gua nak jadi Don Corleone malam semalam dah di transform menjadi seorang brader tukang masak tomyam.Macam macam lah masakan yang muncul,dari kembung tiga rasa,bawak ke kangkung ikan masin, bersambung dengan tomyam campur,tambah pulak sup ekor,udang koreng kunyit..sampai tahap kerapu stim asam pedas pun gua boleh jelmakan dengan selamber dan bersahaja.Jadi kalau blog gua takdak update lama lepas nih..lu org paham paham lah yang gua semestinya tengah sibuk dengan jawatan baru gua sebagai tukang masak.

Wednesday, July 1, 2009

TRILOGY: Dont Look Back In Anger (ni btoi punya last!)

1996

Gua dilantik menjawat jawatan Pengawas sekolah masa gua tingkatan dua.
Disebabkan polisi menejment sekolah gua masa tu adalah 'bepikir di luar kotak', maka datanglah idea bijak pandai untuk melantik para pengawas dari kalangan pengganas dan penjenayah sekolah.

Alasannya sangat stratejik - kalau pengganas sudah jadi pengawas,maka sekolah akan aman sejahtera sebab budak budak mesti takut dengan pengganas,dan secara 'ilmu mantik'nya budak budak ini sekaligus akan menurut arahan para pengawas tanpa banyak songeh.
Gua pulak telah di identify oleh brader brader naqib sebagai 'pengganas masa depan'.Jadi memang ngam dan amat cocok lah jawatan pengawas dipertanggungjawabkan ke atas diri gua.

Antara langkah meng'kontrol' tingkah laku pengganas supaya menyerupai pengawas,warden asrama gua telah bersepakat mewajibkan kami para pengganas ni menjadi imam sembahyang Maghrib dan Isya' secara bergilir gilir setap hari. Gua tau tujuan diorang murni.. nak melatih pengganas pengganas supaya menjadi manusia baik baik yang beramal soleh.Bijak sungguh warden warden gua.Memang soleh sungguh la.

Maka jadual Imam pun ditampal secara rasmi kat buletin board masjid.

Di sini bermula kisah gua yang menginsafkan......

*****

Tiga hari jadual imam bermula..hari ke empat sampai giliran gua..Sembahyang Maghrib beb.
Gua punya jantung tak pernah tenteram sejak jadual imam tuh keluar. Pagi petang gua prektishapal ayat ayat mana yang gua boleh hapal.Bacaan zikir, bacaan doa, semua gua prektis.Memang intensif sungguh latihan gua.Pada gua..se-pengganas mana pun gua, bab bab semayang gua perlu sirius.Nak imamkan lima ratus org makmum ni beb, bukan anak bilis punya hal!

Petang hari ke empat tu gua berenti main awal dari biasa.Mandi, besiap, pakai bedak wangi2.

Dalam 6.45 pm, gua pegi makan kat dewan makan.Tapi duduk asrama ni memang jenis lauk dia tak semenggah,umpamanya lauk ikan jaket yang keras macam gampang!, haram tak sedap langsung pulak tu.Tapi nak jadi imam punya pasal..gua tak boleh kutuk sangat,tak afdhol.Gua makan jugak sedikit.
Sambil makan gua ulang ulang hapalan gua.Ok Mantap!!, fikir gua syok sendiri.

Sudah makan gua pegi tandas 'kencen' kasi abis.Gua nak jadi imam beb.. dah konfem duduk sof depan..buatnya takleh hendel nak te'kencen' tak tentu hala,mau tercalar sifat sifat cool dan ganas gua dimata makwe makwe kat soff belakang.

Sampai masjid,gua terus duduk sof depan.Abis azan dan qomat.Semua isi masji bangun berdiri nak semayang Maghrib.

Gua melangkah ke tempat Imam penuh debaran.Lekat microfon kecik kat celah butang baju melayu.Berbekal sedikit keyakinan..Gua baca niat..angkat Takbir. Semayang bermula.

*****
Bacaan gua lancar.Rukun semayang gua konfiden dah selesai dengan cemerlang.Bilangan Rakaat, Ruku', sujud,tahiyyat semua berjalan dengan etika etika semayang yang betul.Lepas gua bagi salam,gua alunkan Zikir sket..makmum makmum semua ikut.Dalam dok bezikir tu gua cuba ingat kot kot la semayang gua tadi ada cacat cela.Gua rasa rasa takdak yang kurang..

Tapi taktau apa hal dalam lubuk hati gua ada sedikit rasa tak senang.Ini mungkin bisikan Syaitoon nak ganggu kosenstrasi zikir gua,fikir gua jujur.Ustaz belakang gua senyum tanda gua lepas ujian jadik imam.Gua lega sket..namum masih Cemas..Cemas lagi..dan makin lama bertambah Cemas kuasa infiniti!!,Pundek sungguh perasaan macam ni.

Gua tadah tangan nak baca Doa.Hati gua makin jadi tak sedap.Gua pandang makmum yang melaut penuh masjid.Semua nampak macam ok tak dak masalah.
Arghhh!!..apahal hati gua tak tenang sangat ni??,Doa gua teruskan sambil hati gundah gulana,risau,jiwa berkecah,dada menggelegak..sampailah ke ayat terakhir doa gua:

"Allahuma zakkirna, min huma nasie na..."
(Ya Allah..ingatkanlah kami dari apa yg kami terlupa)

Macam kilat memanah jiwa nurani gua...sungguh Tuhan dah ingatkan apa yang gua terlupa.

Gua dah ingat...Gua ingat memang baekk punya!.

Gua yakin...

Gua pasti....

Doa gua mengundang ketakutan dalam diri..

Muka gua pucat lesi macam bangsat.Mata gua dah mula bergenang air mata.Lutut gua rasa longlai.Pandangan gua dah mula samar samar tak ketahuan.Habis doa gua gagahkan diri bersalam dengan makmum,tangan menggeletar, kepala lutut rasa nak terpelanting.Gua jadi bisu tak cakap sepatah pun.Semangat hero dalam diri gua hilang menyetan entah ke mana.
Dalam hati tak sudah gua berdoa supaya Tuhan ampunkan dosa gua tadi.

Semua bersurai.Balik dorm.Pegi prep.

***
NOTAKAKI
1.Beb..gua lupa renew ayer semayang lepas gua 'kencen' kat tandas tadi.Nih nak kira macam mana?, SuperHero ka SuperCilakak?
2.Sapa sapa budak sekolah gua yang gua zalimi dengan tak sengaja..silalah Qodok semayang maghrib lu orang.