Monday, December 28, 2009

Tadika rendah sains mara

"Ahh baru hendel tadika kecil kecilan dah berani nak buli gua"

Esok hari orientasi tadika rendah sains mara cawangan Taman bernam. Gua dari kelmarin bagi nasihat pada fateem supaya rilek dan steady menghadapi hari orientasi. Kalau ada senier senier nak tunjuk terer berdiri atas buaian, jangan pedulik, sebaliknya hulurkan tisu sekeping habuan dia lap hingus yang meleleh.

Alatan menulis rasanya tak perlu bawak lagi hari orientasi ni, bawak ilmu pengetahuan baca doa makan sudah memadai untuk merebut jawatan ketua tadika. Untuk lebih karisma, gua pesan suruh fateem tunjuk kemahiran main bola jaring dan kemahiran masak bubur asyura yang bini gua titipkan semalam. Sambil main, botol susu kena selit celah pinggang, baru la evil !.

Menurut pengetua tadika yang sekarang berada dalam tangga gaji DG48, minggu orientasi ni banyak kepada aktiviti suai kenal secara berebut pensel warna. Gua tak risau langsung sebab ilmu silat lincah peringkat asas pun gua ada ajar pada fateem. Rasanya cukup nak hendel hal hal berebut dengan budak lelaki. Disamping itu, ada juga aktiviti melukis kondo tepi sawah dan acara menyanyi lagu Smell Like Teen Spirit sebagai lagu rasmi tadika. Acara makan makan pula menyusul pada jam 10 pagi. Buku cerita seperti Snow White dan Sang kancil memang jangan harap nak ada, itu sistem tadika tahun 1988. Kalau ikut silibus baru,cikgu tadika kena sediakan rak DVD supaya budak budak boleh santai menonton AVATAR melalui laptop masing masing selepas waktu makan.

Pagi tadi gua pergi mesyuarat PIBG pertama tak sempat mandi. Gua pergi naik moto saja, low profile. Masa gua sampai kerusi belah dalam semua penuh jadi gua mesyuarat dari luar pagar sambil main sms. Pengetua banyak bercakap soal masalah sosial dan kerapuhan sistem kapitalis di Amerika. Sedikit sebanyak beliau menyentuh isu pengambil alihan syarikat bumiputera oleh foreign investors dan masalah Akedemi fantasia yang semakin hilang pengaruh. Sesi soal jawab juga tidak kurang panas bila hal seperti didikan agama dan keberkesanan DHA dalam susu serbuk di pertikaikan oleh 2-3 ibu bapa. Cilake takkan ajar sembahyang pun kena masuk dalam KPI pengetua tadika?, habis mak bapak nak ajar apa pulak?, menulis kat wall Fesbuk?

Walaupun duduk luar pagar, gua sempat bagi cadangan supaya aktiviti main bukit pasir dimasukkan dalam silibus rasmi tadika. Gua perhatikan budak budak kecik sekarang antibodi tak kuat. Kena hujan lima titik dah selsema, main panas sikit dah demam. Itulah akibat bila banyak sangat makan sambal tumis segera jenama ADABI. Benda benda tak true ni kalau boleh kena kurangkan baru anak anak boleh jadi lasak dan keting kaki jadi keras macam anak india. Ini tidak, lembik.. jatuh sikit menangis. Umur masuk darjah tiga pun tak pernah merasa tapak kaki bedarah pijak kaca.

Lepas rebel lebih kurang gua terus balik rumah.Sekarang gua sibuk isi borang PTPTN pulak. Harapnya boleh lulus cepat.
Ada juga niat nak mintak biasiswa Shell, tapi esok esok la gua talipon tanya borang.

20 Nasihat Ikhlas:

ayobkelubi said...

cam setan.

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

aik tadika pon nk mintak ptptn segala ke?haha over excited nih bapak nyer fateem.

YatieJay said...

Takpe...usahakan dari sekarang. 15tahun lagi dah senang sket.....

Boneka tak sakit said...

aduih bro nie mamg lawak mcm bangkai! benda simple pown boleh olah jadi mcm bangkai lawak dia!

tu arr org nama firdaus memang genius! weeee~

[ o k e d ] said...

rasenye JPA lagi sesuai ngn fateem

Usagi Tsukino said...

tabik spring rrrrr.. blog yg sempoi giler..

anN said...

hye! plz vote me kat

http://shawlsayucinta.blogspot.com/search/label/contest

no.3 ANNURAIN tq!

anN said...

hye! plz vote me kat

http://shawlsayucinta.blogspot.com/search/label/contest

no.3 ANNURAIN tq!

Ana Mardia said...

PTPTN mmg mudah dapat klau fateem taw wat bubur asyura..

Khairi said...

tatau la plak mara ada wat tadika haha.

mahu sepuluh ribu yuran dia nih

azmy shafiq said...

haha terrrbaikkkk

zack zukhairi said...

guwa perati je lu tulis dari dulu lagi. Baru ini ari guwa nk comment. Guwa setujuk ngan lu. Budak2 ini ari tak mcam zamam kite dulu2. Budak ini ari lembik. Terpijak paku tekan, menggelabah. Macam orang nak kene potong kaki sebab diabetis. Biar je diorg main pasir. Xpayah sekat2 budak tu. Dah berkudis, pandai la die berenti.

mAnjA said...

Apakah??hahahaha!!!

Ries Lee said...

hahaahaha!

jo said...

main masak2 bubur asyura ke?
hebat....

faizal said...
This comment has been removed by the author.
faizal said...

hebat la bro...kagum aku dgn tulisan2 power dari ko...

Anonymous said...

giler ah lu

eL said...

Cumilnya...errr...Faseeh kot ek. Suci je mata :-)

aslina yang gojes said...

uih...tadika mara...pinjam ngan mara dah cukup...ptptn lu kene start saving sspn sejak fateem lahir lagi doww...skang mcm dah lambat sikit...

better pikir 2-3 kali broo...

keh keh keh