Selalunya bila datang hari jumaat dalam pukul dua belas empat puluh tengahari, gua dan phakdee mesti dah bersiap sedia pekena teh dan mee goreng di Pelita sambil mendengar khutbah jumaat dari masjid As Syakirin secara telepati.
Lama dulu, gua pernah buat kertas kerja untuk pentadbiran Pellita menyarankan supaya pada setiap hari jumaat, mereka perlu tarik kebel mikrofon dari masjid dan sambung pada corong pembesar suara di tiang kedai. Dengan cara ini, pelanggan islam yang tengah minum teh sambil hisap rokok dapat juga mendengar khutbah jumaat walaupun belum tentu mereka akan muncul di masjid semasa sesi bersembahyang.Namun kertas gua direjek dengan alasan Pelita sudah menyediakan pisang emas sedekah di atas meja kedai pada hari jumaat, oleh yang demikian, mengapa mereka perlu berbelanja lebih?
Namun sejak kebelakangan ini, gua dan Pahkdee dapati diri kami juga sudah kekurangan daya telepati.Kami tidak lagi mendengar khutbah secara telepati dan sering mengalami masalah pedoman waktu ketika menikmati juadah mee goreng di Pelita.Kalau tak silap,sudah 3 atau 4 kali Jumaat gua dan Pahkdee hampir tak sempat amek air sembahyang, dan ada juga sekali kes kami nyaris buat keputusan untuk sembahyang jumaat di Pelita saja.
Semalam, tanpa menghiraukan iktibar minggu minggu yang lepas, gua dan Phakdee melepak lagi pekena teh dan mee goreng di Pelita.Tapi kali ni lain sikit, Phakdee awal awal lagi beritahu gua yang jumaat ni kami mesti duduk bertafakur dalam masjid sebelum Azan. Demi menghormati saranan Pahkdee, gua tak order mee goreng, cuma minum teh saja.Kalau gua order jugak mesti jadi macam minggu lepas lagi.Service makanan di Pelita ni pun bukannya macam drive-thru Mekdi.
Gua pasang niat dalam hati lepas sembahyang je lah gua makan mee goreng,boleh sambung bersembang.Baru separuh gelas gua menikmati teh, Pahkdee kata 'Jom!..nanti lambat!'.
Hairan juga gua sebab selalunya mulut gua yang cakap 'Jom! nanti lambat!' tu, bukan dia.
Setibanya kami di masjid Azan baru selesai, sedikit lewat dari perancangan Pahkdee, setel amik air sembahyang gua duduk sandar ditiang menghayati khutbah sambil pejam mata.Sedap juga dengar khutbah macam ni rupanya.Phakdee entah hilang mana.Selalunya kami sembahyang saf belakang, tapi sebab datang awal semalam, gua dan Pahkdee jadi berselerak cari tempat duduk dalam masjid.
Habis sembahyang dan membaca doa secara sendiri sendiri, gua laju laju pegi pakai selipar takut kutu rembat.Gua lepak tunggu Phakdee dekat area pokok pokok dibanguan GDC sebelah masjid. Hari panas, perut lapar, jemaah dah berpusu pusu keluar masjid namun Phakdee belum muncul. Mustahil dia tak tahu tempat mana nak tunggu, memang dekat bangunan GDC ni saja tempat pertemuan sebelum sebelum ni.Sudah hampir 15 minit, kelibat Pahkdee masih gua tak nampak.Keadaan orang dalam masjid pun gua tengok dah susut kepada belas belas saja.
Gua rasa tak sedap hati,lalu gua hantar satu pesanan ringkas pada Pahkdee:
"Lu kat mana?,cepatla!"
----
----
Dalam beberapa ketika, henpon gua berbunyi tanda pesanan dijawab:
"Lu jalan dulu..Gua nak mengaji".
----
----
Tiba tiba hati gua jadi sayu...
Kenapakah bukan gua yang cakap macam tu?
Gua batalkan niat makan mee goreng lalu pergi ke Isetan untuk mengusha makwek makwe kosmetik.
Ahh..minggu depan lah gua tiru Phakdee.

25 Nasihat Ikhlas:
Dengar kutbah pun kira wajib jugak bro. Jangan miss selalu. kan tak pasal2 lu semakin jauh dari cahaya.
jmpa lu d kedai kosmetik..nk g gaks ni..
woh,
next week nk dgr lu plak mengaji hehe. :)
ingtkn nk follow masuk mengaji gak..hampeh..usha gadis
nasihat yang baik:)
xpe2..nxt wk g join mengaji okayh :)
takot x sempat nek wik.. mgu nih dh padam la plak..
macam mane nak pronounce pahkde? letih tekak wa.
Menggelabah sungguh....
lerrr.
ingatkan sayu pastu nak join mengaji sekali.
haha.
ape daaa:)
haha...nk bertobat jangan tunggu sampai esok bro..hehe
aku sentap bila baca nie ...
mengaji weiiii ....
hehe bro...
gua pun sama mcm lu..
kdg2 smayang atas tar. pergh feel tu lain..paling best time sujud
Phakdee lari duk saf depan ker?
ke dia yang baca khutbah tuh..?
la tahzan?! la ta'rabu zina wa la tal a bu kuutii................
salam...
nice blog :)
tg malim dok area mane ye?
-lea-
Kirimkan salam gua dekat Pahkdee tu. Sejuk pulak hati aku dengar.
firdaus nnti mengaji ok!
hee~
lu bajet dapat menyucikan dosa2 bangkok lu dgn mengepost entry begini?
phakdee ok ka?
ingatkan hidayah dah sampai ke hati... rupanya masih nak berfoya2 mencuci mata menengok gadis kosmetik... tsk...tsk...tsk... dunia...owh dunia... hahahhaha
beringat jangan tunggu dah tenat..sinar di hujung terowong utk phakdee??huu
Kureng tol uncle nih!!Isk Isk Isk..
Post a Comment