2002 - Tahun Masehi
Usrah berlangsung agak lama malam itu. Syaikh Rouf macam tak faham budak budak sudah tersengguk ke depan ke belakang. 3 jam duduk bersila menadah kitab Fiqah karangan Syaikh Umar Salim bukan perkara mudah macam belajar pendidikan islam di sekolah convent.
Gua yang dihimpit di tengah tengah Haloqoh sudah hilang tumpuan.Badan dah berpeluh peluh.Farid Husin, pelajar Pakistan yang duduk sebelah, gua perati meleleh air liur layan tido. Anwar Adham pun lebih kurang sama, tersengguk sengguk macam sedang berzikir ala kumpulan Tariqat. Dengan Anwar Adham ni gua pelik sedikit, dia orang Indonesia.Ayah beliau adalah founder Pesantren Darul Ulum di Surabaya.Setelah tamat 4 senawi di Indonesia,(yang beliau setelkan dalam masa 2 tahun) beliau terus datang ke Madinah,dengan hajat mendalami ilmu Fiqh.Namun sikap beliau gua tengok sangat malas belajar agama.Walaupun sudah 3 tahun duduk di Madinah, Anwar masih gagal menguasai bahasa arab dengan baik. Bila bercakap dengan orang arab berterabur sana sini.Nahu lintang pukang, baris atas bawah dia main redah saja.Takde langsung rasa nak ikut disiplin dhomir, mubtadak khobar atau tamyiz, hatta perkara basic macam Fi'il pun dia tersungkur menggelupur.
Gua saspek sijil 4 senawi yang dia dapat mesti dia kawteam dengan sapa sapa.Maklum lah, pesantren tu kan ayah dia yang punya.
Belajar dalam masjid Quba sebenarnya agak selesa.Cuma bila sampai 3 jam duduk bersila menadah kitab, duduk atas katil dreamland pun gua rasa boleh tergeliat pinggang.
"Ok..kita sambung kuliah minggu depan, jangan lupa hapal syarah kitab juzuk 2 dan juzuk 3..minggu depan ana nak test lu orang"(Gua translate siap siap dalam bahasa melayu risau lu orang tak paham bahasa arab) - Ustaz Rouf bersuara tegas lalu menutup majlis dengan tasbih kifaroh dan doa doa.
Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam, maknanya gua ada kurang dari 8 jam untuk siapkan assignment tasawwuf.Bukan kerja senang nak buat rumusan pendapat Ibnu Tamiyyah dalam disiplin tasawwuf dalam masa 8 jam.Gua dengar budak sem lepas dekat 2 minggu baru siap. tak tahu lah sama ada gua yang bertangguh kerja atau budak sem lepas yang tak efisyen membuat assignement. Dalam situasi panik sebegitu, gua ajak Anwar pegi pekena Starbuck di belakang masjid Nabawi. Agak jauh juga jarak antara masjid Quba dengan masjid Nabawi, tapi sebab nak minum punya pasal kami gagahkan juga.
Anwar yang mulanya dah macam nak Qiamullail dalam masjid jadi segar bila dengar nak minum Starbucks. Cinabeng!, pantang dapat minum percuma, laju saja...
"Frappuccino dua..kasi yang Tall!!,ais kurang!" - Gua berteriak dari dalam kereta menggunakan kemahiran bahasa arab.Nak harapkan Anwar yang buat order, entah apa apa minuman yang jadi nanti.Bahasa Arab dia tak kukuh langsung.
Anwar memandu sambil menghirup Frappuccino kegemaran beliau.Malam yang serba dingin, ditambah minum air sejuk, memang lengkap syarat nak kena demam. Kami bergerak membelah malam bercahaya bandar Madinah Al munawwarah menuju ke kediaman kotak batu berhampiran Universiti Islam Madinah.
Dalam perjalanan pulang, tak banyak yang kami bualkan.
Gua melempar pandang ke tengah perut bandar bercahaya.Debu debu halus ditiup hangin menghempas muka gua yang terjulur ke luar tingkap.Fikiran gua melayang menerjah era silam ketika gua masih bersekolah agama di negeri Perak. Masa di sekolah, haram tak perlah langsung gua terfikir gua boleh datang belajar di Madinah.Bidang Syariah pulak tu.Bukan macam bidang kedoktoran yang senang ibarat menjual kacang kuda di stesen bas tg malim.
Gua tercari cari petanda yang membawa gua kepada gua sekarang.Nak kata pandai belajar, tak berapa sangat.Bengap juga bila periksa.Nak kata hebat ilmu agama, biasa biasa saja.Jauh gua merenung mencari titik hidayah yang menemukan gua dengan bumi suci ini. Hanya 6 orang pelajar Malaysia yang layak pada tahun itu, salah sekornya adalah gua.Subhanallah...
Dalam damai malam, jatuh lintasan hati terkenangkan kawan kawan gua masa disekolah. Nama Luca, Meor, Gondol dan Azhan muncul silih berganti.Entah apa petanda hati gua rasa tak sedap bila ingatkan mereka.Sudah lebih 3 tahun tidak bertemu.Kali terakhir gua mendapat berita, Gondol masuk UUM, Azhan pula di Uitm Arau, Meor kerja kecil kecilan..manakala Luca, sambung belajar di Uitm Shah Alam.
Luca..Luca..Luca..
Nama beliau macam menyucuk nyucuk hulu hati gua.Ahh apa pasal pulak ni?, selalu kalau begini petanda yang nak datang kurang molek.Pantas gua baca doa doa meminta firasat seperti yang di ajar oleh Naqib Mufti.Gua pejamkan mata..hati gua berkumat kamit..semakin kuat debar melanda bila bacaan menghampiri penamat.
Zaaappp...zaaapp..
Gua tersentak seraya beristighfar panjang.Gua mengurut dada yang galak berkocak.Peluh renek merembes dari dahi turun ke muka.Gua teruskan istighfar tak henti. Sayu menghentam benak, firasat yang gua tempuhi tadi sukar gua terima.
Dalam tak sedar air mata jantan gua menitis. Bagaimana harus gua bantu Luca supaya kembali ke jalan yang Haq?. Gua jauh di Madinah, beliau pula sedang tersesat di Uitm Shah Alam.
"Woii dah sampai!!" - Anwar sergah gua.Enjin kereta dimatikan.
Gua bingkas buka pintu lalu keluar berjalan menuju bilik di bangunan kotak, Anwar tidak gua pedulikan.Firasat tidak enak tentang Luca meracau racau minta diselesaikan..Setelah bersolat hajat lebih kurang, gua mengambil jalan paling selamat, iaitu meminta bantuan. Gua hantar SMS pada seseorang yang gua sangat sanjung.
"Assalamulaikum Tuan Guru, rasanya tuan guru pun sudah tahu tujuan sms ana ini, jadi ana pinta tuan guru menghantar barang tiga empat das libasan talipinggang ghaib kepada Luca supaya beliau dapat kembali kejalan yang benar"
-
-
-
selang beberapa minit,henset gua berbunyi sms dari tuan guru.
-
-
-
"Waalaikumussalam...OK"
-----------
Seminggu lepas tu, gua mimpi Gondol beritahu gua, Luca sudah pandai bentang sejadah.
Alhamdulillah.

23 Nasihat Ikhlas:
FIRST!
kah kah.
memang x dapat dinafikan lagi kehebatan tok guru lu.
lu ikut Dr.H ke? haha.
Dr H jgn sebut kuat sangat...
kahkahkah
gondol? lu try tanya gondol arah kiblat umah dia skang..
lagi jauh gua syak dia ni..
ayan? dulu2 ye sebok mengaji. skang? sibuk mengkaji anatomi orang je gua tengok.
meor? mungkin sudah insaf sedikit. tapi sudah ada adik angkat. sorang dokter gua dengar2. gua dengarla. betul2 tak betul tu lu kena kol dia sendiri.
gua? sedang mencari damai abadi! hahaha!
entri ni lain daripada biasa la
hehehe...leh sentap en luca...huhuuhuh
macam tau je sape Dr. H tuh.. :)
tak tau nak komen apa.tp suke bace blog ni.x penah miss..
=).
keep writing.
cik maryam tahu jugak dr H? bagus2.
boleh mintak tok guru tu doa sikit bagi soalan exam esok minggu depan sampai bila bila semua sentiasa senang dan boleh jawab?
mentang-mentang luca up entri gitu....ceh..
Bro..
Bini lu nak nasehat kat gua kat fesbuk(gua ade add bini lu) supaya gua jgn baca sangat blog sembang kencang lu ni nanti ROSAK!!! keh keh..
luca. aku harap dia tak sehensem luca cadalora?
* bro...nak mintak tolong ko jawab soalan posting aku kali nieh. selalu aku tak suruh visit balik kan? nieh aku nak mintak. sebab aku perlukan jawapan. aku rasa ko boleh bagi.
p/s: bukan soal cinta. soal makan.
gua kene dgr pulak versi citer luca mcm ni...
gua syak lu sama pelik je ngan anwar Adham, nahu kelaut, baris terabur, ejaan arab bersepah! hahahahaha! eniway, nice try bro!!!
pehh.HAHA
masya allah
lu punya entri nak kenakan orang kemain sampai madinah lagik.
masya allah.
terbaik!.
hahahaha.
bagus tu usrah.... bosan2 datang le sini..
gila sadis entry kalinih bro wakakaka!
tq bro...tq gak utk lu nye tok guru...klu ade tali pinggang saiz 40+ lebih2 kasi kt gua ek...(mse ble plak gua keje kecil-kecilan??!!)
mak aiii... sekali baca mcm betul2 daaa...
Post a Comment