Jumaat - Pejabat Gua lebih kurang pukul 3.45 pm
Petang tadi gua ada perjumpaan dengan business partner yang datang dari negara Jepun. mereka orang jepun dari kompeni berjenama jepun.
Semua mereka ada tiga orang. Tiga tiga pakai hensem bertali leher serta kot. Ada seorang yang gua tengok paling berlagak siap on kan kompiter riba dan menaip naip sebelum meeting bermula. Gua intai intai juga mana lah tahu dia amik kesempatan main mafiawars di Fesbuk.Kawan kawan beliau yang lagi dua orang nampak sedikit muda.Gua agak agak umur kedua dua jepun berkenaan dalam lingkungan 30'an, manakala brader jepun yang nampak lebih berumur dengan kompiter riba gua syak adalah bos paling besar.
Dari pihak gua, juga ada tiga orang. Seorang berjawatan pengurus besar, seorang berpangkat pengurus kecil, dan seorang lagi pekerja marhein, iaitu gua.
Setelah bertukar kad nama masing masing, barulah gua belajar brader yang pakai kompiter riba dan berkarektor berlagak itu adalah CEO untuk kompeni jepun berkenaan.Patutla dia berlagak masa sesi suai kenal awal awal tadi.
Gua diberitahu oleh pengurus kecil, perbincangan kali ini bertaraf tinggi dengan jumlah urus niaga mencecah belas belas juta dollar.Dengan sebab itu lah pengurus besar gua terpaksa turun mengepalai pasukan kompeni Malaysia. Kalau nak harapkan gua bersama pengurus kecil yang hendel, besar kemungkinan pihak kompeni jepun akan pulang dengan hati terguris dan urus niaga yang tak jadi.
Perbincangan tadi dimulakan dengan pengurus besar dari pihak gua memberi penerangan berkenaan latarbelakang kompeni serba sedikit dalam bahasa inggeris sebagai pencuci mulut.
Setelah beberapa ketika, kini tiba giliran CEO kompeni jepun pula memberi kata pengantar, juga dalam bahasa inggeris.Suara beliau lantang, berbunyi serius serta amat tegas.
Bahasa inggeris beliau boleh tahan tinggi.Terdapat beberapa perkataan yang gua haram tak tahu makna lalu gua catat dalam buku nota sebagai rujukan di hari muka. Namun gua dapati, sepanjang percakapan berbahasa inggeris beliau yang lantang dan tegas, brader CEO jepun kerap kali mengulang ayat yang memberi maksud:
"For the matter of fact.."
Selang beberapa ayat dia memberi hujah dan keterangan, maka tersemburlah lagi "For the matter of fact.." dari mulut beliau, dan begitulah seterusnya. Gua sebagai watak paling lemah dalam perbincangan petang tadi, bukanlah kali pertama bergelumang dalam perbincangan bernada inggeris.Tapi yang kali ni punya, gua rasa sangatlah payah nak hendel.
Kekerapan brader CEO jepun menggunakan kemahiran "For the matter of fact" ketika bertutur memang tidak professional. Perbualan yang sepatutnya bersifat urusniaga sudah menjadi palat dan gampang dengan "for the matter of fact" yang diulang entah berapa kali. Sampai pada satu tahap, gua rasakan ianya amat kurang ajar, biadab dan langsung tak menunjukkan sikap sopan santun dan hormat menghormati ketika bercakap dalam meeting.
Sedang CEO jepun membebel diselang seli dengan ayat "for the matter of fact" kegemaran beliau, gua sorok sorok tekan butang henpon hantar sms pada pengurus kecil yang berada selang dua kerusi dari tempat duduk gua.
Sms gua berbunyi;
"Bos, kenapa mamat ni asyik mencarut kat kita?, ada benda dia tak puas hati ke?"
*******
Bos gua reply balik sms gua:
"Orang jepun memang suka melucah macam tu"
Cinabeng!, harap pakai kot saja lebih.
*******
NOTAKAKI:
Gua nak pesan kat brader CEO jepun tadi,
lenkali pronunciation kasi betul la..
Bukan 'for the matter of FAK' la woii, FEK..FEK!! FEKK!!!..FAK tu dah kira lain bai!!

51 Nasihat Ikhlas:
lidah dia suka cakap camtuh...maybe dia nak bagi conversation tuh tak heavy sangat...kalau cakap fact kang sume tido. kalau cakap lain...sure tak tido.
hoho. walaweyyy. mantap weyh english japang tu! lu takleyh lawan weh!
agaknya kalau dia pi berurusan dgn belah2 amerika mcm mana la gamaknya.mau kena balas ngan middle finger tak pasai.
ha
ha
ha
lucu..
hahaha...
gua pernah kerja dengan jepun..
gua paham kesukaran lu tu...
wakakakka....
ekeke,..
bukan org jepun ni mngagung2kan bhs dorg sgt ke,.??
sbb tu bile bkjsme ngn org luar, abis kluar sebutan yg sgt 'sedap' apabila didengar.. dan boleh mnimbulkn slh fhm...
fork la!!
die tgh rindu istri die kat jepun tuh pasai lah
Sebut2 psal fak2 ttbe rase nk share =p
http://loyerlelaki.blogspot.com/2009/11/one-fucking-day.html
patut kena kira berapa kali dia ulang ayat tu
hahahah!
lidah jepun~~
tu accent britian.. mmg bunyik cm2..
hahahaha..
wakakkaka ... mmg biasa camtu bro... berbelit telinga gua nak paham kalu deal ngan manusia berjenama jepun ..
pelat tinggi tu bro..org london pun tak ckp camtu..kekekkee...
hahahha...
semart ah entry ni..
fek la wehyh!
pergh...tergeliat lidah mamat jepun tu...haha
haha pandai lah ko buat cerita! ada twist tu belakang! awal2 pown aku dah teruja da..!
aku memang suka tgk org bersemangat nie sendiri pown masih nak mencapai tahap semnagt mcm2 ceo jepon tu!!
aku nak beli kereta vavi.. *viva
lidah beliau tak cukup panjang agaknya..haha
aku rasa dia sengaja nak carut kat korang
aku pun pernah bekerja dgn jepun ni,
naik senak otak nk phm..BI tk reti,
BM lagi hancus!.. last2 guna bhs isyarat bila terima oder utk site!
ape2 pun enjoy
hehehe... I belajar di japan. Reti la berbahasa jepon. Memang tak dinafikan pronunciation dorang ada sedikit pelik and klu mamat tu boler berbahasa inggeris dgn baik, itu bermakna dia seorang yg amat dipandang tinggi. Mereka sememangnya mengagungkan bahasa mereka tetapi mereka juga bijak dengan peredaran zaman, untuk maju ke peringkat antarabangsa, bahasa inggeris adalah bahasa perantaraan yang terbaik untuk berkomunikasi.
Sesetengah syarikat jepun rajin menggunakan perantara/interpreter untuk alih bahasa dlm setiap perbincangan. Tetapi selalu ada miscommunication sbb bila jepon mencarut takkan kami interpreter nak translate gakkan? tidakkah pelik? :P
fax = fakkusu
bunyi pelik tp itu la hakikatnye.. itu yg membuatkan mereka unik bukan? heheheeh...
sekian. ;)
hahaha
gua kalo kat opis
'fax' tu pon gua cakap 'fak'
kueng kueng kueng...tu lum suruh dia sebut "bluetooth" agak nya camna bunyi nye ek...:P
hoho...
gile best entry ko nih..
hoho...
maria ozawa kuat sgt org jepon nih..
hahaha..
HAHAHAHAHAHA
heheheh.. aku x tau la cemana nak hendel kalo die ckp byk2 kali dpn aku...
hehe.. da leh agak da pe yang bos tu cakap tadi. sebab da biase dengar orang jepun speaking english nie..
kalau aku bergetar2 dah perut nak tahan gelak..
haha..serius lawakk..make my day la..
fakk fakk ..
HAHA. lidah ada pelat loo..itu pasat cakap itu macam. :P
hal anta kal fakk?
org jepun lidah pendek..tuh pasal la...
itu tips utk menjadi CEO yg berjaya ya.
dah tu kalau badminton pun dah bunyi badominton, inikan pulak fact.
Kerja dengan nihonjin agak menarik sebenarnya, walaupun kadang kala, 'kuso', 'aho', 'kazennayo' tak dapat dieelakkan.
hahahahahahahahah lol
~lidah jepun mmg xleh ubah...
~masa g uk, dgr mamat ni ckp jer trus tau jepun sbb pronoune "r" bunyi "d"
Bro, tahap penguasaan bahasa diorg lemah, skolah bertingkat2 budus berlapis2, member gua maori Nz, 7 hari blaja dah pandai maki dlm bahase melayu.. keh keh keh
1. Orang jepon,selipar jepon,aper2 ader name jepon mmg terpendek lidah,lari mksod sket..
fek,dah btol..dibedalnye fak plak..
akai tadak..
hahaha..
haha..fak?fek?ntah2 die tatao pon mksd fak tu.maafkan la mereke~ :P
biasa la orang jepun bro..
x reti nak sebut bebetul..
haha
:) balik...
huhu, asal le aku kena habiskan baca ek, betul2 rilek ar blog nih!
walla pink!
Fact you!
Hahaha..x psl2 kedengaran seperti mencarut kn..
haha..aku gelak guling2 sey..
lu pesan camna pun....sebutan dia takkan betul punya....berani ke lu pesan kat CEO tu? tak pasal2 kena fak plak....
Post a Comment