Pagi tadi gua bangun lambat…
Pukul 7.25 pagi
Gua bawak haluan hidup bersama moto ex5 menuju ke stesen bas Tanjong Malim secara agak kelam kabut.Kad kerja, pen kilometrico tiga batang,talileher beli bundle, baju masuk dalam, duit lima ribu dalam dompet,pakai helmet dan seketul henpon, (henpon selalunya tak charge.. gua akan pow sapa sapa punya charger dekat opis, yang jadi mangsa selalunya Queensyams lah).
Gua baca Bismillah…tendang besi starter, enjin menderooommm..Gua pecut 100km/jam tak pedulikan lampu isyarat.Cilakak gua dah lambat gila babi.Gua kena kejar bas pukul tujuh stengah pagi!!,sambil layan korner tak putus gua berdoa semoga bas 626 tak buat perangai kurang ajar begerak awal tak ikut masa.Pengurusan bas 626 ni pun satu hal, takde rasa nak amek inisiative ke talipon kejut gua tido awal awal.Dah tahu jadual bas gua pukul 6.30,talipon la tanya kenapa gua tak muncul.Benda macam tu pun pihak pengurusan tak boleh nak pikir.
Pukul 7.30 37 saat pagi
Gua berentikan moto di tempat sepatutnya dalam keadaan kepala kucar kacir, gua masuk kunci bukak seat moto,sangkut helmet lalu gua hempas semula kerusi moto tu buat buat macam tengah marah sebab lambat.Padahal gua lambat bukan salah seat moto tu pun.
Gua lari mengejar bas yang mula nak masuk gear undur.Brader tiket juga mengejar gua dari belakang mununtut duit tiket,Tanpa budi bahasa gua campak duit tambang tujuh ringgit yang gua simpan dalam stoken ke muka penjual tiket, lantas gua lompat masuk dalam bas menuju ke kerusi dibahagian tengah.Berguna juga rupanya ilmu pesilatan lompat yang gua tuntut masa bertapa di Indonesia dulu.
Baru gaya gua nak tido, datang sorang makwe lawa nak mampos duduk sebelah gua.Dia pun lambat macam gua juga.Tak sudah sudah gua menyumpah dalam hati, pantang nampak lelaki hensem segak bergaya naik bas, ada la makwe makwe yang teringin duduk sebelah.Selalu sangat gua kena macam tu.Ahh gua nak tido, takde masa gua nak bersembang sembang dengan makwe lawa tersebut.
Pukul 7.31 sampailah Pukul 9.05 pagi gua tak tahu apa yang berlaku sebab gua tido.Yang gua tahu, sekitar pukul 8.35 gua terjaga sekejap angkara bunyi hon lori kontena yang buat perangai macam baru kali pertama masuk jalan duta. Baru jammed sket dah menggelabah.Tak reti bersabar langsung.
Pukul 9.05 pagi
Gua turun di Masjid Jamek.Perjalanan ke opis sudah hampir.Jadi kena rileks.
Gua pekena baca suratkhabar METRO muka depan di kaki tangga LRT.Hari hari gua buat macam tu.Brader India jual suratkhabar tak berani nak tegur sebab cara gua berpakaian memang nampak macam orang kerja pengarah urusan yang pandai berbahasa inggeris.Padahal dia tak tahu ilmu bahasa inggeris yang tersemat dalam dada gua ni lebih berat pada bidang mencarut sahaja.
Pukul 9.13 pagi
Gua dah terpacak depan kaunter membeli tiket LRT.Tiada makwe hari ni, cuma seorang brader muka ketat.
“KLCC!” – Gua bersuara tegas.Tegagap gagap brader berkenaan nak bagi barang panas yang gua mintak.Bukannya gua mintak beli ganja, setakat beli tiket LRT je..itu pun dia boleh jadi menggelabah tak ketahuan.
Gua seluk poket ambik note seratus.Itu saja duit paling kecik yang gua ada.Tadi ada tujuh ringgit dalam stoken gua dah baling pula kemuka brader jual tiket bas.
Pukul 9.20 pagi (7 minit brader tadi ambil masa nak pulang duit baki gua)
Gua masukkan duit dalam poket.Tapi macam ada benda halus kacau fikiran bijak gua.tak sedap hati betul.Gua selok poket kiri kanan.Takdak benda yang gua cari..Setelah berfikir lima saat, gua buat keputusan.
Berbekalkan bekalan henpon dengan kuasa bateri yang nak barai, gua buat panggilan hangit kepada bini gua:
“beb tolong gua sikit “
“Tolong apa?”
“Macam biasalah..pergi stesen bas sekarang”
“Laaa..buat perangai lagi..??”
Henpon mati.Gua berjalan ke pusat penempatan LRT masjid jamek sambil berkelahi dengan diri sendiri.
Untuk rekod:
Sepanjang tahun 2009, masuk hari ni dah masuk kali ke empat (4) gua tertinggal kunci moto dekat tempat bukak seat masa nak gantung helmet.Ciri ciri hero seperti otak bijak, duit banyak sampai hari hari bawak lima ribu pergi kerja, hensem serta bergaya, rupanya masih tak cukup nak selamatkan gua dari perangkap lalai dan lupa.
*********

26 Nasihat Ikhlas:
hahaha...lu makan nasik lauk semut ke brader??
Bulan tengah suram...masih boleh bawak RM5k gi keja?! Pinjam 5 ratus leh tak?
hahahha... lima ribu ringgit ka rupiah.. adoaiiaiii...
(aku terbaca malam plak entri lu bro..selalunya sebelum ngadap nasi lemak pagi aku bukak blog lu dulu....)
"cara gua berpakaian memang nampak macam orang kerja pengarah urusan yang pandai berbahasa inggeris" ~yang ni takleh blah ar bro..senak perut aku gelak.
ilmu sms ni la gua nk belajar dengan lu nie..
bole gua menuntut?
lu memang berdedikasi la bro tp sygnya berdedikasi gaya2 org gelabah..
lima ribuuuuuuuuuu
hahaha.. skit punya hensem.. tapi nyanyok.. hahahaha
pinjam 30sen ha...
ilang x moto?biaser....klu cam 2..kali ke18..mmg ilang la moto lu...
pernah jadi macam ni sekali. pegang-pegang poket kunci motor takda. macam nak melompat. mujur tertinggal kat seat motor.
salah satu kebaikan ade anak.. perggghhh
anak yang manew satu g klinik..??
uhuhuhuhu...
patut bawak lima ribu hari2.. nak wat beli motor baru ye bro.. lu memang x sayang duit..
'Baru gaya gua nak tido, datang sorang makwe lawa nak mampos duduk sebelah gua.Dia pun lambat macam gua juga.Tak sudah sudah gua menyumpah dalam hati, pantang nampak lelaki hensem segak bergaya naik bas, ada la makwe makwe yang teringin duduk sebelah.Selalu sangat gua kena macam tu.Ahh gua nak tido, takde masa gua nak bersembang sembang dengan makwe lawa tersebut'...adoi gelak guling2 gua membacanya..terbaekk ah..
tu kang kalju org dok perati lu ari2 cmni..hilg gak mtor ex5 lu.....
erk..motor masih hidup ke
untung ko dapat bini baik...
hahaha.. lu sedekah la cket duit lu kt awang kope.. dia susah tuh.. kekekekeke
tak semayang jumaat dulu ke brader?
gila ah bro..
perjalanan yg hepi mepi oh...
salam bro...lepak santai...
assalammualaikum
orang banyak menipu boss ni memang cepat lupa...
hati2....
jangan sampai cepat nyanyuk...
tak pasal2 isteri jadi mangse. hehe
nice blog.. sonok dpt share.. ;)
hahahaha
tak pasal2 anak lu gak jadi alasan..
bagus bagus
xbaik baling duit tau..
Post a Comment