Saturday, September 5, 2009

Kerja Bastard

Pagi tadi dalam pukul sepuluh:

Gua sekeluarga dalam per-musafiran ke Kolumpo.Tujuan kami ke Kolumpo amat murni iaitu ingin membeli baju raya gua,seluar raya beserta kasut.Gua memandu kereta waja voltron di lorong paling kanan dengan kelajuan skala sedap sedap pecut.Jarum meter kelajuan menten dekat angka 120km/h.Kalau ada 'speed trap' pun gua tak debar dada.Boleh saja kalau gua nak tarik pegi 200km/h..tapi mengenangkan gua dilebuharaya PLUS,dan bukan di litar lumba, gua batalkan niat.Rasa hormat dekat menteri kerjaraya masih bersisa dalam jiwa gua.

Sedang gua memandu sambil berzikir,entah kereta siapa dibelakang main angkat lampu dengan gua.Tak sempat gua nak usha cermin belakang,kereta tersebut, iaitu Toyota wish kaler biru makin mendekatkan diri dengan kereta gua ketahap beberapa sentimeter.Cilakak dia nak langgar gua ka?.Sudahla datang dekat tak bagi salam,takdak budi bahasa langsung.Agak terganggu juga fikiran gua dengan provokasi macam tu punya gaya.Gua saspek brader dalam kereta tu kena kejar dengan Jabtan Agama sebab tak puasa.

Gua memperlahan kelajuan,signal kiri pun gua petik sekali.Tapak kasut crocs china gua sedikit sedikit mengenakan daya pada pedal brake.Sebagai pemandu lebuhraya yang ada akhlak,gua juga memberi respek pada lori bawak mercun yang berlari lembab di lorong kiri.Jadi gua tak boleh menerkam masuk kiri macam orang gila.Nanti boleh jadi berlaga dengan lori mercun.Strategi disitu, gua tekan balik minyak, idea gua nak potong dulu lori mercun tersebut barulah gua boleh masuk kiri tanpa merisikokan diri dan keluarga.Toyota Wish biru dibelakang dah tak segan silu lagi sekarang, dia main Hon pula dengan gua. Sedang elok gua melepasi lori mercun dan bergerak ke kiri dengan budi bahasa...

Tiittt...tiiittt...titttt...Zaaassssssssssss..

"Bastard punya kereta!!" - serentak gua switch dari zikir kepada makian yang berhak.Kucar kacir pengendalian stereng bila ada laknatullah yang buat perangai potong kiri tanpa memikirkan hati dan perasaan keluarga gua.Bawak kereta macam nak pergi neraka jahannam dia punya laju!.Gua dah ready nak tekan butang NOS serentak butang Turbo.Gua nak kejar sampai dapat.Mujurla DNA ketengangan muncul saat saat macm tu.Maka berlawanlah DNA ketenangan dengan DNA gangsterism dalam jiwa gua.DNA ketenangan akhirnya menang.Walaupun menang, tapi dalam hati masih ada bara!.Pengendalian kereta gua stabilkan semula dengan kelajuan rendah dilorong kiri.Dada masih berdebar debar.

"Bastard tu apa ayah?" - tanya Fateem stended semua dia nak tahu.

"Bastard tu drebar kereta tadi..kita panggil dia bastard" - Gua menjawab sambil melepas panas dihati.

*****
Petang tadi dalam pukul lima setengah

Gua sekeluarga dah sampai Tg Malim.Kedaan jalan antara pasar ramadhan dengan Masjid tg Malim memang gampang dia punya sesak.Kereta gua ejas dia punya kelajuan ke level siput babi.Kenapa la ramai sangat orang nak membeli beli?, masak sendiri diam diam di rumah tak boleh kah?.Gua merungut entah apa apa.

"Ayah tu bastard tadi" - Fateem beriya tunjuk hala ke masjid.

Gua nampak ada Toyota Wish biru baru selesai parking dalam kawasan masjid.Kelihatan seorang pak haji dengan pakaian ulama' ulama' turun bejalan ke masjid.Gua tinjau tinjau,nasib baik nombor plate tak sama.

"Ayah bastard tu nak pegi mana pulak ayah?" - Fateem begitu rilek mem-bastard-kan pak haji berkenaan tanpa ragu ragu lagi.

Gua jadi bingung nak eksplen.Betul bendul pun susah juga.Tanpa pikir tapis tapis gua jawab cara mantik:

"Bastard tu nak pegi taubat dekat masjid".

Bini gua disebelah geleng kepala memikirkan teknik didikan gua yang semakin menyempang dari skema 'Tarbiyatul Aulad".

Ahh..esok esok lah gua ejas balik!

Notakaki:
"Ayah taubat tu apa ayah?"
"Taubat tu makan eskrem".
"Ateem nak taubat ayah".
"Jangan harap..!"

70 Nasihat Ikhlas:

inDah iNdrIana said...

fatemm tuh mesti cumel kan..
suker la cara anda berbahasa

inDah iNdrIana said...

fatemm tuh mesti cumel kan..
suker la cara anda berbahasa

inDah iNdrIana said...
This comment has been removed by the author.
Azman Sherafath said...

hahaha..sian pak haji tu..x pasal2 kena pnggil bastard

Noorlaila Mohamed Nor said...

adoiiiiiiiii
memang hari2 la fateem nak taubat nanti
entri ni memang terbaik!

mimie said...

adoyhaiii..fateem2...

~cici fasha~ said...

eh sker la nama anak anda..
fateem.. sbb ade ee kt situh..
cm nama aku.. hee!

sian anak anda dipermainkan oleh bahasa anda..
ish ish ish..

=)

tp cte nie bes..
skeee!

Jari Di Bibir said...

hehehhee. new words. basterd n taubat.

Kaseh said...

wakakaka lu ni..ajor anak tak agak2..

pari pari syurga said...

hoiii... songsang! hehehe..



jenuh lah lu nk jwb soalan fateem..


anyway, tlg ckap kat fateem bg pihak gua "bagi saya lima!"..

hehehe..

ok?

Lily_namakuratu said...

didikan yg hebat..
sok klau anak ko tgk wish ag,pggil bastard..
jwb lew lg...
huhuh..

piNky LuCiA said...

hahaha... tergolek2 aku ketawa.. ko mmg sempoi laa didik anak bro.. hahaha

shakinah said...

heh.
post satu entry gambar fateem

Schalfyzcha said...

Pernah juga kes macam tu. Rasanya dengan Toyota Wish warna biru juga. Adakah pemandu yang sama? Wallahualam. Memang siap bagi lampu tinggi lagi. Bukanlah kita ni tak faham bahasa tak mo bagi laluan. Tapi kalau dah lane kiri tu penuh dengan keta2 laju juga, tidakkah reti bersabar untuk biar line clear dulu. Time tu jarum meter dah mmg 120km/j dah. Tahulah dia lagi speedy, tapi again... selfish tahap firaunlah kalau kerana nak beri dia laluan, kita plak terpaksa say good bye to the world.

ps: bulan puasa ni lagi banyak orang memandu style anak derhaka. Tah kenapa ntah.. tiada moral langsung.

ALiE said...

lenguh la aq dapat anak murid macam fateem ni...

kalau sorang aq boleh gelak2 la jgak

lau sekelas,penatttt

ohmiena said...

tgk2 fateem da besa nanti die beli wish wane biru jgk... mampos..

cahayachenta said...

pengalaman yg sama dgn aku mggu lepas. masa tu kat highway dekat dgn bukit merah... mmg bastard punya pemandu mercedes.. aku tau aku pakai kancil 850 je.. tapi bawa bersabar... ingat senang aku nk pecut... kot ye pun bg la aku masuk lane kiri dulu.. pastu ko nak pecut ke, hapa ke pergi je.. ni semua jenis lesen terbang...dah keta tu terbang sekali baru tahu...

noor afzan said...

haha~
kesian wish biru sume digelar bastard..

balqissy said...

wish biru???? aiyark!!! -_-

api said...

gua respect lu,
hebat didikan lu untuk anak2.....
hihihi

olin said...

haha.. sian ke fateem~

bungacahaya said...

Sabar...sabar...nnt fateem nak bastard hari2 kan susah. Huhuhuhuhu.

langkasuke said...

lain kali istilah dan lughah kene betul bro...

kahkahkah..

Luca De Ketiak said...

jual kopi banyak2 beli kete evo 10 yang dari 2 taun sudah lu nak beli tu..

gua nak beli merc bapak lu, kerek taknak bagi..

zureen-chan said...

mmg papa rock laa..

fallen angel said...

hehehehhe... bahayo nih.

ahmad razif yang rok said...

dude, gua rasa x sabar plak nak tunggu anak dara gua yg baru lahir ni besar mcm Fateem...kelaka arr entry ni...looks like we need more fathers with full of integrity like u...lead by example...hahaha...

(btw, lu penah sedar tak kewujudan blog terbengkalai gua before this?)

ahmad razif yang rok said...
This comment has been removed by the author.
ahmad razif yang rok said...
This comment has been removed by the author.
a kl citizen said...

assalammualaikum

ajaran sesat ni syeikh....
kang akak ngadu kat jab agama, ada yang kena soal siasat ni...

tapi

dari satu segi
ini boleh jadi jugak
penderaan mental..
kesian kat budak fatem tu

Zarep said...

cerita kau memang kencang. aha.

Sharifah Zahira Syed Iedin said...

pernah gak kena gitu.. tp bukan ngan toyota wish biru la.. masa nak masuk balik lane tgh, nasib xlanggar lori. gerun ngan storm yg mencucuk nye pasal!


best la ur blog. klaka gila.

Anonymous said...

seb bek wa gune kete viva biru.. bukan wish biru..kalo tak, mau kene panggil bastard dgn anak lu...
aiishhh

gjiEsaLim said...

siyes fateem mmg cute..
ikut baka mak..
baka ayah xde langsung gua rase..
:D

Anonymous said...

yop dan lelain, lain kali kalau kena cucuk rope atau dari jauh kena bim tu bawak lagi slow (100km/j). jangan gabra. ambik masa bila betui betui line kiri clear baru masuk... JANGAN PANIK. Memang ramai pemandu "Bastard" yang dok guna h`way PLUS macam AUTOBAN kat jerman

p/s : kalau gua la yang kena cucuk level tu gua kasi dia jalan dulu pas tu gua cucuk balik level neraka jahanam dengan kancil 660 gua. gua nak tengok time koner dia boleh mantain speed macam time lurus tak..huhuhu ..

Ivy Metaga said...

anak anda mmg chomel, hurmmm..daddy dia kena hati2 ajar budak2 nih, its time for the kids in the process of learning and exploring...=)

Kap said...

Fateem ada blog tak??

[ o k e d ] said...

ini punye cerita..ahadiat akashah pon tpakse mnuntut dgn lu

aBoi said...

macam gampang!

R E E K A said...

hahaha gila sempoi !

jo said...

macam mana nak berbahas dgn budak2...
payah jugakkan?

bobo said...

wakakakakakakk!bro gua da jadi fan lu no 1 la! gua suka cite lu.. bile gua baca je mesti gua nk gelak! lu simpan Fateem utk gua bole?gua nk jadik menantu lu...wakakakakaakakakakak!

kupaslaroren said...

ahaks..jalan cerita best. Ceritalah lagi =)

izzahfarihah said...

oitt :)

oranglidi said...

wa syak lu rakan masjid.

Webmaster@Echam said...

Nampaknya dendam lu kat Fateem masih ada... hahhahaha

paiseh said...

lain kali mencarut dalam hati je brader.. ksian budak2..

NenekPenne said...

nasib ko lah fateem oi...
tak baik dendam sama fateem tau..kesian dia nak aiskrim, lu tak bagi sama dia....

♥ayudeadwish♥ said...

terer lu klepet ank lu..aperla~~~ mengong budak tu nnti

abang besi said...

sempoi brader....=D

hahahah!!!

ayobkelubi said...

cam harem!.

lu kena pikir ayat counter balik ni bro!...

oranglidi said...

basterd tu penunggang bas.

BajuKurung said...

fateem fast learner.. seb baik dia x pggil sume yg drive tu bastard.. klu x...

Cik LeYha~~~ said...

lu pon jgn buat la perangai cam brader kete yg bawak kete cM x blaja kat sekolah...

kalo x ngn lu pon kene bastasrd ngn anak lu

huhu

Cik LeYha~~~ said...

lu pon jgn buat la perangai cam brader kete yg bawak kete cM x blaja kat sekolah...

kalo x ngn lu pon kene bastasrd ngn anak lu

huhu

fndrocka said...

bastard!

.::WaNiE::. said...

kukuikui..bastard tu nak pegi mana hahahah kelakar la

Rozanna binti Rahayud-din said...

hahaha
one fine day fateem tau ah bastard tu apa

Hidemichi said...

Bulan2 poser ni kurang sikit nampak 'taubat', tapi 'bastard' banyaklah...hahaha.

MiMieku said...

lu dgn anak lu sama2 kelakar...huhu

Aminah said...

siot je ajr ank benda jht...bastard tu gnti la dengan castard...amacam>>

^!~ DuCk ~!^ said...

hAHha.. mmG beSt..tp Cian ar kt anAk Lu..nk tAubAt pn di xbLe..

pasni wA inGat nk "taubAt" gak ar..

taubat = eskrem.. ^_^
(xpnah di pikir smp ke tahap tu)..

j or ji said...

waragahahaha.

anak gua ada gak meniru gua..cakap LAHANAT!

payah betol!

lalink7 said...

hehe...letak la gambo fateem skiet lam nieh..

alekthedisaster said...

haha.
ayat lu,tercirit wa

asma abu bakar said...

haha lu mmg bapak tehebat!

♥chentaMAYA™ said...

kah3~
uit~
betoi3 sket ajar anak!
hee~

redline said...
This comment has been removed by the author.
Signorina Syima said...

"bastard" nak "taubat" ayah?? huhuhuhu

ayah moden memang macam ni...

Anonymous said...

bapak gua naik wish biru woi!!! dibastardnya bapak gua mmg aku bastard blk kepala lu