Gua pulas kunci moto.Jam baru pukul sebelas pagi.Ahh..kalau ye pun basuh la muka sikit.Gua tuju ke pili di luar rumah untuk membasuh muka dan betul betulkan rambut yang semak dengan jari sebelum kembali duduk sedap sedap atas moto.Gua hidupkan enjin moto bila dah rasa penampilan diri dalam skala macho 9/10.Penampilan macho berskala tinggi tak perlu mandi mandi,berbaloi dengan DNA macho yang dianugerahkan Tuhan semenjak lahir.Gua tak pasti lah lelaki lelaki lain macam mana dia punya DNA,gua punya memang rare.Untuk catitan,disamping DNA macho,gua juga memiliki DNA cool,DNA bertenang dan pelbagai lagi DNA yang berkarektor hebat hebat.Gua akan aktifkan mana mana DNA yang gua rasa sesuai mengikut keadaan.
Gua memandu moto ke Petronas Tg malim.Moto gua perlukan makanan untuk kesinambungan hidup beliau.Di stesen Petronas Tg malim juga ada mesin ATM Maybank.Gua merancang untuk keluarkan duit dulu,kemudian bagi moto gua makan minyak petrol dalam lima ringgit,belikan eskrem kacang untuk heroin cilik gua dan akhir sekali beli suratkhabar inggeris (..kebanyakan orang inggeris yang tinggal di Tg Malim bangun tengahari,jadi surat khabar inggeris akan sold out lewat sedikit berbanding suratkhabar melayu).
Sampai di stesen Petronas gua parking moto berhampiran pintu masuk kaca.Ada dua orang brader yang sedang beratur di mesin ATM ketika itu.Kedua duanya gua tidak kenal,mungkin orang dari luar yang singgah Tg Malim untuk makan Pau Yik Mun.Mungkin.Gua terus masuk lalu beratur dibelakang brader brader tersebut.Selang beberapa detik datang pula dua orang gadis berstatus makwe beratur dibelakang gua.Selalunya memang begitulah..asal ada gua di mana mana,datanglah makwe entah siapa siapa menempek berdekatan gua.Keadaan yang membuatkan jiwa gua sedikit rimas.DNA makwe, kalau boleh gua hendak buang.Gua perasan DNA makwe hanya muncul setelah gua berkahwin.Cilakak masa gua LOSER lu taknak pulak muncul!.
Brader pertama sudah chow dari mesin ATM.Kini tiba giliran brader depan gua yang dia punya dressing semacam budak Punk berjiwa Balada.Penampilan imej yang tak masak hanya mengelirukan pakar imej macam gua.Makwe makwe dibelakang bercakap sesama sendiri hal hal syampoo dan perapi.Mereka berkawan rupanya.Cakap kuat kuat nak tarik perhatian gua lah tu.Alahh..tektik lama dik.Tektik urban.
Lama brader depan gua tercegat didepan skrin.Gua saspek dia sudah tertekan butang ENGLISH.Hahh macam mana tu..nak patah balik macam mana tu.Beliau menekan nekan butang lagi,slot disebelah akhirnya memuntahkan kad.Beliau cucuk kad sekali lagi,kali ni jari kena butang betul..B.MELAYU.tit..tit..tit..tut..tut..tut..agak tak berapa lama,slot memuntahkan kembali kad.Diikuti bunyi mesin srettt..sreeettt..sreett..itu tanda mesin sedang kejut duit dari tidor.Brader tersebut berlalu dengan muka kepuasan setelah mencabut wang lima puluh yang terjulur di slot mesin.Makwe makwe di belakang masih berbual bual,kali ini tentang novel Ayat Ayat Cinta.Mungkin tektik mereview novel dilihat berupaya memikat perhatian gua.Makwe makwe di belakang masih silap ramalan.Gua menten stedei.
Sampai giliran gua.Buat kerja lambat memang bukan perangai gua.Dompet gua tarik smooth,gua keluarkan kad lalu lancar mencucuk ke dalam slot.
>ENGLISH.Gua masukkan nombor Pin 1.2.3.0.4.3,tapi yang menjelma di skrin XXXXXX.Gelagat mesin ATM yang gemar merahsiakan nombor Pin dari tuan empunya
nombor Pin gua sifatkan sebagai tak user friendly langsung.Gua teruskan >WITHDRAWAL,>SAVING,>RM100.
Gua tunggu mesin ATM nak kejut duit dengan bunyi sreett sreettt sreettt.Bunyi tak keluar sebaliknya slot kecik memuntahkan kembali kad.Gua berfikir sebentar.Rasanya takdak step yang silap,baki duit memang konfem lebih dari seratus.Dengan tenang gua masukkan kad dan ulang step yang sama sekali lagi.
Sama juga, kad yang gua cucuk keluar balik sambil skrin ATM memberitahu permintaan gua tidak dapat diproses.Sekarang gua mula rasa sedikit tertekan.Apa masalah pulak ni?.Apa hal yang tak kena?.Makwe makwe di belakang sudah lama menanti.
Gua cuba untuk kali ketiga..tit tit tit...tut tut tut...Keadaan masih sama.Permintaan gua dia tak boleh proses.Sekarang gua dah banyak buang masa diri sendiri dan juga masa orang lain.Gua makin tertekan.Gua perlukan duit untuk setelkan hal gua.Mesin ATM nampak gaya sudah mula main palat dengan gua.Sengaja nak sabotaj.Gua aturkan balik sisi sisi pemikiran dalam otak supaya tersusun dan berprosedur.Ketenangan yang hampir hilang gua jelmakan semula dengan penuh seni.Gua dapat rasa makwe makwe belakang juga tertekan.Langkah diplomatik perlu gua ambil untuk menangani situasi serabut macam ni.
Gua tarik kad,lalu toleh belakang..memberi secebis senyuman "saya cuba last ok..".Makwe makwe hanya mengiyakan,berbunga hati mereka menerima teguran jantan dari gua.
Kali ke empat.Gua mulakan dengan Bismillah..tadi gua tak baca Bismillah rupanya.Tit tit tit..tit tit tit tit..Gua tunggu dengan sabar.
Usaha gua tetap gagal.Bunga bunga mencarut seperti 'lancau',fuck' dan 'haram jadah' dah macam nak serang,mujur gua berjaya kawal.
"Tak boleh jugak lah..i think duit dah habis".Gua menjustify kelembapan gua pada awek belakang.Gua cuba mengkontrol nada suara supaya seimbang dengan menyelitkan dua patah perkataan orang putih.
Gua tarik kad,lalu berpusing untuk blahh.Antara dengar dan tidak dengar, gua dapat tangkap soalan panik makwe paling belakang tanya kepada makwe di depan beliau.
"Sekarang dah boleh guna kad kredit cucuk duit dari ATM ke?"
**************
Ohhh...Tuhan saja yang tahu betapa pundeknya perasaan gua ketika itu.
NOTAKAKI
Gua balik ke rumah tanpa eskrem kacang atau suratkhabar inggeris.Moto gua juga tidak diberi makan.Sampai sekarang gua tak cerita hal tersebut pada bini gua.Malass..
Sebab tu gua bagitau lu orang awal awal..gua tak suka DNA makwe ujud dalam diri gua,terlalu menyusahkan.

45 Nasihat Ikhlas:
OMG..
malunye..
ahahhahaa 2 la len kali jgn control sgttt
padan muka lu.
haha. haha
apa nak malu seh, skang meman kad kredit boleh cucuk ATM,
senak perut aku gelak bace entry nih..lawak tahap gaban..lembab2 mamat depan tu,leh masukkan yg betol lagi..hahahha..
nombor pin betul ke tu?
celaka ape lu ni?...pakai kad kredit plak.. bek lu pakai kad matrik.
hik..hik..hik..malunya..awek punya psl...klam kabut terus..ilek bro..ilek..
kahkahkahkah
memang macho habis!
hahahaha... lawak2~
hadoii..
haha
gene la...bukan DNA
wakaka~
x kan x pasan sampai ke sudah bro..
parah2..
sian lu..
stndrd la..bile da ada awek kat blkg...debor semacam...kad kredit pon da xle beza ngn kad bnk....
tepukan untuk pelawak yang bakal muncul dalam raja lawak....
gua confirm undi lu....ha ha ha...
menten stedei tak kene tempat lu ni..
agak agak la weh...
ni aku dah pernah rasa..malu siot..terguris sifat kejantanan
Bro..mungkin DNA macho ko dah weaken disebabkan DNA makwe yg muncul. Lenkali mungkin boleh kuarkan DNA bini sebagai penampan...hahaha...adios...
agak2 lu penah tak try masukkan ic lu kt atm?
...
sedap jugak rasa kena gelak dengan pakwe hensem belakang aku haritu. dah tau ic boleh pula pegi cucuk smpai 3 kali. nak kaver malu aku buat2 jawab call pastu trus chow tanpa menoleh ke belakang lagi
bkn kad kredit mmg boleh cucuk kat ATM ke??????
banyak sangat fikir pasal makwe-makwe kat belakang. perasan. padan muka hehhee
hakelah bro..
wat rilek suda..
sok lusa lu da xjmpa minah dua ekor tu da..
kalo jmpa pon ade la point lu nk mengayat..
haha..
Edehh..!!
Kalau jadi kat gua tu rasanya mau gua menyamar jadi burung unta.. Sorok kepala dalam tanah..
hehehe...mmg macho, kalo org rumah tau, mst gelak abis hehehe
hehe...
saya rasa bukan kad kredit tu...ntah2 kad giant
adooo..
malu giler...
seyes y tulis lagi rasa nak sorok muker dr that guy dpn tdii
kah3
tu la byk sgt DNA.tu yang bertambah serabut.nasib baik xde DNA nyah heheheheh
Kehkeh....ape pnye DNA da...kene beringat ni..jgn salah jolok....kn dah lebam muke...
nasihat ikhlas budak utp kepada ex-utpian... dah2la tu... masa ko da abes... wakaka! aku rasa DNA makwe datang kat sume laki yang makin tua...
skali salah jolok daaa...kahkahak
eh,
aku bole je jolok kredit kad amik uwang.tapi kira pinjam la..
la... haha
boleh lak mcm tu.
tp mmg mcm malu je. kne berhati2
xk jd mcm dia. hehe
dem..tenang sudaa..lawak2
lawak?
diorang tak prasan ke lu cerita pasal pau yik mun tu? gua cari tu hari tak jumpa weh...
gondol komplen.
entry lu panjang2.
dia malas baca.
luca.. gua yg komplen kat gondol..
sangat best membaca entry u! teruskan menulis!
hahaha!
amacam?
mana pergi macho kau?
HAHAHAHHAHAHA..nervous gile lu beb ngn awek belakang sampai silap amik kad..
Nak kont*ol macho belakang awek...Ahahaha!!!
Tapi yg paling best skali
"Sekarang dah boleh guna kad kredit cucuk duit dari ATM ke?"
lain kali cuba lagi
Agree with adanz, Nur Syaza Azrudin and *Miss Geli^.
Credit facilities is available at ATM.
Ahhh..
kalau buleh apehal gua cucuk tak keluar..saja nak sabotaj
>WITHDRAWAL,>SAVING,>RM100.
gunakan gantinama kad kredit pada bahagian yang sesuai (15 3/4 markah)
bro...gua ada baca satu citer camni lebih kurang dalam majalah APO? 1 oktober...lu submit situ jugak ke?
tapi jalan citer lain macam sikit...ending lebih kurang...watak 2 makwe tu pun sama je...
gua curious je...
ces!!!gler lwak tahap x ley bla..sib bek x msuk kad JJ..hahaha
rasenye mmg boleh cucuk kad kredit kat atm.. tapi die punye interest pon boleh tahan
Post a Comment