"Lu dengar sini gua nak cerita..jangan Tanya apa apa.habis gua cerita baru lu tanya.."
****
Konsep kenegaraan itu luas meliputi pelbagai aspek. Negara adalah rakyat,rakyat adalah Negara. Rakyat dan Negara adalah satu unsur yang bernafas dalam nucleus yang sama.Jatuh bangun sesebuah Negara bergantung pada kukuh dan ampuhnya asas manusiawi yang pelbagai.Ketaatan beragama,kesempurnaan siasah,kemurniaan akhlak,keteguhan undang undang dan perlembagaan, kemasyhuran ekonomi, kesantunan sosio-budaya dan kekuatan technology merupakan struktur utama yang mendokong letak duduk sesebuah Negara. Rakyat dalam konteks ini menjadi penggerak dan pemacu yang berfungsi mengawal asas manusiawi tersebut supaya ia terdorong kearah ketamadunan yang tinggi nilai dan akal budi.
"Lu dengar lagi gua nak sambung..."
Ketaatan beragama,Kesempurnaan siasah dan kemurniaan akhlak dalah kombinasi unggul yang sewajibnya disisipkan dalam hela nafas rakyat yang hidup dalam sesebuah Negara. Ketelusan pentadbiran dan pengurusan, system perundangan yang bebas pengaruh, fahaman politik dan pelbagai ragam gerakan harus berkolaborasi bersama sifat sifat mulia sang manusia.Jika demokrasi menjadi akal,maka diktatorlah otaknya..jika liberalisasi menjadi piagam,maka komunis dan kapitalis menjadi imbangannya,lalu islam pentadbirnya..jika keadilan menjadi puisi, maka kesaksamaanlah pendeklamasinya. Namun haru lu ingat..atas segala yang terbit dari proses kemanusian itu,maka Agamalah pelindungnya!!.Tanpa spiritual agama yang susok,lupakan saja kerajaan Nabawiyah, kerana yang bakal muncul tidak lain hanyalah Negara Firaun berakyatkan yahudi.
Begitu juga hal yang sama mesti diwar warkan dalam konteks pembangunan ekonomi, sosio-budaya dan kemajuan teknologi.Rakyat dalam sesebuah Negara berdaulat perlu bertanggungjawab menggembleng tenaga, menjana idea idea segar lagi bernas dalam merealisasikan kecemerlangan kerajaan bertamadun,lalu menepis ancaman kolonialisma moden yang semakin gedik menyelinap ke dalam seluruh batang tubuh.Budaya hedonism,kefahaman agama yang bersifat pluralis ditokok dengan kebejatan akhlak muda mudi yang tak terbendung,harus dilihat sebagai ancam penjajahan pasca alaf baru yang sangat membimbangkan.
Oleh yang demikian…….
Ehhhhh..lu dah tido?,Bedtime story gua belum habis lagi woiihh…
****
Gua alihkan posisi badan anak gua bagi dia tidur sedap sedap.Gua cium dahi dia supaya aman tidor dia walaupun atas TOTO saja.
Gua hairan,kenapa pula bini gua kata malam malam sebelum ni bedtime story beliau haram tak jalan?,
Untuk menajwab kehairanan gua,gua teks bini gua yang tengah bertungku kat dalam bilik.Pukul dua belas malam bertungku apa cerita gua pun tak tahu la.
“Cerita apa lu kasi sama Fateem malam malam?”- Jari gua pantas tekan ‘send’.
Tit..tit..henset gua bunyi perlahan tak lama lepas tu.Malam makin dingin bersama nyamuk nyamuk liar yang ganas cuba menggigit kaki gua.
“Cerita biasa biasa saja..’sang kancil dalam hutan’,kadang kadang cerita ‘pari pari dan Puteri raja’..kenapa?”
Gua pikir sebentar..kalau gua balas,nanti terguris pulak hati bini gua.baik gua diam dan tido sambil membalas dalam hati saja:
“Patutla fateem tak mau tido..lu cerita hal hal dongeng..dahla dongeng..primitif pulak tu..macam mana la dia nak percaya…grow up my darling!!, plss grow upp!!”
p/s: sapa ada intenet lebih tolongla sedekahkan pada gua satu wehhh...

22 Nasihat Ikhlas:
gampang!
yo yo kol gua. ingatkan ada entry psl bisnes baru gua!
hahhaha best2..kalu aku msti masa 1st ayat tu confirm dh terlena amattttt....kim slm kat anak ko tue...
patut la ank lu dah tido... bapak dia bersyarah rupanya... gua yakin anak lu ada ciri2 nak tido dalam lecture hall nanti.. better lu didik dia awal2...
weh, pinjam skrip ko ni aku nak guna untuk tidokan anak aku pulak, Fahim. Aku syak mesti boleh pakai punya sbb nama pun dah nak dekat2.
lu memang kencang la beb!
dah bini baru lepas beranak, mesti la bertungku. haiya.. malam2 kan sejuk~
lu p mintak kat maxis...x pun kat celcom...tgk..depa nak bg lu pre ke x???
cipeetttt... gua yg baru baca line pertama pun dh terus lompat baca ending. muahahha..
mmg cenderung anak lu tido dlm kelas nti..
haha sama macam pari2 gak.. 1st paragraph tu macam malas je nak baca sebijik2.. :P sebab dah zzzZZZZzzz
bapak mi..tali betul...
first time gua baca entri lu secara fast forward. dah macam ceramah btn.
wah..
betul la..
like father like son..
kecik2 dah suke disogokkan paal liberisasi..
globalisasi..
ahahaha~
salam.
a'ah mcm cermah BTN:P
hahaha....
lu mmg bpak prihatin...
gua salute....
entry lu kali ni tak mantap... gua lompat baca last part....
memangla pelik kalau dia tak tido gak dpt bedtime story mcm ni
haha~
tungku tgh2 mlm..s0k pagi xyah bgun awl nk tungku gamaknya..
sumpah gua troz bace ending die..
hahaha...
aku lain..kalo kecik2 dulu bapak aku bagi bedtime story gini mau aku berdiskusi ngan bapak aku sampai beliau pulak yg tertido..
cpt korek intenet ooooi.sunyi idop klo xde entry bru nnt.tsktsk.
p/s: hadir BTN umor 19 pn i ttdo.lg la bdk kecik.haha.
nasib baik gua tak baca...
kalu tak, gua dah tertidur ni...
cerita politik malaysia boleh kot..
kelakar..
gerenti fateem dekah dekeh..
haha...lawak seh...len kali kasi bed time story kat bini lu skali
Post a Comment